Saturday, February 15, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 04 - LOMBOK | Kuta Beach, Lombok

Aku rasa aku tidur agak lena. 

Ada nyamuk berterbangan sikit, tapi tak kisah lah. Sedekah darah. Siang awal dekat Lombok ni.

Bangun dan bersiap siap, lepak lepak jap hisap rokok kat luar sambil menghirup udara segar. Segar betul pagi di Lombok, tambahan pulak kat chalet aku tu banyak pokok pokok. 


Tengah aku mengelamun, pekerja tu tegur.

"Pak.. Breakfast?"

Aku diam je memula.

"Ada menu di atas meja. Bapak pilih saja"

Aku lupa ada breakfast disediakan. Tak plan pun nak makan tapi kalau ada, bedal je lah ya dok? Aku order kopi dan toast bread, tapi dia bagi aku pilih 2 menu utama pagi tu. So aku pilih satu lagi.. Mee Kuah !

Nah ! Ini la Mee Kuah nya. Maggie sajork. Meriah tomato nya, kalau tak lawa jugak lepas makan tomato ni tak tau lah.

Toast Bread dengan Jem Nenas. Jem tu macam home made je.. kasar terasa lagi nenas nenasnya..

Ni common hall kat Raja's. Malam malam ramai la yang melepak kat sini beramah tamah.

Aku sebenarnya book 1 malam je kat sini. So malam ke dua nya, aku malas nak cari chalet lain, kira sambung stay kat sini pun OK lah. So aku tanya, kebetulan ada kekosongan so aku extend je.

Cuma kat sini, tuala kena mintak. Sabun pun, kalau tak dia tak kasik !!

Tuala di Indon ni dipanggil... Handuk !!!

Jadi mintak handuk. Bukan hangguk ! Sabun tu aku siap keluar pegi beli kat indomaret semalam sebab ingat dia memang tak kasik.

Aku settlekan urusan bayar chalet untuk malam ke dua. Dia bagi harga yang sama jugak dalam RM50. 

Dah settle semuanya, aku melangkah keluar nak gi jumpa Ali kat kiosk dia tu.

Semalam Ali cakap kat aku, cara yang ada cuma aku kena naik motosikal. Dia bagi aku pakai je motosikal tu sebab semalam aku sewa pun kejap je. Dia siap bagi peta dan pastikan aku tak sesat.

"Insya Allah, nggak sesat"

Dia gelak gelak. Pekerja yang lain pun ada pagi tu, tapi cuma Ali je yang gigih melayan aku. Dia kata kalau dia tak keje dia boleh teman aku.

Berbekalkan motosikal kapchai, helmet dan beg aku sandang. Akhirnya aku bergerak menuju ke Lombok Selatan.

Tawakal je lah. Memang rasa jauh. Tapi yakin boleh ! Malaysia Boleh !!!

Memula dari Senggigi tu aku turun ke Ampenan, pastu turun ke Mataram then ikut laluan yang sama bas Damri bawak aku semalam menuju ke airport.

Memula rasa enjoy dan seronok, bawak motosikal sambil menyanyi nyanyi. Lepas tu, lagu pun dah abis, tekak pun dah perit, berbakul bakul aku maki hamun diri sendiri menyesal. Dah lah cuaca panas. 

Kalau ikutkan aku, sewa je van.. bayar lebih pun tak pe lah janji aku tak penat macam ni.  Jauh lah Tuhan saja yang tahu.

Penat bawak moto lama lama. Dah la aku ni jarang bawak motosikal.

Berhenti sekali sebab lenguh pinggang. Adoi. Macam nak tercabut rasa. Berhenti goyang goyang Inul kejap tepi jalan bagi longgar sikit pinggang dan hisap rokok.

Dekat sejam lebih jugak aku baru nampak airport, dari airport tu kena ikut lagi ke arah selatan menuju ke Kuta Beach ni. Fuh... 

Gigih !!!

Ada sekali tu nampak Desa Sasak Sade Cultural Village memula nak berhenti tapi fikir nanti bila balik je la singgah so aku jalan terus.

Jalan dari Airport ke Kita Beach tu agak teruk. Tak se smooth macam dari Mataram ke Bandara. Makin sakit la aku duduk atas moto. Boleh menjerit ehem ehem di buatnya.

Tapi demi kegigihan yang melampau. Aku teruskan jua.

Ku teruskan !

Akhirnya.......................


Segala kepenatan dan lenguh pinggang hilang begitu saja bila tengok keindahan laut di Pantai Kuta Lombok ni. 

Indahnya alam nusantara.



Laut membiru bukan pemisah
Hasrat hatiku bukan rahsia
Seloka pantun khazanah kita
Maksud terkandung cuba dibaca

Jangan dipagar nyiur yang condong
Buahnya jatuh ke laman orang
Bumi dipijak langit dijunjung
Tegak berdiri bukannya lalang

Berinduk bak ayam
Rumpun bak serai
Junjung bak sirih
Itulah kita di nusantara

Ombak menyusul nyiur melambai
Laut tak putus dilanda badai
Bisikan salam bisikan pesan
Orang di sana dalam ingatan

Oh.. Kat Bali pun ada nama Pantai Kuta, begitu juga di Lombok ni, tapi kalau tengok memang berbeza lah pantai Kuta Bali dan Kuta Lombok ni dari segi air dan pantai nya.. tapi orang tetap ramai !!!

Kuta di Lombok ni ada main strip dia jugak macam di Senggigi tapi kecik je lah. Kedai kedai pun semuanya kedai kayu. Tapi ada chalet dan beberapa resort backpackers jugak di sini. Ada perkampungan, musolah dan warung makan.

Pantai Kuta menjadi destinasi istirehat warga tempatan

Laut nan membiru.... Ombak dia jauh nun di tengah sana.. jadi agak selamat nak mandi kat kawasan tepi pantai ni

Orang mandi manda

Panas berdeting !!

Macam biasa. Di mana mana juga tempat wisata mesti ramai yang menjual. Tak berbeza dengan Pantai Kuta Lombok ni.

Turun turun motosikal je dah di sapa.

"Mas... "

Kejap kejap.

"Om.."

Kejap kejap... 

"Bapak..."

Dia orang nak jual gelang. Macam tau je aku bukan local. Tak de muka jejaka Lombok ke aku ni???

Muka mungkin ada, tapi tubuh badan tak de lah kot sebab jejaka Lombok kekar kekar belaka dan jarang yang obese.

* pose pose depan cermin

Budak budak ni awal awal dah sogok aku suruh beli barang yang di jual. Dia orang jual cenderamata macam gelang etc tu.. 

Macam biasa jugak, aku buat tak layan dan muka ketat.

Aku lebih excited nak ambik gambar. Layan sikit lagi ni.

Kuta Beach

Kuta Beach

Kuta Beach

Cuaca memang panas. Tempat duduk adalah sangat terhad dan sudah dipenuhi oleh warga tempatan di pinggir pantai tadi. 

Tapi di batu batu ni masih ada yang datang berehat dan bertenggek. Tak lupa jugak yang berphotog dengan macam macam gaya dan aksi. Memang ramai orang !

Makcik makcik berpoyo-sing

Tengah aku berdiri kat batu tu dok ambik ambik gambar. Tiba tiba aku ditegur oleh sorang budak ni.

"Om.... belanja. Bantu Om....3 Spuluh ribu"

Aku dengar sekali lalu je tapi tetiba rasa terkesan di hati. Kalau yang tadi tadi aku tak layan, tapi yang ni aku datang kesian. Fikir. Apa sangat la 10 ribu tu ( RM3).. baik aku beli je la gelang gelang ni.

Mana tau boleh ganti tempat AC... Jual gelang !!

Snappy dulu.

So dia bagi aku pilih 3 gelang. Aku pilih je la yang kaler kaler pink untuk OR dan Princess. Tapi terpilih pulak 1 untuk aku. Saja la nak bergelang tapi aku tau aku kalau pakai gelang pun tahan sehari, lepas tu rimas ntah ke mana mana aku buang.

So aku dah beli la gelang dengan budak ni. 

Tiba tiba....................

Jeng Jeng Jeng....

Drama bermula........................

Semua ni jual gelang !

Aku dikerumunin oleh yang lain lain.

Semuanya nak menjual. Semuanya jual gelang !! 

Argh. Sudah.. Tetiba aku jadi center of attraction. Budak budak ni ngekor aku dan tak mau pegi jauh. Orang orang kat situ pandang semacam je.

"Om.. ini tidak adil. Saya yang duluan.. kenapa tidak di beli sama saya???"

Tu budak yang asal asal aku bolayan tadi.

Aku buat keras tak tau. Dok ambik gambar lagi.




Tapi... dia orang tak berhenti di situ.

Mana aku pegi lepas tu semuanya ikut. Bukan sorang dua.. Ada dekat 10 orang penjual gelang yang sama dah bertempek dengan aku.

"Om.... Om ngga adil... saya yang duluan...."

Yang tadi tu jugak.

"Om... Om sudah beli sama dia.. Kenapa dia? Kenapa tidak saya? Om beli sama saya. Berapa harganya terserah Om"

"Ommm............"

"Om......."

Argh !!!!!!!!!!!!!

"Om ! Mak kau !!!"

Aku naik hantu la jugak kalau mana aku pegi semua dia orang ni dok mengekor.

"Saya sudah beli. Sudah ada. Perlu apa saya beli banyak banyak??? Ya udah. Kamu jangan ekori saya. Saya ngga mau beli lagi !!!"
"Kami ngga pedulik. Om ngga adil. Kami ekorin Om kemana saja Om pergi"

Aku cuba melarikan diri.

"Arghhh.. Lantak kau orang lah !!!!"

Eh. Macam tu dia orang tak faham. Pusing balik.................

"Terserah !!!!"

Wah.. Sinetron tak aku??? Nak tergelak dengan diri sendiri beremosi tak tentu pasal. Bengang ah !

Aku buat buat sibuk ambik gambar. Tapi dah tak betah nak duduk lama lama kat situ. Aku pegi celah batu dia orang ikut, aku keluar dari celah sini dia orang ada. Memang sakit otak aku tetiba. Dah la cuaca panas. Ada jugak aku karate sorang sorang ni kang.

"Om... Om nggak adil. Beli juga sama saya !!!!"

Ergh. Masalahnya orang ramai ramai kat pantai tu semua tengok aku. Aku yang macam lari di kejar. Bagi muka kesian pun dia orang buat tak peduli. Tak de orang nak tolong marahkan budak budak ni.

Rimas.



Last sekali, aku balik ke tempat letak motosikal.

Pakai helmet. Tetap la dia ada kat tepi moto.

"Om... beli Om !!! Kasihanin"

Sebelum aku penyek bebudak ni jadi kuih ke apa, baik aku blah. Kesian memang la kesian tapi kalau aku beli gelang banyak banyak nak buat apa???? Nak lawan Kak Ton?

Tapi itu la cebisan kehidupan di sini. Memang mereka target pelancong dan kalau dapat tangkap sorang memang kaw kaw dia orang kejar.

Moralnya di sini, kalau tak nak beli, dari awal awal buat tak layan. Kalau nak beli jugak.. hmmmm jangan beli !!

Beli je kat lain lain. Banyak lagi tempat ada jual !!!

Aku start motosikal dan meninggalkan Pantai Kuta dengan kisah anak anak kecil penjual gelang.

Semoga kehidupan setiap mereka akan lebih baik.

Aku teruskan perjalanan tapi kali ini ke pantai lain pulak. Moga ada damai di sana....


bersambung.....................

14 comments :

  1. Hahaha yg part 'pusing balik then terserah' tu sakan gelak kot..sinetron sgt,pic mcm biase marbeles!!! Lombok mu tggu aku dtg

    ReplyDelete
  2. omm!
    beli juga sama saya om!!

    saya jual shaklee!!


    hahaha!

    ReplyDelete
  3. "Om...om tidak adil...om kena beli dari saya jugak".. hahahaha aku dulu kena ikut sorang budak pompan kat seam reap...last2 kesian beli gak...adoiii... kat indon aku buat muka ketat..buat2 busy ambek gambo...langsung x layan..last2 dorang berambus gak hahahaha...

    ReplyDelete
  4. selalu je nampak hulubalang...peminat setia meng.

    ReplyDelete
  5. hahahahahahhahahahahaha tak benti aku gelak bertubi2! rasain lorh! aku tak tahan gelak sbb rasa mcm diorang tetiba sume ngaku jadi anak ko, patu tuduh2 ko tak jaga diorang, ha camtu hahahahahaha...sapa maknyer?!

    india, cambo, indo, ha ko jgn la memain nak beli dpn2 org lain, nescaya la ko akan kena...kesian mmg kesian, tapi sila kesian kat diri sendri kalo asik kena ngekor mmg tak aman le nak ngamik gambor hahahaha...patut ko terjun bogel terus masuk dlm air hahahaha!

    ReplyDelete
  6. Patut ko cuba berenang meng, tgk dorang ikot tak ko. Lumayan Om lol

    ReplyDelete
  7. om.. sila lawatin instagram om.. paling tidak PM di facebook om..

    meng, kau memang lawak ah bab pusing baling cakap 'terserah' tu. yer memang sinetron sangat. sakit perut aku gelak hikhik..

    ReplyDelete
  8. korang OM OM kan aku ya??

    jaga la korang pegi sana nanti kena sekali.

    HA : sila pegi ke lombok sebelum lombok ternoda...

    NanaT : nak kena cekik ni...

    Om ngga mau belanja... Om mau yang gratis !!!

    HB : memula memang kesian pahtu rasa mcm nak ramas ramas je..

    kecik je aku nampak depan mata..

    nasib je aku x tempeleng sorang sorang tu....

    ReplyDelete
  9. MKL : HB tu peminat setia travel bukan peminat aku...mana mana travel blog pun ada dia.

    * lari....

    Biq : Nak lari dlm air jugak tapi nanti kamera basah.. nak tak nak terpaksa la buat muka keras.

    cuma hati tercabar jugak la.. sebab dia org ni memang lagi keras pada aku...

    ikut je mana aku pegi.. dah mcm kepala keretapi je ramai ikut kat belakang...

    ReplyDelete
  10. Farikh : lama mana la aku nak berenang.. aku penat aku naik dia org kejar lagi.

    hahahaha. tapi tu la pengalaman..

    ok jer,.

    Mya : sekali sekala berguna jugak tengok sinetron kan?

    hahahaa.

    ReplyDelete
  11. JJ : u have been spending your time reading old entries eh?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...