Korang kalau pegi Port Dickson selalu lepak mana?
Aku ni dah selalu la jugak pegi PD ni tapi banyaknya urusan kerja so lepak lepak kat kawasan hotel je lah. Kalau bersantai pun sama lepak kat hotel jer dan jarang pegi terjah explore ke pantai pantai lain.
Tapi kali ni, nak jugak jelajah dan tengok kawasan jadi kami ke Teluk Kemang !
Psst.. First time aku sampai sini nih !!!
Jadi usha la apa yang menarik di Teluk Kemang ni.
Selalu lalu je kat area ni tak pernah tergerak hati nak park dan usha. Kali ni pegi park kereta dan tengok ramai jugak orang. Ada deretan gerai gerai di buka dan ada kawasan lapang untuk permainan dan macam macam acara.
Budak budak pastinya seronok di kawasan ni.
Parking agak limited, kalau lambat memang penuh lah. Orang pun agak ramai.
Boya boya untuk di jual
Di kawasan sebelum jejak pantai. Ada tandas awam tepi sana tu
Aktiviti pantai... Cuaca kurang menarik. Masa ni ujan rintik rintik..air je tak berapa bergelora dan ramai orang mandi manda...
Yang bersantai dan lepak lepak pun ada. Ada jugak khemah untuk di sewa
Banana Boat.. Ada bran?
Budak budak nampak air dan gelojoh nak mandi, tapi aku tak kasi. Nampak air tak berapa lawa dan macam berbahaya dengan musim musim yang tak menentu macam ni.
Berapa guni pasir nak guna ni?
Santai jugak area ni..
Dan meriah. Sekali pandang macam pantai di Phuket !! Okey.. aku exaggerate
Bersiap sedia nak beraktiviti
Mendung dan hujan
Pelampung untuk di sewa rasanya
Watercraft... bagi yang berminat
Kami lepak minum di gerai tepi pantai tu..... air botol zaman dulu dulu.. ada lagi rupanya sekarang ni.
Lepak kat kedai ni
Sambil tengok orang
Mainan anak teruna aku
Minum cendol
Hero minum Coconut Shake
Makan kerang rebus. Papa lepak santai nganga mulut je sebab ada 2 orang tukang suap. Hero dengan Princess
Usha keliling.... hari dah petang
Gerai gerai yang banyak
Pilih saja mana nak lepak
Hujan mula turun
Kuda padi menunggu sepi dalam hujan
Princess amuk nak main kereta ni tapi sebab hujan aku tak bagi
Ni pun boleh membuatkan budak budak teruja berlebihan
Kuda merenung masa depan.....
Mana satu pilihan....
Ada jugak carriage macam ni..... kalau bawak aku harus rosak terus...
Apa apa pun, aku tak sangka ada tempat macam ni di PD.. Happening jugak lah. All these while aku ingat pantai PD yang dekat lain atau biasanya pantai pantai kat hotel hotel tu je. Rupa rupanya ada jugak yang meriah dan banyak orang.
Malu lak rasa. Berjalan satu dunia, negara sendiri pun tak abis explore lagi.
* lari masuk guni
Menarik dan ada banyak aktiviti. Boleh jugak cuci cuci mata. Macam aku cakap tadi, saling tak tumpah macam pantai Patong di Phuket minus Bangla Road !
Oh okey.. Aku exaggerate sekali lagi.....
* lari dengan guni guni............
Ingat ! Malaysia Truly Asia.............
bersambung........
Pantai kat Patong jauh lagi bagus....hihihi.
ReplyDeletekesian pantai2 kat msia ni...kuda padi tu pun kesian je aku tgk...
ReplyDeletesuper greatttt gambar sgt awesome!!
ReplyDeletehehehe....xtau nak komen apa sbb lama dh x gi sini...errr bape belas thn ekk?? ahaksss
ReplyDeletehuntung la ada org siap suapkan.....ahakssss
Aku tergelak tang ayat ko 'berapa guni pasir nak guna ni...' habih la kalo org tu tahu... ayuuukkk... ayuukkk...
ReplyDeleteMKL : Patong terlebih commercialize dah.. Teluk Kemang ni oke lagi kot.
ReplyDeleteCuma tak de org berseksi meksi je lah.
Biq : Semua kesian.. pokok pokok yang di tebang pun kesian juga.. tandas kotor pun kesian jugak nak guna.
ME : terima kasih.
HB : sila gi terjah... usha usha tengok org menarik jugak.
tukang suap tu sebab dia org tak suka makan, tapi sibuk nak mengopek kerang.
Ali : haa haa.. tak tau. kalau dia baca kau gelak gelak dia...
juling2 air aku tgk list sebelah kiri nih.. merata khauuuuu hang dah p serata donia. best weih
ReplyDeleteBeb : tgh sihat walafiat ni.. ada rezeki dan kemampuan nak berjalan.. aku redah je selagi buleh.
ReplyDelete