Monday, July 31, 2017

Wayang Update : May - July 2017

Memalukan !

Nak buat entry pasal tengok wayang tapi tak de wayang yang aku gi tengok !

* menangis di hina dan di kecam 

Concession or confinement?

Jadi entry ni adalah entry wayang yang aku nak tengok tapi tak tertengok tengok !

Apa ntah jadi dengan jadual aku, masa untuk berpeleseran agak kurang jadi waktu waktu nak pegi menonton di pawagam macam hilang di telan masa.

Maybe hari tu buzy puasa dan raya, pastu aku ada trip pastu cerita yang best best semua tak sempat di layani.

Alien

Ni movie yang aku sempat tengok di pawagam. Cerita macam tahik ! Tak best langsung. Buang masa je.

Nasib baik Guardians of Galaxy menarik ! Terubat jiwa raga sebab kerah satu family gi menonton.





Budak budak pun suka.

Yang aku tak berapa suka, kalau keluar mesti ada benda lain yang di aim.

Hari tu viral kejap. Anak aku tak terkecuali

Kata hilang stress, aku yang stress

Agak malang dunia movie aku for 2nd Q tahun ni. Banyak missed.

Abang Lanun tak dapat tengok gak

Mummy pun sama.

Transformer pun aku tak tengok. Malu kat orang kampung !

Kekasih hati Gal Gadot pun tak mendapat keistimewaan untuk di tonton

Apatah lagi cerita raja raja ni.

Pastu Spiderman dan macam macam lagi movie yang ada kat wayang. Semuanya tak berkesempatan. Moralnya di sini, hidup ini hanya lah pinjaman.  Masa itu emas. Kadang ada, kadang tergadai sebegitu saja !

* mati lah sesuka hati je berpatah pujanggah

Kena pandai cari masa kalau nak menonton lagi nanti.

Tapi dalam flight hari tu aku sempat usha beberapa movies. Antaranya.. John Wick 2, Great Wall, dan Gifted. Semuanya aku tak sempat layan di wayang sebelum tu.

Kesimpulannya, kalau ada rezeki, bebila pun boleh layan. Tak berapa penting mana pun. Hiks. Online pun buleh cari cuma feel nya tak sama macam tengok di panggung.

Abis satu entry wayang yang memang cuma 'wayang' jer.

6 comments :

  1. alien jek aku x tgk sbb review mcm x beest jek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah aku jeles lak dgn kau ni dah tengok semua...

      Delete
  2. Ni entry psl xsmpt tgk wayang ni...

    ReplyDelete
  3. rugi dah tokey wayang hang tak p hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. rugi point lama tak redeem free popcorn

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...