Thursday, October 6, 2016

Jom Makan : Fiq's Gastronomy, Subang Jaya

Perjumpaan ahli mesyuarat tingkap !

Sesekali bertemu memang berlama lama jadinya. Lupa segala benda.

Pertemuan tak di rancang mana tapi sebab semua geng GBS available time tu ( kecuali CP yang memang berada di luar kawasan ) maka kami yang berempat ni sepakat untuk keluar lepak lepak sambil bergossipan dan melakukan aktiviti yang sedikit kurang berfaedah. Biasa dah tua tua ni awal awal dah start beradu tapi sekali sekala mari kita........................ !

IH ambik BW dan mereka ambik aku kat rumah. MH datang sendiri sebab dia baru lepas bergym-ak kat Empire tak jauh dari situ.

Lokasi lepak dan dinneran. Fiq's Gastronomy di Subang Jaya !

Fiq's Gastronomy, Subang Jaya

Mesti ada yang tertanya tanya apa ke nama tempat korang lepak ni wey? Siap ada gas gas. 

Jangan risau. Aku ada jawapannya. 

Fiq's Gastronomy tu memang nama tempat makan ni. Sapa rasa Fiq's tu nama tokey dia? Syafiq? ataupun Shafiqah?  

FIQ stands for Food. Innovation & Quality.

Sapa yang teka nama owner dia Syafiq tadi? Ya ..... Anda juga betul. Sapa yang teka Syafiqah.. Korang kena cuba lagi !

Gastronomy tu pulak membawa maksud 'the art of good eating'. Restoran ini menyajikan tempat makan berkonsepkan keluarga.

At FIQ’S we cook world cuisine reinterpreted by introducing local, Malaysian ingredients and flavor profiles into our cooking and plating.

Terletak di SS 19 Subnag Jaya. Kat blok bangunan rumah kedai dan pejabat

Kawasan rumah lama aku ni. Dulu lot kedai ni memang snyap dan sunyi je. Pagi ada makcik jual nasi dagang dengan lauk itik ! Tapi sekarang Makcik tu dah tak jual dah. Maybe dah kaya raya sekarang ni jadi agen hartanah ?

Tak susah nak cari kedai ni sebab dia je yang bukak kat area ni time malam. So kalau nampak sinar bercahaya tu maksudnya kedai ni masih bukak lagi.

Ayuh usha setting dalam resto nya.

Food preparation counter. So boleh tengok mereka menyediakan makanan untuk kita. Time tu tak ramai orang dan tak banyak order so tak de la dia orang busy mana

Aku pun tak tau apa benda ni. Tapi rasanya ni dia jual pada sapa yang nak beli kot.

Kiranya resto ni terletak kat lot tepi so tempat makan dia agak luas sebab macam open space kat tepi tapi tak de meja untuk lepak di luar. Ada surau tapinya untuk kemudahan bagi pelanggan yang belum solat.

So perlu lah masuk dan duduk di bahagian dalam.

Ada banyak kerusi meja pilih je nak duduk kat sudut mana

Dah dapat tempat duduk, boleh duduk sopan santun dan bersedia untuk order.

Tengok buku menu mereka dulu.

Menu dia kertas sehelai

Dan ada pilihan makanan seperti sandwiches, pasta & risotto dan ada jugak makanan sampingan dan lain lain

Hidangan utama seperti steak, burgers dan kawan kawanan yang sekufu dengan mereka

Oh ada lagi. Menu untuk kids. Desserts dan juga minuman serta mocktails

Coffee? Tea? Pencuci mulut? Semuanya ada !

Sebenarnya tempat ni macam tak sesuai untuk melepak. Sebab ambiance dia macam kena sopan santun dan kau tak boleh memekik mekik dan gelak seram macam bunyi badak !

Nehi. Nanti orang pandang dan kita bakal di cerca.

Lagipun tempat ni tutup awal... so kalau nak bergossip memang kena bertarung dengan masa. 

Tapi tak pe lah. Datang makan je lah. Gossip gossipan lite lite je dulu. Lain fikir kendian.

Minuman tiba dulu.................... Masing masing macam menjaga suara jer order air kosong dengan lemon

Pembuka selera. Fried Calamari. OK lah not bad juga

Creamy mushroom. Aku pun lupa sapa punya. MH kot. Lepas berpenat lelah di gym melantak makanan macam ni. Baik tak payah pegi gym kan? * mati la ayat penuh rasa cemburu

Soft Shell Crab Pasta. Aku rasa ni IH punya. Lama sangat dah aku pun lupa.

Ini lah dia.. Rosted Spring Chicken. Ayam muda sesuai untuk pemakannya yang berjiwa muda sentiasa. Di datangkan dengan sos dan mash potato.

Ni makanan kami berempat.

Eh jap ! Rasa macam salah je. Kami berempat tapi kenapa makanan ada 3?

Oh yeah. BW konon konon diet. 

Konon je lah.... sebab dia order ni hah.

Pisang yang berpecah belah. Banana Split.

Sebenarnya makanan tu kami makan serba sikit. Share share sebab masih berniat untuk menjaga body dan tubuh badan dari di landa obesity.

So verdict nya.?

Overall aku boleh summarize macam ni je lah.

1. Makanan dia so so. Tak de la tak sedap dan tak de la meletop kebabo inzal sampai ke dinding.
2. Ambiance resto agak OK. Maybe time tu sebab tak ramai orang.
3. Tengok pada menu dia, mostly makanan dia agak ke arah western bersteak bagai. Ayam ayam ni agak kurang bilangan menu dan hidangan.
4. Desserts nampak macam menarik, tapi kenyang sangat tak boleh nak cuba.
5. Harga minuman agak pricey. Makanan pun harga agak high end. Sesuai lah kot dengan rupa dan ingredient dia.

Harga makanan kami makan tu semua adalah...

RM 178. Perasan tak something? Kunjungan kami ke sini masa bulan April dulu. Punya lah dah berkurun lama.

Kan aku kata tempat ni kena datang dengan tatasusilawati yang tinggi. Kena duduk dan makan bersuap makanan dengan penuh bersopan sopan. So terpaksa la berlakon jadi baik kejap.

Anyway.... sila terjah kalau berkenan.

FIQ's Gastronomy
No 34 Jalan SS19/1D Subang Jaya
Subang Jaya
03-5613 0473
11:00AM - 10:30PM

FB : fiqsgastronomy
Website : Fiqs Gastronomy

Tapi selepas itu..............  kami blah dari sini, tapi tak balik rumah pun lagi. Sempat lagi kami gi usha rumah lama aku yang berhantu tu. Tapi sekarang dah lawa dah rumah tu. Hantu maybe dah porting tempat lain dah.

Lepas tu, kami pegi tempat lepak yang lebih intim dengan jiwa. Boleh lepak dan berborak macam tempat tu kita yang punya ! Tak perlu nak kever kever mana.

Kau lah pelita yang menerangi hidup ku... Tanpa mu hidup tak bererti................

Baru la lepak sini boleh bersembang tangan terbang terbang. Baru lah rockers ! Kita orang kan rock. Rock yeah yeah.

Ke Rockers-an kami terserlah, sambil bersembang sambil makan kuih Mochi Jepun ni. 

Nampak tak gaya Rockers kita orang? Korang mampu ? 

* flip flip rambut Ella

Sambil bagi bagi harta rampasan perang. BW hari tu dia pegi Jepun.

Borak borak. Sembang sembang. Air dah tak tahu berapa gelas dah. Kencing pun dah berapa kali ulang alik tumpang toilet Pelita ni. Jam berganti jam yang lain, mata akhirnya layu sendiri.

Pasrah.

Rockers tak mungkin selamanya bertahan. Sampai masa.. kecundang juga !

Balik lah. Tidoq...... Rockers pun kena mendapatkan tidur yang cukup untuk kekal cantik dan langsing bergaya.

Layan jap lagi Rockers yang kecundang.



Kita tempuh segala rintangan
Kecundang jua menimpa
Kita telah mencuba segala
Namun tewas akhirnya

Putus tak bisa disambung
Kusut tak terhurai
Hilang tak bisa diganti
Patah kekeringan

Cinta terlarang bagai terbuang
Dalam rimba yang gelap
Dan penuh duri

Mestikah aku meratap
Membinasakan diriku
Atau ku biar saja
Ia berlalu

Sentuhan kali terakhir
Abadi dalam hatiku
Tak dapat ku menghalang
Perpisahan ini

16 comments :

  1. Rumah berhantu? Ada entry ke sal ni dolu2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dok rasanya... cerita lama dulu dulu ni

      Delete
    2. Kene tulih skali ni. Skali-skalo. laye crite atu best gok

      Delete
  2. penah makan sekali kat fiq tu.. syok tgk kedai dia.. kemas je..

    ReplyDelete
  3. aikk Meng, cite trip NZ dah abis ke? nape tak de kejadian drama drama ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer NZ tu bukan dah abis. belum start pun lagi ! baru kasi bunga bunga je dulu.... kongsi iti dgn bajet.

      citer citer drama merapu tu kena tunggu kerajinan yang tak berbelah bahagi... which aku forsee bukan tahun ni.. awal tahun depan baru leh siap kot.

      kau sabar menanti !

      Delete
  4. ya ampun..baca sampai bole terbayang tahap ke-rock-er an tangan terangkat-angkat sana sini
    satu lagi entry yg tak pernah mengeciwekan diri ini.
    Pemimpin macam nihlah yang kami mahu
    #eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih undi saya.. jalan raya kat mana kata nak di turap tu?? nanti saya bg tau secretary saya suruh hantar simen dan batu batu 10 kilo.

      terima kasih kerena mengundi saya di pentas AF !!!!!!

      * lariiiiiiiiiiii

      Delete
  5. Trip NZ dah tamat riwayat..tiba2 syok membaca dan harap ada sambungan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trip NZ belum bermula pun lagi... baru kasi bunga2 jer

      Delete
  6. Meng;

    Ingatkan fiq tuh buah fiq ...

    Terliur tengok ayam seekor tuh !!! Hahahhaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... itu bukan fig ker?

      ayam dara je tu... sekor tapi tak besar mana

      Delete
  7. RM178 tu boleh lapankali lepak mamak...ya tempat yang sesuai utk memekik bercerita dan mengikik ketawa. tapikan dalam IG, food dia nmpk memberangsangkan napsu. napsu aku kendur bila tgk bill. hehe. kbai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala boleh la cuba.... dtg minum je la tengok tengok kedai. nak makan gi mamak.. hahahhaa

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...