Tuesday, August 23, 2016

Jom Santai : Grand BlueWave Hotel, Shah Alam - Part I : Room

Jom santai santai di pinggir kota !

Tak jauh dari rumah, tapi sebab aku ada jemputan atas sebab kerja dan di beri bilik jadi.... apa laga.... orang bagi kita ambik !

Aku menginap satu malam je di sini, ada event customer.

Grand BlueWave Hotel, Shah Alam

Located in the heart of Shah Alam, this luxurious 5-star property sits in a prominent area. Surrounded by urban houses, this posh area offers easy access to various shopping malls and brilliant dining venues surrounding the area. Guests can visit malls like Plaza Alam Sentral and Shah Alam Mall. The hotel features 341 lavishly designed rooms and suites that incorporate all the modern amenities needed for a great stay. 

A business class hotel, Grand Blue Wave Hotel Shah Alam possesses location and beautiful rooms that are ideal for both business and leisure travelers. 

Doubtlessly a great place to stay, Grand Blue Wave Hotel Shah Alam is a good choice if you are visiting Malaysia.

Rasanya dah lama hotel ni. Memang dah buruk pun dan aku pernah sekali di zaman silam datang buka puasa di sini. Tu pun ada jemputan juga. Nak menginap tu macam tak la sebab dekat sangat dengan rumah. Tak sempat nak feel. Aku siap balik rumah sebab tertinggal 'mouse' laptop.

Tapi sebeb dapat jugak merasa ni, aku bawak jalan jalan dan usha usha salah satu hotel yang sangat popular di bandaraya Shah Alam ini.

Jom check in !

Ruang lobby dengan gaya mewah tapi agak buruk dah

Sesuai dengan tarafnya 5 bintang.... layanan seharusnya 5 bintang juga

Reception desk.. Check in di sini. Agak smooth jugak la urusan semuanya

Liff dari lobby ke bilik penginapan

Sebab aku datang sini hari bekerja so memang aku sorang je pun dan banyak urusan adalah di meeting room, so tak berapa nak explore sangat.

Tapi dari pengamatan aku, hotel ni memang dah buruk !

Walaubagaimana pun, ada juga usaha untuk mencantikkan juga especially dari segi interior design setiap tingkat yang ada. Bilik bilik dia telah di refurbished dengan gaya yang lebih moden sesuai dengan peredaran zaman.

Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini jugak merupakan Halal friendly hotel yang menyediakan makanan halal di setiap restoran restorannya.

Hotel ni semuanya 20 tingkat tak silap, bilik aku di tingkat 14. Ada beberapa floors di bahagian paling atas di khususkan untuk Club Room serta Presidential Suite.

Laluan di tingkat menuju ke bilik

Ada kerusi rehat di setiap tingkat

Grand BlueWave Hotel Shah Alam features 341 luxurious rooms including 280 deluxe rooms, 58 suites, 2 special care rooms and a Presidential Suite, the hotel has every thing a business traveler needs.

Wide glass windows in each room offer a panoramic view of the majestic ‘Blue Mosque’ or garden city of Shah Alam.

In addition, our BlueWave Club dedicates two entire floors to the businessman or woman.

While the newly-open Ladies Floor provides extra security for discerning woman executives who are traveling alone.

Guest Room Features:
  • High Speed Internet Access
  • Voice Mail
  • Cable Television
  • International Direct Dial Line
  • Electronic Safe
  • Mini Bar
  • Coffee / Tea Making Facilities
Jom masuk bilik !

Pass key tapi kalau nak naik lif tak perlu touch pass key. Hotel dulu dulu belum ada security macam ni lagi

Ready?

Bilik aku adalah jenis Deluxe Room.

"Asssalamualaikum...."

Deluxe Room

Kings Size Bed.. Tapi katil dia biasa biasa je. Bantal pun biasa biasa....

Ruang agak luas juga. Ada 2 kerusi di tepi tingkap. Tingkap tak leh bukak !

Lukisan di dinding

Working desk. Ada LAN Cable dan plug point. WiFi memula agak slow jugak tapi ada pihak hotel call tanya cemana semua then aku bagitau... baru la dia restart balik router ke apa then laju sikit

Mineral water di beri percuma. Tapi bilik dia non smoking room !! Ada aku kesah? No No No ....

View bilik

LCD TV

Usha sikit apa yang ada dalam bilik ni.

Safety box. Selipar. Bathrobe tak dak tapi bagusnya ada sejadah !

Fridge yang kosong. Coffee dan tea. Kettle dia macam dah berkarat. Aku pun tak dan guna

Siaran TV so so.. Selalu kalau budak budak ada dia orang mesti cari kartun dulu dan berebut dengan aku... tapi bila dia orang tak de.. aku tak tengok pun TV ni !

Nampak karpet tu aku bayangkan jenis gebu gebu jer.. rupanya tak ! Kasar semacam

Tapi overall, kira bilik dia agak OK lah walaupun memang kalau check details banyak nampak kesan kesan kerosakkan pada perabut dan dinding bilik

Side table

Lampu pun zaman Britney Spears baru nak start ligat menyanyi.

Home dining service. Aku tak try pun. Tapi harga nampak reasonable juga

Tak lupa bilik air dia. Amenities biasa biasa je tapi ada shaver jugak ler. Toiletries standard biasa biasa je.

Tempat termenung ! Sempat la aku bermenteri Pasola seround kat sini. Toilet nampak lama juga. Ada bath tub dan rain shower. Paling penting bersih dan tekanan air pun okey.

Now.....

Satu lagi yang menjadi buruan dan tarikan setiap kali check in bilik hotel. 

View !!!

Bilik aku facing Masjid Shah Alam. Nampak la kubah besar yang sedang dibaikpulih tu.

View dari bilik

So boleh nampak jugak Muzium Shah Alam

Bangunan Teater Di Raja yang dikatakan terbiar.... Buat lawa lawa pastu rosak tak digunapakai... 

Padang Shah Alam yang menjadi lokasi santai warga berdekat

Most of the time aku ada kat meeting room, so santai kat bilik ala kadar je lah.

View masjid waktu malam

Acara di kawasan padang

Overall, Grand BlueWave Hotel Shah Alam sememangnya antara penginapan yang agak OK sekiranya. Bilik memang agak lama sikit tapi service not bad juga. Boleh la kalau nak menginap semalam dua di bandaraya dalam taman ni.

Nanti kita tengok facilities yang ada di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ni.

Grand BlueWave dan beberapa bangunan penting sekitar Shah Alam

Untuk booking, sila refer website mereka : Blue Wave Hotel, Shah Alam

bersambung.....

10 comments :

  1. Assalam..

    aritu saye ade ckp outlet levis kt cheras leisure mall kan.. aritu pg da tutup pon tempat tu...sorry aritu bg wrong info...maaf eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      laa dah tutup ka.... ?

      tak pe la tak de rezeki. or maybe dia pindah tempat lain kot. kalau ada bagitau yach

      Delete
  2. dekat je ngan umah aku, sepelaung hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh............ kiranya umah aku pun sepelaung jugak.

      so rumah kau ke rumah aku? dua laung?

      Delete
  3. Selain jadi supermeng dan artis...keje apa yea sebab selalu dapat duduk hotel? Jealous aku...haha.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...