Tuesday, February 18, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 06 - LOMBOK | Tanjung Aan & Batu Payung

Bergerak dari Pantai Seger tadi selepas berhempas pulak bawak moto dalam keadaan jalanraya yang berlubang lubang, akhirnya membawa aku ke sebuah pantai yang agak remote.

Angin menderu menyambut kedatangan. Tanjung Aan terpancar dalam keindahan di bawah sinaran sang suria.

Kalau tadi aku impress bila tengok Pantai Seger, kali ni aku jadi makin terpesona dengan Tanjung Aan.





Memancar
Indah sang suria
Hijau suasana
Gemilang semesta

Nyiur melambai
Bayu bertiupan
Gembira kepulangan
Nelayan samudera

Menjunjungkan atap rembia
Berlindungkan panas membara
Sang Suria Khatulistiwa
Memancar

Manusia
Bermandi keringat
Membanting tenaga
Membangun negara

Sekian lamanya berusaha
Kini jadi nyata
Cita-cita

Semangat wawasan membara
Menghangatkan cita
Dalam dada

Pantainya landai. Luas memukau pandangan mata.

Airnya biru dan tenang. Seolah olah seperti berada di tasik biru.

Orang pun tidak ramai di kawasan ini, jadi aku rasa Tanjung Aan memang memiliki keindahannya yang tersendiri.

Cuma kawasan ni kurang pondok untuk duduk berehat, jadi panas panas terpaksa menumpang bawah pokok pokok kecil. Tapi ada je yang berniaga dan berkelah especially warga tempatan tapi tidak seramai di Kuta Beach tadi.

Laut membiru bukan pemisah

Ada aku nampak pakcik ni solat di tepi batu. Insaf sekejap.

Satu je yang menjengkelkan, banyak sangat rumpai laut ni, sekali pandang macam sampah

Orang Bule bersantai

"Korek apa tu bang...". hahaha

Salah seorang warga tempatan ( jual air kelapa sebenarnya makcik ni )

Paris Hilton sesat..... Kesian aku tengok dia dok selfie. Nasib dia tak buat muka duck face


Pantai Tanjung Aan ni memang panjang. Ada lebih 2 kilometer rasanya. Kalau nak menapak memang letih nak patah balik.

Lepas lepak lepak lebih kurang kat belah sini, akhirnya bergerak ke atas sikit lagi. Masih di Tanjung Aan tapi bahagian yang lain.

Apa yang menarik di Tanjung Aan ni walaupun pantai yang sama dan sejajar tapi pantai ini memiliki jenis pasir yang berbeza !!

Jalanraya menuju ke sebelah satu lagi Tanjung Aan 

Haaa. Pasir dia macam ni. Berbijik bijik. Yang satu jenis lagi tu macam pasir biasa. Tapi yang jenis berbutir butir ni memang letih nak berjalan atas dia sebab lagi gebus gebus tanahnya

Anyway, waktu aku sampai di sini, orang agak ramai sikit belah sini. Nak parking motosikal pun kena bayar. Apa motip kena bayar pun tak tau lah.. Tapi ada bangsal la tempat letak moto. Kat Pantai Kuta pun kena bayar jugak. Kena dalam 5 ribu jer. Aku bagi lah.

Di sini sebenarnya ada batu yang boleh di panjat dan dari atas batu tu boleh nampak keseluruhan Tanjung Aan ni.

Tapi waktu aku sampai, aku dah disapa oleh mamat sorang ni, ada perkhidmatan bot ke Batu Payung so dia tanya aku nak pegi ke tidak. Tangan pegang pasir tu mamat tu lah.

Batu ni. Siap ada tangga untuk naik ke atas

Salah satu batu yang ada di situ

Tanjung Aan belah kanan. Di hujung sana tempat aku singgah memula tadi.

Tanjung Aan belah kiri pulak dari atas batu yang sama. Pasir belah sana lebih gebu gebu..

Di atas batu. Ramai yang panjat untuk berphotog

Tanjung Aan

Bot tu yang bawak orang ke Batu Payung

Pandangan belah belakang tempat aku park motosikal. Kat sini banyak gerai dan bangsal. Banyak orang jual jualan

Bot ke Batu Payung

Panas. Aku kembali melepak duduk bawah pokok

Ada je penjual datang tapi aku malas nak melayan

Dan ketulenan aku sebagai seorang jejaka Lombok senang je disangkal. Tak tau la. Mungkin cakap tak berapa cukup Indon, so aku jadi target lagi.

"Mas.. Mau ke Batu Payung?"
"Berapa?"
"IDR200,000"
"Kok mahal?"
"Ya.. 1 bot itu kepunyaan Mas. Dihantar dan pulang"
"Loh... mau dibikin apa sama 1 bot. Kalau dikongsi bisa..?"

Dia mencari penumpang sebenarnya. Aku pun kalau sorang sorang takkan la nak buat keje gila ke sana. Tapi sebelum tu memang aku nampak ada trip mostly warga tempatan berulang alik ke arah Batu Payung ni.

Aku tak tau sangat pasal Batu Payung, in fact, Batu Payung ni baru je muncul dari landskap wisata Lombok selepas iklan Dunhill membuat penggambarannya di sini. 

Zilla : My Stories Mories pernah buat entry pasal ni.

Ini iklannya..



Jenuh jugak mamat tu pujuk rayu aku. Aku nak je pegi, tapi kalau banyak tu nak kena bayar, malas lah.

Ada geng geng Korea sibuk main main air kat situ, aku suruh dia pegi tanya kot dia orang nak pegi, tapi mamat ni geleng kepala. Maybe tak reti nak cakap omputih.

"Mau saya yang nanya?"

Dia senggeh.

Aku pegi kat salah sorang mamat dan minah minah Korea tu dan cerita kat dia sikit, tapi............. promosi aku nyata tidak berkesan. Dia orang tak mau pegi !

Cis.

Aku yang terlebih kecewa.

"Ngga apa apa Mas.. saya bawa Mas ke sana"
"Tapi saya ngga mau bayar 200 ribu"
"Ya udah. 20 ribu saja"
"Apa bener?"
"Ya.. tapi Mas nggak lama kan?"
"Ngga.. Mau motret aja...."
"Ya udah. Ayuh"

Hahahaha. Pucuk di cita ulam mendatang. Dia bagi aku ke Batu Payung naik bot dia dengan harga IDR 20 ribu ( RM 7 ). OK la jugak. Boleh je nak menapak tepi tepi batu sampai ke sana, tapi tempat tu baru so laluan belum betul betul elok. Lagipun jauh jugak lah sebab Batu Payung ni terletak di hujung Tanjung Aan ni.

Bot Oscar 1 ke Batu Payung

Atas bot ke Batu Payung.

Cuma ada mamat tu, budak kecik ni dengan aku je kat atas bot tu.

Kami menuju ke Batu Payung. Tak de la jauh sangat pun, hujung batu besar tu je. 

"Lucu kan Mas.. dahulunya ngga ada sesiapa yang mahu ke Batu Payung ni"
"Benar?"
"Iya... Langsung bila disyutingnya iklan Dunhill Mild di situ, semua orang mahu berkunjung ke sana"

Aku angguk je layan dia borak borak.

"Rhoma Irama juga nanti kapannya mau ke sini bikin video klipnya di Batu Payung"
"Ooooo"

Aku angguk angguk lagi. Tetiba tersedar. Siapa???????????????????

Rhoma Irama??

Relevant kah? Hiks.

Tak sampai 15 minit akhirnya bot mula mendekati Batu Payung ni. Air laut agak bergelora di kawasan sebelum sampai di sini.

Haaaa. Itu la Batu Payung

Sebuah bongkah batu yang menyerupai penyu

Bot tadi berlabuh di tepian dan aku turun. Aku dah cakap kat dia aku tak lama. Mamat tu angguk je.

Tapi sampai di Batu Payung ni nampak ramai pulak orang. Dah la cuaca panas, pastu tak de tempat berteduh. Perit mata.

Pantai Batu Payung

Di beri nama Batu Payung sebab kelihatan seperti payung dari kejauhan

:Layan je la gambar di sekitar Batu Payung ni.

Salah satu sisi Batu Payung

Kate Winslet Lombok. Kau mampu????

Batu Payung

Betul la nama dia Batu Payung sebab kat bawah tu la tempat orang berlindung dari panas matahari

Pantai Gerupuk. Agak jauh tapi menjadi destinasi untuk yang berminat untuk selancar ( surfing )

Ini batuan di kaki Batu Payung tu. Nampak ada batu keras dan yang kuning kuning tu nampak macam batu pasir je. Kesan dari hakisan ombak dan angin maka jadi la slim shady kat bawah tu kot

Batu Payung

Batu batu karang dan air yang jernih di Pantai Batu Payung ni

Aku lepak kat situ sekitar 20 minit je kot. Then aku blah lepas nampak bot tu nak bergerak balik. Rupa rupanya orang yang ramai ramai tadi pun nak balik sama. Jadi aku ikut sekali harung lah. 

Mostly dia orang ni warga tempatan.


"Ini tukang motret dari Malaysia"

Erk...

Mamat bot tu suka suka hati je introduce aku kat semua orang atas bot tu. Dah semua pandang semacam.

"Nggak.. Saya motret suka suka.... bukan profesi"

Dia orang gelak gelak. Pastu cakap bahasa yang aku tak faham !

Stress. 

Dia orang cakap bahasa Lombok. Mesti kutuk kutuk aku ler tu.

* mati la serkap jarang.

Tapi  ada la dua tiga budak budak macam nak mendekati, tapi aku malas sangat nak layan sebab panas dan.......

Pantai Batu Payung


......................bot yang kami naik ni agak penuh dengan penumpang !!!!!!. 

Aku cuak jugak. Lagi lagi ombak agak besar dan laut betul betul bergelora untuk masuk ke kawasan macam kuala di Tanjung Aan ni. Jenis ombak kuat kuat untuk orang surfing tu, risau jugak la aku kot terbalik ke apa. Dah lah macam terlebih muatan orang ni. Ada satu Pak Arab ni memula dia dah dalam bot ni, pastu bila ramai orang, dia mintak turun. Dia cuak nak naik. Aku memula pun nak turun balik, tunggu next bot tapi bila fikir, aku kena kejar masa. Tawakal je lah.

Bot perlahan lahan keluar dari Pantai Batu Payung ni, meredah ombak. Kedengaran suara makcik makcik tu beristighfar dan berdoa semoga perjalanan ini selamat. Buat aku makin cuak. 

Jarak perjalanan cuma sekitar 15 minit, tapi ombak yang kuat itu benar benar mencabar ketenangan dalam hati. Melambung lambung jugaklah bot kecil ini melawan arus yang deras dan ombak yang agak ganas.

Dalam hati aku cuma berdoa.. cepat cepat bot ini sampai ke pantainya.....

bersambung.....................

9 comments :

  1. uih cantik weh pantai ni...tapi batu payung tu mmg tak rupa payung hahaha...

    ReplyDelete
  2. I love reading yr travelog. Yr story pasan lombok remind me of my solo trip in lombok a year back. Sewa motor ke kuta area.awesome bro.

    ReplyDelete
  3. nama batu payung sbb rupa payung ke sbb jadi tempat berpayung meng?? tp nampak mmg panas gile...kalau aku mau dah lencun basah...

    ReplyDelete
  4. nampak macam...takyah gi maldives gini gaye...


    ReplyDelete
  5. cantik gile ... meleleh air idung

    ReplyDelete
  6. MKL : panas tak menahan... kena bawak lotion kalau x nanti kulit dah tak mulus....

    * larii..

    Biq : Tu la.. x jumpa nama yang sesuai kot. payuung terkuncup agaknya....

    MrsE : seram ek.. sebab macam ada rupa ular or rupa mcm org kan?

    ReplyDelete
  7. DD : thanks u. rasa mcm pernah baca blog ko. ke belum? ke hanya igauan mimpi aku? share la kalu ader.

    HB : aku rasa sebab rupa kot. x de nya org nak gi berlindung kat area ni sebab terletak hujung tanjung.. nak pegi pun payah...

    rupa je la mcm payung dari jauh.. ( aku rasa laa ) kena tanya org lombok ni.

    NanaT : bodow AA tu cancel maldives. tak jadi nak pi ek? tapi xde duit lagi.. tak abis berangan lagi dah cancelled.

    lombok ni kalu nak surfing2 ok kot..

    Feer: nah tisu !!!

    jangan biarkan air hidung jadi darah... pegi cepat !



    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...