Friday, February 22, 2019

Trip JDT Luaskan Kuasa : 03 - Masjid Jamek BANDAR KLUANG

Singgah menumpang untuk solat di Masjid Jamek Bandar Kluang.

Hujan lebat mencurah curah

Sebab hujan kena cakap omputeh......

Masjid Jamek Kluang is an old mosque built in 1940. It is the main local mosque strategically located on a hill surrounded by government residential areas, schools and the police station. Masjid Jamek is popular among the Muslims where they gather for prayers. 

The mosque is spacious, spreading over 27,000 sq ft and is capable of accommodating up to 1,000 people at a time.

* mati lah padahal malas nak translate




Masjid Jamek Bandar Kluang yang menjadi kebanggaan dan dimuliakan oleh umat Islam di daerah Kluang ini mula digunakan sepenuhnya pada 28hb Mac 1941 bersamaan 29hb. Safar, 1360 Hijrah.

Sebelum itu Masjid Jamek Bandar Kluang yang terletak di batu 1, Jalan Mersing ini lebih dikenali sebagai Surau India Muslim yang dibina sejak pada tahun 1933 lagi. Kerana pertambahan dan kepadatan penduduk Islam daerah Kluang, masjid yang lebih besar dibina di atas tapak yang sama menjadi Masjid Jamek Bandar Kluang berkeluasan 10,600 kaki persegi pada tahun 1940 dengan kos berjumlah RM 150,000.

Pembinaan tambahan berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1970 dengan keluasan tambahan 6,802 kaki persegi dan kos perbelanjaan RM 175,000.00 dan sekali lagi pada tahun 1977 dengan keluasan sebanyak 10,970 kaki persegi dan kos RM230,000.00.

Masjid Jamek Bandar Kluang terletak di atas bukit dikelilingi rumah rumah kerajaan, sekolah dan juga Balai Polis Daerah Kluang.

Parkir

Kubah

Dinding tempat wuduk lelaki

Tempat wuduk dan tandas

Ruangan yang telah diperluaskan

Ruang solat tambahan

Dewan solat utama

Karpet

Dewan solat utama lelaki

Kubah

Mimbar dan mihrab

Binaan dalaman masjid masih mengekalkan kayu kayu lama dan pencahayaan sedikit suram kerana ruang yang terlindung. Kemudahan kipas angin dan aircond turut tersedia bagi memberi keselesaan kepada jemaah.






Ruang solat agak luas tapi disebabkan banyak perluasan dan pembinaan tambahan dilaksanakan, struktur asal agak sukar di kesan pasti dan ruangan tambahannya agak terbatas.

Tapi masjid selesa.



Seperti masjid-masjid jamek daerah, Masjid Jamek bandar Kluang mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan.

Banyak kegiatan turut dilaksanakan termasuk sambutan sambutan dan majlis-majlis kebesaran agama di masjid ini. 

Terdapat sebuah lagi masjid Jamek yang lebih baru dan terancang binaannya di Kg Melayu Kluang dibina bagi menampung kepadatan penduduk dan jemaah Islam di daerah Kluang ini.

bersambung............

2 comments :

  1. aduh, naper aku xnah singgah masjid ni.... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersorok skit... dan ada masjid lain yg lebih gah di kluang ni kot

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...