Tuesday, August 9, 2016

Jom Celebrate : Foodsbury Cafe, Seksyen 9, Shah Alam

Kudap kudapan makan bebenda manis bagi meraikan gigi bongsu yang baru tumbuh !

Tak percaya?

OK. Tak percaya sudah. Memang satu pembohongan besar pun. Tua tua bangka ni gigi susu mana nak tumbuh dah. Yang tumbuh tu semua gigi gigi yang tak reti bahasa.

Pernah tak dah tua tua ni gigi tetiba tumbuh? Hujung hujung lak tu. Mengundang pelbagai bencana dan malapetaka !

Okey. Bukan nak cerita pasal gigi pun tapi sesuatu yang manis.

Manis sebab berkenaan dengan lepak keluar celebrate birthday BW yang juga jatuh pada bulan July lepas.

Tak kenal siapa BW?

Dialah Supermodel antarabangsa, juara kuda longkang 4 tahun berturut turut. Setakat Kate Moss, Kate Winslet, Kate Hudson celah gigi dia je kalau di pentas peragaan. Apatah lagi Kathijah Tan, Kit Kat, Cat Farish waima Cadbury sekalipun semuanya kacang je kalau nak lawan beliau dalam dunia modelling ni.

Apa? Tak kenal jugak? Lantak korang lah ! Tak penting pun. Tapi dia kawan aku. So sebagai kawan memang kena celebrate lah. Spare 1-2 hour keluar lepak lepak dengan kawan kawan adalah aktiviti yang manis juga.

Lagi manis sebab gi makan benda benda manis.

Ke mana nak pegi ni??????

Concorde Hotel Shah Alam

Gambar je lebih. Tak de la nak celebrate kat Concorde pun. Tak cukup artis lagi nak pegi meraikan dengan peminat di hotel hotel separa mewah sebegitu. Ini pegi lepak dengan kawan kawan GBS je. Dan macam biasa yang ada cuma aku dan IH so bertiga la kami ke Shah Alam untuk meraikan birthday BW yang ke 21.

As usual tolak waktu dia bermake up............... !

Kunjungan kami ke Foodsbury, Shah Alam

Terletak di Seksyen 9, Shah Alam.. Berdekatan dengan Hotel Concorde tu lah. Ada lot kedai belakang tu, pusing pusing dengan bantuan Waze, pasti akan ketemui lokasinya.

Di sambut oleh anak gajah kaler pink

Dan bapak gajah kaler biru

Dan beberapa ekor gajah sedang menyudu...

Apa kena tempat ni dengan gajah gajah? Apakah hubungan mereka?

Aku pun tak pasti.... Mungkin dia tau, yang datang suka makan makan ni semua jenis bersaiz gajah ! Opsss.

Bantal gajah pun ada tapi agak lunyai dah di kerjakan

Foodsbury ni adalah salah satu cafe modern yang muncul ala ala hispter jugak dan pastinya menjadi salah satu lokasi lepak dan kudap di Shah Alam ni.

Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, CafĂ© Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise dan banyak lagi. 

Pelanggan juga boleh menikmati makanan barat klasik dan lazat seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti. Kepada penggemar pencuci mulut, boleh cuba menu best-seller mereka seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies dan kek cawan berwarna-warni - Says

Itu aku tiru dari google.

Masa kami pegi tu waktu malam, kira orang dinner dinneran. Tapi memang datang nak lepak semata mata, tak mau makan pun sebab masing masing dah kenyang.

Dah parking tu, then mari kita usha setting cafe ni dulu. Ayuh !

Setting depan cafe. Boleh lepak di belah luar

Ada few tempat lepak santai

Boleh jugak lepak di bahagian dalam

Tapi agak cramp dan stuffy dengan ramai pelanggan

Nampak tak hiasan dinding di cafe Foodsbury ni?

Ada dulang dulang macam mak mak kita punya kat kampung tu. Hipster la tu agaknya.

Dan hiasan dinding yang lain lain juga

Sebenarnya, Foodsbury Cafe di Shah Alam ni occupied 2 tingkat. Tingkat bawah memang ada setting macam kat atas tu dan sebab aku nak terkencing time tu dan toilet kat belah atas, so aku ambik peluang terjah di bahagian atas cafe ni pulak.

Jom ikut .... tapi jangan intai aku nak kencing pulak. Timbil mata karang.

Tangga naik ke atas

Nak tau ke secret kekal muda?

Dan kat belah atas ada ruang lepak lepak juga

Korang usha usha dulu, aku gi toilet jap

Haa. Jangan mengintip... berdosa....

Masa aku kat atas ni macam ada 1 group tengah lepak lepak kat atas ni. Boleh tahan la dia punya bising like nobody business.

Dah abis kencing apa semua aku turun balik semula. Now masa untuk order.....  Usha menu dulu.

Pembuka selera

Main menu

Desserts

Drinks etc

Usha la jugak new stuff yang dihidangkan

Tapi sebab kami datang dengan hajat nak bermanis mulut je dan colek colek kek bersempena birthday jadi habuan lain tu kami tak berapa ambik pot.

Cari manisan dan desserts saja.

Usha sini...

Desserts

Dan bersedialah nak order !

Konsep dia layan diri. Check menu pilih apa nak dibaham, tulis kat kertas dan bawak ke meja cashier dan order.

Jangan lupa bayar !!

Sebab masing masing dengan konsep... order je la apa apa pun.. bukan lapar sangat cuma layan tekak ngada ngada orang yang sambut birthday ni je. So kami order apa yang di tulis di kertas menu tu... 

........ everyone's favourites........

Sapa everyone tu sila angkat tangan !

Ni sampai dulu...................

Nuttela Pancake nama dia.

Nampak macam tak berapa cun di atas pinggan. Tapi rasa dia memang enak ! Pancake dia fluffy dan agak lembut datang pulak dengan Nutella tersedap dari andromeda, dengan hempukkan aiskerim penambah selera.

Aku sahkan yang aku termasuk dalam everyone tadi tu..... so memang tepat sekali, everyone's favorite termasuk aku !

Kira sedap la.....

Tapi... rasa rasanya order 2 benda. Tapi yang satu lagi tu tak kunjung tiba.....

Dah abis belasah makan pancake tu pun yang satu lagi tak datang datang. Siap pegi tanya staff dia tu then dia datang bagitau.

"Maaf ya. Terlupa....................... "

Terlupa?

"Adik. Kau pumping sekarang ! Kau tau tak ni birthday BW? Sebagai seorang yang menyambut birthday, makanan tak boleh di hidangkan lambat nanti bakal menyebabkan kecederaan dalaman. Jangan cemari malam ini dengan perkara perkara yang membawa kepada perasaan dukacita !! ...... Lepas pumping kau nyanyi lagi Happy Birthday untuk beliau menggunakan vocal teknik soprano !!!"

Adik tu bolayan.

Dia masuk dan keluar semula dengan hidangan ke dua yang di nanti nanti.

Juga everyone's favourites..... Almond Salted Caramel Crepe Cake

Yes. Ala ala Mille Crepes. Rasanya pun sedap dan tak over manis. Aku suka ! I am everyone also lah !

Tapi sebab nak offset kan manis benda benda ni, langkah bijak dan juga penjimatan adalah dengan meng-order air kosong je. 

Tapi seketul ni pun share share je makan. Tak ganas mana la nak abis kan sorang sorang bebenda manis macam ni.

So overall, desserts dia agak menarik dan sedap. Maybe comparable dengan Cake Jalan Tiung kot. 

Dan based on pengunjung yang ramai, aku bet makanan lain pun agak menarik dan sedap dan boleh di cuba juga. Ambiance kedai agak OK kalau lepak luar, tapi belah dalam tu macam meja rapat rapat. Nak berdating memang boleh terganggu dan tak berapa romantika di amor mana.

Apa apa pun... sesapa yang nak cuba boleh cuba. Desserts dia terbaik !

Tapi kurangkan gula dalam hidangan, lebihkan manis dalam senyuman. 

Kalau gigi rompong dan bersepah... cuba cuba jugak lah kurangkan senyuman tu. Kang merosakkan pemandangan orang lain juga.

FOODSBURY CAFE 
Wisma Faiz Azrina,
No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A,
Seksyen 9,  40100 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Tues - Sun (12pm-11pm)
Phone: +60 13-386 1848

FB :  Foodsbury Shah Alam
Insta : Foodsbury

Sebenarnya nak bagitau jugak. Aku ada gigi bongsu baru nak tumbuh. Tumbuh hujung hujung tanjung lak tu.

Gigi bongsu baru nak tumbuh = I is muda belia. 

No?

10 comments :

  1. Salted Caramel Cake die tuh memang sedap. Manis boleh diabetes kalo tak terkawal

    ReplyDelete
  2. Uih, gigi bongsu... aku sakit smpi deman

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... le ni kalu nok kacik mulut sepit pipi beloh dale.

      Sakit sungguh !

      Delete
  3. Huurrmmm.... Asyik di timpa perasaan je uncle meng ni kan....!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun manusia yang lemah.

      tapi kena selalu bangkit dengan semangat yang lebih membara !

      Delete
    2. Bukan di timpa perasaan. di timpa masalah.

      masalah gigi tumbuh di hujung hujung hingga menjejaskan mood hari hari

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...