Wednesday, February 27, 2019

Trip JDT Luaskan Kuasa : 07 - ORIGINAL KLUANG RAILCOFFEE

Kalau berpeluang berada di Kluang, aku akan mencari ruang untuk lepak lepak dan pekena kopi dan roti bun Kluang Rail Coffee. 

Ini bukan main main. Ini original tau ! Bukan copy ori. Bukan jugak gred AAA. Memang original. Hanya di Kluang !

Original Kluang Rail Coffee

Terletak di station keretapi Kluang

Nampak tak memang ori? Dia tulis besar besar tu takut orang ingat copy !

Tapi memang datang nak minum kopi so kena bertabah sikit sebab benda ori ni menjadi kegemaran ramai. Orang sanggup datang dan beratur. Begitu juga semangat yang kita kena ada.

Kalau nasib kurang baik memang kena menunggu lama.

Bertabah lah ya.





Orang memang ramai kalau pagi dan dapur pun memang sibuk. Jadi bagi membuang masa, gi lah jenguk jenguk station keretapi Kluang yang agak usang dan lama ni. Maish lagi dengan binaan kayunya. 

Ada nilai sejarah dan memori yang tersendiri. Untuk aku pun ada tapi biar lah aku simpan selamanya di hati. Bukan tak ingat cuma malas nak kenang.

Uhuk.

Tetiba rasa nak tempek lagu.



Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sudah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahya cinta yang suci
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

Kuturutkan cahaya di hadapan berliku
Keyakinan di dada mengiringi langkahku
Jalinan bahagia, iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti 'kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya 'ku begini

Okey, usha jap station ketapi ni.







Malas gak nak usha lama lama sebab misi datang sini nak sarapan pagi. Masih jauh perjalanan nak balik ke KL ni. 

Gi balik usha kedai kopi tadi. Harap orang dah kurang dan ada seat untuk lepak dan duduk duduk menikmati sesuatu yang original.

Usha lagi

Bahagian dalam macam masih ramai orang

Tup ! Tetiba ada orang bangun. Terus je pulun dan dapatkan kerusi dan meja...


Lepas dada dah tak berombak dek kerana debaran memuncak nak dapatkan seat tadik, maka ushalah menu dan order.

Tunggu minuman tiba. 

Dan nikmatilah makanan makanan yang ada dan dah di order.







Nampak haloba tak?

Eh bukan hari hari datang Kluang ni. Sekali datang sebat je dan makan kenyang kenyang. Memang ada franchise outlet lain especially kat KL tapi rasa macam tak sama. Kat outlets menu pun dah banyak fusion dan cuma kat sini masih mengekalkan resipi original sejak 1938 lagi.

Harga pun tak mahal dan portion memang kecik kecik untuk gergasi macam aku punya hidangan. Jadi order banyak banyak adalah di maafkan.

Dah kenyang. Bergerak lah pulang. Masih jauh perjalanan menuju ke kota

Kena kopi piaw yang original mata bertahan lama skit

Nanti ada rezeki boleh datang lagi !

KLUANG RAILCOFFEE
KTM, Jalan Stesen
86000 Kluang
Johor

Di buka setiap hari 7 pagi - 6 petang

fb : OriginalKluangRailCoffee/

Dah.. Sambung perjalanan yang tertangguh kerana menyinggah............ demi sesuatu yang original !

4 comments :

  1. Pernah sampai utk bergambar je. Sbb masa tu cuti raya cina, penuh orang. dgn beratur panjangnya lagi. maka, kami makan kat kedai bawah kat stesen ketapi Kluang tu juga. Kalau beratur juga nak layan tekak sendiri, mau kena kecam dgn anak-anak sedara yg dah kelaparan.

    Kalau ada rezeki nak cuba singgah lagi insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. menunggu dan beratur tu memang scene biasa kat sini. kena bertabah sikit..

      tapi dapat makan, memang puas hati.

      cuba lagi nanti !

      Delete
  2. yes yes... klu dtg sini mmg nak rasa semua benda.. hahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...