Cuaca sejuk gila babi !!!
"Cemana ni?"
"Ntah. Ikut U lah"
Jawab BW. Baik la aku tak payah tanya dia kan?
Fikir fikir lagi. Hmmmmm. Haram tak de nampak bas lalu lalang. Cuaca pulak sejuk tak menahan.
"Kita naik teksi je la kot?"
"Haah. Boleh je"
Tiada bantahan dari BW.
Lagipun sebab aku suspect YongPyong Ski Resort ni tak berapa jauh sebab dah nampak macam ada 1 bukit ada slide untuk sliding dan juga cable car.
Tak jauh. Jadi kami naik teksi je.
Tahan teksi dan suruh hantar ke YongPyong Ski Resort
Pekan Hoenggye
So kalau sesiapa nak try route ni dari Seoraksan ke YongPyong sila ingat ni.
From Sokcho Bus Terminal or Intercity take a bus to Gangneung. Travel time abt 1hr 10 min. From Gangneung take a bus to Hoenggye. 30 mins. At Hoenggye take their free shuttle bus or taxi.
Ada faham?
Teksi bergerak time tu hari dah senja. Nampak matahari dah nak terbenam tapi kita orang excited la jugak sebabnya, misi explorace ni hampir berjaya.
Teksi berhenti betul betul depan ni. Tambang teksi kena 7,000 Won ( RM21). Jarak perjalanan dalam 10 minit.
Apa ni?
Ini la dia restoran yang menjadi peninggalan dari shooting drama Winter Sonata. Tak sure tempat ni memang di bina untuk drama tu atau apa. Tapi sekarang, ianya menyimpan khazanah dan props dari cerita tersebut.
Ayuh masuk dan usha.
Ada gambar gambar, piano, poster, pastu setting macam dalam kedai makan dan sebagainya. Tak berapa ramai orang time tu sebab dah petang. Aku masuk pun ambik gambar lebih kurang pastu keluar.
Tapi BW macam biasa. Setiap pojok dia nak ambik gambar.
Keluar tu kami bergerak ke tempat main ski. Masuk celah bangunan hotel, then terpampang la ski resort yang paling terkenal di Korea Selatan ini.
Sedikit pengenalan mengenai YongPyong Resort ni.
Terletak di tengah-tengah Pergunungan Baekdudaegan Korea, dengan purata 250 sentimeter salji setiap musim, menjadikan salah satu ski resort yang paling cemerlang. Mempunyai keluasan sebesar 17000000 meter persegi termasuk kursus golf 45-lubang, gondola, kolam renang, dan kemudahan lain. kompleks rekreasi all season ini membolehkan pengunjung melarikan diri dari kehidupan harian dan berehat.
Yongpyong Resort mempunyai sebanyak 28 cerun ski, termasuk Cerun Rainbow yang paling popular, dan menawarkan kemudahan untuk pemain ski. Teerdapat 15 taman ski lift dan kereta kabel sejauh 3.7km serta 'Dragon Plaza' ini merupakan kompleks ski terbesar di Asia.
Pernah menjadi tuan rumah pertandingan antarabangsa, termasuk Pertandingan Ski Piala Dunia dan Sukan Musim Sejuk Asia. Ia juga salah satu resort ski yang paling popular di Korea, dan sering dikunjungi oleh ramai pelancong. Pilihan penginapan termasuk kondominium dan hotel turut di sediakan. Yongpyong Resort terletak kira kira 2 jam pemanduan kereta dari Seoul.
Jadi apa kata layan gambar.
Dipersilakan masuk.
Salah satu hotel
Dragon Plaza ( ada restaurant, station cable car dan sebagainya )
Bangunan Dragon Plaza dari sisi
Ada kemudahan main ski di sini dan ski dia di buka hingga malam hari.
Jadi kalau lewat pun boleh main lagi. Macam kita orang tak de nak main ski pun, feeling feeling je. Jalan jalan pusing pusing melihat kawasan.
Masa pegi hari tu tak ramai sangat orang mungkin sebab salji masih belum turun lagi.
Pemain pemain ski
Masing masing mempamerkan skills yang tak berapa nak ada. Ke ada?
Suasana di YongPyong Ski Resort
Dalam bangunan Dragon Plaze
Dragon Plaza dari luar
Sebab hari dah petang, Gondola dah tutup so tak dapat la nak naik ke atas.
Hari pun dah nak malam
Makin malam makin meriah rupanya
Tapi menatang jentera ni lalu lalang tak henti henti. Bersihkan kawasan
Ada juga gerai gerai menjual pelbagai makanan tapi kami tak singgah pun
Tempat menyewa peralatan ski
Dah malam pun ada yang ber ski
Pemandangan sekitar resort. Suhu time tu 0 darjah celcius. Memang beku la kejap
Kawasan resort
Hotel dan kondo
Setelah selesai berjalan jalan, kami ke Tower Plaza.
Kat sini lagi banyak tempat makan. Tapi tak singgah makan mana mana pun sebab takut lambat.
Dan di depan Tower Plaza ni la ada free shuttle yang hantar ke pekan Hoenggye semula.
So bagi yang berkunjung ke YongPyong ski resort ni, ini adalah jadual free shuttle bus dari Hoenggye ke Ski Resort.
Tempat tunggu adalah depan pejabat pos ( sebelah station minyak, station minyak ni sebelah station bas Hoenggye)
Ni jadual free shuttle bus
Sampai di Hoenggye kami terus beli tiket balik ke Seoul.
Kebetulan, bas bakal datang so tak lama sangat menunggu. Cuma bas dari sini jenis bas yang singgah banyak tempat. Macam dia lalu pekan pekan lain jugak nak ambik orang sebelum bergerak ke Seoul jadi timing dia lambat skit.
Tambang dari sini lupa berapa tapi tak sampai 10,000 Won.
Station Bus Hoenggye dengan jadual perjalanan
Sepanjang jalan aku tidur je. BW tak tidur kot melayan perasaan.
Puas lah hati dia dapat pegi main snow walaupun rasa kat tapak kaki je lah.
Sampai di station bas Gangbyeon, kami terus ambik train balik ke Chungmuro.
Perut masing masing dah kelaparan. Aku ingat nak pegi ke Gangnam malam tu, tapi fikir fikir macam dah letih gila. Tak jadi lah.
Station bus Gangbyeon
Nampak advertisement ni kat train station. Ada sesapa berminat?
Sampai di Chungmuro masing masing dah keletihan. Cari tempat makan semua dah tutup. Akhirnya dua dua tak makan malam tu.
Dah janji dengan BW, esok pagi pagi macam biasa pukul 6, tunggu kat simpang jalan dekat Chungmuro Station tu untuk naik bas ke airport.
Esok dah nak balik Malaysia. Aku mengidam nak makan udang goreng tepung !!!
bersambung...........
Umang aiii...tgk advert plastic surgery tu takut nak ngurat awek korea hahaha....
ReplyDeleteAgaknya dari muka hantu kak limah boleh jadi muka yuna...pffttt..
Abe Meng, brape tambang taxi dari Hoenggye pegi Yongpyong tu?
ReplyDeletepart advertisement tu x ley blah la.... hahahaha... ghupenye org korean ni xde le lawa punggggg..sume plestik
ReplyDeletepojok tu apa?
ReplyDeleteko tak try ke ski tu meng? teringin plak aku...hmmm...
wah, kat sana mmg, penuh dgn wajah2 plastic surgery, tak cun pun bleh jadi cun *membelek muka*
HB : jadi Yuna?
ReplyDeleteYUNA???
Azra : Dalam 7,000 won.(rm21) tapi dekat je dlm 10 minit je.
TZ : Tak semua kot, yg kat kampung adalah naturally lawa. Yang makan ulam ulaman mcm anita sarawak tu
* pitam
Biq : Pojok adalah sudut.
aku tak ski la sebab nak pegang kamera pun dah giegiel...plus aku x mahu memalukan diri sendiri.. hiks
ehh ehh bukan Yuna Malaysian tu la.. ni Yuna@Yoona Girls Generation KPop tu la hehehehe....
ReplyDeletehi..sy silent reader..
ReplyDeletesuke bace blog ni coz sempoi je n di jadikan panduan ntk sy travel 6t..thanks :)
nk tye abg meng p korea ni berape hari?
HB : Itu YUNUS !!!
ReplyDeleteAno : Thanks. Pegi 6 hari 5 malam. tapi last day tu pagi pagi dah ke epot. so kiranya 5 full days.
Hhahaha hamboiiii suka yoona SNSD... ai terserempak dgn dia kat incheon airport! Eheemmm...
ReplyDeletekenapa semua org mesti suka yoona.. dok pehee..
ok berbalik pasal kisah plastic surgery ni, true story cost untuk double eyelid RM70,000. Itu untuk cost under the knife jer tuh.. cost kapalterbang from malaysia pi apgujeong return dah berapa... pastuh cost kena stay sana at least 2 weeks dah berapa... ahaahaha cost makan minum?? FENGSAN...
Jgn speku FJ yang gigih pergi buat kekekekekekeke...
mahai nya.
ReplyDeletebaru nak speku FJ dah pegi buat.
kalau mcm tu harga, redha je la bermuka buruk.
or kena ambik tempahan jahit manik dengan lebih banyak.
sapa nak buat tempahan?
wahh dapat jugak pijak salji tu kan..best2! next time pegi lagi nak kene masuk dalam list nih hihi
ReplyDeletekalau pijak ais dalam peti ais kire dah pijak salji x?
ReplyDelete*sambil tgk muka kat cermin, idung ok, dagu ok.. hurmm...
CL : Nak buat ais kepal pun buleh. jangan lupa bawak sirap dgn susu. ada jagung skit pun menarik.
ReplyDeleteHB : trimmed bulu hidung kat korea pun ok gak kot...
ooo..ok2..kamsahamnida..
ReplyDeletejoeun haru dweseyo..
6t2 sy selongkar lg blog ni ye..
Time ni pergi 0deg celcius, tapi takda snow yang asli kat Yongpyong, tarikh pergi ni bila wei? sebab yang aku pergi tu snow bertimbun yang fresh, sejuk batak la jugak
ReplyDeletebulan 11
ReplyDeleteaku terpana dan terkesima dengan peluang untuk bermain di 'kursus golf' 45 lobang tu meng..hahahaha
ReplyDeletebenarkah AG?
ReplyDeleteHuntong la.
Ape yang huntongnye meng?
ReplyDeleteNtoh. X ker? Hahahaa
ReplyDeletebangmeng,berapa jam dr hoenngye ke gangbyeon? di terminal gangbyeon tu ada subway x?station mne?
ReplyDeleteTA : 30 minit. kan ada tulis tu...
ReplyDeletetak de subway rasanya.. bas sahajork sebab pekan kecik jer...