Sunday, October 23, 2016

07 - Trip Viva Hitalia - Primula Beach Hotel - Resort & Facilities

Masih lagi di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Hotel ni telah di buka pada tahun 1984. Seingat aku dulu nama dia Primula ParkRoyal, pastu dah bertukar nama beberapa kali dah. Aku pun sempat menginap di sini sekali dulu, tu pun balik sebab kerja. Kalau saja saja tu, memang tak berani lah. Nanti kena khepok pala !

Kali ni kita usha facilities dan kawasan hotel pulak.

Selamat Datang 

Bangunan penginapan

Dekat hotel ni ada beberapa restaurant untuk menjamu selera. Terdapat 3 restaurant dan cafe di sini yang menyajikan makanan dan minuman untuk pengunjung yang menginap atau mahu santai di sini.

Bayu Restaurant

Untuk all day dining

Terletak di lobby hotel dan menyediakan aneka masakan buffet tempatan dan juga antarabangsa.

Kat sini aku cuma sempat breakfast. Time time lain aku balik makan kat rumah. Kalau tak kena marah lagi nanti !

Breakfast

Pilihan yang ada

Tak banyak tapi kira OK lah

Desserts

Selera tempatan

Try Nasi Dagang dia. OK lah. Not bad

Kuala Kopi Lounge

Kuala Kopi Lounge adalah tempat santai dan istirehat ala ala cafe sesuai untuk lepak lepak minum sambil berbual bual mesra. Aku tak usha pun, tapi nampak orang lepak minum kopi dan makan cake. Cas cas feeling have have buleh la kat sini.

Satu lagi Anjung Bistro terletak kat luar bangunan, tempat santai yang mengadap laut. Ni pun aku tak sempat nak usha tapi sesuai bagi yang suka lepak kat open space sambil menghirup udara segar Laut China Selatan.


Selain tu hotel ni menyediakan shuttle ke beberapa tempat menarik di sekitar bandar KT

Layan sedikit view sekitar Primula Beach Hotel ni.

View ke arah bandar

Area lain

Area pool

Pemandangan laut dan Pantai Batu Burok

Salah satu tarikan yang menjadikan hotel ni menarik berbanding dengan hotel hotel penginapan lain di Kuala Terengganu ni adalah kawasan tepi pantainya yang mengadap laut.

Jom usha kawasan pool dan pantai.

Pool

Menarik jugak la untuk family

Pantai

Primula Beach Hotel dari arah pantai dan pool

Dan layan kawasan tepi pantai dengan pasir yang memutih.

Pondok istirehat dan juga SPA

Pokok pokok kelapa

Amaran supaya tidak mandi manda. Pantai Batu Burok ni memang merbahaya dan tak sesuai untuk berenang

Kalau santai santai waktu petang memang best

Menara tinjau

Boleh menjadi pilihan untuk yang mencari penginapan.

PRIMULA BEACH HOTEL
Jalan Persinggahan,
20400 Kuala Terengganu Terengganu,
Malaysia
Phone no :+609 622 2100 / +609 623 3722
Fax : +609 623 3360

Website : Primula Kuala Terengganu
FB : Primula Beach Hotel

Mentari pagi

Muncul lagi menerangi

Menyinari semesta alam

Menyegarkan pepohon dan bunga bungaan

Primula Beach Hotel Kuala Terengganu ni menyimpan kenangan tersendiri untuk aku.

Makcik aku keje kat sini dan dia balik keje bercerita pasal orang shooting filem kat hotel ni. Masa tu aku tak berapa nak ambik pot mana, Tapi menurut makcik aku cerita Suara Kekasih lakonan Ogy Ahmad Daud dan Azmil Mustafa.

Scene lagu ni memang kat lobby hotel ( dulu memang ada live band )



Ditiup angin senja
Bunga-bunga berguguran
Di dalam keindahan tiada lagi cahaya
Hilanglah seri penghias taman

Kelopak bagai sutera
Bumi tandus tiada bermaya
Hilanglah keharuman tiada lagi berseri
Bunga layu di pangkuan ini

Di manakah jejari yang sering menanti
Untuk menyuntingmu ketika kau mekar mewangi
Dititis embun pagi
Kau tak mungkin mekar kembali

Di ruang warna senja
Bila bunga-bunga berguguran
Hilanglah kemegahan cahaya penerang taman
Setelah bunga jatuh berserakan...

Dan sememangnya hotel ni menjadi kenangan tersendiri untuk makcik aku sebab di sini lah dia bertemu jodoh.

Walaupun di tentang oleh atok aku Brad Pitt, tapi kedegilan dia tu memang tak boleh dihalang  Apa apa pun, Alhamdulillah, jodoh mereka masih panjang dan masih mekar sampai sekarang ni. Cuma kini dia dah ikut suami dia balik negara asal dan bermastautin di luar negara.

bersambung................

6 comments :

  1. Cucu Brad Pitt? Patut la retis internasional sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. of chos... belum citer mok ayoh lagi. Ramona dengan James Dean.

      Tok Wan pulok adalah jelmaan Katy Perry dalam dunia fantasy !

      Delete
  2. Replies
    1. boleh lah.. maybe hari tu org gomen ada event kat situ kot...

      Delete
  3. Boleh akak tahu tempat makan yang sedap berdekatan Hotel Primula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tu tak pasti.
      tapi area pantai batu buruk tu banyak gerai makan.... boleh cuba try test kat situ

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...