Nihao?
* mati la masuk masuk terus cakap Cina.
Padahal tu je pun yang aku reti.
Apa apa pun, bersempena cuti agak panjang Maulud Nabi dan Thaipusam hari tu, aku telah ke Guilin China !
Tepuk !!!!!
Maka hasil dari 5 hari 4 malam di sana aku telah merayau ke beberapa tempat menarik di sana. Jadi, apa tunggu lagi. Layan dulu highlightnya.
Hari pertama aku tiba di Guilin, aku cuma jalan jalan area Guilin City je.
Reed Flute Cave
Ming Dynasty Palace
Solitary Beauty Peak
Elephant Trunk Hill
Senja di Guilin City
Moon and Sun pagoda
The rivers and four lakes
Dan kemudian ke Longsheng untuk melihat puak minority yang terkenal dengan rambut panjang mereka serta paddy terrace yang memukau pandangan mata.
Wanita dari puak Minority Yao
Hantu Kak Limah balik rumah?
Keindahan kawasan pergunungan Guilin
Penempatan dan kawasan paddy terrace Longji
Seven Stars and the Moon
Longji Paddy Terrace
Dan seterusnya tak sah ke Guilin kalau tak menyusuri Li River dari Yangdi ke XingPing.
Panorama yang sama di sebalik wang Yuan 20
Dengan karst mountain yang memukau pandangan
Air sungai yang tenang dan mendamaikan
Panorama yang indah dan membahagiakan
Xingping
Dan melawat pekan Yangshuo untuk keindahan countryside serta Yulong River.
Pernah lihat wallpaper Windows XP ni?
Yes. Gambar ini di ambil di Yangshuo satu ketika dulu ( gambar ehsan google)
The opposite side of it. Dari atas jambatan
Dan ini lah kawasan yang sama
Dan ini jambatan yang kelihatan dari gambar Windows XP. Dragon Bridge; the most famous ancient bridge
Yulong River Valley
Berakit sepanjang Yulong River
Dengan keindahan yang sama memukau mata
Keindahan alam di Yulong River
Moon Hill
The very beautiful Yangshuo
Overall the trip pretty exciting untuk aku.
Aku jalan kaki, trekking, panjat bukit, naik rakit, naik bas turun bas dan cycling sejauh 36km !
Selain dari lokasi, cuaca juga penting sebenarnya. Hari hari gloomy dan aku agak bersedih sebab tak dapat view yang lawa. Aku berdoa pada Tuhan, at least bagi la sehari aku nampak lagi biru. Alhamdulillah. Aku dapat di Yangshuo pulak tu. Blessed !
Makanan halal boleh dapat di Guilin dan Yangshuo. Tapi nak communicate punya lah payah ! Aku nak tanya jamban pun dah macam badut buat aksi macam macam. Aku kena belajar cakap Cina jugak ni at least sebelum aku pegi Beijing.
Guilin agak OK. Tak berapa busy tapi kena hati hati sebab banyak scooter elektrik dan motosikal jenis ni memang tak de bunyi enjin. Tiba tiba je muncul. Boleh sakit jantung !
Airport Guilin agak strict. Aku punya lighter semua kena angkut. 3 kali dia scan beg aku. Kantoi ! Dan kalau beli FM jangan bawak dengan hand luggage. Ada mamat ni siap kena kopak magnet satu satu. Gila lah.
Apa lagi ek?
Tu je la kot dulu.
May not be the best place I have set foot in tapi Guilin memang menakjubkan !
Budget? Mesti nak tau nyer ni. Tiket aku beli dengan harga RM400. Hotel aku dapat RM50 per nite ( nice hotel ), ground arrangement lain dalam RM500 cukup kot. Shopping dalam RM300. So kira sendiri lah.
Ni sample itinerary sebagai panduan.
Day 01
Arriving Guilin (11 am) - Guilin City area
Day 02
Longsheng Paddy Terrace and back to Guilin by 6pm
Day 03
Li River Cruise Yangdi to XingPing. From XingPing took bus to Yangshuo.
Day 04
Yangshuo Countryside and Yulong River and back to Guilin.
Day 05
Back to KL.
Tunggu update nanti ! Aku abiskan trip Korea dulu.
Ciao !
13 comments:
cun giler guilin ni!menarik..harus masuk dlm travel list ni...hehehe wahh jelesnya selalu jenjalan ni...hehehe
Destinasi impian..segarnya mata memandang...
Guilin ni mmg superb kan view dia...
DJ : kalau kena cuaca memang cun ler..
Norh : sila pegi.
HB : yezza tapi kena gigih skit la nak cari shot lawa2
Lawo gambor abam meng amek lening.
Supe fotografer pro!
deng....jeles..jeles..
Guilin gantik gile..memang best dapat pegi sini
Are you sure all the photos you took using your camera? Alahai!!! Cantek gila betul... One of the destination in my current list. Looking forward for your this post. Boleh jadi desktop photo sudah.
Keri : thanks. blajar slow slow bro...
FF : ya. sila pegi.
DD : of chos my camera ( old already meh )... just make sure u go during autumn/spring/summer
Guilin scenic mmng tip top.. pnglmn pergi internet cafe dekat Yangshou last year mmng x boleh dilupakan.. ha3
wahhhh sudah keluarrrrr!
mmg kat mana2 pun kat china ni langit mmg takkan biru ke? haih...
tapi best la, cun sungguh...sesuai utk nature lover :)
zehn : yangshuo tu kalau silap silap memang naya kena ketuk. mahai..
Big : mak esah kan boleh tolak hujan.. last day baru aku nampak matahari.. nasib baik. kalau tak balik dgn linangan air mata.
huuuuuuuuh... cantik bebeno... nk g- kena ikut perut ni... simpan duit
C : selamat ikat perut. jangan sampai kurus dan tak bertenaga.. susah jugak nak berjalan nanti
Post a Comment