Seperti yang di janjikan pagi pagi lagi aku dah bangkit.
Layan view je lah.
Berjalan lagi buang masa.
Siap sedia apa yang ada then keluar.
Malam ke dua di Metro Sauna tu ramai orang sikit. Ada banyak capsule yang ada orang tidur. Masalah tidur dalam capsule ni rasa lemas skit. Tapi aku bukak je pintu tu. Lantak la orang nak dengar aku berdengkur.
Ada heater dalam tu jugak dengan ventalization tapi rimas gak ler. Bila bukak pintu tu baru rasa OK sikit.
Pagi tu tunggu BW tepat pukul 6 pagi.
Tak lama lepas tu makcik tu muncul terkedek kedek.
Pagi di Chungmuro Station
Memang aku dah cakap dengan BW, pegi Seoraksan je lah. BW tu OK je. Aku angkut dia pegi jamban pun dia tak pedulik. Bagi dia tau, jalan je. Asal boleh.
Dari Chungmuro naik train ke line 2 menuju ke Gangbyeon Station.
Keluar dari Gangbyeon tu cross jalan ada banguan tinggi kaler putih, di situ la Express bus terminal. Dia macam Puduraya sikit. Banyak bas kat situ.
Masuk kat situ then tanya lah dan beli tiket kat kaunter menuju ke Sokcho. Ada banyak bas dan berlepas every 15 minit. Jadi tak de masalah.
Tambang bas 16,100 Won. Jarak perjalanan lebih kurang 3 jam !
Express Bus Terminal
Sepanjang jalan tu aku membuta lagi.
Tup tup nampak view macam ni.
Lawa !
Aku terkesimaramasita.
Pastu aku macam nak ambik gambar tapi tingkap bas tu kotor.
Maki hamun jugak la aku dalam hati.
"Apsal bas ni tak berhenti kejap ke kasik aku ambik gambar?"
Punya la lawa view dia.
Tapi aku syak tu la Mt Sorak. Memang nampak banyak autumn foliage lagi kat kawasan hutan bawah bawah. Berkaler kaler
Tak lama lepas tu bas sampai di Pekan Sokcho. Memang tak jauh mana lah. Then turun dari terminal bas tu aku terus pegi kat kaunter tanya.
Sokcho Bus Terminal
Rupa rupanya bas nak pegi ke Mt Sorak tu kat luar. Tepi jalan besar depan ni. Ada satu bus stand kecik.
Ada minah ni dia dengar aku tanya kat kaunter, pastu dia tunjukkan. Rupanya dia pun nak naik bas ni sekali.
Naik bas no 7 - 1 sampai terus ke Mt Sorak. Tambang bas 1,100 Won.
Dalam bas. Minah tu la yang tolong aku
Bus melepasi kawasan pekan Sokcho terus ke Seoraksan National Park.
Ada lah dalam 20 minit macam tu. Last sekali nampak bukit yang aku nampak tadi. Rupanya Mt Sorak National Park ni belakang laluan bas yang aku naik dari Seoul tadi rupanya.
Terus excited.
Sampai je last stop terus turun.
Seoraksan National Park
Beli tiket. Harga 2,500 Won
Masuk pagi tu belum ramai orang lagi. So rasa OK lagi. Cuaca pun sejuk sejuk tak berapa membeku.
Sedang molek la. Lagi molek untuk BW bergaya sakan dan posing lupa diri.
Snap !
Aku ambik gambar dia dengan kamera aku.
"Cepat. Ambik dengan hp akak pulak"
* pitam.
Begitu lah. Dia lagi artis dari aku. Nak ambik gambar dia ni kena 2 set. Sekali dengan kamera, sekali lagi dengan iPhone dia. Jadi aku lah kena layan dia. Kalau la ada IH mesti aku bebas riang tak payah melayan dia sangat.
Seoraksan National Park
Layan view je lah.
Lawa tempat ni. Aman dan damai. Lebih lawa sebab autumn kot
Di Mt Sorak ni ada cable car naik ke atas.
Memula tak sure nak naik ke tak. Tapi sampai sampai tu gi check tiket cable car. Nak naik cable car ni kena ambik nombor. Bukan nombor la tapi timing.
Bila sampai tu nanti dia akan bagitau pukul berapa free. Cable car every 5 minit. Masa kita orang sampai pukul 11 then the earliest cable car yang available pukul 12.05 tengahari.
Terus je beli.
Harga cable car 9,000 Won. (RM27)
Tapi masalahnya nak menunggu ler pulak.
Sambil tu pegi merayau tempat lain dulu.
Cable car station dengan puncak
Cable car
Sambil sambil tu jalan jalan kawasan sekitar lah.
Saja membuang masa.
Ada sungai tapi airnya dah kering
Cable car bergerak menuju puncak
Air sungai yang tak berapa nak ada air
Kawasan pergunungan Seoraksan
Ada jamnbatan
Jambatan lagi
Boleh trekking dan ada trails trails tertentu naik ke kawasan gunung ganang tu.
Tapi memang kita orang tak de plan nak trekking pun. Just jalan jalan buang masa sambil layan kawasan sekitar.
Orang makin ramai. Ramai jugak nampak yang siap siap macam nak gi trekking ke dalam dalam hutan sana.
Salah satu trail
Singgah minum kopi dulu
Berjalan jalan lagi. Ada few temple dan bangunan bangunan lain di sekitar kawasan ni
Pintu masuk ke temple
Salah satu bangunan
Ada telaga
Toilet kat kompleks ni lawa gila. Wajib masuk walau rasa tak nak kencing pun
Dan ada statue budha ni jugak
Ini adalah penanda derma.
Sapa nak derma boleh derma pastu boleh tulis untuk tujuan apa apa ker. Tapi masalahnya aku tengok ramai sangat yang buat sampai dia tak leh nak letak elok elok. Sudahnya dia lambak lambak je tepi tepi tu.
Abis dah.
Sampai time, kami bersiap sedia ke cable car station tu untuk naik cable car ke puncak !
* tarik key puncak kasih Ziana Zain.
bersambung...
Kat dlm capsule tu mmg x boleh nak golek sakan la meng yek...
ReplyDeleteMusim paling best gi mt seorak ni bila ek?
autumn ler kot..
ReplyDeletegolek buleh. golek golek tak boleh
Kak bw high five bebeh
ReplyDeleteiols pon kena amek dua set gamba hahahaahh. Kesian sgt sape yg p travel skali. Kekeke tapi dorg pon 2x5 jah. Ye ler skrg instagram bagai khen harus amek gmba pakai hnpon n camera hihih
Btw abg meng fj x pnh smpai lagiiii autumn in my heart and moubt sorakkk sedeyh
tapi seoraksan tu maksud dia gunung salji. time salji2 mesti cun jugak kot.
ReplyDeleteFJ : mcm tu la kalau dah HARTIS.. kan?
wahhh rasa macam tengok cite korea! gamba2 sume cunnnn! next time bolela masuk dalam list pi mount sorak ni, aritu tak sempat sebab gi 4 hr je :)
ReplyDeletethenfks CL.
ReplyDeleteLain kali kalau pegi, wajib ler pegi sini.
Kalau pergi nnt, aku nak bersorak sakan kat mt sorak ni...
ReplyDeleteSambil guling2, main salji umpama hartis hindustan giteww...
dr sokcho ke soeraksan tu brp minit@ jam?
ReplyDeleteAgak2 le kan, kalo ikut travel agency dgn travel sendiri byk cut cost x? Ke lebey kurg same je? Heheheeee... Aku nak planning ni!!
ReplyDeleteHB : kau pegi la time snow, aku rasa mcm lawa juga.
ReplyDeletePM : tak lama. dlm 20 minit. tapi kalau jem !! mahu dekat 2 jam kot.
TA : rasanya kalau sorang dua baik pegi sendiri, kalau rombongan kak kiah, pegi la dgn agency..
sumpah cun tempat ni waktu autumn, kalo winter, salji penuh la ek...haih, bila masa nak pi lagi niiii...
ReplyDeleteanytime BOnda.. ada duit buleh je pegi !!!
DeleteNak tanya..cam best je tempat ni..kalau kita pi sini lebih baik bermalam kat sini ke? Atau sempat nak balik yer? Kena pi sini awal2 pagi lah kan
ReplyDeleteNak balik tu nak balik mana?
DeleteKat sini tak de penginapan sgt kot. Sebaiknya bermalam di sokcho jer.. tak de la rush sgt. tapi kena dtg seoraksan ni pagi pagi sebab nanti jem nak masuk