Wednesday, February 20, 2019

Trip JDT Luaskan Kuasa : 01 - AYER HITAM

Bermula Trip JDT Luaskan Kuasa.

Highlight dah keluar mabuk mabuk laut dulu di sini : CUTI CUTI JDT 2018.

Entry malas, cuma nak share gambar je.

Ayer Hitam. Bandar Seramik.

Ayer Hitam adalah sebuah bandar di Daerah Batu Pahat , Johor. 

Terletak di persimpangan Jalan Persekutuan 1 dan Laluan Persekutuan 50, ia terkenal dengan kedai kedai menjual tembikar dan kraf lain. 

Ia juga merupakan salah satu persimpangan keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan untuk ke Batu Pahat dan Kluang. Terletak di daerah Batu Pahat. Sebelum kemunculan Lebuhraya Utara-Selatan , Ayer Hitam adalah persimpangan jalan utama yang menuju ke Melaka dan Kuala Lumpur ke arah utara, Johor Bahru ke selatan, Kluang dan Mersing ke arah timur, dan Batu Pahat ke arah barat. Ia merupakan perhentian rehat yang popular untuk banyak bas pelancongan dan pelancong antara Singapura dan Kuala Lumpur. Pelawat dapat mencari kedai cenderamata, restoran dan penduduk tempatan untuk menjual sayur-sayuran mereka.










Ayer Hitam bermaksud Air yang Hitam. 

????? * krik

Ianya sebuah bandar yang meriah dan sentiasa sibuk dengan kenderaan yang melewati dan orang-orang yang bergerak ke utara dan selatan. Tempat ini terkenal dengan barangan seramiknya seperti pasu bunga dalam pelbagai warna, bingkai foto, balang, asbak, dan barang hiasan rumah yang lain. 

Selain dari cenderahati yang berkualiti, Ayer Hitam juga dihiasi dengan banyak gerai menjual kuntilan tempatan yang dikenali sebagai 'kerepek' di kalangan penduduk setempat. Antara yang terkenal adalah keropok udang, jagung kukus, kerepek ubi kayu, dan "otak-otak". Barangan makanan ini siap dibungkus dan dijual pada harga yang berpatutan.

Usha barang barangan.







































Memang banyak barang barang berasaskan seramik di jual di sini. Be it cenderamata, perhiasan rumah mahupun kelengkapan majlis perkahwinan. 

Ada banyak kedai kedai so pepandai la menawar bagi mendapatkan harga yang murah. Jangan lupa beli tabung tabung bubuh syiling tu semua. Tapi harga tabung lagi mahal dari jumlah syiling yang boleh di kumpul dalam tabung tu. Cemana?

Okeh. Siap satu entry. Sapa kata susah nak buat entry? Lalalalala....

bersambung....................... 

8 comments :

  1. Kali terakhir singgah yg betul2 singgah 10 tahun lepas... barang yang dijual tetap sama je sejak saya budak lg... tp org pompuan boleh sawan kalau singgah sini... haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. org laki tak tau nak beli apa.. ujung2 beli kerepek je buat makan sambil menunggu.

      Delete
  2. Aku target nak beli rimau oren yang tertonggok sekor tu...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tong gas je dah mahal... baik duit nak beli tu simpan... guna je tin milo

      Delete
  4. Skrg tempat jual2 tu berpindah kemana

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...