Tuesday, February 26, 2019

Trip JDT Luaskan Kuasa : 06 - PENYABONG WARISAN RESORT | 02

OK. Baru boleh sambung bercerita pasal tempat ni.

* tarik nafas dulu.

Aku tak mau terlalu emosi. Considering tempat ni jauh dari hiruk pikuk kota dan tak berapa bole nak compare dengan resort resort atau hotel yang pernah aku duduk sebelum sebelum ni.

Ini perihal Penyabong Warisan Resort yang terletak di Endau, Johor.


Tengok view memang lawa. Ada suasana damai dan tenang, lokasi tepi pantai yang sememangnya menjadi tarikan untuk menginap di sini. Ada pulak kemudahan beraktiviti yang sedikit lain daripada yang lain menjadikan tempat ni lebih menarik dan tersendiri.


Sebenarnya aku dah lama aim tempat ni nak pegi bercuti dengan family, so bila ada peluang kiranya excitement tu lebih skit. Nak sampai ke sini bukannya dekat. Kena melalui perjalanan merentas highway kurang kurang setengah hari perjalanan.

Urusan booking aku dah buat awal sebulan sebab dah tau tempat ni macam selalu penuh je. Tak de kemudahan nak booking online. Memang kena call nombor nombor yang ada. Ada few times aku called no hp.. Jawapan dia.

"Saya dah tak kerja kat situ"

Eh. 

Bukan satu nombor tapi 2 nombor. Called nombor resort tak berangkat. Lepas tried few times baru dapat booking. Siap siap bayar deposit dan akhirnya masa pun tiba.

Perjalanan menuju ke resort melalui bandar Mersing. Jalan memang tak bagus.

Terletak di Penyabong, Endau. Untuk sampai ke sini boleh melalui highway menuju Selatan, exit di Ayer Hitam terus ke Kluang dan Mersing sebelum ke Endau. Boleh jugak ikut laluan Persekutuan ikut Muadzam Shah dan Rompin sebelum ke pekan Endau dan berakhir di Penyabong.

Laluan menuju ke Penyabong. Jalanraya agak OK.

Setelah berjam jam perjalanan akhirnya sampai ke destinasi.

Kawasan resort dia agak luas. Ada tasik dan deretan chalet chalet dan rumah rumah ala ala homestay di bina dalam kawasan.

Macam menarik jugak tengok kayak kayak yang boleh di guna untuk aktiviti petang petang di sini. 

Urusan check in agak slow. Aku sampai dah agak petang tengok kat kaunter tak de orang ! 

Reception area

Dah tak de orang, aku gi merayau dulu tengok kawasan. So meh jalan jalan tengok kawasan.

Bangunan utama yang ada reception dan ada swimming pool di depan.

Chalet chalet tepi tasik

Di bahagian lain masih banyak lagi chalet chalet kecik

Penginapan ala ala rumah tradisional yang ada dan baru di bina

Setengah jam kemudian balik ke reception area baru lah ada staff jaga.

Hello staff ! Awek pegi mana?

Dah nak check in salah pulak booking. Aku mintak bilik lain dia bagi bilik lain. Pastu tetiba ada charge tambahan BBQ la apa lah, walhal aku tak de pun bagitau nak berBBQ. Settled lah. Then dapat bilik.

Sebab aku ambik Executive Suite so lokasinya dekat bangunan utama yang ada reception tu je.

Compound dan bilik bilik suites yang ada.

Nak naik bilik kena tinggal selipar kat bawah. Tangga sempit.

Aku ambik Executive Suites yang merupakan bilik paling besar di sini dan terletak di tingkat atas. Memang tak ambik chalet chalet tepi tasik tu sebab aku dah agak size kecik dan tak selesa.

Queen Size Bed

Ada sofa set

View dari balcony bilik

Saiz bilik Executive Suites agak besar. Harganya RM 220 semalam. Kira not bad lah. Tapi keadaan bilik sangat tak terjaga. Sampah depan pintu tak di bersih dan tak di sapu. Amenities kurang. Aircond tak sejuk. Air paip kecik dan macam macam serba kekurangan. Tak macam resort pun, lebih kepada homestay.

Malam ke dua aku mintak tukar bilik dan di beri bilik yang bersebelahan.





Bilik yang ni OK sikit. Boleh la bertahan sampai malam ke 2.

Facilities yang ada di sini pun tak banyak.

Ada swimming pool tapi macam more untuk kanak kanak.

Ada tempat BBQ jugak boleh di sewa kalau nak berBBQ. Ada charge tambahan di kenakan.

Tempat istirehat

Kayak di sediakan bagi yang nak berkayak tapi banyak kayak dah uzur. Safety jacket pun dah rosak.

Mostly semuanya kurang di jaga dengan betul. Tempat elok dan lawa tapi rasa macam resort terbiar pun ada.

Lokasi Penyabong Warisan Resort ni bukan lah tepi pantai sebenarnya. Memang tak de pantai boleh mandi atau lepak lepak. Tapi more to kawasan kuala sungai berlumpur dan pokok pokok bakau. Ada jetty kayu pun tak di maintained elok dan macam nak roboh. Lagi lagi kalau gergasi macam aku ni nak tumpang berjalan. 









Memang bukan pantai untuk port mandi manda. Kalau nak ke pantai kena drive sikit ke Pantai Pasir Lanun tak jauh dari situ.

Tapi laluan tak berturap dan kena masuk dalam hutan

Then baru jumpa pantai

OK lah pantai dia landai.

Harga penginapan memang tak termasuk sarapan. Masalahnya sarapan tak disediakan, kedai makan pun tak der ! Ada dewan makan je tu pun untuk cater booking yang ramai atau ada team building je. Kalau yang datang sendiri sendiri ni kena cari tempat makan sendiri.

Adalah port makan tak jauh dari sini iaitu di Pantai Penyabong. Gerai gerai dan warung kecik yang menjadi port mengisi selera.






Petang petang boleh makan goreng gorengan celup tepung. OK lah ada lah pilihan untuk makan tapi pagi petang siang malam datang sini je cari port makan.

Overall, 3 hari 2 malam di sini rasa macam terlalu lama. Aku tak sabar sabar nak check out dan balik ! Macam tak lengkap je rasa percutian masa kat sini. Maybe expectation aku agak tinggi. 

Tempat ni OK. Lawa. Cuma tu lah.... kalau kemudahan dinaik taraf. Services di tambah. Bagi sikit lagi keselesaan should be lebih menarik.

Tapi damai dan tenang tu memang ada di sini.





Cuma mungkin aku rasa tempat ni lagi sesuai untuk event team building daripada penginapan yang boleh di panggil 'resort'.

Tapi still macam resort? Hahahaa. Ntah lah. Tak reti aku nak cakap. 

Masalah tempat tempat macam ni, viral pastu hype sekejap je. Aku pun pasrah je la dengan trip ke sini. Lelah dan mengalah. Nak repeat tu memang tak la kot. 

Ayuh ! Dangdutan yok.



Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Dulu ku tak tahu
Kalau cintamu kau bagi dua
Dulu ku tak tahu
Kalau kau sudah ada yang punya

Kini ku mengerti
Betapa sakitnya hati ini
Kini ku sadari
Telah lama ku dikhianati

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun ku sesali semuanya ku sesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Tak mudah tuk dijalani
Hanya merana hati
Bagai jarum dalam jerami
Sulit untuk kembali
Kasih biarkan aku pergi



Jangan tak jadi datang kalau sesapa yang teringin. Tak pe ada doubt tapi be prepared dengan kekurangan. Kena datang sendiri dan nilai sendiri.

PENYABONG WARISAN RESORT
Lot 500 JP 58/4, Jalan Kg. Baru,
Penyabong
86900 Endau, Johor
Tel: 019-745 5929 (ROSLI) / 07 - 7942455
E-mel: penyabongwarisan@gmail.com
fb : penyabongwarisanresort/

8 comments :

  1. takkan nak bawa bekal megi kot kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bagitau awal awal senang... boleh bawak periuk belanga... gulai kawah siappp

      Delete
  2. adeii meng...dah la group nak gi sini utk family day bulan 3 nih. bertabah je la weiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau group booking makan siap siap.. tak de la kang kebulur.

      should be ok kot. just go and enjoy

      Delete
  3. klu smpi guest x sabar nak balik tu agak fail lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. guests yang mengada ngada memang macam tu.... hahhaa

      Delete
  4. Pengalaman saya ok aje. ... Maybe taste tinggi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...