Actually Gimpo Airport ni not bad jugak la kawasan sekitar dia.
Kalau sesapa yang nak ambik flight ke Jeju, kalau ada masa, keluar la merayau macam aku ni. Pegi ke Lotte Park tu. Ada park, ada mall. Ada bunga bungaan dan boleh tengok kawasan sekitar.
Abis jugak la sejam dua boleh snappy sana sini.
Matahari mula terik tapi cuaca boleh tahan sejuk
Taman dengan bunga bunga kecik cam ni je la yang ada
Kira beruntung jugak la sebab time aku pegi ni, ingatkan dah abis foliage musim luruh.Tapi ada lagi pokok pokok yang sedar bertukar warna. Jadi excited lah nak ambik gambar pada nampak ranting ranting saja.
Tapi yang lebih menarik kat sini ada banyak sculpture dan statue budak budak bermain di park yang di namakan Sky Park ni. Tak tau la apa simboliknya patung patung ni.
Dan Lotte Mall di Gimpo Airport ni merupakan Lifestyle Mall terbesar di Korea Selatan !!
Meh layan budak budak yang tak reti sejuk ni.
Anak sapa la ni?
Riang ria bermain
Anak anak sapa ntah
Kau angkat ku, ku angkat mu, kau tolak ku, ku tolak mu
Panjat memanjat
Macam macam aksi dan cara
Kawasan sekitar Lotte Park
Lotte 4D Cinema dengan Lotte Mall setinggi 4 tingkat and 5 basement. Atas roof top dia ada obervation deck untuk tengok kapal terbang turun naik
Tak tau la apa benda ni
Kakak ke abang ntah? Muka bapak jantan tapi kasut macam ferry
Ada kincir angin. Feeling feeling macam di Holland
Dan ni kawasan kawasan lain. Ada hotel, mall, park dan sebagainya
Ini International Terminal
Kita orang berpusing pusing kat kawasan ni tanpa arah tujuan.
Cuaca sejuk sejuk dingin. Kejap jalan, pastu berhenti hisap rokok. Rehat kejap. Pastu ambik gambar lagi, pastu jalan lagi, pastu lepak lagi.
Betul betul buang masa.
Lepas tu sampai kat mall tengok mall baru di bukak. Kami masuk dan usha.
Mall dia boleh tahan la. Jual branded stuff je. Banyak boutique boutique kat sini. Tak berapa berani nak masuk. Tapi sempat singgah cret cret perfume kasi wangi. Almaklum la belum mandi lagi.
Patah balik jalan ke domestic terminal
Di penuhi dengan dedaunan yang beraneka warna. Tak berapa aneka sangat. Banyak merah dan kuning je
Teksi di sini pakai Hyundai Sonata tu....
Balik semula ke Domestic Terminal
Kawasan sekitar Gimpo Airport dengan parking space
Ada kediaman jugak. Yang bawah ni traffic information kat airport
Then masuk dalam terminal building. Ada kedai kedai
Ni tempat baggage deposit yang mahal tu.
Nak je aku pegi balik kat sini bagitau dia.
"Weh. Aku jalan bawak beg sendiri lah, tak payah nak simpan sini. Mahal nak mampus"
Hahaha. Macam la dia heran pun.
Padahal aku rasa memang rate dia macam tu kot. Sebab dia ikut jam dan ikut size beg. Tapi sebab memang tak puas hati bila aku convert harga dia tu.
Masuk toilet. Terkial kial nak guna bidet ni. Aku rasa kat Jepun lagi senang nak pakai. Ini aku macam tertonggeng tonggeng tekan punat punat tu tapi haram tak keluar air.
View lagi
Atas departure bawah arrival
Agak agak dah tak de apa nak buat, baru la kami check in. Tengok kaunter pun dah di buka. Apa lagi. Tak payah berat berat bawak beg dah.
Jeju Air angkut sekali luggage so, lenggang kangkung tak payah hand carry.
Kaunter check in Jeju Air dan Korean Air. Kami naik Jeju Air
Ready untuk boarding
Gimpo Airport
I Love Korea? Belum lagi...
Ada kedai kedai, ada free internet servis, yang billboard billboard ni BW kata artis, aku ambik je la. Tak kenal pun sapa mereka mereka ni.
Kedai kopi
Pokok Pisang Kaki (Persimmon) macam ni je? Aku rasa macam nak gi kutip je. Pastu makan. Ke beracun?
Crew dan anak kapal bersiap sedia
Gambar gendang gendut tali kecapi. Macam rebana. Bawah tu duit syiling Korea
Menunggu nak naik flight. BW sempat tido time ni. Aku masih belum mahu lelap.
Atuk ni pun dah tak sabar nak gi Jeju. Cuaca mendung macam nak hujan.
Cepat la sampai Jeju !
Aku dah penat dan keletihan tak tidur tidur dari semalam. Kepala pun dah pening pening lalat dan weng.
bersambung................
susah tol nak kencing kat toilet yg ada punat....kalau salah tekan 'air' x kluar la ekk?? kekekekee
ReplyDeleteBang meng, fj sukeee masok toilet ade bidet. Best main2 button2 tuh test satu2 hahaha.
ReplyDeleteBtw kak bw tak sopinggg mekap ke. Sgt mekap heaven kat sana okeh. Sobsss
hahahaha.... kencing je kat atas bidet tu... motip FJ suke main bidet..
ReplyDeletetak pong..takde masa utk itu jadual pack wpon meng takde jadual...lg pong akak tak pakai make up..hahha
ReplyDeleteHb : kdg kdg tak keluar langsung. jenuh aku belek belek. faham nya tidak.
ReplyDeleteFJ suka main bidet?
* garu janggut jerung gatal
Wakakaka...abes kalau x kluar 'air' dalam bilik air yg ada punat bagai..ko kencing la kat bilik air yg xde punat...sure 'air' keluar.. kekekeke
ReplyDeleteplg tak bleh blah tekan2 still tak kuar air, patu tatau nak basuh camne hahaha!
ReplyDeletetapi masa kat korea/jepun, suka betul sbb airnyer suam2 panas gitew...hahaha!