Monday, February 10, 2014

NEPAL : The Land of The Himalayas - Highlight and Itinerary

Namaste.

Segar dari ladang tenusu. 

* perah susu laju laju....

Okey tak berapa segar sebab dah balik last week. Produk tenusu mungkin dah basi.

Alhamdulillah. Dah pulang dengan selamat. Sampai subuh hari, paginya terus kerja macam biasa !

Layan highlight Nepal.

Kathmandu Valley

Kathmandu

Durbar Square, Kathmandu

Durbar Square, Kathmandu

Pashupatinath Temple, Kathmandu

Pashupatinath Temple, Kathmandu ( ada orang mati tu )

Pashupatinath Temple, Kathmandu

Bodnath Stupa, Kathmandu

Bodnath Stupa, Kathmandu

Patan Durbar Square

Patan Durbar Square

Swayambhunath Temple, Kathmandu

Swayambhunath Temple, Kathmandu

Garden of Dreams, Kathmandu

Garden of Dreams, Kathmandu

Thamel, Kathmandu

Thamel, Kathmandu

Aku cuma sempat cover tempat tempat ni jer. Memang hiking dan trekking tak termasuk dalam agenda aku sebab aku dah lama pencen. Daripada aku pancit dan menyusahkan orang nanti. Kalau perlu pun cuma  trekking yang minima je lah.

* urut urut betis yang masih sengal sengal.

Kathmandu sangat berdebu jadi pastikan sesungut masing masing panjang untuk memerangkap habuk daripada masuk terus ke lubang hidung ! 

Jalam jem teruk dan sangat sesak dengan manusia. Tak ubah macam bandar bandar di India cuma tak de jumpa orang selamba bomba kencing tepi jalan. Pokhara pulak sangat mendamaikan dan sungguh indah terutamanya view di Phewa Lake dan Sarangkot. 

Orang orang Nepal baik baik belaka dan mereka sangat menyukai Malaysia. Bagi mereka Malaysia adalah negara yang bagus ! Nepalese tak de la bau kari sangat, lebih pada bau setanggi merata.

Kalau tanya aku Nepal ni best ke tidak?

Ada sekali mamat kat kedai tegur aku masa nak beli air.

"Where are you from Sir?"
"Malaysia"
"Your first time in Nepal?"
"Yes"
"Do you like Nepal?"
"Hmm Kathmandu? No"

Dia gelak gelak.

"But I love Pokhara"

View from the room - Pokhara

Phewa Lake, Pokhara

Phewa Lake, Pokhara

Phewa Lake, Pokhara

Phewa Lake, Pokhara

Phewa Lake, Pokhara

Phewa Lake, Pokhara

Phewa Lake, Pokhara

Phewa Lake, Pokhara

Selamat pagi Sarangkot

Machapuchare  ( Fishtail ) at Sunrise

Sarangkot

Annapurna

Himalaya 

Annapura Himalaya Range ( atas real time, bawah gambar poster )

Pokhara, a slice of paradise..... 

Dan hatiku tertinggal di Pokhara !!!



Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi

Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

Itinerary.

Day 01 - Leaving to Kathmandu - Accomodation in Thamel - Durbar Square, Kathmandu.
Day 02 - Kathmandu Valley - Pashupatinath Temple, Bodnath Stupa, Patan Durbar Square, Swayambhunath Temple and Garden of Dreams.
Day 03 - Flight to Pokhara - Phewa Lake
Day 04 - Sarangkot - Pokhara Lakeside - Flight to Kathmandu

Last day, shopping di Thamel. Kalau nak trekking boleh tambah 2-3 days to Poon Hills etc.

Costing.

Flight tiket - AAX, MAS and Nepal Airlines fly between KTM dan KUL. Aku naik AAX dengan tiket RM702. Plus luggage and Quiet Zone Seat ( RM220 )

Flight tiket KTM - PKR - KTM - USD 202 return. Boleh naik Yeti Airline atau Buddha Air. 30 minit tapi offering Himalayan view kalau cuaca OK. Boleh jugak travel naik bas 5-7 jam. Boleh pegi naik flight dan balik naik bas, ikut kemampuan dan masa.

Check samaada hotel sediakan airport free pick up ke apa. Boleh save. Di Kathmandu naik teksi boleh. Kalau di airport, keluar sikit dari airport dah tahan teksi di situ, nego harga murah sikit daripada prepaid taxi airport. Taxi airport ke Thamel NPR 400 ( RM 12 ) Kalau airport prepaid taxi harga NPR 700 dengan jarak yang sama. Taxi around town boleh nego to get best price. Transport di Pokhara jalan kaki je la around town. Pokhara Airport ke Laketown dalam NPR 200.

Pokhara to Sarangkot. Boleh trekking. Tapi sebab aku nak tengok sunrise awal pagi, tak de nya aku nak trekking ( Read : Pemalas ). Aku naik kereta. Bayar USD10, naik dan turun.

Makanan tak senang tak susah. Dekat Kathmandu ada halal food namanya Anatollia Restaurant atau Al madina Halal Food dan di Pokhara ada 2 kedai halal Pokhara Halal Food Land dan Lazeez. Aku recommend Lazeez. Good food, cheap dan kalau pegi sila cari Muhamad Siddiqui, owner dia yang baik hati ! Makan between NPR 300 to 800 per meal. Bawak je la stok makanan banyak banyak. Tapi vegetarian food ada senang nak jumpa juga. Jangan lupa try Fried Momo dan Black Tea di Nepal !

Shopping di Thamel banyak barang barang mountain gear, backpack dan cenderamata. T shirt boleh bargain dalam 
NPR 200  sehelai. FM seramik tu mahal sikit. Paling murah aku jumpa NPR 150 seketul. Lain lain memang range NPR 250 - 400.

Hotel dalam range USD15 - USD20 per nite. Just nice !

Attractions di Kathmandu especially UNESCO sites agak mahal. Jadi bersedialah bermuka Nepalese untuk dapat free admittance tapi seeloknya jadi la responsible traveller dan bayar. Range NPR 200 - NPR 1500.

Aku tukar 100 USD + RM200 + SGD70. Cukuplah untuk semua termasuk shopping ! Ada balance Nepalese Rupee bawak balik.

Kalau ada kesempatan dan kemampuan, pegi lah ke Nepal and Pokhara is a must visit !

And the best part, ladies and gentlemen.....

Mempersilakan......................

Mount Everest, 8,848 Meter.

Damn, Gorgeous !

20 comments :

  1. last pic tu mmg mengamit jiwa..haishh!! :D

    ReplyDelete
  2. Loh dh balik ingatkan belum prgi. Semalam g cameron siggah kedai sayur tanya sorang pekerja tu asal mana coz rupa cam org luar agak ensem heeee dia cakap dari nepal zuuuppp terus teringat abg meng. Dh ada iti lengkap tu terbaiek nk tiru :-)

    ReplyDelete
  3. Loohhh... dah sampai Nepal rupanya! Macam biasa, gambo ko cantik! Macam lukisan. Gambo ko pun dah menceritakan segalanya... ada kari kepala ikan dak kat sana Meng?

    ReplyDelete
  4. terbayang dah ko tetiba kejung masa tgh panjat hahaha...

    weh, sakittttttt dada bonda tgk banjaran himalaya tu...boleh tak nak nangis jap?

    gambar last tu gambar ko ke??? ha??? HAA??? jawab!!! (kalo gambar ko aku terjun dari kerusi ni...)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah. Lawa giler. Haritu aku suruh kawan refer blog ko untuk apply visa ke Nepal. Jap lagi aku nak dia berdarahkan mata tengok gambar2 lawa ko pula. Bagi motivasi sikit biar dia rajin ambil gambar.

    ReplyDelete
  6. whoaaa.....mabelesss tasik tu cantik banget donggg.... yg x boleh menahan gambo last tu...ko ambek dari dalam flight ke Meng?? bg advise sket nak kena ambek seat belah mana? hehehe

    ReplyDelete
  7. Nepal is one of my next travel list. Thank you for the great info and details. =)

    ReplyDelete
  8. hehe...welkam to the club.

    btw. ko pegi phewa neh time pepagi eh? sbb viea pepagi lg mabeles as by afternoon dh jadik cloudy biasanye, cam aku g ari tuh..huhu.

    Momo - hehe..aku try kat pokhara halal land tu..but x abes sbb dh full with briyani.

    ReplyDelete
  9. Salam, sy pun ada link kan visa Nepal ke blog ni

    Gorgeous sangat gambar last sekali. Jeles bangat neh

    Nepal best. View dia. mendamaikan. Rasa nak ripit balik. hehe

    ReplyDelete
  10. Tak boleh tahan tengok gambar meng..tergoda sungguh....

    ReplyDelete
  11. Ai het yuh !!
    *kecemburuan

    Ganba gojes as usual...
    Sesampan warnawarni tu fungsi bwk mancing or bwk keliling lake ..
    Pokhara tu mmg ganbaganba never fail to look pretty kan..

    Ah. I het yuh.
    Hihi

    ReplyDelete
  12. Zilla : boleh di usahakan tu utk sampai ke puncak !

    selamat menuju puncak.

    JM : sila masukkan nepal dlm list travel JM.. mesti seronok.... banyak lagi yang lawo lawo kat sana. kulit putih mata hijau....


    ..... kambing gurun..? hahaha

    Ali : dah balik dah ni bang oiii.... tak jumpa kari kepala ikan.. kari pun tak jumpa... hahahha..

    ReplyDelete
  13. Ali : maggie kari ada la jumpa. sebab aku bawak banyak dan hari hari aku bedal makan benda tu..

    naik kering je rasa. nak buang sayang.

    Biq :

    ya gambar tu aku yang ketik....

    oi bOnda.. jangan sembarangan terjun kerusi.

    bab memanjat erkkkk.. aku awal awal surrender... tapi ............


    terkono jugak !

    ReplyDelete
  14. Bibie : kalau dah berdarah mata dia cemana dia nak ambik gambo???

    sila suruh dia redah habis habisan..

    bermuka nepalese adalah perlu !

    HB : ya la gambar tu dari atas flight.. takkan la aku terbang pulak....

    flight tu seat belah kiri.

    nanti aku kasik tau esok.. haks

    Welcome DDT : i am sure u will enjoy nepal as i did

    ReplyDelete
  15. Agip : special thanks to ko dgn entry2 drama mama tu semua...

    ada jugak aku bukak dari nepal sana nak double check apa yang perlu.

    fried momo adalah wajib try.. steam tak best sgt... satu lagi black tea... yummeh !

    tak try momo tu maksudnya. kena ripit !!!

    Ajla : thanks... ajla ni maksud dia bintang kan?

    MKL : sila terjah nepal nanti..insya allah.

    ReplyDelete
  16. nanaT : jangan la chemburukan saya..

    * pintal pintal rambut rapunzel....

    sampan kaler kaler utk pasangan yang nak beromantika di amor ( tapi mesti yang laki separuh mati nak mengayuh )...

    cepat menabung ke nepal.

    how's krabi?/

    baracuda nombor pive?????

    ReplyDelete
  17. canntiikkkkkk gambo. hopefully,ad peluang nnt ke nepal one day :)

    ReplyDelete
  18. selama ni sebut nepal malass je nak pikir pi sana sbb nye tgk sume org pi asyik nakpi hiking je...rupanya boleh je tak hiking pi sana..hehehehe sebab malas jugak nak hiking2 ni...hahaha taklarat gak la sebenarnya...almaklum...hehehe

    wah gambo last tuhhh...terbaik!

    ReplyDelete
  19. meng. aku try steam momo...patutla x sedap. hahaha.

    and black tea tu...memang jadik sedap kat sana kan. hehe.

    btw. entry ko buat aku terindu la plak pengalaman kat nepal neh..walaupun drama aku kalah drama swasta. hehe

    ReplyDelete
  20. Eija : Insya Allah.. mudah mudahan.

    DJ : boleh je kalau org mcm kita yang akan skip bab trekking apa semua ni.

    pegi pose pose je pun okey.

    Agip : haaaaaa steam tu mcm kureng la.... kena try fried momo...

    rindu nepal ek? apa lagi..

    ripit pit pit...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...