Sunday, February 3, 2013

Highlight - City of Guilin, China

Nah !

Ini adalah highlight bandar Guilin.

Nama Guilin mungkin tidak seglamer kota metropolis lain di China, seperti Beijing dan Shanghai tapi bandar Guilin dengan penduduknya kira-kira 5 juta orang ini sudah lama berkembang sebagai destinasi pelancongan utama di tanah besar China.

Sebuah filem barat pun pernah menjadikan pemandangan indah banjaran bukit batu kapur yang bertebaran di seluruh wilayah ini pernah dijadikan latar utama dalam "The Painted Veil" dan pelbagai filem yang lain.

Landskap semula jadi yang unik yang terbentuk dengan bukit batu kapur, air sungai dan tasik yang jernih ini memberikan keistimewaan kepada Guilin. Bandar moden ini juga merupakan salah sebuah bandar terbersih di China.

Penerbangan dari KLIA ke Guilin

Mercu tanda depan airport Guilin

Reed Flute Cave 

Lampu lampu menghiasi dalam gua batu kapur di Guilin

Lagi tarikan di Guilin

Pemandangan di Guilin

Pemandangan bandar Guilin dari Solitary Beauty Park

Istana zaman Dynasty Ming yang kini menjadi kampus university

Landskap yang cantik dan menenangkan

Pedestrian street di Guilin

Twin Pagodas

Elephant Trunk Hill

Senja di Guilin

Air sungai yang mengalir di bandar Guilin

Sun Pagoda dan Moon Pagoda

Pagodas di waktu senja

Pagodas di waktu malam

Keindahan taman taman di bandar Guilin - Crystal Bridge

Salah satu tasik di Guilin

Peach Blossom River

Lagi gambar pagoda dengan river cruise

Pagodas di waktu malam

Light off

Shopping street di Guilin

Pagodas and the moon

Malam di Guilin

Salah satu sungai di Guilin

Di Guilin ini terdapat dua batang sungai utama, iaitu sungai Lijiang dan Sungai Taohua serta empat buah tasik, Shahu, Ronghu, Guihu dan Mulong yang asalnya adalah terusan yang dibina pada zaman Dinasti Tang. Kini, semua ini menjadi tarikan utama di bandar ini.

Keindahan taman tasik yang disinari cahaya lampu kecil di sini boleh dinikmati pada malam hari. Dengan belayar menyusuri tasik-tasik tersebut melalui 19 buah jambatan kita boleh melihat Sun Pagoda dan Moon Pagoda yang setinggi 41 meter, dan dibina daripada tembaga, serta bangunan-bangunan kuno seperti Pintu Gerbang Selatan Kuno dan lain-lain.

Setiap sebuah daripada 19 buah jambatan tersebut, mempunyai ciri ciri yang berbeza-beza. Misalnya, Jambatan Kristal, ia dibina sepenuhnya daripada kristal. Ia dikatakan sebagai satu-satunya Crystal Bridge di China. Pada dinding jambatan tersebut juga terdapat kaligrafi puisi lama China.

Di Guilin juga ada Elephant Trunk Hills yang bentuknya amat serupa dengan seekor gajah yang sedang minum dengan hujung belalainya terbenam di sungai. Bukit ini telah menjadi salah satu batu lambang pelancongan di bandar Guilin.

Reed Flute Cave, 7 kilometer dari Guilin pula mempunyai pelbagai rupa stalaktit dan stalagmit di lorong sepanjang 500 meter, termasuk bentuk air terjun tergantung, rupa singa dan pelbagai bentuk bunga.

Bagi aku Guilin City ni nak kata sibuk sangat pun tak lah tapi banyak scooter elektrik yang tak de bunyi enjin tu. Bersih tu tak de la bersih sangat, tapi compared to other cities in China, kira bersih la kot. Pengangkutan mudah. Jalan pun senang. Ada banyak park boleh jalan jalan di sekitar bandar Guilin ni. Tapi kalau nak yang lebih menarik, kena la keluar sikit dari Guilin ni sebab Guilin hanyalah bandar biasa yang so so sahaja.

Jadi, silalah berkunjung ke Guilin !

6 comments :

  1. Ko punya gambo semua lawo2. Aku kena belajo ngan ko la camni...

    ReplyDelete
  2. camera does the trick. aku tukang snap jer

    ReplyDelete
  3. mcm kat vietnam pun ada, tepen pun ada, menarik2...

    makan senang tak?

    ReplyDelete
  4. makan senang. halal ke tak halal?

    hahaha.

    makanan halal ada je. tapi confirm la tak sedap. makan sekadar menghidupkan roh.

    ReplyDelete
  5. Lawa jgk Guilin nih..patut la ada member rekemen suh pegi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...