Friday, August 26, 2016

Jom Makan : Franco, Paradigm Mall

Kesat airmata dulu !

Kalau dah nama Melayu, makan makanan Melayu je lah kan? Nak order benda pelik pelik... ujung ujung salah order lagi.

Nampak dalam menu macam menarik. Nama macam nama saintifik ulat beluncas, bila datang je ..... kami gelak sendiri.

"Ini ke yang kita order tadi?"

Tak leh nak marah orang lain. Salahkan diri sendiri.

Ada satu hari tu, aku dengan OR keluar ke Paradigm Mall. Budak budak tak nak ikut. Biasalah kalau ada cerita dia orang kat TV, takde nya dia orang layan nak mengekor.

Lepas abis urusan, mula la cari tempat makan. Cari Spaghetti Grills tapi dah tutup rupanya. So kami makan di Franco !

Nama kedai sungguh have have ala ala France

So aku berdua je tak de la kisah sangat. OR kata nak makan spaghetti, aku tak kisah apa pun. Janji kenyang.

Paradigm Mall

Aku pernah terbaca iklan pasal cafe ni. Tapi tak pernah la nak try.

Hasil dari risikan adhoc aku, baru la aku tau yang Franco ni merupakan restaurant yang menyediakan makanan French ala Japanese. Kira fushion gak la ni.

FRANCO is a fusion fine casual dining restaurant that changes the notionof gourmet food - it is a unique dining concept that is set out to define a new dining experience, focusing on what matters most – quality food in a casual, comfortable environment and at an affordable price point.

Promising a remarkable journey for the taste buds, FRANCO fuses artisanal cuisines and techniques with ingredients and cooking arts found globally. Marked by meticulously-concocted, delicious and wallet-friendly menu items, made using the freshest locally-sourced and imported high-quality ingredients, FRANCO seeks to put a new definitive on fusion dining.

It's passion served on every plate - at FRANCO.

OR macam OK je sebab ada Jepun sikit. Aku belasah je lah.

Duduk dulu dan usha resto ni dulu.

Simple je resto dia

Dan space pun tak besar mana. More to cafe je lah kot

Duduk dulu dan di beri buku menu

Tak de orang so harapan dapat makanan cepat

Duduk dan kami di beri buku menu.

Makanan dia jelas tak berapa menarik selera aku. Flip Flip tak tau nak order apa. Last sekali order je la apa yang nampak di depan mata.. Artisan tu makanan untuk artis artis je ke?

Tunggu kejap dan air pun tiba. Iced Lemon Tea.... 

Pasta Teriyaki Chiken untuk aku

Muncul sekali lagi.

Ayam Teriyaki dia macam OK je lah. Tak de la kebabo sedapnya, tapi rasa macam tak berbaloi makan makanan ala ala tapi harga boleh tahan mahal.

Tapi yang kelakarnya bila makanan OR tiba.

Squid Ink Pasta apa benda ntah....

Bila mamat waiter letak atas meja, aku terus pandang OR.

"Awak order apa benda ni? Rantai basikal ke apa?"

Ya ampun. Makanan ke apa? Apsal rupa hodoh sebegini rupa?

Tak leh terima aku makanan kaler hitam. Darah sotong kah? Tomato je yang memeriahkan suasana.

Dan yang paling kelakar, bila OR makan. Bibir, lidah, gigi sampai ke mulut terus jadi hitam.

"Fuyooo gothic nya awak sekarang ni.....!"

Bila jelir lidah dah rupa macam Dracula pun ada.

"Tak payah lah goda saya dengan bibir hitam macam tu. Saya tak tergoda"

Bila sengeh gigi pun hitam.

Tapi dia berjaya menghabiskannya. Aku punya tak abis juga.

Dan nasiblah mood terpujuk dengan Chocolate Souffle ni.

Dah makan sampai abis

Alhamdulillah kenyang walaupun aku rasa macam azab betul rupa makanan tu.

Aku rasa kedai kedai pelik pelik ni aku tak leh nak masuk ah. Asyik salah order je. Kedai Italian tak buleh, French pun tak berapa buleh. Aku rasa, tekak aku ni sesuai makan yang simple simple dan jangan yang pelik pelik namanya

Ke ada makanan yang memang best di Franco ni?

Sapa dah try boleh bagitau

Kos makanan adalah RM 94. Menyedihkan jugak sebab tak berapa nak enjoy the food. Tapi aku tak salahkan orang lain..... salah kan diri sendiri je....

Apa apa pun...... lambat lagi lah aku nak repeat tempat ni lagi !

Aku tak halang dan tak jugak recommend. Tapi kalau sesapa nak cuba, check dulu menu dia supaya tak salah order.


Dan check juga FB mereka kot ada promosi ataupun menu baru : Franco Malaysia

14 comments :

  1. Ahaaaaa uncle.... Makan n makan lagi.... Makanan yg hitam tu dh mcm rambut je... Tk bleh pandang....adeeehhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah. mcm rambut palsu eh.. tetiba je ada tomato

      Delete
  2. Best tu squid ink spaghetti... Rs manis2 sotong gitu. Mu gelak ke OR tp makanang mu sendiri tok abis, guane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ke? dok lalu aku nak makang.

      hok aku tu memang dok sedak lasung. mahal ge bedil

      Delete
    2. Best ooo. Aku pun 1st time makang kat jepang.
      Mu fefeeling makang sotong rebus kuoh itang jah laa. Hahah

      Delete
    3. dok sey hambo... aku hok pelik pelik kang ni.. dok leh nok telang

      Delete
  3. rasanya kat Franco ni yg famous french toast dia. and squid ink pasta tu lah. tapi kaler gtew terus takde selera . ahhaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm tak friendly pinggan je kalau makanan kaler hitam ni. tak presentable. tapi... maybe sebab tak biasa kot. kalau org dah biasa apa heran dah kaler kaler ni seme.

      Delete
  4. O M G ... bak kata anak anak muda baya baya Meng !!!! Memang terus terliur tgk squid ink spaghetti tuh !!! Iya , dulu waktu zaman zaman duduk Jepun, benda nih memang famous and sedap !!! Terus terliur !!! Tapi kat sini tak nampak lagi !

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa kira memang glamer dah la mknn darah sotong ni? tp memang tak pernah tengok. al maklumlah... katak di bawah pyrex. tak ambik pot sgt especially japamese food.

      Delete
  5. kalau sotong masak hitam masih boleh masuk lagi tuuu...ini dengan spagetti kaler hitamm....makk aihhhhh...memang pitam dulu baru nak makan...hahahaha...nak gak tgk gmbar OR bro...sengeh2 mkn spageti itam nie...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... gigi hitam macam baru lepas makan arang.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...