Monday, August 22, 2016

Jom Makan : Double A Cafe at Pacific Place, Ara Damansara

ASSALAMUALAIKUM MUUUAAAHHHH 
UTK PEMINAT PENCACI PEMBENCI AA SEMUA..
RAMAI KEMARUK MENTION AA STATUS TAK HOTTT 
MALAS LAYANNNN KAUUU..
HIKHIKHIK ... 

AKU TULIS CAPSLOCK SEBAB ITU TRADEMARK AKU, 
KAU APA PEDULI? 
HATERS GO TO HELL!

AKU NAK TULIS CAPSLOCK KE APA KE, 
SUKA HATI AKULAH! 
PUIH!!!

HATERS NI KALAU IKUT HATI, 
MAK SUMBAT CILI DALM EXZOZ DIA, 
BR DIA TAU ERTI PENYESALAN!!!

Begitulah kata kata yang di ambil terus dari Tweeter Diva AA.

Terdiam kejap aku membacanya. Sebab aku tak de Tweeter so aku tak berapa ambik port pasal orang gebang gebang isu dia tu tapi.........Lantak dia lah.

Yang penting dia tak kacau aku.

Ahaks.  

"HARI NI SUPERMENG MALAYA NAK REVIEW DIVA AA GITU.. 
KAU HADO?" 

Tu aku yang reka.

Heehehe.

Hari ni memang aku nak review pasal Double A... Bukan Diva AA tapi Double A ! Cafe yang terletak di Pacific Place, Ara Damansara.

* pimpin tangan Diva AA tuju ke pintu Exit

Double A, Satu A untuk Aiman.. satu lagi untuk Alia !

Terletak berdekatan dengan Evolve Concept Mall. Satu lagi Mall yang aku tak tau apa paedahnya muncul kat situ dan buat jalan jem

Entrance cafe dari arah depan bersebelahan dengan Mamak Penang Road.

Tapi cafe ni OK sebab dia terletak di belah jalan utama so boleh nampak dari jalan besar.

Aku ke sini untuk dinner. Berdua je dengan OR. Dah lama nak try tapi tak dan. Kali ni pastikan jadi.

Kehadiran kami di waktu kecederaan jugak sebab last call untuk order pukul 9.30 malam. Tapi kalau nak stay untuk coffee boleh lepak sampai 11 malam.

Welcome !

Kehadiran kami di sambut mesra oleh seorang wanita yang comey dan lawa. 

Aku assume dia adalah Alia owner cafe ni. Ramah tamah dan mesra pelanggan orangnya. Boleh nampak kalau owner sendiri yang layan compared to pekerja.... kita datang pun rasa macam bahagia je. Dah la comey lotte... tapi suami dia si Aiman pun ada situ, so jangan lebey lebey haaaa.

Konsepnya layan diri. Order makanan kat kaunter dan bayar nanti di hantar ke meja.

Orang tak berapa ramai malam tu. Aku tak sempat nak snap menu book dia sebab segan. Tapi menu dia tak de la banyak, ada choices of pasta dan juga Chicken Chop selain coffee dan cakes.

Pilihan cakes nampak menarik juga

First usha setting kedai dulu.

Hiasan dinding. Interior cafe agak menarik jugak

Cafe dia tak besar mana but boleh pilih nak duduk kat dalam

Atau di luar. Ni dari arah belakang mengadap ke Pacific Place

Kami lepak kat belah luar je. Pokok pokok pun dah mati... Kesian mereka tak di sayangi....

Cozy untuk lepak tapi kalau ramai ramai cramp jugak lah.

Lepak menunggu makanan. Aku suka kalau kedai tak lokek bagi air masak percuma. Siap bagi satu jug kecik lagi. Bagus. Tak perlu nak mintak banyak banyak kali.

Menunggu layan rokok jap

Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya makanan pun tiba !..

Dipersilakan masuk.

Oh. Air dulu. Mango apa benda ntah ni. OR kata sedap. Bagi aku kuat sangat gas dia. Tersedu sedu jadi nya ( cas cas baru nak membesar - ambik tisu tampal kat dahi macam baby )

Alio Oglio..... untuk OR. Kalau Princess ni dia dengar mesti sebut makanan 'air liur air liur'

Posing sekali lagi

Salted Egg Chicken Chop untuk aku

Sekali lagi....

Okey. Makanan dia adalah kesedapan berganda !

OR kata Alio Oglio dia sedap. Aku rasa juga and boleh tahan cuma........ PEDAS HAA HAA... Boleh keluar api naga dari dalam mulut lepas makan tu. 

Pedas tapi sedap.

Salted Egg Chicken Chop aku tu bagi aku OK jugak lah,... 

Dan buktinya....

Abis makan hingga ke suapan terakhir

Dah abis makan tu kenyang la kan. Tapi selera tak putus di situ.

Salah satu sebab Double A Cafe ni lebih menarik adalah kerana hidangan cake dia di sini. Di khabarkan cakes yang ada di cafe ni di ambil dari few cakes specialist yang sememangnya pakar dalam membuat cake yang sedap sedap seperti Gateauxlicious, Gulabakery, Sugar Rush & Cake Jalan Tiung.

So kalau nak makan kek sedap sedap. Boleh datang ke sini je !

OR order yang ni. Apa ntah nama dia. Peanut Butter kot

Sungguh tak mengecewakan !

Dan dengar cerita Ili yang masak masak kat Astro pastu buh dalam tiffins (mangkuk sior) pun masak di sini jugak. 

So highly recommended for the food, the service, friendly owner ( Aiman & Alia ) and the ambiance.

Oh, cost makan aku semua tu RM 69. Tapi dia tak kasi bill so aku tak ingat itemized dia berapa.

Double A Cafe
E-1-3, Block E, 
Pacific Place Commercial Center, 
Ara Damansara

Mon - Thu : 12:00 pm - 10:00 pm
Fri : 3:00 pm - 11:00 pm
Sat-Sun : 10:00 am - 10:00 pm

Insta : DoubleACafe

Eh. Dah gi mana Diva AA tadi tu?

11 comments :

  1. Cam menarik.

    Tp intro mu kali ni wat aku kenaling. Ingat blog ni kena hack dah... Adoii

    ReplyDelete
  2. saya ngan kawan pun memang suka je lepak sini sebab cake & coffee dia memang sedap.
    pernah sekali try caramel cake banana apa tah, pergh..cakegasm terus. creme brulee coffee juga layak untuk dicuba. sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey. nanti buleh gi cuba lagi.... parking payah jugak area ni

      Delete
    2. parking dalam evolve tu abang meng..dekat je

      Delete
  3. hahahahaha...makan sedap jiwa jd super tenang kan! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza..... tenang tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.. di situ la keinzalan yang nyata !

      #mottotaklehblah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...