Monday, February 25, 2013

Trip Ber'Gangnam' Ke Korea Selatan : 15 : Seoraksan - Sorak Sorai Di Mount Sorak - Part 2

Peringatan kepada mereka yang nak naik cable car di Mt Sorak.

Kalau tiket kita tu timing dia pukul 12.05 tengahari contohnya. Jangan ngada ngada nak tukar dan jangan sekali kali tak show up.

If not, kena denda.

Kalau dah book time tu kena naik time tu jugak.

Faham?

* mati la marah tapi orang tak pedulik.

Tujuan utama aku ke Seoraksan ni adalah nak tengok autumn foliage. Sebab masa sebelum pegi, bila check peak time dia dah abis. So agak sedih gak la salah timing.

Tapi masa kat Secret Garden semalam macam dah puas. Nasib baik la sempat tengok di sana masih ada yang tersisa so di Seoraksan ni ada lagi walaupun tak berapa meriah tapi dah tak berapa nak heran dah.

Hiks


Autumn Foliage di Seoraksan

Sampai masa kami pun naik la cable car tu.

Sebab masing masing dah ada tiket untuk penuhkan sekali jalan cable car tu. So tak de la ramai yang menunggu. Ngam ngam tunggu ikut waktu masing masing.

Cable car agak kerap tapi orang pun ramai. Dan cable car ni bergerak ikut cuaca jugak. Kalau angin kuat, memang tak bergerak lah.

May be kalau dah beli tiket, dia akan refund.

Bersiap sedia


Menuju puncak


Masuk masuk je dah penuh. Masing masing terus tuju nak berdiri tepi dinding

Honestly aku rasa naik cable car di Langkawi lebih exciting.

Lebih thrill sebab yang ni naik ramai ramai. Pastu ada bau bau busuk. Pastu semua berebut nak duduk kat dinding. Pastu bau busuk. Pastu bau busuk ada lagi.

Pening.

Tapi sebab dah sampai punya pasal. Belasah je lah. 

Nasib la nak sampai ke atas tu tak lama. Ada la dalam 10 minit kot. Tapi bau busuk tetap tak hilang.


Dah sampai nampak pekan Sokcho dari atas


Jalan jalan di kawasan sekeliling. Ada pathway


Nampak la segala gunung ganang yang ada. Seoraksan bermaksud Gunung Salji, tapi sebab tak de salji tak de la nampak mana


Cable station di bahagian atas

Sebenarnya nak jalan jalan di atas ni pun tak de la besar mana kawasan dia. Ada cable car station je yang lain lain ada pathway naik ke atas lagi.

Tapi kena jalan kaki.

Mula mula tak de la aku plan nak naik tapi lepas fikir nak turun tu tengok orang beratur ramai gila. BW beratur aku cakap kat dia.

"I naik atas kejap"

Aku pun berlari la naik ikut ikut tangga ni semua. Ingat macam dekat.


Rupa rupanya agak terpongeh

Tapi tengok ramai je orang naik turun. Ada yang siap bawak budak budak. Ada yang dukung baby. Dan ada nenek nenek dan datuk datuk tua bertongkat pun.

Tak boleh jadi.

Aku mesti lawan.

* begitu sifat nak berlawan lawan yang tak bagus dalam diri.



Sudahnya. Aku yang separuh mampus !

Boleh tahan la penat nak naik. Lagi aku kejar masa sebab BW dah beratur kat bawah tu. Tengok kat atas ni, ada lagi puncak naik ke atas.

Aku fikir, nak naik ke tidak.

Angin kuat gila babi atas ni.

Panjat slow slow.


Puncak Kubu Gwongeumseong

Slow slow panjat. Ramai jugak yang panjat sampai ke atas.

Tapi !

Angin kuat gila. Nak berdiri pun tak boleh. Kena pegang batu. Dari atas ni boleh nampak almost 360 view belah bawah tadi. Lawa jugak la tapi sejuk boleh tahan

Aku sampai sekejap je pastu cepat cepat turun.

Layan view lagi.




Puncak tadi




Tak de banyak space nak duduk pun.

Then turun laju laju.

Angin pulak terlampau kuat. Orang lain berjaket jaket aku cuma pakai satu jaket je. Dengan bawak beg lagi. Jenuh la.


Pandang bawah belah belakang

Then aku terus je turun sambil berlari.

Sampai kat cable station tadi separuh mati. Tengok BW dah kat depan nak masuk cable car. Tapi aku cilok cilok sempat gak lepas.

Mamat jaga cable car tu macam tahu.

"Together?"
"Yes"

Sebenarnya giliran BW naik cable car dah sampai pun, tapi dia tunggu aku kat tepi tu.

Kalau aku nak kena beratur balik memang jenuh lah.


View gunung salji


View masa turun


Cable car sebelah


View


Station cable car


Dah sampai bawah


Cable car kat bawah. Untuk bergambar saja


Meninggalkan kawasan Mt Sorak


Keluar 


Ada kedai cenderamata tapi tak jumpa FM

Masa keluar dari sini nampak bas sampai. 

Berlari lari aku kejar bas. BW pun lari jugak. Sempat aku nampak budak pompuan Melayu. 

"Assalamualaikum !"

Aku jerit kat dia.

Dia macam terkejut. Pastu lama baru aku dengar dia jawab salam. Kuat la nak kasik aku dengar sebab aku dah beRabuan Pit lari kejar bas.

Nasib la drebar bas tu perasan then dia tunggu. Kalau tak, lama pulak kena tunggu next bas.

Travel tip !

Mt Seoraksan ni wajib pegi kalau ke Korea. Dan musim luruh atau time autumn adalah yang terbaik selain daripada musim salji. Make sure pegi awal pagi kalau weekend. Hari biasa pun sebab masa aku balik tu, panjang gila traffic nak masuk ke Seoraksan National Park ni.

Mahu makan setengah hari dalam jem tu saja.

Lagi mudah kalau overnight kat area ni, ada banyak jugak hotel dan motel.

Tapi kami langsung balik ke Sokcho. Dalam kepala otak tengah figure out.

Sempat ke kalau ke YongPyong? Atau buang masa kat Sokcho dan ambik bas balik ke Seoul?

bersambung.................

15 comments :

  1. Wahhh canteknya..kalo winter sure cantik gunung ganang tu..Autumn pun cantek. Dari Seoul berapa lama ke sini ek? Kena spend beapa lama untuk jln2 kt sini?

    ReplyDelete
  2. ala aku tak pi pun tempat ni, tak cukup masa...menarik dan best lah, kena pi lagi kah? #oppsss sgt...

    untungla ada org tlg tahankan cable car dgn bas hahaha!

    ReplyDelete
  3. yg mana satu mt seorak?

    ada satu gambar tu ada bayang2 ko (ye ke?) tp nampak cam robot!!

    ReplyDelete
  4. zila: 3 jam dari seoul.. setengah hari ok kalau sampai pagi, kalau jem, tunggu la nak masuk, tak sampai sampai..

    Biq : pegi tempat lain sudah.. banyak lagi tempat mcm ni.. nepal? or langkawi?? * plus effect bunga bunga berwarna skit..

    mt sorak tepi cable car.. ada air terjun tu..

    bayang bayang robot tu adalah batu.

    bukan aku !

    ReplyDelete
  5. Kalau x panjat tu rugi x? mcm x larat aja rasa kalau saya nk panjat.. berapa lama baru sampai ke atas, ya? Adakah sepenat panjat great wall?
    wah, mcm busuk sangat la plak org dlm cable car tu...berkali2 ulang...:) kena bwk parfum lah sembur dlm cable car tu gamaknya...he..he..

    ReplyDelete
  6. gua ingat syarat wajib naik atas bukit tuh mampu bersorak ria

    ReplyDelete
  7. meng panjat 15 minit je...ok la tu tak le penat mana...tahan sejuk atau tidak je

    ReplyDelete
  8. Dalam cable car abang meng tu penuh orang-orang tua ke? huhuh...

    Bukan apaaa haritu masa pergi korea ada la penerangan drpd student blaja kat sana ni dia kata sorry la kalau naik subway ni bau bucukkk sikit sbbnya kalau ada orang tua jgn duduk sebelah diorang, sebab diorang is malas mandi.. boleh lagu tuh?? Haha sejuk kennnn...

    ReplyDelete
  9. aah fida sebab penuh ngan org tua la..dlm train pong..hahah hais..pening!! hamis semacam..akak siap kena ngorat..hahaha

    ReplyDelete
  10. AUWWWWWWWWWW akak bwww....

    kerlas sgt kena ngorat...

    dengan oppa kah, ahjushi kah atau haraboji kahh??? ahahahahaha... tak aciiiii.

    bley macam tuh?


    Kalau oppa pas kat sini satup okeh... saranghaeee hahahaha motip sgt.

    ReplyDelete
  11. Far : mencabar soalan tu. kalau x panjat rugi ke tak. jawapannya.. tak sgt kot. tapi alang alang dah sampai, baik je naik terus. boleh je naik kalau slow slow but I was running.. so memang mintak nyawa...

    tak pernah naik tembok besar china

    * nanges keluar perfume dior.

    AJ : tak sempat nak bersorak sorai... terpongeh. kalau x panjat gunung tu tengok view tu je la.. tak de apa pung.

    FJ : memang ramai org tua. nenek pun buleh mendaki sampai atas.. dan mereka ni tua muda, semua busuk !

    * lari

    ReplyDelete
  12. ngan pakcik tua..haha bila tak layan dia sepak2 kaki..sabar je lah...pehtu akak pandang muka meng minta bantuan..motip la dia pandang je wat tak paham..uwaaa

    ReplyDelete
  13. Meng takut diserbu peminat kot BW, sebab tu dia wat dono jek...

    ReplyDelete
  14. hahahahaha akak, tah2 meng tu kalo jadi apa2 kat dia, dia hulur akak jer dulu tu hahahaha!

    ReplyDelete
  15. gini citer.

    waktu di kerumuan tu aku dah tengok BW dah pucat lesi. motip la yang kacau dia semua pakcik2 tua.

    aku pegi dekat tanya dia ok ke tak.

    tau dia jawap apa?

    "pakcik pakcik ni cakap, akak cantik !"

    terus aku malas layan.

    sekian.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...