Wednesday, February 20, 2013

Trip Ber'Gangnam' Ke Korea Selatan : 12 : Nami Island - Sonata Pulau Cinta - Part 2

Pulau Nami ni sebenarnya berbentuk seperti bulan sabit. Ianya di atas sebuah empangan yang mana dulu bila takat air naik menenggelamkan kawasan lain maka terjadi lah pulau ini.

Namanya berasal daripada Jeneral Nami yang meninggal ketika berusia 28 tahun setelah di tuduh mengkhianati Raja Sejong. Dan beliau di tanam di pulau ini.

Dan dengan itu dipercayai bahawa jika seseorang mengambil walaupun satu batu dari sini, ia akan membawa nasib malang kepada mereka.  

Apa yang special mengenai Pulau Nami ni. Tak de tiang telefon mahupun tiang letrik di sini sebab semuanya di bina secara underground bagi memastikan nature feeling dan tidak mengganggu landscape pulau ini. 

Lepas melalui pokok pokok Chestnut yang masih berdaun hijau tadi, di kawasan tengah pulau, ada galeri, kedai kedai cenderamata dan juga pusat education.

Eh. Chestnut tu Buah Berangan kan?

Hah. Dan di situ nanti nampak pokok pokok yang ni berkaler oren pulak. Ayuh tengok gambar.

Sampai part ni memang lawa

Dan orang pun ramai gila

Kelakar gila statue ni. Siap kilas tetek ke belakang. Siapa mampu bertetek sedemikian?

Pohon pohon di Pulau Nami

Besarnya kopekkkkkkkkkkkkkkkkk

Tetap la ada bontot orang menonggeng

Pohon pohon berdiri megah

Dan ini lah lokasi cerita Winter Sonata tu

Hebat betul dia orang ni siap ada statue. Tapi beratur la nak ambik gambar kat sini

Kawasan sekitar

Tasik kecik

Pameran dan hasil seni serta kebudayaan

Tanya sama pokok, apa sebab goyang?

Gambar gambar dari drama Winter Sonata

Salah satu lagi bahagian pokok pokok di Pulau Nami. Tu gambar topeng hantu tu aku tak tau mendapa. Karya seni ler kot

Belah ni tak ramai orang sebab ke belakang. Mungkin tak ramai yang tahu. Kena rajin explore. Belah belah belakang lebih damai dan tenang dan kurang orang.

Tasik tasik kecil

Laluan laluan lain

3 gambar menggambarkan suasana berbeza mengikut musim. Musim Panas. Musim Luruh dan Musim Sejuk. Snow je tak der.

Pulau Nami yang wajib di lawati

Berpusing pusing merayau di Pulau Nami akhirnya kami decide nak blah je.

Tak nak buang masa lama lama sebab kami belum abis jalan di Seoul. So plannya nak balik ke Seoul dan cover few tempat lagi di Seoul tu. Kalau naik bas tadi memang tak sempat.

Balik ke tempat ferry, kebetulan ferry dah sedia menanti.

Tak jumpa FM yang menarik. Makan pun tak sempat kat sini. Orang kata ada nasi goncang halal boleh di makan di one of the kedai makan, tapi tak sempat aku nak riki.

Lagipun tak berapa lapar.

Blah je lah.

Gerbang Pulau Nami

Merata aku cari Namimaid ni. Rupa rupanya kecik je kat tempat naik ferry tu

Bye Pulau Nami

Sampai di tempat naik ferry mula mula tadi, singgah beli waffle kejap.

Then figure out cemana nak balik ke Seoul. Kalau di ikutkan, most common way ialah naik train. Ada station train tak jauh dari jetty Nami ni. Tapi kalau nak ke sana kena naik bus atau teksi jugak la.

Sebab cuaca sejuk, waffle ni pun cepat je sejuk

Masa tunggu bas nak ke train station tu ada beberapa orang yang sama sama tunggu. Ada satu minah ni, aku tanya dia rupanya dia pun tak berapa pasti. Sebabnya dia bukan orang Korea. Dia dari China. Then aku dengan BW decide nak naik teksi je sebab bas lambat nak ke train station. Jadi kami ajak dia sekali.

Baik minah tu. Then dia lah yang ajar kami cemana nak balik ke Seoul.

Suasana dalam train. Semua orang main handphone

Sebab dia pun tak berapa pasti, then ada satu pakcik Korea ni yang tolong sama. Pakcik ni siap track aku dengan BW kat mana sebab kena tukar train few times sebelum aku nak turun di Gwanghwamun Station.

Garang gila muka Pakcik tu, tapi bila kita orang hilang je, dia kejar pastu ajak ikut dia. Cakap sepatah pun tidak, bagi sign jer. Hahaha

Akhirnya berjaya naik train sampai ke kota Seoul semula.

bersambung...........

7 comments :

  1. nenek aku mampu ada kilasan tetek sedemikian! hahahaha! dulu kitorang cucu2 ni slalu main HAHAHAHA!

    ok, dah, dah.

    nami ni bg aku cantek la, tapi pi skali jer dah puas...takde ke daduannan keguguran yg diorang bentukkan jadi love la clover la?

    ReplyDelete
  2. apsal aku rasa cam pendek jek citer ko kali ni??

    ko x bergambar peluk2 ke dgn patung pelakon winter sonata tu?? ihikk

    ReplyDelete
  3. Biq : aku speechless. hahaha..

    HB : amponkan kami penunggu gua, ada kala nya aku adalah MALAS. hahaha

    x sempat nak pelok org ramai beratur

    ReplyDelete
  4. masa pegi aritu kebetulan dorang ade cuti ape ntah, nak tunggu teksi pegi train tapi panjang sangat line last2 jalan kaki..jauhhhhh sangat tapi redha jela hihi tapi best! =)

    ReplyDelete
  5. time aku g dah takde daun sgt, sedih..tapi still cantik..tp okla, klu ada daun hijau mcm ada kt M'sia je la pulak kan..hehe

    ReplyDelete
  6. Speechless komen atas skali tuh. Hahaha sabaq ja la. Erk rasa diri di awangan tak bile jejak nami island ni bang meng oiii.

    ReplyDelete
  7. best la bibik depan belakang boleh isap...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...