Thursday, August 18, 2016

Trip Palembang 3H2M - 08 : Monumen Perjuangan Rakyat ( MONPERA )

Dari Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II aku berjalan ke belakang dan tak jauh dari situ terletaknya Monumen Perjuangan Rakyat atau lebih di kenali sebagai MONPERA.

MONPERA - Monumen Perjuangan Rakyat

Pada masa awal kemerdekaan, tempat ini menjadi saksi sejarah terjadinya berbagai peristiwa, termasuk pernah dijadikan base pertempuran selama 5 hari 5 malam menentang Belanda. 

Pembangunan museum ini dibiayai oleh APBD Pemerintah Daerah Tingkat I Sumatera Selatan yang dilakukan secara berfasa bermmula 1980/1981 hingga tahun 1987/1988. Perasmiannya telah dilakukan pada 23 Februari 1988 oleh Menko Kesra H. Alamsyah Ratu Prawiranegara. Perletakan batu pertama serta pemancangan tiang  bagi bangunan monumen telah dilakukan pada tanggal 17 Ogos 1975.

Kawasan sisi monumen

Kereta tank di perkarangan

Malam sebelumnya aku dah datang sini tapi sebab malam tak berapa usha mana. Kali ni datang singgah dan tengok dengan jelas waktu siangnya.

Sesungguhnya kawasan ini di bina sebagai memperingati sejarah perjuangan bangsa Indonesia dalam perang 5 hari 5 malam di Palembang. Monumen yang dibina sebagai simbol penghargaan kepada para pejuang dalam mempertahankan kemerdekaan Indonesia, berdiri kukuh dengan ketinggian 17 meter, dan mempunyai 8 tingkat ke semuanya.

Bentuk bangunannya sungguh unik kerana menyerupai bunga melati dengan 5 kelopak.

Bangunan monumen

Tanda perasmian

Tarikh di rasmikan

Garuda sebagai lambang keberanian

MONPERA Palembang terletak berhampiran dengan Masjid Agung Palembang dan Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II. 

Layan dulu kawasan persekitarannya.

Kata kata semangat

Kata kata dari Panglima Besar Sudirman

Lukisan peringatan

Seruan merdeka !

Kemerdekaan sesuatu negara dapat dijamin teguh berdiri apabila berpangkal pada kemerdekaan jiwa. - Hamka

Monumen ini boleh dinaiki sampai ke bahagian bumbung. 

Dan aku memang berniat nak naik ke atas. Cuma cuaca hari tu memang la panas dan masih tengahari lagi, so aku lepak dulu kat area taman tepi monumen ni lepak lepak.

Kerusi di sediakan berbentuk Monumen Monpera

Ada yang jual jualan

Bahagian atas

Pintu di bahagian tepi monumen tapi ni bukan entrance untuk naik ke atas

Masa aku lepak tu nampak ramai jugak orang turun naik.

Agak agak cuaca dah OK sikit walaupun masih panas, then aku bersedia untuk masuk dan tengok di bahagian dalam MONPERA ni.

Pintu masuk di arah sisi monumen

Selamat datang !

Bayaran masuk adalah sebanyak 5000 rupiah untuk local. Kalau warga asing kena 20,000 rupiah. Aku pose pose local. Siap dia suruh tulis buku lawatan dan aku cas cas datang dari Jakarta !

"Ops.... Ampun Pak......."

Di dalam monumen ini terdapat beberapa bilik yang di antaranya termasuk ruang pameran tetap, ruang perpustakaan, ruang auditorium, bilik makmal atau pemuliharaan, ruang audio visual, bilik pentadbiran, ruang penyimpanan koleksi, dan bilik untuk bengkel.

Koleksi benda bersejarah yang berada di dalam MONPERA Palembang terdiri dari foto, persenjataan, patung pahlawan, baju dinas yang digunakan oleh para pahlawan, dan juga terdapat mata wang sejak tahun 1945. Semua koleksi tersusun dengan rapi dan terawat. Setiap pengunjung boleh melihat koleksi koleksi yang di pamerkan di sini.

MONPERA Palembang terdiri daripada 8 tingkat.

Lantai bawah atau tingkat pertama terdapat foto-foto pada masa perjuangan, ruang penjagaan, dan juga beberapa buku sejarah perjuangan.

Setiap pengunjung dibenarkan untuk membaca buku tersebut. Naik ke tingkat dua, kelihatan beberapa foto para pahlawan, lukisan pada masa perjuangan, senjata yang digunakan para pahlawan, dan juga koleksi mata wang sejak tahun 1945.

Menuju ke tingkat tiga MONPERA Palembang, terdapat patung pahlawan Palembang yang diperbuat daripada gangsa. Tiga orang pahlawan tersebut adalah drg. M. Isa, Residen Abdul Rozak, dan dr. A.K. Gani. Patung para pahlawan ini hanya dibuat setengah badan. Selain itu, di tingkat 3 juga terdapat pakaian dan foto pahlawan.

Di tingkat empat, para pengunjung akan menjumpai alat pelontar bom dan ranjau. Naik ke tingkat lima terdapat patung gangsa separuh badan 3 pahlawan Palembang lain iaitu Kolonel H. Barlian, Brigjen TNI H. Hasan Kasim, dan Mayjen TNI H. Bambang Utoyo.

Beberapa lukisan pada masa perjuangan juga terdapat di tingkat 6. Pada tingkat 7 MONPERA Palembang difungsikan sebagai tempat penyimpanan buku-buku sejarah. 

Di penghujung lawatan (tingkat 8), terdapat lukisan serta gambar para pahlawan.

Berkunjung ke MONPERA Palembang tidak hanya memberikan kesempatan kepada kita untuk mengenal para pahlawan yang berjuang demi mempertahankan kemerdekaan Negara Indonesia.

Bagi anda yang telah mencapai tingkat 8 dapat meneruskan perjalanan untuk naik ke bumbung monumen. Di tempat tersebut, kita akan melihat keindahan Kota Palembang dengan view yang berbeza.

Pandangan dari tengah tengah bangunan ke arah bawah

Tangga untuk naik ke bumbung MONPERA

Rooftop

Sekilas Sejarah Perang 5 Hari 5 Malam di Kota Palembang

Setelah Negara Indonesia merdeka pada tanggal 17 Ogos 1945, tentera bersekutu yang  datang bersama-sama dengan pasukan Belanda (NICA) mendarat di beberapa wilayah di Indonesia.

Salah satu kawasan tersebut adalah Kota Palembang. Kedatangan mereka di Bandar Bahari ini terjadi pada tanggal 12 Oktober 1945. Pemerintahan RI di Palembang hanya membenarkan pasukan Sekutu untuk tinggal di wilayah Talang Semut.

Namun, pada kenyataannya pasukan Sekutu cuba untuk memperluaskan wilayah. Perbuatan mereka ini mencetuskan terjadinya insiden antara TRI (Tentara Republik Indonesia) dan pasukan Sekutu. Setelah dilakukan perundingan, gencatan senjata tersebut dapat dijalankan.

Pada bulan Mac 1946, kekuatan pasukan Sekutu telah mencapai kira-kira 2 batalion. Mereka juga melindungi pasukan Belanda untuk masuk ke Kota Palembang. Hingga akhirnya pada bulan Oktober 1946, pihak Sekutu meninggalkan Kota Palembang dan menyerahkan kedudukannya kepada Belanda.

Semakin kuatnya kedudukan Belanda di Palembang, membuat mereka sering membuat kekecohan sehingga berlaku beberapa kali menghubungi senjata. Sambil menunggu bantuan, pihak Belanda akan mengulur waktu dengan cara mengajak berunding agar kenalan senjata dapat dihentikan.

Akhirnya, pada tanggal 1 Januari 1947 meletus perang besar antara Belanda dan TRI bersama rakyat di Palembang. Perang ini berlangsung selama 5 hari 5 malam dan mengakibatkan satu perlima Kota Palembang hancur dan musnah.

Belanda tidak hanya menggunakan kekuatan tentera darat dengan beberapa kereta kebal, mereka juga disokong oleh kekuatan udara dan laut. Sedangkan TRI bersama-sama dengan rakyat hanya menggunakan senjata sederhana. Namun, semangat juang mereka berjaya memberikan pukulan berat kepada pasukan Belanda.

Layan gambar gambar dari rooftop MONPERA Palembang ini.

Jembatan Ampera

Masjid Agung Pelembang

Bulatan air pancur Palembang

MONPERA Palembang terletak di Jln. Merdeka No. 1, Kel. 19 Ilir, Kec. Ilir Barat I Palembang 30132.

Selain menggunakan kenderaan peribadi, pelancong juga boleh menggunakan angkutan umum yang menghala ke Jembatan Ampera.

Harga tiket masuk ke MONPERA Palembang adalah Rp 1000 / orang untuk pelajar, Rp 2000 / orang untuk mahasiswa, Rp 5000 / orang bagi pelancong tempatan, dan Rp 20.000 / orang untuk pelancong luar negara.

MONPERA Palembang dibuka pada hari Selasa hingga Hari Minggu pada jam 08.00 hingga 15.30. Ia ditutup pada hari Isnin dan hari cuti kebangsaan.

Bagi aku kalau berkelapangan boleh la datang melawat ke MONPERA ni. Walaupun tidak banyak berkaitan dengan kita, tapi sedikit sebanyak ianya mengambarkan usaha keras perjuangan rakyat Palembang sebelum ini untuk mencakap kemerdekaannya.

Walaupun musnah harta dan benda, harga diri janganlah jatuh 
- Hamka -

MONPERA Palembang adalah lambang kegagahan dan perjuangan warga Palembang. Megah seumpama Anggerik Bulan yang menjadi Puspa Pesona seluruh Indonesia.



Setangkai anggrek bulan
Yang hampir gugur layu
Kini segar kembali
Entah mengapa

Bunga anggrek yang kusayang
Kini tersenyum berdendang
Bila engkau butuhkan
Matahari kan bersinar lagi

Hatiku untukmu
Hanyalah untukmu
Kuserahkan
Ku dambakan

Dirimu kasihku
Permata hatiku
Kubayangkan
Di setiap waktu

Bagai embun pagi hari
Bunga-bunga segar lagi
Berkembang harapan hati
Hari bahagia menanti

bersambung......

8 comments :

  1. Yuran untuk pelancong asing mahal berbanding pelancong temaptan ye...Boleh menyamar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh !!! Jangan ckp banyak.. bagi isyarat je. kalau tak ... kantoi !

      Delete
  2. menjadi tak penyamaran itu?
    (alahai banyak entry citer palembang x abis baca...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. of chos la menjadi....

      dalam buku tetamu siap letak alamat dari Jakarta....

      (otak ligat reka alamat)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...