Tuesday, July 24, 2012

3H2M : Miri Yang Ngeri - Part 2

Seawal pagi hari Sabtu tu aku bangkit.

Siap siap dan mandi, tiba tiba telefon aku berdering.

"Hello"
"Yes"
"Encik, saya dari Mas Wings, nak bagitau flight pagi ni ke Mulu cancel ya"
"Huh?"
"Tapi tak per. Encik boleh naik flight pukul 1.30 tengahari"
"Errr"

Tak tau nak cakap apa. Kalau mengandung tetiba aku terberanak terus kat situ. Keluar anak 'partun' !

Cemana ni???

Tengok kat luar.


Hujan turun membasah bumi.

Langit mendung langsung tak nampak sang mentari.

Sudah ! Cemana ni??

Aku cepat cepat call Mulu Park. Ada suara pompuan angkat. Angkat je gelak gelak.

"Hello?"
"Ha ha ha"
"Hello?"
"Yes Sir.. Ha Ha Ha"

Eh. Kau dah kenapa??

Dalam hati aku mencemuh tak puas hati.

"Hello !!"

Kali ni aku keraskan suara.

"Yes... Yes.. Sir I am sorry....."

Aku lempang jugak karang minah ni. Aku nak cakap dengan dia, dia sibuk nak gelak gelak pulak. Aku tak tau dia gelak pasal apa tapi mungkin ada sesuatu yang melucukan di sana sebab ada bunyi suara orang lain yang gelak sama.

"OK. I suppose to fly to Miri this morning, but my flight dah cancelled. Kalau I take afternoon flight to Miri, Can I join 2.30 punya cave trip?"
"No Sir... by the time you sampai sini, it is already 3... bla bla bla"

Terus harapan ku musnah !

Kalau ada kucing depan mata aku kembiri siap siap. Jadi kembiri di Miri. Puas aku belit nak bagi dia cakap aku boleh pegi, tanpa ternyata semuanya hampa belaka.

Tapi tak de apa apa. So aku redha je lah. So aku dok la borak dengan dia tanya option apa yang ada, langsung tak membantu.

Bagi dia, kalau aku pegi pun, aku tak boleh join trip petang ni, tu pun kena ambik private tour. Then besok pun aku tak boleh join trip ke caves lagi 2 tu pagi sebab dia orang balik lewat. Nanti aku miss flight. Flight cuma ada 2 kali je dari Mulu dan Miri. Pagi dan petang.

Dan..............

Begitu la bermulanya episode ngeri tak bertepi di Miri.

* nanges keluar darah.

Jadi tongong kejap aku lepas tu sebab apa yang aku inginkan seolah olah tertutup terus.

Apa aku nak buat di Miri ni???

Nak bergerak tak de kenderaan. Nak naik teksi macam mahal. Sudahnya aku dah tak tau nak buat apa. Aku call Mas Wings bagitau aku batalkan flight aku. Nasib dia bagi refund.

Aku merangka apa aku nak buat di Miri ni.

Aku ingat nak pegi Esplanade petang nanti, aku call teksi di cakap RM30. Gila bapak mahal. Pegi ! Kang nak balik lagi?

Aku call syarikat kereta nak sewa kereta. Ingat senang sikit la nak bergerak ke mana mana di Miri ni.

Avis Rent A Car: 085-430222
TWT Transworld Travel: 085-422277
Wah Tung Travel Service: 085-411288
FT Car Rental Services:+60 13-830 0040
Liberty Entreprise Car Rental: 085-437401
Mega Service Rent A Car: 085-431885

Semua abis !!!

Oh tidak. Apa kah yang berlaku di Miri ini sebenarnya??

Mati kutu.

Duduk pandang dinding sambil mengalir air liur jatuh ke lantai.

Tap. Tap. Tap.

Aku dah la book hostel ni satu malam je. Tapi aku rasa boleh je nak stay satu malam lagi. Cuma memandangkan bilik ni channel tv pun hampeh. Aku rasa baik la aku keluar dan cari hotel lain. Kurang kurang aku boleh la lepak lepak dan menukarkan trip ini daripada trip bersatu dengan alam kepada trip bermewah mewah tanpa pedoman.

Aku check out tengahari dan keluar cari makanan. Aku kelaparan.

Nampak abang ni siang sayur. Mungkin dia tak sebuntu aku

Bangunan hostel yang aku duduki

Jumpa kedai makan tak jauh dari hostel ni.

Ada row kedai melayu. Aku ambik satu port di kedai tengah dan order Mee Goreng. Sementara menunggu Mee Goreng siap, aku makan kuih.

Ada satu kuih ni sedap gila.

Sedap gila gila.

Aku makan sekali, pastu nak makan lagi. Pastu Mee Goreng datang, aku makan sampai abis, terasa lagi nak makan kuih tu. Aku tapaw lagi 2 keping.

Memang inzal lah. Meloncat loncat dalam longkang.

Tapi orang makin ramai, aku pun tak nak stay lama lama kat kedai tu, so aku blah.

Masa kat kedai aku browse siap siap dan aku dah jumpa hotel yang aku nak duduk. Biarlah. Alang alang semua perancangan aku tak menjadi, baik la aku pose pose jer.

Nak cari teksi satu hal.

Keluar dari kedai makan tu aku ke jalan besar.

Aku nampak satu kereta merah ni. Aku mati mati ingat teksi. Aku tahan.

Makin dekat rupa rupanya bukan.

Dan dia berhenti !!

"Sorry. Saya ingat teksi"

Kalut aku sekejap.

"Mahu pegi mana?"

Apek tu bersuara.

"Errrr.. Saya mahu pegi Marriot"
"Oh.. Boleh boleh. Saya boleh hantar"

Hah !

Terkujat sekejap aku. Fikir 2 kali jugak, nak naik ke tak ni? Buatnya dia culik aku kang, jual buah pinggang ke apa. Naya ! Menjanda terus OR serta merta.

Akhirnya Apek tu macam beriya iya, aku pun OK lah. Setuju je. So apek ni la hantar aku ke destinasi seterusnya.....


Atas rasukan jiwa yang kecewa dengan apa yang tak menjadi, aku pegi stay kat sini.

Ha ha ha.

Gila.

Dapat je bilik, tengok katil terus rasa 

"Ahh.................. indahnya jiwa"






Terubat sikit kekecewaan. Tak syok nya aku sorang sorang.

Aku call OR.

Dia suruh aku balik jer. Motip nak balik? Tiket mahal tu. Bila aku cakap aku check in Marriot, dia pulak kata nak datang. Ingat dekat ker???

Sudahnya aku pose pose firauan sorang diri. Memanjakan diri yang tak berapa manja ni dah sudahnya aku terlelap !

Terus aku tertido dengan lena !

* mimpi lawan pedang dengan kelawar di Mulu. Hiah ! Hiah ! Hiah !

Malas nak fikir. Sakit otak jadinya.

Dekat pukul 3 aku terjaga. Fikir, apa aku nak buat di sini???

Nak jalan jauh jauh tak de kenderaan. Nak pegi pusing pusing sini pun macam tak de apa yang menarik. Aku turun jalan jalan kawasan hotel pastu borak dengan bell boy, dia kata kalau nak tengok sunset pegi la Canada Hills.

Kebetulan dia nak abis keje, so dia kata dia boleh tumpangkan aku ke town.

Jalan jalan kawasan hotel kejap.



Masa mamat tu bawak aku, aku cakap since awal lagi, aku suruh dia drop kat bandar Miri so aku nak jalan jalan kejap.

Aku masih belum sempat nak jalan jalan. Hari pun hampir petang, banyak kedai dah nak tutup.



Aku just pusing pusing bandar Miri.

Tak de apa pun. Aku jalan kaki je. Dari hujung sana ke hujung sini. Pastu patah balik ikut jalan lain. Tak de apa yang menarik.

Tapi aku dah aim la nak pegi Canada Hills.

Masalahnya aku tak tau nak naik ikut mana !!

Pusing keliling aku cari entrance nak naik ke bukit. Bukit nya nampak tapi aku nak panjat ikut celah mana?

"Hoi orang Miri !! Tak nampak ke artis antarabangsa berdiri tengah jalan ni??? Tak nak membantu kahhhh?"

* cekak pinggang sambil cherlong orang lalu lalang.

Haram ! Tak de orang nak layan.

bersambung...

9 comments :

  1. hahahahahaha bleh mati gelak baca post ni! ko tak dpt gi cave ke?? hahahahahaha! siap majuk lari duk hotel mewah, gile lah! patu duk tengah jalan cekak pinggang hahahahahaha! bengongggg!

    hmm...ok, aku ok...

    ReplyDelete
  2. x dpt la Biq.. tu yang aku sedih tu... kalau malam boleh gak la aku ambik part time jadi hantu menganggu gugat org Miri...

    tapi nak jadi hantu cemana, jalan pun tak kenal.. kang sesat

    ReplyDelete
  3. kesian kat ko bro. nasib baik duit berkepuk. boleh la check in masuk marriot. kekeke.

    ni dlm entry kwn aku b4 this dia penah duk kat miri sbb keje. so far kalo dlm gmbr dia ni mcm cantik je miri. aku penah g sana utk keje. tp bagi aku BOSAN! takde pape sangat yg menarik. tp kalo lalu umah kawasan org kaya. perghhh! bukan banglo dah, tapi taraf mansion!

    http://life-of-a-traveller.blogspot.com/2012/07/dalam-kenangan-miri.html

    ReplyDelete
  4. ini bukan masalah duit berkepok. ini masalah rasukan jiwa..

    kau x pernah masa kecik kecik dulu mengamuk tak dapat apa apa pastu baling barang kasih pecah..

    pastu menyesal..

    mcm tu la feel dia... hahahahaa

    ReplyDelete
  5. aku rasa Miri cun kalau rajin explore..

    dan kena ada kenderaan !!

    ReplyDelete
  6. Salam bro.
    Aku org Miri.
    Aku baca citer ni leh gelak sorg. Hehehe...
    Betul yg ko kata tu, kalau ade transport n rajin explore, memang cun.
    Miri ni, mmg la bosan. Tak macam kl, ade shopping complex besar bagai, tapi sini tempat utk relax2 n tempat riadah lawa. Xpe, lain kali kalau ko datang sini bro, atleast ko berkawan jap dgn org Miri n mtk la dorg bawak g tempat2 best dekat Miri.
    Hehehe..
    Btw, nice entry, bro. Hahaha..

    ReplyDelete
  7. Satu lg bro, Miri memang mahal bro!
    Aku ade kwn semenanjung yg dtg sini bkrja, mmg shock sbb xbiasa hrga brg2 mahal.
    Tapi, since kitorg dah biasa, so, dh jadi bnda usual la utk ktorg.

    ReplyDelete
  8. nape x plan awal2? kan ke cam dowh je ko g xde planning? miri x ngeri le...aku dah pegi...lau xde planning,memang pening...
    p/s: nak g memaner pon,kene ade backup planning bro...don't blame others for ur own mistake...tanye dulu sebelum wat pape...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...