Tamatlah lawatan ke Changdeukgong Palace di Seoul.
OK. Masa dah tiba, jadi tepat pukul 8.30 malam kami naik bas untuk Night Tour seluruh Seoul.
Kalau sesiapa ke Seoul, dalam banyak banyak palace tu, mungkin boleh consider palace ni. Eventhough aku tak sempat nak pegi ke palace lain, tapi rasanya lawatan ke sini sudah mencukupi.
Motip la nak pegi melawat semua palace kat sini?
Anyway, aku rasa lebih puas melawat palace palace di Jepun terutamanya Kyoto, tapi kalau ke Seoul, at least pilih la satu palace yang terbaik untuk di lawati.
Aku recommend palace ni sebab dia punya Secret Garden tu.
Berakhir lawatan di Changdeukgung Palace ni kami pun keluar.
Banyak masa di abiskan sebab mula mula tu kita orang macam terperangkap dengan tour. Penat la tunggu makcik tu bercerita. Dengan orang ramai nya. Dah setengah tu baru aku realize tak payah buang masa dengar makcik tu membebel. Jalan je. Lagi senang nak ambik gambar sebab orang belum ramai.
Apa apa pun, tempat ini agak menarik untuk di lawati. Or probably a must visit.
Keluar dari Palace ni kita orang duduk melepak kat luar. Ingat nak pegi ke Bukchon Hanok Village yang terletak bersebelahan dengan palace ni tapi hari pun dah petang.
Duduk teman BW makan fish cake kegilaan dia ni. Sedap betul dia cakap. Aku try gak la makan tapi tak de la aku suka pun. Boleh la nak makan. Aku lapar sebenarnya dan makanan ni panas amat sesuai makan di kala sejuk gigil gigil.
Hari pun dah petang, cuaca pun dah makin sejuk. Kami pun jalan kaki. Kali ni nak menuju ke area Gwanghwamun.
Kita orang jalan kaki je.
Fish cake kegilaan BW. Burung dekat palace
Salah satu kedai yang menjual makanan Korea celup celup ni
Suasana senja menuju ke Gwanghwamun
Nak lintas jalan
Aku terkesima betul tengok bangunan ni. Lama aku tatap macam tak percaya
So apa yang ada di Gwanghwamun ni?
Gwanghwamun merupakan dataran yang merupakan pusat kota Seoul terletak di tengah tengah kota Seoul yang pesat membangun ni.
Di sini di dirikan monumen monumen bagi memperingati maharaja dahulu yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara Korea Selatan ini.
Di sini juga terletaknya Gwanghwamun Gate yang berdiri megah di hadapan Gyeongbok Palace ini.
Maharaja Sejong dan Gerbang Gyeongbuk Palace
Layan je la gambar kat area ni.
Hari pun dah menjelang senja.
Downtown Seoul
Cheonggyecheon
Bangunan Chanel A. Ada orang tengah baca berita
Actually, aku bercadang nak ambik Night Tour dengan City Bus. Tapi tak jumpa cari tempat nak naik.
Tanya orang terpaksa melintas jalan ni berkali kali. Akhirnya jumpa. Letak betul betul opposite Cheonggyecheon Stream. Kalau nak lintas, ikut belah bawah je senang.
Agak penat jugak la nak menapak ke hulu ke hilir.
Perut pun lapar.
Masa sampai kat tempat Night Tour Bus tu, bas pukul 8.30 baru ada, jadi ada masa kami pun nak pegi la cari tempat makan.
Sambil sambil tu jalan jalan di kawasan sekitar lagi.
Cuaca pun boleh tahan la sejuk ni.
Lintas lagi
Lepak lepak hisap rokok kat sini. Rupanya tempat ni ada tulis jarak dari Seoul ke kota kota besar dunia. KL pun ada.
KFC pun ada
Seoul City Night Tour punya station
Sebab ada masa jadi kami cross balik semula ke belah sana untuk tengok kawasan sekitar Cheonggyecheon Streams.
Pasti ramai yang dah tau, Cheonggyecheon Streams ni menjadi kebanggaan rakyat Korea sebab asalnya sungai ini sangat kotor tetapi telah mengalami pemuliharaan dan pembersihan sehingga menjadi salah satu daya tarikan di Seoul ini.
Kami pun beruntung sebab masa tu ada Seoul Lantern Festival.
Jadi usha kawasan sekeliling tengok lantern yang banyak banyak di pamerkan.
Orang pun boleh tahan la ramai.
Seoul Lantern Festival 2012
Ramai orang menapak kat bawah sana. Punya la panjang queue nak turun ke laluan bawah tu
Antara lantern yang ada
Dan size boleh tahan bagak
Semacam cerita dan peristiwa
Dan kehidupan serta aktiviti semasa
Salah satu daya tarikan
Lantern menghiasi jambatan
Cheonggyecheon Streams bermandikan cahaya
Suasana di Cheonggyecheon Streams
Lantern menghiasi sepanjang anak sungai
Actually kami cari tempat makan tapi tak jumpa.
Jumpa kedai kopi Bene ni, tapi tak beli lagi. Tengok masa pun macam tak banyak, jadi kami patah balik ke tempat bas tadi dan decided nak makan kat Fish Fillet kat KFC.
Cafe Bene
Orang beratur nak naik public bas dalam sejuk sejuk. Kalau kat Malaysia ada macam ni gaya nya?
Makan Shrimp Burger kat KFC sebab fish fillet tak der. BW jaki je tengok minah minah dengan mamat mamat Indon makan ayam KFC selamba je kat sebelah kita orang.
OK. Masa dah tiba, jadi tepat pukul 8.30 malam kami naik bas untuk Night Tour seluruh Seoul.
"The single-level bus starts in Gwanghwamun and takes visitors to the bridges of the Hangang River, N Seoul Tower, and other night attractions of Seoul. The tour takes about 1.5 hours. After stopping at N Seoul Tower for a 10 minute break to view the night scenery, the bus makes another stop at Namdaemun Market. One of the largest wholesale markets in Korea, Namdaemun is very popular among international travelers for clothes, fashion items, and foods at attractive prices. Afterwards, the bus makes its last stop at Cheonggye Plaza in Jongno, right in the heart of Seoul"
Layan je la gambar gambar ni sepanjang jalan. Tak berapa clear nak snappy.
Seoul
Jambatan Jambatan
Tips dia. Duduk belah kanan !
Boleh nampak banyak view. Tapi bas tak berhenti pun kat jambatan jambatan ni sebab cuaca sejuk kot.
Kalau bukan waktu winter, Rainbow Bridge ada kaler kaler tapi masa time ni memang tak de. Kecewa je aku di buat nya.
Then bas berhenti sekejap dekat N Tower.
Sejuk gila atas ni. Snap snap kejap je.
Seoul dari atas bukit
N Seoul Tower
View lagi. Sejuk gila time ni
N Tower.
Tak sempat nak pegi dekat lagi sebab tak cukup masa. Bus tu berhenti kejap je pun. Planning nak datang balik esoknya.
Lepas tu bas berlegar legar sebelum sampai ke Namdaemun Market. Elok benarnya, kami turun pastu jalan jalan kat market ni.
Misi penting, nak shopping !
By the way, tambang bas untuk tour tu 5,000 Won sahaja. Recommended especially musim musim sejuk ni. Jimat masa dan tenaga. Duduk je dalam bas dan nikmati pemandangan puas puas.
Banyak kedai dah hampir tutup di Namdaemun
Ada satu kedai ni mamat ni pandai cakap Melayu !
"Murah. Murah"
Tu je la pun yang dia tau. Tanya banyak banyak tak tau dah.
Tapi dia OK lah. Ketuk punya ketuk, dia kasik harga murah jugak. Tapi tak nak beli lagi. Kita orang pusing pusing lagi pastu dah abis kedai, patah balik. Last last beli kat kedai dia jugak sebab banyak choice.
Aku cuma beli FM je. BW lah yang shopping banyak.
Benda benda yang di jual
FM
Ada lagi ni
Ada terjumpa 2 orang lelaki Melayu pun tengah shopping. Aku tegur dan borak borak kejap. Dia datang 5 hari tapi tak de pegi mana mana. Jalan jalan dekat dekat je. Tapi dia orang cakap hotel dia orang jauh gila.
Mana dia duduk aku tak pasti.
Abis tu aku dengan BW jalan kaki.
Konon konon macam dekat ikut peta. Dari Namdaemum Market ni, jalan kaki ke Myeongdong.
Myeongdong ni kalau yang pernah ke Seoul mesti tau, shopping street yang terkenal di sini. Banyak kedai kedai untuk shopping especially barang barang yang branded dan fashionable untuk para remaja.
Dalam sejuk sejuk kita orang jalan kaki je nak balik ke hostel.
Myeongdong
Kedai kedai fashion
Lagi kedai kedai yang banyak. Agak happening kawasan ni
Jauh jugak sebenarnya. Aku jumpa kedai Uniqlo, ingat nak usha, tapi belum bukak lagi. Cis.
Sempat jumpa Caffe Bene then aku beli kopi.
Beli kopi pastu lupa nak taruk gula.
Double cis.
Agak jauh kami berjalan, sampai jumpa Caffe Bene satu lagi. Dan aku masuk mintak gula !
Hahahaha..
Baru sedap di minum.
Kopi enak
Akhirnya penat menapak dalam sejuk beku tu, sampai jugak di Chungmuro Station.
BW balik ke hostel dia dan aku balik ke hostel aku.
Maka bermula la malam itu, sleepless in Seoul aku di Metro Sauna ini.
Jeng Jeng Jeng............
Lif dia macam cerita Juon je aku rasa
bersambung............
oiii...dh teruja nak baca pasal sleepless night ko sekali bersambung daaa...
ReplyDeletepasal minah ngan mamat indon makan kfc ni aku ada gak citer masa aku kat Ha Giang betnam..
mamat indon ni @ org tua ni ajak aku gi breakfast, memula igt ada makanan halal, sekali tgk dia singgah kedai makan betnam yg macam2 ada. Pilih jek yg mana suka, hehehe.. dia makan mee sup yg isi dia boleh pilih atas meja, tgk dia pilih cam sedappp jek tp tekak aku x leh terima sbb dh tentu TAK HALAL..dia ngan selamba makan, ok dia ISLAM hehehe..
pastu dalam 1@2 hari dia cirit birit, dia cakap ngan aku ni la bahana makan x tentu hala... hahaha
hahaha ko naik gak tour bus tu? kitorang rasa tertipu sbb asik nampak bridge, bridge, bridge jer hahaha! len kali malas dah nak tour2 ni, saje nak merasa
ReplyDeletelantern tu kitorang tak pi pun sampai la pakcik besar jaga gate tu. tak sempat, dah malam. tapi malam kat korea best la, rasa selamat jer cam jepun.
Tahu pulak dia bahana mknx tentu hala. Eekeke. Haritu masa kayt oxford ada satu kedai ni dia tulissss
ReplyDeleteHalal tomyam kung, halal chicken.
Bagai mengantuk di sua bantal, da almost 3 weeks x nampak tmyam.. so kitorg masuk restoran tu.
Skali masuk2 tgk menu ada pork belly pork itu pork inihhhh. Kembang tekak hahaaaha. Sabaq ja la terus keluar.
HB : tu la. pelik jugak dia org ni kdg kdg, tapi bior je lah...
ReplyDeleteBiq : tak de choice sebab sejuk dan ujan, kena gak naik. tapi memang nan hado la... at least buleh la tengok2..
FJ : hahahah pork halal kot.. hiks
meng
ReplyDeletekat seoul atau lain2 bandar kt korea ni, ada HRC x? x nampa plak ko ckp psl tu dlm entry2 ni
dulu ada kat itaewon. now dah tak de. dah tutup... so memang tak der HRC kat sana. tapi kalau nak beli baju, try cari kat area itaewon tu ada nampak mcm banyak.. cuma tak ori ler kot.
ReplyDeletemcm biasa..aku nk carik shot glass
ReplyDelete