Bangun pagi pagi hari ke dua di Jeju aku siap siap. Masa tu lebih kurang pukul 8. Tidur pun lena. Tak de janji apa apa dengan BW dengan kawan dia tu pun sebab semalam aku tak cakap apa apa pun pasal plan hari ni.
Tapi dia orang lagi advance pada aku. Dia orang dah siap siap carikan teksi. Tapi masa tu pukul 7 pagi dan sebab aku belum siap lagi dan orang teksi tak nak tunggu jadi dia orang kena tunggu aku bangkit baru cari teksi lain.
Pagi di Jeju
Hostel di waktu pagi. Port aku merokok ni
Pakcik ni menyapu di pagi hari. Dia dok aim bila aku nak abis merokok sebab dia nak sapu puntung rokok aku.
Lepas siap siap pagi tu turun bawah BW dengan member dia dah menunggu.
Kawan BW tu walaupun dia dah ada di Jeju ni tapi dia nak ikut jugak kita orang merayau. So senang la, BW ada teman. Aku tak kisah sangat pun jalan sorang sorang.
Anyway kalau di Jeju nak cari teksi untuk di bawa berjalan jalan ni tak payah. Mana mana teksi pun boleh tahan tapi kena agree siap siap la sebab dia kira sehari 8 jam dia bawak jalan jalan ke mana destinasi yang kita mahu.
Eh. Skima nya ayat aku.
Aku kena tidur dan sambung balik menulis. Macam tak best.
Nanti sambung.
******
******
OK.
Dah makan, dah tido, dah isap rokok dah buat apa semua yang patut di buat, now ada mood sikit nak sambung menaip.
Apa aku nak cakap tadi?
Ha. Pasal nak cari teksi di Jeju.
Actually tak susah nak dapat teksi. Tahan je mana mana teksi yang ada dan nego cakap nak pakai dia satu hari ke apa. Biasanya dia orang akan ambik. Tapi masalahnya kalau tahan teksi macam ni, takut driver tu tak pandai cakap English.
Nanti jadi itik dan angsa.
Macam kita orang, konon budak hostel tu kata, dia ada teksi yang professional yang biasa bawak orang jalan jalan ni dan boleh cakap English.
So kami pun setuju. Tapi sebenarnya tak de la pandai mana pun. Main angguk angguk je.
Driver datang lebih kurang pukul 9 pagi untuk bawa kami jalan jalan sekitar Jeju.
Masa kat hostel aku dah target few tempat yang aku nak pegi. Ambik peta, aku dah siap tanda kat driver tu.
"I want to go here, here, this, this and this"
Dia angguk.
Tapi Pulau Jeju ni terlalu besar untuk cover semua tempat dalam 1 hari. At least 2 hari lah. So satu hari belah east dan 1 hari lagi belah west.
Tapi sebab memang aku akan ada di Jeju cuma satu hari, terpaksa la buat pilihan.
Bayaran teksi untuk 8 jam adalah sebanyak 110,000 Won ( RM330). Kalau ada extra hour, setiap jam kena tambah 15,000 (RM45). So agak agak je lah. Sebab member BW nak ikut sekali so kami kongsi bertiga lah.
Dari hostel terus je kami bergerak ke destinasi pertama.
Misterious Road.
Dah makan, dah tido, dah isap rokok dah buat apa semua yang patut di buat, now ada mood sikit nak sambung menaip.
Apa aku nak cakap tadi?
Ha. Pasal nak cari teksi di Jeju.
Actually tak susah nak dapat teksi. Tahan je mana mana teksi yang ada dan nego cakap nak pakai dia satu hari ke apa. Biasanya dia orang akan ambik. Tapi masalahnya kalau tahan teksi macam ni, takut driver tu tak pandai cakap English.
Nanti jadi itik dan angsa.
Macam kita orang, konon budak hostel tu kata, dia ada teksi yang professional yang biasa bawak orang jalan jalan ni dan boleh cakap English.
So kami pun setuju. Tapi sebenarnya tak de la pandai mana pun. Main angguk angguk je.
Driver datang lebih kurang pukul 9 pagi untuk bawa kami jalan jalan sekitar Jeju.
Masa kat hostel aku dah target few tempat yang aku nak pegi. Ambik peta, aku dah siap tanda kat driver tu.
"I want to go here, here, this, this and this"
Dia angguk.
Tapi Pulau Jeju ni terlalu besar untuk cover semua tempat dalam 1 hari. At least 2 hari lah. So satu hari belah east dan 1 hari lagi belah west.
Tapi sebab memang aku akan ada di Jeju cuma satu hari, terpaksa la buat pilihan.
Bayaran teksi untuk 8 jam adalah sebanyak 110,000 Won ( RM330). Kalau ada extra hour, setiap jam kena tambah 15,000 (RM45). So agak agak je lah. Sebab member BW nak ikut sekali so kami kongsi bertiga lah.
Dari hostel terus je kami bergerak ke destinasi pertama.
Misterious Road.
Pagi di Pekan Jeju. Jalan masih lengang
Atas Ramada Hotel, Jeju. Salah satu lokasi drama apa aku lupa. Dan bawah jalan di Jeju City
Perjalanan dari Pekan Jeju ke Misterious Road tak jauh mana.
Lebih kurang dalam 30 minit melalui kawasan pekan Jeju menuju ke arah tengah pulau yang didiami oleh Gunung Hallasan.
Tapi cuaca berkabus jadi Mt Halla tu memang tak berapa kelihatan.
Papan tanda
Sampai di Misterious Road
Apa ada di Misterious Road ni? Kenapa mesti pegi sini?
Map Mysterious Road
Aku sebenarnya pun tak tau. Sebab tak study apa. Tapi bila tanya budak hostel dia kata, patut pegi. Dan drebar aku ni pun cakap boleh pegi sebab sekali jalan je nak menuju ke Seogwipo.
Bila sampai di kawasan ni, drebar taxi tu pun bawak slow slow. Aku pun musykil apa yang misteri sangat dengan tempat ni.
Tengok gambar.
Kereta bergerak perlahan
Papan tanda Misterious Road
OK Sebenarnya kawasan ni di panggil misterious road sebab, walaupun kawasan dia macam turun bukit, tapi bila kita drive kat sini, then letak gear pada N, dia akan bergerak sendiri ke arah naik bukit. Even kalau kereta menuju turun bukit, ia akan dengan sendirinya bergerak mengundur.
Sebab apa?
Tak tau. Mungkin tarikan graviti rasanya. Agak misteri jugak la. Tapi tempat yang terjadi benda ni tak panjang pun jalan dia. Sikit je dalam 30 meter lebih kurang macam tu.
So kalau kereta letak gear N, ia akan bergerak sendiri naik bukit walaupun jalan tu agak elevated.
Tak faham?
Tak faham sudah. Tak pe lah. Dah nama pun misteri. Biar je la ianya terus menjadi misteri.
* berlalu ke dapur buat kopi secawan
* berlalu ke dapur buat kopi secawan
Sekitar kawasan ini adalah kawasan berbukit.
Kalau cuaca cerah boleh nampak Mt Hallasan dari sini.
Dari Misterious Road ni kami bergerak ke kawasan berbukit bukau di mana terletaknya Mt Hallasan ini. Jalan ni akan cross dari Jeju City terus ke Seogwipo.
Di kawasan berbukit bukau ni lah letaknya Mt Hallasan yang boleh di daki. Tapi time ni cuaca memang sejuk gila dan berkabus. Memang tak nampak apa. Untuk pengetahuan Mt Hallasan merupakan gunung tertinggi di Jeju dan merupakan puncak tertinggi di Korea Selatan ini. Kalau rajin boleh la hiking sampai atas. Tapi aku memang tak de plan pun. Ya ler, datang sini pun sehari. Cuaca pun tak berapa elok. Bukan nak daki, nak tengok pun tak berapa nampak.
Sempat jugak paksa drebar berhenti untuk ambik gambar.
Nampak kawasan pergunungan sudah di liputi salji
Kawasan berbukit
Sewaktu kami sampai di kawasan nama dia Yeongsil rest area salji tetiba turun.
Hoorey !!!! Dapat rasa snow di Korea.
Yeongsil ni merupakan salah satu track untuk naik ke Mt Halla jugak dan kedudukannya lebih kurang 1000 meter dari paras laut.
Lebat jugak la salji turun. Drebar pulled over dekat kawasan rehat tu dan kita orang tetiba riang main salji. Hahaha. Geleng kepala dia jadi nya.
BW paling excited sebab first time tengok snow dalam hidup.
Aku cuba cuba nak capture gambar tapi sejuk sampai kacip gigi jadi nya.
Tapi sempat la jadi bahan tontonan orang lain sebab orang semua duduk berlindung dalam rumah rehat tu tapi kita orang gila ambik gambar dalam snow.
Mt Halla yang di hujani salji
Kawasan rehat, Yeongsil, Mt Halla National Park
Sejuk beku dalam salji
Lepas tu kami teruskan perjalanan kali ni menuruni kawasan berbukit bukau Yeongsil tu terus menghala ke arah Seogwipo.
Salji dah tak de dah. Tapi masih sejuk.
Singgah kejap ambik ambik gambar di salah satu puncak bukit yang overlooking Seongwipo.
Memang boleh nampak hampir keseluruhan kawasan Seongwipo dari atas ni.
Jalan menuruni Yeongsil
Lalang riang
Panorama Seogwipo dari atas bukit
Turun dari kawasan berbukit tu, kami terus menuju ke destinasi pertama iaitu Cheonjeyon Falls.
Di kawasan Seogwipo ni la banyak museum dan tempat tempat menarik untuk di lawati macam teddy bear museum, Ripley's Museum dan sebagainya.
Tapi sebab museum museum ni memang tak berapa masuk dengan aku, jadi lokasi pilihan cuma tempat tempat yang boleh membuatkan kami bersatu dengan alam.
Jadi pandang sepi tempat lain.
Bukan tak nak pegi, hajat nak pegi tapi masa memang tak banyak. Memang kalau 1 hari kena pilih tempat yang nak pegi je, kalau nak pegi semua, either tak sempat balik atau pun akan pengsan tengah jalan.
Mana satu korang nak?
Museum Ripley's Believe It or Not. Believe it or not?
Pintu masuk Cheonjeyeon Falls.
Jangan terkeliru ya Ajai dan Nurul sebab air terjun di Jeju ni ada 2. Dan nama pun lebih kurang. 1 Cheonjeyeon dan satu lagi Cheonjiyon.
See?? So jangan ter-foncuse.
Sebutan yang ni mulut kena herot terlebih skit. Haaa. Macam tu. Herot kan skit lagi.
Dah herot tak mulut masing masing?
Air Terjun Cheonjeyeon ini merupakan air terjun 3 tingkat yang mana airnya berasal dari air mata air yang keluar dari air mata lalu mengalir dan jatuh menjadi air terjun.
* begitu aku explain tunggang langgang
Lantak !
Buah tangan Jeju dan kelapa tua
Ini adalah rumah ibadat
Seonim Bridge yang merentasi air terjun ini. Jambatan sepanjang 128 meter dihiasi dengan gambar 7 pari pari yang di kata kan turun ke air terjun ini untuk bermandi manda di malam hari.
Jalan kaki merentasi ke seberang sana dan akan sampai di air terjun ke 2 dulu
Air terjun ini mengalir terus ke laut
Berdiri di bawah air terjun ke 2 ini pada malam bulan mengambang di khabarkan boleh mengubati banyak penyakit tapi sekarang tak dibenarnya mandi mahupun berenang.
Jarak yang boleh di dekati oleh pelancong
Dari air terjun yang ke dua tu nanti boleh naik tangga ke bahagian atas di mana tempat asal air terjun ini mengalir iaitu dari kolam air mata air.
Air ni asalnya panas tapi dah mengalir jadi sejuk ler. Lagi lagi cuaca sejuk time ni.
Dari atas
Air terjun
Air mata air
Kolam air panas asalnya
Di panggil pond of heaven di mana pari pari akan turun mandi manda di sini di waktu malam. Tak sure berkemban ke tidak.
Lepas berada di kolam air mata ni, kami turun ke air terjun ke 3 yang letaknya agak ke bawah.
Ikut je laluan. Agak penat jugak ler sebab kena naik dulu pastu nak turun balik dan nanti nak balik kena naik semula.
Tapi kami tak de banyak masa, sebab nak pegi jugak tengok. Jalan laju laju dalam sejuk sejuk macam tu. Member BW tak ikut. Cuma aku dengan BW je. Jenuh la aku hambat dia laju laju. Terpongeh pongeh dia .
Pathway ke air terjun
Ini air terjun ke 3
Penat sebenarnya nak sampai sini, view dia pun setakat ni je sebab ada observation deck dan tak boleh nak turun lagi dah
Patah balik ikut jambatan awal datang tadi untuk keluar
OK. Kalau tak de masa sangat, nak cepat. Pegi kat tepi banguan ni.
Dari sini nampak view air terjun ke 2 dari atas. Boleh je tengok dari sini. Lebih kurang je, tapi tak boleh la sampai kat god's pond tadi tu.
Apa apa pun, tempat ni recommended.
Selain dari air terjun Cheongjeyeon ni, (herot kan mulut tu), ada lagi 2 air terjun yang menarik di Jeju ni iaitu Chengjiyon dan air terjun Jeongbang.
Try google dulu la mana yang rasa menarik sebelum membuat pilihan. Tapi kalau banyak masa, OK je untuk jelajah ke semuanya.
Ayuh !
Tak boleh berlama lama di sini, ada lagi tempat lain kita nak pegi selepas ini.
bersambung..............
pari-pari tu mandi bogel le....
ReplyDeletekau skodeng ek?
ReplyDeletemt hallasan tu byk alasan sungguh utk tidak menampakkan diri.
ReplyDeletepari2 pond tu mcm...er...scary plak...terasa mcam hantu air memanggil2 nak bunuh mangsa...eiii!
lawa ek hostel tu nyer kaler2 pokok, nice gile! takde ashtray ke yg ko lanting2 atas jalan?
mahai sunggu caj teksi tu! tatau la aku mampu ke tak nak buat begitu kalo berdua jer dgn sekupang...ada option lain tak?
pasal graviti tu menarik ek? mmg sume keta akan buat camtu kat situ ye? cool!
aku mmg suka spring/autumn sbb sejuk sedap nak berjalan dgn sedikit salji di mana2 yg sepatutnya. hehe!
woah.
ReplyDeletegambar cantik
air terjun pun cantik dan jernih
jernih betol air terjun dia...
ReplyDeleteaku suspek pari-pari tu mandi bogel jugak la...
Abg Meng,
ReplyDeleteFJ tak pergi waterfall yang herot mulut ni.. FJ is pergi waterfall yang tak herot mulut tu haa.. hahahaha...
Sebab situ tmpat belakon cite My girl ke hapaa..
Mcm best je air terjun ittew. Tapi takde orang mandi berkelah mcm kat mesia kan.. tu pasal ler bersih gaknya.. sejukss sape nak pi mandii!
Pasal graviti tu bang meng tak turun ke try buat applikasi.. haritu try buat ujikaji sket... kebetulan ade air mineral sooo mmg botol mineral tu bergerak naik bukit uolss!
Sangat misteri.. tapi malas nak pk byk, so biar je la benda tu jadi mesteri.. lepas je dh buat ujikaji tu, terus menggelabah carik minyak kapak. Pening. hahahaha.
Biq : Naik bas boleh tapi tak semua tempat bas boleh pegi... teksi la paling senang kot..
ReplyDeleteMIsterious road tu mmg cam tu.. nampak la kereta bergerak secara slow kat sini
AjLa : memang cantik tapi sejuk gilosh.
HB : pari pari tu x gigil ke kesejukkan nak mandi bogel. ada adegan kau sabun ku ku sabun mu?? or let's pantene togeder2.
FJ : turun jugak.. tapi tangkap gambar. hahaha kesejukkan. biar je la tempat ni menjadi misteri.. hiks..
* padahal malas nak fikir
btw Biq : Sewa kereta pun boleh. tapi kena cari GPS yang english la. buatnya dpt yang Korea. Tak sampai sampai ler kot ke waterfall mulut herot ni.
ReplyDeleteSewa kereta memang lagi murah pd ambik teksi ni.
rindu lak g jeju..tengok gambar2 ni.best ever jeju.
ReplyDeleteoooo sewa keta ek...tu la, if naik 4 orang untuk la, if berdua jer mmg kena tgk camne cara termurah...ha kalo ada hati nak pegi, aku kaji balik...
ReplyDelete