Wednesday, July 12, 2017

ROAD TO BALKANS 2017 - The Highlight

Perjalanan sesebuah pengembaraan itu sebenarnya banyak reflects tentang hidup dan kehidupan. Bagaimana kembara memberi pengalaman baru yang tersendiri. Medan pembelajaran untuk pembangunan diri. Mencipta memori untuk di kenang sepanjang hayat sambil menikmati hakikat keindahan kurniaan Ilahi dengan lebih dekat.

Mencari apa sebenarnya tujuan kembara yang aku sendiri pun tak pasti. Tapi aku akan tetap melangkah sampai aku ketemui jawapannya nanti !


Solo trip to Balkans. July 2017. 

 01. QATAR

Doha, QATAR

02. GREECE

Acropolis, Athens

Acropolis, Athens

Hard Rock Cafe, Athens

Greece

Meteora, GREECE

Meteora, GREECE

Thessaloniki, GREECE

03. BULGARIA

Sofia, BULGARIA

Sofia, BULGARIA

04. MACEDONIA

Skopje, MACEDONIA

Skopje, MACEDONIA

05. KOSOVO

Pristina, KOSOVO

Prizren, KOSOVO

06. ALBANIA

Lake Koman, ALBANIA

Lake Koman, ALBANIA

Shkodër, ALBANIA

07. MONTENEGRO

Podgorica, MONTENEGRO

Hard Rock Cafe, Podgorica

Budva, Montenegro

Kotor, Montenegro

08. CROATIA

Dubrovnik, Croatia

09. BOSNIA AND HERZEGOVINA

Mostar, Bosnia and Herzegovina

Blagaj Tekija

Počitelj

Kravice Falls

Sarajevo, Bosnia and Herzegovina

Sarajevo, Bosnia and Herzegovina

Bosnia and Herzegovina

Bosnia and Herzegovina

10. SERBIA

Belgrade, SERBIA

Belgrade, SERBIA

11. TURKEY

Istanbul, TURKEY

Istanbul, TURKEY

Istanbul, TURKEY

01. Trip ini didasarkan daripada pergolakan yang berlaku antara puak penentang dan puak pemisah. Koflik yang melibatkan rasa kacau bilau dalaman ini berpunca daripada hal hal menyambut raya. Sebagai mencari jalan damai, puak penentang berhaluan kiri telah melancarkan mogok malas layan dan melarikan diri untuk mencari damai di hati.

* alasan. 

Let's berkonfliks selalu selalu so aku buleh gi travel lagi !

02. Trip memang tergempar. Beli tiket multicities by Qatar Airways seminggu sebelum hari raya.

KUL - DOHA - ATHENS
ISTANBUL - DOHA - KUL

Memang tak de plan dan tak sempat nak plan. Sempat beraya beberapa hari pastu terus lari membawa diri....

* seka airmata

Nasib baik cuti approved.

03. Tak de perancangan khusus, sebab beli tiket dulu pastu baru nak fit in itinerary. Plan macam lain, bila execute jadi lain. Memang itinerary main belasah.

QATAR (Doha) - GREECE (Athens - Meteora - Thessaloniki) - BULGAR(A (Sofia) - MACEDONIA (Skopje) - KOSOVO (Pristina - Prizren - ALBANIA (Lake Koman - Shkodër) - MONTENEGRO (Podgorica - Budva - Kotor) - CROATIA (Dubrovnik) - BOSNIA AND HERZEGOVINA (Mostar - Sarajevo) - SERBIA (Belgrade) - TURKEY (Istanbul)

Lake Ohrid, Tirana, Split, Plitvice Lakes, Zagreb ada dalam plan asal tapi terpaksa dropped. Tak pe lah. Croatia rasanya deserves more time and Insha Allah ada rezeki lain kali je aku pegi.

Tapi masa last di Belgrade rasa macam nak push ke Bucharest, ROMANIA. Tapi fikir fikir malas nak ambik risk so settle down relaks relaks di Istanbul.

Then aku beli ticket flight a day before untuk sector BELGRADE - ISTANBUL sebab aku balik dari sana.

04. Cuaca panas gila sebab tengah summer. Memang mencabar minda dan jiwa. Good thing, siang awal dan aku ada banyak masa nak merayap sini sana. Tapi memang banyak berjalan, sampai melepuh tapak kaki. Berjalan berbekalkan berbotol botol air. Luckily, tap water kat negara negara di Balkan ni boleh di minum.

* campak Evian tepi semak.

05. Challenge trip Balkans ni adalah transport. Aku naik bas, ferry, flight, train, prebet sapu dan semua medium yang ada. Tapi schedule untuk transport agak limited between countries, so memang kena betul betul plan. Bila terlepas satu memang kena tukar plan, kalau tak tersadai dan esoknya baru ada trip lain. Aku recommend kalau sesapa yang tak berapa nak adventurous dan malas nak renyah renyah, pegi ikut mana mana pakej je lah lagi senang. 

06. Bajet abis untuk 13 hari roughly dalam RM 7,000. Max ( all in air fares + ground) except shopping mopping ). Aku belum abis kira tapi memang tak lebih dari tu lah. Mahal sebab aku biasanya ambik private room untuk lebih privacy dan keselesaan diri. Penginapan aku walk in je atau book a day before. Transport pun walk in je tak de masalah cuma kena tahu jadual perjalanan.

07. Kalau tanya tempat paling best, jawapan aku... tak der !

Sorry !

Semua biasa biasa je. Istanbul still one of my favourite cities. Tapi kalau kena pilih, aku pilih Mostar dan Lake Koman. Nama je Koman tapi lawa. Macam kat Milford Sounds NZ. Kotor pun OK. Tak kotor seperti namanya. Aku ada high expectation kat Dubrovnik tapi too touristy !

08. However, what makes this trip more interesting adalah journey sepanjang perjalanan ni. Memang banyak drama !

Jam rosak di Doha. Kasut tercabut tapak di Athens. Terlepas bas di Thessaloniki. Masalah komunikasi di Bulgaria. Kena jilat dengan anjing di Skopje. Kena kencing dengan drebar bas di Kosovo. Terguling depan orang ramai dekat station bus ! Tersadai di remote area sorang sorang diri di Albania ! Di buru awek Montenegro yang nak ikut ( dan ajak kawin ). Passport kena tahan di Serbia dan 1001 kisah lagi....... 

09. 13 days... 11 countries, multiple cities, 2 Hard Rock Cafes (HRC Kotor opening soon. HRC Istanbul is closed down), several UNESCO WH Sites, beribu ribu KM jarak perjalanan, berjam jam dalam bas. Menapak dengan cuada panas lit lit peluh merecik bak hujan membasahi bumi. Turun naik macam macam kenderaan. Doesn't matter how you look at it, but to me it is one hell of a trip !!!

Thank you Balkans !



Kasih rahasiakan cinta
Tak mudah aku percaya
Setelah senda tawa nan mesra
Relakan hati sucimu

Kasih rahasiakan hati
Perlahan dirimu pergi
Bila berdua bahagia rasa
Dirimu hanya milikku selamanya

Lengkapilah deraian cinta
Jangan biar ku menunggu harapanmu
Kau terindah hadir di jiwa
Zahir hilang di hatiku tetap cinta

Berpalinglah semula
Kembalikan senyum indah
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta

Lemah jiwaku meronta
Biar zahir terukir tawa
Di hati tak sanggup ku bicara
Selain hanya dari kata
Aku cinta

Lengkapilah deraian cinta
Jangan biar ku menunggu harapanmu
Kau terindah hadir di jiwa
Zahir hilang di hatiku tetap cinta

Berpalinglah semula
Kembalikan senyum indah
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta

Lemah jiwaku meronta
Biar zahir terukir tawa
Di hati tak sanggup ku bicara
Selain hanya dari kata
Aku cinta

10. Dan aku dedikasi trip ni sebagai hadiah birthday untuk diri sendiri.

Now... ramai ramai nyanyi lagu birthday untuk hamba, pacal yang dah tua ! (Tapi masih tetap muda di jiwa.....dan body masih bergetah beb !)

* teguk Bosnian Coffee sambil dengar suara sapa paling sumbang.

Ayuh..................  ramai ramai............................ !

34 comments :

  1. mesti cantik awek Balkans..ajak kawin yg paling win..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang cantik ada gak yang huduh.. hahaha

      Delete
  2. Byk duit Meng, tak pyh nak plan2 rasa2 nk terjah terus on aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada bajet utk trip cuma tak yakin bila buleh pegi je sebab cuti tak tentu approved ke tidak. dah ada peluang.. belasah je lah

      Delete
  3. Replies
    1. kembara syawal. dok rasa mana pun travel time raya...

      Delete
  4. Meng kalau ko nak tahu blog ko adalah wajib aku buka setiap pagi bila on pc .. ko jangan buat hal .. cerita maldives tak habis lagi aku dah tak sabar nak tggu cerita ni! Cepat buat entry n draft cepat cepat publish okeh ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. terima kasih.

      memang banyak gila trip tak abis share. europe yg dulu pun tak usik usik lagi. aku update mana yang syok jer..

      nanti la. insha allah slow slow

      Delete
  5. Blog yang wajid saya terjah setiap hari untuk mengumpul inspirasi dan tips kembara. Syabas dan terima kasih. Keep the good work and keeping moving (kembara lagi....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik salmah. semoga berinspirasi

      Delete
  6. wah..macam menarik je drama-drama yang berlaku sepanjang perjalanan. Ni tak sabo nak baca ni. Harap Michael Ang pun baca untuk modal drama baru eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... tu lah. tak drama tak best. drama tu yang buat terkenang2 trip ni

      Delete
  7. aku x sabar nak baca citer ko kena kejar awek Montenegro tu..cun ke Meng? hihih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr.. kalau cun sah sah aku tak tolak !

      * grin

      Delete
  8. Tgk gambo2 semua mcm rancangan Haramain Backpackers.

    Banyak tunggakan abam Meng kat kami ni.

    Selamat menempuh hari-hari penuaan. Semoga terus sehat utk mengembara keliling dunia dan bercerita kpd kami :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kay.

      insha allah slow slow update... banyak yang pending dan banyak yang dah draft

      Delete
  9. abg meng mesti level bos2 kan..tiap 2bulan dok jalan jeee ni..banyak cutiiii & bajet..hahaa..OR mmg tak berminat nak ikut ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bos kecik jer... jalan bila ada peluang je. kdg kdg tak plan pun. mcm ni ada lubang aku redah je lah.

      OR aku punya travel term adalah pegi satu tempat dan duduk situ je. dia tak up to jalan jalan mengembara penat penat dan berpeluh peluh ni.

      so baik dia pose pose cleopatra kat rumah je.

      Delete
  10. Meng..ko keje apa weh??jaaaalaaan jer keje

    ReplyDelete
  11. happy birthday meng!Cepat buat post pasal trip ni. Tak sabar !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, doakan aku diberi kesempatan dan rezeki utk travel lagi dan lagi

      Delete
  12. tak sabarnyaaaa nak baca.
    cepat update meng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kakak ostajah.....

      sabar naaaa jauh lagi ni.

      Delete
  13. Happy birthday Meng!! Semoga sihat & travel selalu..amin.

    Byk entry tertunggak ni..cepat update meng..peminat mu ramai menunggu nih..hahaha

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum meng.. sy Akan fly solo menggunakan qatar airways Dari kul-doha-London.. memandangkan my first trip and lagi2 over the qatar crisis.. so blh share pengalaman? TIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      xde masalah sebab route dia cuma akan avoid bahRain arab saudi dan sekutunya. flight akan lalu ikut iran dan pusing ikut turkey..

      tambah sikit jarak perjalanan la sebab melencong tapi semuanya oke

      Delete
    2. Alhamdulillah risau juga.. hee.. semoga Allah jaga.. tq meng..

      Delete
    3. welcome. kalau ada banyak masa, layover lama skit kat doha pastu claim duduk hotel 5 star.. :-)

      Delete
  15. semangat gak nak tau cite.. ttbe nampak tempat mane paling best? jawapan die mcm demotivated pulak.. haha ok la reroute trip la cmni. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la mcm tu. Itu kan personal review je. Tak favourite bukan bermaksud tak lawa. Cuma ada tempat lain yg lagi lawa.

      Maybe pegi banyak sgt tempat, dlm kepala otak asyik nak compare compare je

      Delete
  16. Ok...entry Balkan please....tak sabarrr nk baca drama2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah lambat lagi la kot.

      trip lain lain pun tak abis update lagik

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...