Saturday, February 16, 2013

Highlight - Xingping, China

Kunjungan ke Guilin bukan saja tidak lengkap malah boleh dikatakan tidak berbaloi jika tidak menyaksikan pemandangan banjaran batu kapur, lembah hijau dan aliran jernih sepanjang Sungai Li yang begitu indah terutamanya dari Yangdi ke pekan Xingping.

Pelayaran dengan bot dapat menyaksikan landskap indah ini sudah cukup membuat hati terjatuh bergelimpangan. Silap silap lemas dalam sungai Li.

Sepanjang perjalanan menyusuri sungai ini, kita juga dapat melihat keunikan cara penduduk kampung menangkap ikan dengan menggunakan helang sebagai penangkap ikan.

Helang penangkap ikan mampu menyelam jauh ke dasar sungai ini untuk memburu ikan dengan menggunakan paruhnya yang besar. Bagaimanapun, terlebih dahulu, pemiliknya akan mengikat leher burung itu dengan tali untuk memastikan ikan yang ditangkapnya tidak dimakan terus oleh burung itu. Aku tak jumpa pun mungkin sebab cuaca sejuk sangat kot helang semua mogok.

Apa apa pun, pelayaran menyusuri Sungai Li ini memakan masa kira-kira dua jam setengah dari Yangdi dan berakhir di Xingping dan biasanya akan berpatah balik ke Yangdi. Tapi macam aku, aku turun di Xingping dan melilau tanpa pedoman.

Layan highlight buat jamu mata.

Yangdi 

Kawasan bukit bukit batu kapur

Tenang dan mendamaikan

Cuma cuaca je agak misty dan gloomy

Air sungai yang tenang 

Rakit yang belayar sepanjang sungai Li. Tapi bukan rakit buluh. Siap ada enjin lagi

Menyusuri Li River

Formasi batu batan. Formasi yang di kenali sebagai big budha (kanan)

Keindahan alam

Cuaca yang tak berapa cerah

Antara rakit membawa penumpang menyusuri Li River

Formasi di sebalik wang kertas 20 Yuan

Dari Yangdi ke Xingping

Mendamaikan

Kabus dan sirna

Tenang

Sungai Li dari XingPing

Agak lawa

Pedalaman Xingping

Pekan Xingping yang masih mengekalkan bangunan bangunan lama

Keindahan Xingping

Batu batuan

Kapal kapal penumpang

Warga emas di Xingping

Xingping ni sebenarnya pekan kecil yang agak kurang touristy daripada Yongshuo. Pekan yang masih mengekalkan tradisi penduduk lama China. 

Merentasi sungai Li dari Yangdi ke Xingping adalah view paling lawa. Tapi masa aku sampai cuaca agak berjerebu jadi agak sedih hiba jadi gambar gambarnya. 

Apa apa pun, Xiingping mempunyai tarikan tersendiri sesuai untuk mereka yang cintakan kedamaian dan alam semulajadi.

Macam habang !

* pegang dada, mata ke atas

15 comments :

  1. Laaaa...jerebu ke? Tp mmg lawo la gambo ko....ehh silap gambo yg ko snap...

    ReplyDelete
  2. terima kasih encik hulubalang.

    ya berjerebu dan sejok kokol.

    ReplyDelete
  3. Bila yek periam (musim) terbaik nk g Xingping ni?

    ReplyDelete
  4. autumn kot.. bulan 9-11.. ada peach blossom, cuaca pun should be ok, paling best, boleh gi longsheng padi tengah menguning

    ReplyDelete
  5. meng,

    ape2 pun gmbr ko cntk wlu cuaca berjerebu..

    ReplyDelete
  6. Apakah maksud formasi di sebalik wang kertas 20 yuan? Mohon pencerahannn.

    Memanh time ni sejuk bekuuuu kang bang meng. Rasanya the coldest ever mmg china ler. Sejukkksss sesgt sgt la haiii

    ReplyDelete
  7. kalau pegi sini kena bermlm tak? ke day trip dari Guilin ke?

    ReplyDelete
  8. DATT : Thenfks

    FJ : belakang duit 20 Yuan tu adalah gambar di tempat ni.

    sila rujuk

    http://supermengmalaya.blogspot.com/2013/02/highlight-itinerary-berguling-guling.html

    Sejuk jugak la kalau sentuh air tu terasa jugak brain freeze 2 saat.

    PM : tak payah tido. cruise ni dlm 2 jam je. either patah balik ke guilin or turun kat xingping and ambik bas ke yangshuo...

    ReplyDelete
  9. ada makanan halal tak kat sini?

    ReplyDelete
  10. Norh : kat xingping tak sure, tapi guilin ada few kedai.. yangshuo ada 2 kedai halal yang aku jumpa.

    tapi makanan macam harem. pastu x reti ckp omputih

    ReplyDelete
  11. eh makanan macam harem tu bukan makanan tu haram, tapi rasa dia tu.. tak sedap..

    ok tak pencerahan macam ni FJ?

    ReplyDelete
  12. Hahaa sangat ok pencerahan yang macamtu...

    macam harem tapi bukan harammmm... kekeke if you know what i mean.

    so abg meng, nah ni special for you, gigih ni selongkar duit2 balance yg ada... hahaha

    http://www.fileden.com/files/2006/9/15/218750/IMG_20130216_155853.jpg

    20 yuannnn samaa laaaa!! So i told my parents sini rupanya tempat dorang amek gambar. and now pakcik jacob nak pergii.. yeay

    cubaan yang berjaya! ekeeke

    ReplyDelete
  13. FJ...cakap pakcik jacob, hulubalang nak ikut...kekekeke

    ReplyDelete
  14. mak esah tanak ajak? bleh tlg tolak jerebu...kahkahkah!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...