Wednesday, August 3, 2016

2016 : Kisah Syawal (Bukan Scha & Awal)

Assalamualaikum dan Salam Bahagia.

Sari berita syawal di bacakan oleh Sari Yanti.

Syawal tahun 2016 telah berlalu dan tahun ini Supermeng Malaya telah menyambut hari gembira ini bersama sanak keluarga.

Kepulangan yang di nanti ke kampung halaman asmara menyaksikan perayaan tahun ni turut diserikan dengan acara beramah tamah, kunjung mengunjung dan beramas mesra sesama insan.

Walaupun cuma sekejap di Hitaly,, perayaan tahun ini tetap meriah dan agak hipster.

Sambutan tahun ini turut disertakan dengan bunga api

Dan mercun pop yang mengundang rasa iri hati Cinderella yang penat menyapu dek kerana hasil sampah sarap yang banyak dan berterabur dipersekitaran rumah.

Namun disebabkan raya hanya setahun sekali, kemeriahan ini tidak terjejas langsung dengan sebarang bebelan dan kecaman ramai kerana mengotorkan laman.

Kita beralih ke Berita Kesihatan.

Laporan daripada bedah siat siat, raya tahun ni menampakkan peningkatan kolestrol dan lemak dalam tubuh Supermeng kerana lambakan hidangan yang terhidang di atas meja semasa raya dan selepas raya.

Tanpa mempedulikan sebarang amaran tsunami, Supermeng Malaya tetap dengan pendiriannya membaham apa saja yang ada di meja tanpa menoleh ke belakang lagi.

Bagi beliau, setahun, hanya sekali. merayakan hari yang mulia ini !.

Di masa bulan Ramadhan, kita berpuasa hingga sebulan. Pabila syawal menjelma. Hari raya di sambut dengan gembira .....................

Mari kita ke Segmen Dari Dapur ke Dapur bersama MasterChef Seleberiti, Mokcik Mona Ramona Veronika Valentina Viktoriya !

Setelah berhempas pulas mencari sepanjang bulan Ramadhan, syawal ini menemukan Supermeng dengan salah hati makanan idaman beliau... NetBuck !

Ketupat palas yang wajib ada setiap tahun

Dan juadah raya yang lain

Pekena selera di hari raya

Lemang...

Ketupat

Rendang

Nasi Minyak

Kuih raya yang sempat dijamah

Walaupun Supermeng berazam untuk kekal ramping dan sihat selepas Syawal, namun harapan itu nampaknya hanya sia sia belaka aku, berkorban kasih ku pada mu.. sekiranya kau.................. masih belum ada tanda tanda aktiviti mengeluarkan peluh dan menghapuskan lemak tepu dilakukan.

Jemputan jemputan selepas raya dan makanan makanan yang sentiasa di depan mata sepanjang Syawal ini menambahkan lagi jumlah lemak yang terperangkap dalam tubuh badan beliau !


Kekal sado tak sador diri lagi ada...

Kena banyak makan buah !

Apple kecik yang manis dan mahal macam tak berbaloi jer

Kesimpulannya... badan tak kurus kurus jugak tapi poket yang tambah nipis !!!

Bercerita pasal poket nipis, kita ke..............

Berita Ekonomi.

Sememangnya bulan Syawal sedikit memberi kesan ekonomi.  Namun sebagai artis Antarabangsa yang sentiasa dekat dengan peminat, beliau menganggap itu semua lumrah makluk Tuhan paling seksi dan paling terkenal dan tidak sesekali merasa tertekan.


Persiapan terakhir sebelum raya menjelang terutamanya angpaw dapat dilaksanakan 


Di kesempatan ini juga, Supermeng Malaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada blogger Dara Jelita yang sudi lagi menghantar kad ucapan di zaman yang serba canggih ni.  

Terima kasih juga atas pemberian duit raya untuk anak anak beliau yang confused dan akan bertanya.

"Kawan Papa yang mana?"

"Yang mana lagi... yang meletop kebabo macam Neelofa tu lah.... !" Begitu Papanya menjawab

Seterusnya, kita ikuti Berita Sukan.

Demam Euro yang telah melanda dunia dan pasukan Hitaly yang telah awal awal lagi tumpas dalam temasya sukan bola sepak terhebat di Euro ini sedikit sebanyak telah memberi impak serta gangguan emosi.

Sebagai tanda kekecewaan, Supermeng telah membawa Princess dan memotong rambut Princess tanpa kebenaran OR !!!


Dan ianya mengundang petir dan halilintar bergema di malam raya

"Alah rambut je pun kan? Potong depan je. Bukan aku suruh buat style CR7 pun" 

Kata Supermeng sewaktu di wawancara.

Dan akibat di marah oleh OR dan dengan kemenangan Portugal sebagai juara EURO tahun ini beliau telah torture diri sendiri dengan memakan Portuguese Cherry Tart tanpa henti.

Yang dekat Hero Supermarket tu adalah sangat sedap tapi mahal le pulop.

Dan sebab sedaplah beliau tidak ragu ragu untuk menjadi bertambah gemok !

Seterusnya kita ikuti Laporan Cuaca.

Dipersilakan M Nasir untuk melaporkan....

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia..................................


Sinaran mentari di pagi Aidilfitri di kampung satu lagi.


Setitis cahaya di Aidilfitri


Kurang berseri sang mentari pagi

Cuaca yang kejap kejap hujan di minggu raya turut memberi kesan kepada sambutan hari raya Supermeng Malaya di mana asal hujan je beliau akan pantas mempersiapkan diri dan tak sabar sabar ke ranjang untuk aktiviti menidurkan dirinya sendiri.

Bagi beliau, tidur yang cukup amatlah penting demi kelangsingan tubuh dan pembangunan minda ! Tapi dah banyak jugak tidur.. haram tak langsing mana........


BBQ Syawal di kampung halaman bersempena meraikan birthday Supermeng yang jatuh pada bulan July lepas.  


Pulang ke kota dengan rasa hiba di dada melihat jarum penimbang sudah mula bergetar melebihi tahap biasa.

Namun misi melantak raya di sambung sekembalinya ke kota.

Macam tu lah. Nampak makanan je lupa saiz pinggang.

Saki baki kuih raya

Dalam pada itu, tahun ni Supermeng Malaya berjaya melangsaikan Puasa 6 tapi cabarannya memang melampau sungguh dengan godaan dan gangguan anasir Bilal Khan.

Demi semangat yang tak pernah luntur. Demi menegakkan benang yang basah, akhirnya Supermeng berpuasa 6 untuk tahun ini.

Oleh itu mari kita berlintas langsung sekarang untuk menemu bual sendiri Supermeng mengenai kejayaan yang tak seberapa ni.

"Saya minta maaf. Jangan tuduh saya riak tapi saya sangat gembira sebab saya mampu melawan godaan kotak merah dan menyempurnakan puasa 6 tahun ni. 

Atas sebab itu, tahun in Rumah Terbuka secara kecil kecilan diadakan dan disertai oleh sedara mara terdekat dan artis artis popular saja. Restis retis jangan harap la nak di jemput. Jemput pun bukan nak datang !  

Tapi tahun ini saya berterima kasih kepada Selena Gomez yang sudi meluangkan masa dan datang beraya di Open House Raya tahun ni sebelum beliau pulang ke kampung beliau di Gemas ! Beliau dengan sopan datang bertandang dengan busana Baju Kelawar dengan corak Kupu Kupu di penggal kepalanya.....

Eh tak tau ke Selena Gomez tu berasal dari Gemas? Gomez = Gemas? No?"

* dan dan itu microfon dirampas dan Supermeng tidak lagi di beri peluang untuk merapu....

Untuk segmen Ketuk Ketuk Ketampi Di Aidilfitir, mari kita saksikan kemeriahan hidangan makanan ala Hitalian untuk para tetamu di rumah terbuka raya tahun ini yang mendapat pujian melambung tinggi oleh Selena Gomez. 

(Jangan tak tau Selena Gomez suka makanan yang pedas pedas). Beliau siap tapaw lagi.

Foglie di Palma di Cocco

Bamboo Involucro Glutinoso

Salsa di Pesce Pasta

Pollo al Curry Con Patate & Brodo Vegetale

Satay di Pollo

Tagliare la Carne

Braciola di Pollo

Patate e Frutta al Curry

Rotoli Torta

Crostata al Limone

Tergeliat tak lidah nak sebut nama makanan? Sila gosok dengan minyak YuYee kalau lidah terkehel.

Alhamdulillah. Sesungguhnya Syawal tahun 2016 ni memang disambut oleh Supermeng secara bersederhana tetapi meriah !

Bercakap dengan Tuan empunya diri, Supermeng Malaya menambah, tahun ni, beliau merasa sedikit kekurangan kerana beliau rindukan satu perkara.

Perkara apa tu?

Lama dah dia tak travel !!!!

Kegatalan sudah mula melanda diri dan kaki............ !!! Teritip dan kulapuk hijau sudah mula membiak di buku lali. Dan beliau akan mempersiapkan diri untuk Trip Mega 2016 yang akan muncul tidak lama lagi..................................

Ke mana tu????? Biarlah ianya menjadi rahsia buat masa ni. ( macam la orang lain heran )

Tapi sebelum tu buat trip kecil kecilan ke Jeram Selangor untuk cuti cuti lite lite....

Jalan jalan melihat kawasan

Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor

Pantai Jeram, Kuala Selangor

Pantai Remis Kuala Selangor

Gi usha usha The Kabin di Jeram Selangor


Container-type boutique resort


Tak lupa mengisi perut di Aroma Ikan Bakar


Dan aktiviti menambah berat badan bersambung tanpa kesudahan.................

Akhir kata, detik Syawal yang mulia bakal pergi meninggalkan kita nanti. Semoga bertemu dengan Hari Kemenangan yang akan datang.

................Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini..

* peluk buluh lemang dan tabung kuih yang dah berkurangan...............

 ................Selamat Hari Raya. 
Maaf Zahir Batin....... 



Dilangit dibumi bertasbih
Memuji kebesaran
Mengalir air mata ini
Sedari keagungan
Maha Esa...

Jendela dan pintu di hati
Terbuka seluasnya
Memohon meminta menanti
Keampunan dari-Nya

Berseru bersahutlah kita semua
Bersyukur bertahmidlah kepada-Nya
Doa dan tangisan merayu
Merayu keampunan

Oh.. oh... oh...

Inilah hari kemenangan
Inilah hari keberkatan
Sebulan kita berpuasa
Menewaskan semua godaan

Inilah hari keampunan
Inilah hari kemaafan
Antara kita dan Yang Esa
Juga kita sesama insan

Maafkan atas segala merapu rapan tak bertepian. Ia adalah disengajakan. Sekian.  

26 comments :

  1. sabo je lah baca entry ni..teringat pulak edisi masterchoi dulu2 tu
    saya pun sama bang meng..kat opis ni dekat tiap2 hari open house..walaupun x berapa kurus, masih la takut tengok jumlah makanan raya yg masuk perut.
    saya kenal pasaraya hero ni, nova damansara kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lega dah abis jamuan raya.. masa utk menguruskan body..

      tp mcm bakal menemui jalan buntu je...

      Tu nova saujana.

      Delete
  2. buletin utama waktu perdana
    banyak sekmen disentuh
    bagus
    hahahah
    sempoi la dik..
    (baru tau Gemas tu kat ne..sempadan negara Argentina sebelah tenggara Brazil ...)
    *sangkut peta dunia kat ampaian baju*

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa angkat jemuran...

      hujan........

      Delete
  3. Nekbat sedap, tapi bulan puasa takde rezeki nak makan kiriman ibu mertuaku sampai2 ke tangan dah basi.....huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kalau sekali sekala dpt.. cuma kdg kdg manis terlajak... tapi kalau lama tak rasa memang keinginan memuncak melebihi segaln...

      Delete
  4. ahahaha!! kiutnyer berita raya ;p

    tazabar nak memayakan diri di alam travel SM yayyy!! *eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kaki dah naik kurap dah ni asyik gatal je...

      lama lagi nak merantau ni.. tapi mcm tak sabar2 jugak ni

      Delete
  5. oh ya! maybe i'm far bit too late to wish a Selamat Hari Raya :) :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u very much. Selamat hari raya to u too !

      Delete
  6. idea merapu SuperMeng mmg TERBAIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang kadang dia datang... especially bila bulan tengah mengambang....

      Delete
  7. Yakkk boktam....duk merapu mende ni meng??? Hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakk boktam ke Yak kelih boktam.....

      lama tak dengar tu.. dulu dulu kalau kena marah memang selalu la ayat tu yang keluor. tu yang merapu sampai ke tua tak sudah2 ni...

      Delete
  8. Haku dah hagak ni mesti bahana terlebih makan segalanya di hariraya...tu pasal merapu ko yang terbaek...kehkehkeh...kan uncle Meng...eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlebih makan ketupat..... otak banyak santan.... hiks

      setahun sekali je aku cenggini.. bila keadaan ekonomi tak stabil. hahaha

      Delete
  9. Doh bakpe nye blebe gitu mo lalu? Mabuk ketupat? Ke mabuk nekbat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mabuk seme lah.. banyok sgt dalang perut.. gelora dia luar biasa !

      Delete
  10. Haha..baca entry nie serasa mcm tgk berita dpn tv..hihiks.Tgk pic makanan terus lapor menu raya..open house lagi plisss hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni aku banyak jumpa lemang dan rendang yang sedap2... memang teringat2 jugak lah.. insha allah... menunhggu raya yang akan dtg pulop.. maybe time tu aku berjaya kurus dah.

      hmmmmm

      Delete
  11. Meng!tahun dpn aku up duit raya anak ko! Love from anti lofa. Eh

    ReplyDelete
  12. hahaha tiba2 baca nada ala2 normala samsudin.....
    raya mmg nmpk meriah.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. normalas samsuddin baca kang baku pulak bunyi nya..

      raya oke.. rindu rendang dan lemang

      misi kurus masih belum berjalan !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...