Pagi tu kami bangkit awal untuk ke airport sebab nak ambik penerbangan balik ke Seoul.
Aku pegi teman BW check in hostel dia dulu dan simpan barang dia sebelum pegi ke hostel aku pulak.
Agak dekat hostel BW dengan Chungmuro Station jadi senang kami nak bergerak naik train nanti.
Keluar dari sini kami terus menuju ke train station Chungmuro tadi.
Ambik train dan destinasi kami yang pertama di Seoul ini adalah Changdeokgung Palace.
Memang tak puas hati sebab ada 1 hari penuh je di Jeju. Banyak tempat tak sempat nak cover. Jadi sesiapa ke Jeju, pastikan at least 2 full days baru boleh cover keseluruhan pulau Jeju.
Anyway, tu je la rezeki kami.
Pagi pagi tu bangkit dan bersiap siap untuk ke airport. Cuma aku dengan BW je sebab kawan dia masih tinggal di Jeju. Budak hostel tu baik hati jalan kaki dengan kami tunjuk bus stop untuk ambik bas ke Jeju Airport. Tak de la jauh pun.
Suasana pagi di Jeju
Bas ke Jeju International Airport. Tambang 1000 Won
Sampai je terus check in. Masa ni ada nampak few keluarga Melayu naik flight sekali
Sebab ada masa lepak lepak kat luar airport hisap rokok. Mt Hallasan masih mencari alasan untuk kelihatan. Memang tak de rezeki nak nengok, Cuaca berkabus
Menunggu flight untuk berlepas
Dalam flight Jeju Air
Pramusaji
Pesawat mula menuju ke landasan
Take off. Bye bye Jeju !
Dari atas flight
Seoul Ariel View. Pesat gila. Seoul ada 10 juta penduduk dan antara bandar paling populated di dunia
Sampai di Gimpo Airport semula
OK. Eventhough, kami memang tak de apa nak refer cemana nak gi city apa semua, tapi kat luar airport tu memang ada tempat tunggu bas dan ada jadual jadual sekali.
Agak senang sebenarnya nak travel di Korea ni walaupun membuta tuli. Apa yang penting, kena alert dan cepat cepat usha info yang ada.
Kami tunggu bas untuk ke Chungmuro di mana hostel kami berada.
Ada penjaga bas ada dan dia akan bagi tiket dan loadkan beg dalam bus. Tambang bas sekitar 7,000 Won ( lupa ) dan mengambil masa sekitar 45 minit untuk sampai ke Seoul.
Layan pemandangan dari Gimpo ke Seoul
Jambatan merah dan Trump Towers
Downtown Seoul
Dekat airport tadi, kalau tengok laluan bas tu, dia akan bagitau station mana yang dia akan stop dulu. So kena perhatikan betul betul dan pastikan kat mana kita nak turun nanti
Kota besar Seoul
Sampai di Chungmuro
Memudahkan kerja. Bas ni memang stop betul betul dekat Chungmuro Station yang mana BW dah book dia punya hostel.
Tapi sebab hostel ni tak de kekosongan so aku dah cari hostel lain jugak yang paling dekat dengan BW supaya senang nak jumpa dia pagi pagi untuk bergerak.
BW memilih Jin Guest House yang di miliki oleh Jin pakai toncet. Hahahah. Aku tipu.
Berpusing jugak nak cari tempat ni tapi tanya sorang mamat ni pastu mamat tu siap call hostel ni baru tau direction.
Menapak ke hostel Jin kira kira 100 meter dari Chungmuro Station tu dan ketibaan kami di sambut oleh anjing besar lagi kerek.
Jin dan Anjing Kerek
Aku pegi teman BW check in hostel dia dulu dan simpan barang dia sebelum pegi ke hostel aku pulak.
Agak dekat hostel BW dengan Chungmuro Station jadi senang kami nak bergerak naik train nanti.
Di luar restoran siap letak ipad. Kalau kat Malaysia agaknya dah lama kena rembat
Gerai tepi jalan
Dan sebenarnya hostel aku lagi dekat dengan Chungmuro Station tu.
Keluar je boleh nampak exit 8 masuk ke train station. Tak susah nak cari. Memang mudah la. Jarak dari hostel aku ke hostel BW pun lebih kurang 5 minit je. Cuma kena cross jalan dan jalan sikit tapi hostel aku ni betul betul tepi jalan.
Memang mudah nak cari.
Tadaaaaa. Tu dia
Tapi bangunan ni je mudah nak cari. Entrance ke hostel aku tu punya la payah. Berpusing pusing siap tanya orang beberapa kali.
Rupa rupanya kat belah belakang.
Masa aku booking tempat ni main belasah je sebab nak dekat dengan BW. Kang jauh kang buang masa pulak aku nak jumpa dan cari dia. Buat susah nak bergerak. Since ni je yang ada. Aku sebat je lah.
Sampai sampai check in dulu.
Namanya Metro Sauna
Aku pun tak leh nak expect apa apa.
Nama memang sauna tapi ada bilik untuk tido. Aku ingat dia hostel cum sauna kot. So belasah je lah. Janji ada tempat tidur.
Urusan check in kejap je. Tapi makcik kaunter tu terkial kial sebab dia ingat BW nak stay sekali dengan aku.
Dapat kunci aku masuk, ada minah ni tunjuk bilik apa semua. BW tunggu kat luar.
Masuk masuk je.
"Tidak ku sangkaaaaaaaaaaaaaaa jadi begini......................"
* tarik key Rahmat Mega.
Ya Karim.
Masuk masuk je aku hampir rebah tengok bilik nya.
Bukan bilik pun, tapi macam capsul. Cuma boleh masuk badan je dan tidur. Barang pun boleh la nak selit selit. Astaga.
* urut dada Noreen laju laju
Sekali pandang memang saling tak tumpah macam bilik mayat.
Aduh.
Apakah aku mampu tido tempat ni?
Tergamam dan terdiam kejap aku kat dalam ni nak fikir, boleh ke aku tido macam ni sekali?
Ni la bahana last minit booking. Asal ada je. Tapi tu la fikir fikir, lantak la. Bukan aku nak stay lama pun. 3 hari je. Harga satu malam RM70. Tapi salah aku jugak la tak check betul betul masa booking. Aku ingatkan macam hostel biasa biasa tu je, ropa ropanya.......
Masa aku sampai tak de orang lain, so aku sorang je. Aku pilih capsul last sekali sebab tepi tu macam ada ruang sikit. Boleh la aku curi curi nak solat ke apa.
Yang penting, ada wi fi !
Hahahaha.
Lama jugak BW tunggu aku kat luar sebab aku mengambil masa yang lama untuk menerima takdir. Terus terbayang muka OR, muka Hero. Mesti dia sedih kalau tengok Papa tidur kat sini.
Heck !
Papa on vacation. Budget vacation dan bahana last minit dan tak prepare, padan muka Papa !
Heck !
Papa on vacation. Budget vacation dan bahana last minit dan tak prepare, padan muka Papa !
Siap tu aku keluar, tapi masa nak keluar tu lalu kat tempat sauna. Tiba tiba aku pening pening lalat.
Ada ramai lelaki lelaki kat situ dan mereka semua berbogel !
Selamba bomba !
* rebah sorang diri tepi locker
"Hoi ! Korang ni semua dah kenapa tak bersopan ni?"
"Kau kenapa? Tak pernah tengok orang bogel ke?"
* macam tu agaknya dia tanya aku balik
Haram la tak de orang nak layan. Baru aku teringat tempat ni adalah sauna.
Aku cepat cepat keluar sebab macam tak boleh nak terima hakikat.
Keluar dari sini kami terus menuju ke train station Chungmuro tadi.
Ambik train dan destinasi kami yang pertama di Seoul ini adalah Changdeokgung Palace.
UNESCO Site
Dari Chungmuro Station, ambik train dalam 3 station pastu turun dan keluar. Jalan kaki dalam 10 minit pastu sampai.
Cuaca boleh tahan sejuk la tapi kami kena cepat dan pantas sebab takut hari gelap.
Hari ni saja dah rugi sebab setengah hari bergerak dari Jeju sampai ke Seoul. Ni petang baru ada masa nak merayap.
Sampai sampai beli tiket. Harga nak masuk 3,000 Won. Tapi kalau nak pegi ke Secret Garden kena tambah lagi 5,000 Won.
"Ke tepi ! Ke tepi ! Maharaja Meng datang ni !!!"
* maintain muka ketat nak masuk istana
* maintain muka ketat nak masuk istana
Entrance
Hasil seni
Hiasan di tangga menuju ke palace
Summer Palace untuk Maharaja
Singgahsana dalam istana
Ukiran kayu
Salah satu bangunan istana
Bumbung dan kesenian
Changdeogung Palace ini merupakan istana kedua di bina selepas Gyeongbukyung Palace sekitar tahun 1405 dan merupakan salah satu daripada 5 grand palace di Seoul.
Merupakan istana utama bagi Maharaja Maharaja Korea sebelum ini dan merupakan istana yang paling baik di pelihara. Kawasan utama dalam istana ini meliputi Istana utama, bangunan kediaman keluarga Di raja dan secret garden.
Dikenali sebagai kawasan rehat untuk raja raja, Secret Garden mempunyai pokok gergasi yang berusia lebih 300 tahun, kolam kecil, pavilion dan macam macam lagi.
Maharaja Seongjong menjadikan tempat ini sebagai Istana utama baginda. Malangnya istana ini telah di bakar oleh rakyat yang marah pada tahun 1592 sewaktu raja melarikan diri semasa penjajahan Jepun.
Sewaktu zaman Maharaja Gwanghaegun, istana ini telah di baikpulih pada 1611. Sekarang masih menyimpan khazanah kebudayaan Korea seperti Injeongjeon Hall, Daejojeon Hall, Seonjeongjeon Hall, dan Nakseonjae. Aku rasa ini palace paling lawa untuk di lawati di Seoul sebab adanya Secret Garden tu.
Menjadi UNESCO site pada 1997 sebagai Tapak Warisan Dunia yang menjadi tarikan bersejarah yang mewakili keindahan kota Seoul dan Korea umumnya.
Jalan jalan lebih kurang di kawasan Changdeogung Palace ini, kami bersiap sedia untuk masuk ke kawasan yang menjadi rahsia Maharaja selama ini.
Taman yang menjadi tempat rehat Maharaja Maharaja Korea yang sebelum ini tidak dibuka untuk rakyat jelata.
Okay dah sampai istana, Maharaja Meng nak berehat.
bersambung............
kerlas sngat tajuk...
ReplyDeletemenjejak kota jiwaaaaa haha...
Ferst time ni baca orang tido kat saunaa...
Selama ni teringin nak pergi je. hahaha... tapi tak penah terpergi lagi sbb tak sempat...
Kecikk nye capsule tu... mula2 teringin nak sewa capsule camtu kat japan.. pastu pk pk balik... takut lemas. so...
tak jadikk sobs.
hahahahahahahaha! pagi2 dah tergelak baca tgk bilik jerami ko dgn cite mandi vogel tu hahahahahahaha!
ReplyDeleteFJ.. x payoh ler duduk tempat cam ni.. hilang nikmat hidup sekejap. tapi boleh la nak menginsafkan diri sekejap.
ReplyDeleteBiq : kalau aku tau sumpah aku x ambik bilik cam ni
tumpang gelak sama
ReplyDeletekereknya muka anjing tu... tokey punya?
ReplyDeletesuka betul lah menapak kat Blog Supermeng ni, before pg Seoul ada jgak curi2 baca pasal entry Yongpyong tu, ni dah balik KL masih curi2 bukak selagi ada tab dalam dunia ni kan view blog ni walaooopun sdg bekerja tetappp ...
ReplyDeletebilik tu sumpah kelakar ekekeke...
ReplyDeletepB : gelak slow slow
ReplyDeleteAM : anjing tokey jin tu ler. elok je aku sampai dia menyalak.. memang kerek tahap max.
Nichkhun : thenfkss. kau curi berdosa tau tak?
ETK : nanti ada citer lagi sadis.
Ko tido sambil bersauna ke meng? Curlassss ko...
ReplyDeleteMuat ke ko masuk capsule tu? Buatnya kalau ada org mati dlm tu pun xde sapa pasan...xpon terus angkut jek dan tanam terus...
Hehehe....
before gi jepun dulu, kitorang dah riki dah bilik2 camni. patu masa dah gi jepun, though amik private room, still kena mandi kat luar tau. sekupang masuk, terus kuar balik! dia kata ada orang vogel! hahahaha!
ReplyDeletenasib baik kat korea kitorang dpt hotel murah, bleh la ada bilik ayor sendri :)
eh tapi menarik gak meng, dpt merasa bilik kedup kecik keranda jerami tu, ce citer, ce citer.
HB : Part ngeri belum keluar lagi... Aku memang sleepless in seoul ni.
ReplyDeleteBiq : masalah nak mandi satu hal.. tapi kalau nak berak? haaaaaaa jeng jeng jenggggggggggg