Saturday, August 6, 2016

Jom Celebrate : The Ship, Uptown Damansara

Dinner for two dengan harapan dapat beromantika di amor bersempena birthday aku. So agak special konon occasionnya...  

"Kita nak dinner kat mana Yang?"
"Ada lah. Kan Birthday saya. Lagipun saya ada benda nak cakap !"

* mati la birthdayboy suka suka tempah tempat untuk diri sendiri.

Tempat pilihan?

The Ship Damansara....

Budak budak tinggal. Tak aci bawak kang menganggu mood romantika.

The Ship Uptown Damansara. Dah lama nak makan kat sini kali ni berhasil !

Parking kereta agak payah jugak lah berpusing pusing sebab memang time awal malam orang keluar berdinneran. Tapi rezeki jugak la jumpa parking akhirnya.

Aku tak pernah sampai sini. Lalu je. Kalau yang dekat Bukit Bintang dulu dulu acap kali jugak lah ke sana makan makan.

Usha kawasan The Ship Damansara ni dulu.

Entrance

Open hours. Jangan sesekali kau datang bawak durian yach !

Ala ala Titanic. Mood beromantika terus saje menyelimuti diri

Masuk masuk je baru la nampak waiter dan waitress berpakaian ala ala the sailor.

"Table for two !!"

Jeng Jeng Jeng........... Mood romantik menguasai diri ni. Maklum la sambut hari jadi. Nampak macam ramai gak pelanggan. Nasib baik kami di beri meja hujung sesuai untuk berdua duaan.

Meja di persiapkan

Lukisan yang mengekalkan mood. Lagi lagi lagu zaman cinta zaman 90s membangkitkan mood romantika kami berdua.

Tunggu waitress datang dan beri buku menu. Aku perasan dah meja sebelah agak ramai dan mengganggu.

Mereka bercakap tak berhenti. Dah macam berbalas balas pantun pulak. Tau lah dah abis makan !

"Wong Shong Sheng. Chong Chong Cheng...." 

Usha menu book. Baca sejarahnya

Antara yang menarik di sini

Mampu kau telan?

Habuan menarik bagi yang gemarkannya

Desserts juga tersedia

Gelisah jugak aku di buatnya. Tengok orang kiiri kanan. Kejap OR main phone. Kejap aku yang main phone. Dia pandang aku aku sengeh sengeh macam kerang busuk !

"Awak nak bagitau apa tadi awak cakap?"
"Ermmm. Jap la. Makan la dulu. Kang saya bagitau lah"

Tak abis cakap lagi tetiba waitress Philippines datang hantar makanan.

Kacau daun !

Roti dan butter. Makan slow slow bagi mengekalkan mood romantik.

Minuman tiba. Pineapple juice untuk aku. Lemonade untuk OR

Chicken Chop untuk aku

Seafood Aglio Olio untuk OR

Makan slow slow. Suap menyuap. Konon maintain romantik. Eh bukan senang nak kekal dalam mood macam ni lama lama.

Makanan average je tak de la sedap mana. Tapi suasana macam ni membangkitkan rasa cinta. Lagi lagi excited sebab datang nak celebrate birthday sendiri.

Dok makan sambil sembang sembang kosong

"Haaa. apa awak nak bagitau?"
"Hmmm... Erkk.. "

Tetiba....................

Orang meja sebelah pulak sambut birthday rupanya. Kasi can mereka bergembira.

Dia orang menyanyi bising lah. Dah la suara tak sedap. Pastu borak kuat kuat. Then ada sorang tukang ambik gambar sibuk dengan flash dia menganggu retina mata aku ni !

Bising nak bercakap pun tak syok. Waitress datang angkat pinggan dan aku mintak desserts yang kami order.

Brownies dengan icecream

Pastu redha sikit. Aku fikir, Ini la masanya ! Aku kena bagitau OR.

"Yang. Saya sebenarnya nak bagitau.... "
"Eh Yang ! Saya sakit perut lah. Nak gi toilet lah, ada tak?"
"Tu sana tu"

OR pegi menunjukkan skill dia kat tandas.

Dia boleh je membuang di mana mana. Kalau aku memang tak lah.. Rela aku menahan sampai balik rumah. Berak di tempat orang akan menjadikan tahik aku kurang cantik. Mereka kena kekal lawa setara dengan keunggulan penampilan seorang artis antarabangsa !

* pinggan pecah serta merta

Dan terus menunggu. Sampai dah nak cair icecream tu. Last sekali aku yang makan sendiri. 

Nom Nom Nom... Layan perasaan sendiri.

Cawangan The Ship

Lama tu OR datang semula. Aku bedal sorang sorang since dia kata dia tak nak desserts tu.

"Haaa. awak nak bagitau apa?"
"Makin bising lah orang sebelah ni. Jom balik lah"

Panggil waiteress tadi dan mintak bil. Hilang mood.

Settlekan payment. Dan kami bergerak keluar. Kos makan RM 86. Murah tapi mood dah terganggu.

Keluar dari The Ship dan jalan ke kereta. Tak leh tunggu lagi. Kena sampaikan apa yang tersirat di hati.

"Yang.. Saya nak bagitau ni"
"Apa nya?"

Senyap.

Kletuk Kletak Kletuk Kletak bunyi kasut seiring dengan langkah. Fikiran terus melayang.

"Apa? Awak nak baby? Awak tengok kedai tu ! Dah tutup !"

Boleh pulak ada kedai macam ni kat sebelah The Ship ni !

Oh.. Tersedar dari lamunan. 

Bukan ! Bukan pasal baby yang aku nak bagitau dia !

Masih gagal menyuarakan hasrat hati. 

Terkandas niat suci murni. Tangguh dulu lah ! Aku bagitau nanti nanti jer...

"Cepat Yang... ada orang nak ambik parking ni"

Masuk kereta dan kami mula bergerak meninggalkan parking Uptown Damansara.

"Dah tu awak tak nak cakap ke apa yang awak nak ni?"
"Errr... Saya nak bagitau ni.................

* slow je tone suara....









.................................... bulan depan saya ada trip !!'
"Oh.. Yang dengan GBS tu ke?"
"Haah .............. Eh... Mana awak tau? Saya dah bagitau ke?"
"Dah lah ! Seminggu lebih je kan? OK lah ... "

Tetiba terdiam.

Argh............... !

Penat aku berdrama swasta. Rupanya aku dah penah bagitau dia.

* meraung atas dashboard sambil kesat airmata dengan wiper.

Antara perasaan gembira dan rasa macam ada yang tak kena.

Dah bertambah umur setahun lagi. Dah makin tua. Dah jadi makin pelupa !!!!

* tengok semut semut beratur dengan tubuh diselimuti cheese................



Ingatkah semua
Hari tua pasti menjelma
Detik waktu yang laju
Pantasnya tak akan menunggu

Begitu usia
Makin hari makin meninggi
Siang malam berganti
Yang pergi tak berulang sekali lagi

Begitu cepat putaran masa
Terkadang tanpa pun kita sedar
Siapa yang lebih bersedia
Dialah yang selesa

Tua mengejar
Pasti tiba saatnya
Kau merasa
Hidup tak segagah
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Di hari tua
Makin terpadam semua

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti

Hey kawan semua
Aku cuma memberi pesan
Andai cukup bekalan
Tak mungkin kita kehausan

Usahlah menunggu
Uban memutih di rambutmu
Cepat-cepat berilmu
Semoga tak menuju di jalan buntu
Semoga tak menuju di jalan buntu

16 comments :

  1. Makan n makan.... Ingat kalori yg masuk... Ingat lemak yg bertimbun... Semakin berumur... Jagalah kesihatan uncle ye.. Tk nk uncle jd patient seri tau..... Hikkkksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau seri doktornya best jugak.... buleh lah tumpang2 bermanja...

      Delete
  2. Punya la malu2 badak nk bgtau, rupa2nya dah penah bgtau... Potong stim betoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sgt makan semut kot.. mudah lupa...

      Delete
  3. Hahaha..dh agak dh mesti nk minta izin travel..kikikih. OR sempoi! ;p

    ReplyDelete
  4. hahaha......comel dan kelakar!

    happy birthday SM ;)

    ReplyDelete
  5. Ye uncle... Jika tak sehat jumpa seri... Tapi doktor tak dpt lah manjakan pesakitnya...kikikiki

    ReplyDelete
  6. Ape tu GBS? Hehehe Sorry penat google dah, MSc ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng Bas Sekolah?

      Hahha tak de la. Geng Berjalan Sakan.

      Delete
  7. Huntung punya wife yg sporting dan memahami....
    anyway...happy belated birthday abg meng...
    semoga sweet 17 gitu... ehh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.... tak de la sporting mana. ikut angin jugak tu...

      Delete
  8. Replies
    1. kalau bagi nak ajer.................

      ahahahaa

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...