Tuesday, October 25, 2016

09 - Trip Viva Hitalia - Sejid Abiding, Kuale Tranung

Satu lagi lokasi yang aku teringin nak pegi dan tak terpegi pegi walaupun selalu lalu lalang di kawasan sekitarnya di Kuala Terengganu ni adalah Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

Sebagai sebuah negeri Islam, maka masjid adalah suatu simbol agama yang dipandang mulia dan suci, selain daripada menjadikan tempat untuk beramal ibadat. Negeri Terengganu Darul Iman berasa bangga dengan adanya sebuah masjid bersejarah yang sekarang dikenali dengan nama Masjid Abidin yang tersergam dan terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu. 

Dahulunya masjid ini dikenali dengan nama Masjid Besar atau Masjid Puteh.

Masjid Abidin Kuala Terengganu

Kali ni since aku meeting berdekatan dengan kawasan ni, so lepas abis meeting aku terus singgah untuk solat Asar.

Bangunan masjid berwarna putih

Masjid Abidin merupakan salah satu masjid tertua di Terengganu. Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu. 

Pada asalnya bangunan masjid ini merupakan sebuah istana kayu yang didirikan oleh Almarhum Sultan Zainal Abidin II. Bangunan Masjid diperbesarkan pada tahun 1319H (1901M) semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III dan bangunan masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu.

Pintu masuk utama

Binaan baru menggantikan bangunan kayu

Sekali lagi masjid ini melalui pengubahsuaian pada tahun 1901 pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, masjid ini diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. Selain daripada pembaikan ini, tiang-tiang batu bulat turut dibina dan tiga buah menara dinaikkan.

Binaan bangunan kayu masjid diganti dengan batu ketika pemerintahan Almarhum Baginda Sultan Umar. Pada tahun 1972, bangunan masjid ini sekali lagi diperbaharui dengan satu menara induk dibina menyerupai menara Masjid Negara.

Sejarah Masjid Abidin

Pembesaran masjid sekali lagi dilakukan pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1972, ianya diperbesarkan demi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah.  Selain daripada tempat untuk beribadat, masjid ini juga digunakan untuk pelbagai aktiviti-aktiviti keagamaan.

Turut didirikan sebuah menara yang tinggi dan beberapa buah kubah di atas sutoh bangunan Masjid Abidin. Keistimewaan masjid ini ialah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah mimbar berukiran yang unik di dalam masjid ini.

Pintu pintu kayu di kekalkan

Tempat wuduk

Kawasan luar masjid

Menurut cerita, masjid ini pada mulanya didirikan tanpa tiang di tengah-tengah bahagian dalam bangunan. Dindingnya hanya sekerat dan melengkung berlubang-lubang bagaikan pintu gerbang. Terdapat sebuah binaan kayu yang beratapkan kayu berlian. Terdapat juga enam buah kolah pada masa itu dan setiap satunya berukuran kira-kira dua depa panjang dan 1.5 depa lebar.

Usha kawasan dalam Masjid Abidin.

Ruang solat

Tiang tiang dalam dewan solat

Karpet berwarna merah

Mimbar

Mimbar yang ada sekarang dibuat oleh Encik Badul Kadir. Tulisan-tulisan kasar yang terdapat di pintu masuk utama telah ditulis oleh Tengku Abdul Kadir bin Salim, manakala lukisan-lukisan kecil pula dilukis oleh Tuan Haji Abdul Rahman.

Pintu kayu yang memisahkan dewan solat yang lama dengan yang baru

Tempat solat di bahagian tepi masjid

Di Masjid Abidin Kuala Terengganu ini sebenarnya Makam diRaja Terengganu.

Makam diRaja

Kawasan makam di Raja di perkarangan Masjid Abidin

Antara kerabat diraja yang dimakamkan di sini termasuklah Sultan Zainal Abidin III, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Ali Shah, Sultan Ismail Nasiruddin Shah serta Tengku Ampuan Besar Tengku Permaisuri Tengku Tengah Zaharah.

Aku cuma masuk dan lalu jer. Tak singgah dan tak check mana mana maqam pun. Tapi ada bangunan khas di bina rasanya memuatkan makam bekas Sultan Terengganu di dalamnya.

Bangunan utama Makam Di Raja


Pintu ke makam

Makam di Raja dan Masjid Abidin

Makam di Pertuan Muda

Makam yang kelihatan dari arah masjid

Kedudukan masjid ini di tengah tengah pusat bandar dan berdekatan dengan lokasi tarikan pelancongan bandar termasuk lah hentian bas KT, Pasar Payang, Dataran Shahbandar dan sebagainya.

Sebagai sebuah tempat ibadah Masjid Abidin menyediakan pelbagai kemudahan antaranya perpustakaan, perkhidmatan Wi-Fi, program Rakan Masjid, ruang solat, bilik seminar dan juga kawasan rehat.

Layan gambar gambar lain sekitar Masjid Abidin Kuala Terengganu ini.

Pagar Masjid Abidin

Menara

Arah panduan

Papan tanda Masjid Abidin yang baru sedang di naikkan.

Masjid Abidin yang sentiasa meriah dengan program yang membuktikan erti kata sebenar pembinaan sesebuah masjid yang bukan sekadar menjadi tempat ibadat semata mata. Banyak program dan usaha usaha telah dilaksanakan bagi menarik masyarakat Islam untuk mengunjungi masjid ini dan seterusnya menukar persepsi peranan dan institusi masjid yang agak terbatas.

Masjid sebagai pusat ibadat, pusat pengembangan ilmu dan penyebaran dakwah Islamiah, di samping menjadi pusat kebajikan dan perpaduan umat Islam setempat. masjid adalah rumah Allah yang suci yang mempunyai taraf dan kedudukan paling istimewa di sisi Allah SWT dan Rasul Nya.

Semoga rumah Allah seperti ini dirahmati dan diberkati untuk selamanya.



Kasihku
Seharum mawar merah
Kujadikan cinta untukmu
Selama-lamanya oh...

Kasihku
Seluas laut biru
Ku jadikan rindu untukmu
Selama-lamanya

Biarpun duri yang bisa
Menjadi penghalang cinta
Aku yang di sini
Hanya untukmu jua
Biar laut bergelora
Menjadi resah sejuta
Aku yang di sini
Pencinta yang setia oh...

Kasihku
Seharum bunga kemboja
Ku jadikan miliknya
Seandainya terpanggil selamanya

bersambung.....

4 comments :

  1. Lawo, tp dok dang sokmo nok singgoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ah. lalu lalang musing ligat bando.. dok dang nok singgoh

      Delete
  2. Pernah singgah solat subuh kat sinie.. tarasa cam suasana di madinah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? wah menarik tu... kena try rasa sekali...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...