Tuesday, December 2, 2014

Jejak Myanmar - 02 - Yangon : Arrival

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Yangon memakan masa selama 2 jam 35 minit.

Waktu dalam flight tu walaupun hari dah nak malam tapi nampak awan awan hitam macam nak ribut jer. Jangan la apa apa yang tak elok berlaku. 

Aku nak cepat sampai jer. Dah la flight delayed. Potong mood jer.

Awan pekat hitam

Untuk membuang masa baca magazine ni je lah

Some part nampak langit biru, tapi awan memang tebal

Ambik masa isi arrival form

Sempat jugak layan sunset anjing berkejar kejaran dari dalam flight.

Sebab flight agak kosong, aku boleh ke kiri dan ke kanan.. Sesuka mak bapak jer

Dan dalam flight tu crew crew nak celebrate birthday sorang mamat crew ni, so crew crew lain   suruh mamat tu menyanyi. Mamat tu nyanyi lagu Leaving on a Jet Plane



All my bags are packed
I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye
But the dawn is breakin'
It's early morn
The taxi's waitin'
He's blowin' his horn
Already I'm so lonesome
I could die

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
'Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go

There's so many times I've let you down
So many times I've played around
I tell you now, they don't mean a thing
Ev'ry place I go, I'll think of you
Ev'ry song I sing, I'll sing for you
When I come back, I'll bring your wedding ring

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
'Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go

Now the time has come to leave you
One more time
Let me kiss you
Then close your eyes
I'll be on my way
Dream about the days to come
When I won't have to leave alone
About the times, I won't have to say

Oh, kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
'Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go

But, I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go

Tapi jangan risau. Mamat tu nyanyi tak sedap ! Lama pulak tu dia melontarkan suara yang tak enak tu. Agaknya dia naik sheikh.

Nak jugak aku sound..

"Boleh diam tak?. Kang kena panah petir kapal terbang ni"

Jahat tak? Apparently.. mulut aku masin. Flight balik dari Yangon ke KL kena sambar petir !! 

Tapi atas dasar kasihan dan sebab birthday dia, penumpang bertepuk sorak bersungguh sungguh. Nasib tak bergegar flight.

Ada jugak yang buat buat tido malas nak melayan.

Aku?

Makan !!! Pekena Mee Goreng Mamak Air Asia.. Tak sedap !

Agak lama melayan perasaan, akhirnya flight selamat mendarat di Yangon International Airport

Waktu Yangon adalah lewat 1 jam 30 minit dari waktu Kuala Lumpur.

Tapi tetap aku sampai dah malam. Dah dekat pukul 9 malam waktu tempatan.

Urusan kemasukkan apa semua tu OK jer. Cuma kaunter passport tak banyak bukak so kena beratur lama jugak lah. Keluar keluar je ramai yang menunggu. Aku buat bodoh je terus keluar.

"Taxi? You want taxi ?"

Iskk.. Pastu meludah.

Cis. Makan sireh rupanya.

Aku buat muka keras jer. Malas layan lagi.

Aku keluar dan hisap rokok dulu.

Hisap rokok depan bangunan airport

Masa dok hisap rokok pun ramai mamat mamat berkain pelikat datang tanya.

"Taxi? You need taxi?"
"No"

Cas cas aku macam ada sedara mara datang tunggu. Padahal tak de pun.

Memang kebiasaan macam tu, kalau aku sampai first time kat tempat orang, aku kena ambik masa dulu. Tengok persekitaran then baru decide pasal teksi ke apa. 

Tak nak kocoh kocoh takut tertipu sebab kita tak familiar dengan keadaan tempat baru.

Lepas hisap rokok, aku masuk semula dalam bangunan terminal. Ada kaunter pertanyaan so aku tanya lah minah tu cemana nak naik bas ke bandar dan mana nak tunggu sebab aku ada baca dalam  Wikitravel - Yangon. Cuma kena jalan kaki keluar dari airport ni sikit.

"How can I get the bus to town?"
"Oh.... No bus"
"No bus?"
"No.. last bus 9 pm only"

Sudah !! Kecewa.

Ini sebab flight delayed lah ni. Kalau tak mesti sempat. Hmm tak de choice dah. Aku tanya minah tu dia kata boleh naik teksi je.

"Taxi cost 8,000 Kyatt.. if you share you can get cheaper"

Tak de la lancar sangat dia berbahasa tapi masih boleh di fahami.

OK. Relaks Meng. Cool Cool.

Aku pegi cari money changer dan tukar duit. Ada few money changer kat airport tu, pilih je lah. Aku pilih yang hujung sekali.

Masa aku beratur. Ada sorang minah salleh ni depan aku. Dia dengan urusan dia tukar duit. Tapi masa aku belakang dia, aku nampak mamat tu bagi duit kat minah tu ada duit berkepuk berikat ikat. Dia letak satu ikat, pastu satu ikat lagi tak berapa tebal tapi dia letak jauh sikit ke belah dalam. Bila minah tu tak perasan, dia tarik balik.

Eh............... !!!

Sebab aku pun tengok sekali lalu, aku jadi teragak agak. Betul ke mamat ni? Dan minah tu ambik duit terus blah. Lagipun duit Kyat kalau di tukar memang tebal gila. Siap ikat getah lagi. 

Memula fikir malas nak menyibuk hal orang tapi tak boleh jadi jugak ni. Aku terus kejar minah tadi tu.

"I am sorry. Can you check how much he gave you? I think he took back some of your money"

Minah tu blur blur kejap. Aku pun berbelah bahagi nak cerita kat dia ke tidak, takut aku yang salah. Atau dia ingat aku berniat serong. Then minah tu kira kira kejap, dia compare dengan resit dia dapat then dia pegi balik kat kaunter. 

Dan dan tu mamat tu bagi lagi satu ikat yang dia tarik tadi !

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Mamat pengurup tu pun dah expect kot. Kalau minah tu tak patah balik memang masuk poket dia lah duit tu. Bedebah kau bedah ! Menipu jer keje.

Aku lak yang tak puas hati. Minah tu pun terkejut. Tapi dia OK lah. Berkali kali dia ucap terima kasih tapi muka dia pun macam tak percaya jer dia hampir kena tipu !!

Now giliran aku pulak tukar duit. Aku pastikan aku dapat duit yang cukup dengan apa yang dia kira dan kat resit. Aku rela berlama lama depan tu kira duit depan dia.

"Jangan kau berani nak tipu aku Syai !!!"

Kadar tukaran 1000 Kyat adalah bersamaan dengan USD 1, so lebih kurang RM 3 lebih.

Hambik !!! Ini USD 100 aku tukar. Dia orang ni nak dollar crispy tapi duit dia orang macam belacan. Yang berkepuk tu nilai dia sekeping 1000 Kyat = USD 1.

So moralnya di sini, kalau tukar duit tu pastikan kira cukup cukup., Kalau tak bakal kena tipu lah.

Lepas tukar duit, aku pegi ke kaunter taxi. Tak de choice la macam kakak info kisok tadi cakap, kena naik teksi jugak. Ada minah sorang jaga bahagian teksi tu, dia offer aku teksi.

"Can I share?"

Aku tanya dia.

"You wanna share taxi?"
"Yes"
"Wait. You wait"

Aku pun tak pasti apa dia nak buat. Aku just duduk kat kerusi depan kisok tu je lah menunggu dia panggil. Nasib baik la airport ni ada free wifi. Boleh la aku buat laporan lintas langsung dengan OR yang aku dah sampai.

Menunggu. Minah yang tolong carikan teksi yang paling kanan. Dia memang uruskan taxi service di airport Yangon ni. Kaunter info sebelah kiri kaunter taxi service.

Lama jugak aku tunggu.

Kejap kejap aku usha minah tu. Dia nampak aku tengok dia.

"Wait. You wait okey"

Hahahaha. Baik jugak la dia nak membantu. Dia sibuk uruskan teksi teksi bawa penumpang.

Rupanya. share taxi ni minah tu deal dengan driver teksi tu sendiri. Contohnya, kalau ada sorang penumpang yang ambik teksi sebijik, dia kena bayar 8,000 Kyat untuk perjalanan ke bandar. Kalau penumpang tu setakat sorang je.. dia boleh duduk belakang. Dan drebar tu akan bagitau konon konon ada member dia nak tumpang duduk kat depan. Walhal dia charge another 4,000 untuk penumpang tambahan tu.

So aku naik teksi yang sama, duduk depan dan aku cuma bayar 4,000 Kyat.

Nampak?

Sapa yang untung? Drebar teksi lah sebab dia dah dapat 12,000 Kyat untuk satu trip. Aku pun rasa untung jugak, tapi aku rasa bersalah dekat mamat Jepun yang kat belakang sebab dia bayar penuh dan dia terpaksa share teksi ni jugak dengan aku.

Apa apa lah. Janji aku selamat sampai ke hotel sudah.

Drebar tu hantar mamat Jepun tu dulu kat hotel dia then baru lah dia hantar aku. Hotel dalam kawasan yang sama je kat bandar Yangon ni.

First impression aku bila aku sampai kat Yangon ni, aku rasa macam berada di Chow Kit.

Banyak bangunan macam flat yang buruk dan tak terjaga. Tinggi. Kenderaan banyak dan orang ramai. Tapi bandar dia agak happening lah di waktu malam sebab ramai orang berjalan jalan. Memang macam di Chow Kit suasananya.

Bangunan di Yangon

Lepas teksi hantar mamat Jepun tu dia hantar aku ke hostel yang aku dah siap tempah di Yangon. 30th Corner Boutique Hostel.

Nama hostel

Ini bangunan hostel yang aku ambik waktu siang

Kena naik tangga ke atas

Hostel dia agak cramp jugak tapi bersih lah.

Kedatangan aku di sambut oleh pekerja dia. Dia orang OK. Cakap English pun OK. Aku dapat bilik yang aku book. Single room. Harga 1 malam dalam RM 70.

Hotel/Hostel di Yangon ni sebenarnya agak mahal masa aku memula cari tapi rate dia memang macam tu. Jadi pasrah jer lah.

Dan aku memang sengaja ambik single room demi keamanan sejagat.

Bilik yang tak besar tapi kira OK lah

Ada meja kecik

Shared bathroom

Masa memula sampai, aku pegi toilet, pastu nak balik semula ke bilik, tetiba ada sorang mamat ni tegur.

"Dari Malaysia ya?"
"Haah. Mana tau?"

Terkejut gak la aku kalau tetiba orang tanya macam tu. Cas cas feeling artis pun ada.

"Tadi kita naik flight sekali lah"
"Oh.. ya ker"

Aku yang tak perasan. Maklum la jalan bukan tengok orang aku ni.

So brader tu ajak la sembang sembang sambil dia dok susun barang kat locker dia. Locker tu depan bilik aku pulak.

Banyak jugak la dia tanya. Aku datang buat apa. Datang nak gi mana. Dan dia bercerita hal dia tanpa perlu aku tanya. Dia datang 8 hari ke Yangon semata mata nak shopping !!!

Haaaaaaaaaaaaaaaaa?

Aku tak leh terima. Tapi tu yang dia suka. Nasib lah. Kalau aku ada 8 hari, satu Myanmar aku jalan. 

"You blogger ker?"

Tetiba dia tanya aku soalan macam tu. 

Sudah.

"Eh. Tak de lah. Kenapa?"
"Tak de lah. Blogger je suka jalan jalan ni"
"Ya ke?"

Ntah apa yang buat dia suspicious macam tu sekali. Nasib lah dia tak tanya.

"You ni Supermeng Malaya ker?"

Hahaha. Mau aku pengsan kat situ dengan mulut berbuih.  

Brader ni gebang boleh tahan. Like dia travel banyak tempat. Dia pegi Indon like 400 kali... dia suka Indon.. pastu dia gi travel tempat lain jugak bla bla bla. Aku layan je lah sambil berdoa...

Cepat la dia kemas barang dia, aku nak tutup pintu bilik ni !!!!

Kang aku tetiba tutup kang, kecik lak hati ayam.

* mati la kerengsaan malas nak melayan peminat

Borak borak lebih kurang then aku cakap aku nak keluar jap. Nak gi usha Sule Pagoda. Aku nampak tadi dari dalam teksi dan rasanya tak jauh. Nampak lampu masih di buka so elok jugak la aku usha usha dulu.

Aku keluar dari hostel dan jalan ikut jalan besar. Memula macam cuak jugak. Tapi malam di Yangon agak happening. Budak budak boleh main bola lagi tengah tengah jalan. Jadi berjalan pun tak rasa takut sangat.

Rata rata boleh nampak orang lelaki especiallynya berkeliaran dengan pakai kain pelikat. Belum kira yang melepak tepi jalan sambil makan sireh.

Aku jalan je la buat tak pedulik.

Tapi aku perasan banyak kedai halal di sekitar kawasan ni. Bagus. Tak susah susah aku nak makan nanti. Tapi malam ni aku dah kenyang. Esok je la aku makan.

Aku jalan kaki ke Sule Pagoda.

Tak jauh pun. Tak sampai 10 minit dari hostel.

Malangnya tempat ni dah tutup dan berkunci. Boleh usha dari luar je lah.

Sule Pagoda

Warna keemasan

Bangunan lain di sekitar. Senibinanya macam dari India

Gate Sule Pagoda tutup

Skodeng dari luar

Nampak Independence Monument dan kawasan dataran Ada ramai orang melepak jugak

Tapi some part tu kawasan agak gelap. Aku tak berapa berani nak jalan jauh jauh. Orang pun tak ramai berkeliaran di kawasan ni.

So aku pusing area Sule Pagoda tu jer ambik ambik gambar.

Malam bercahaya

Sule Pagoda

Sedikit cerita Sule Pagoda ni...

Sule Pagoda adalah stupa Burma yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Yangon. Salah satu bangunan penting dalam pembangunan politik, ideologi dan geografi kontemporari Burma.

Menurut legenda, ia dibina sebelum Pagoda Shwedagon lagi semasa zaman Buddha. Pagoda ini dianggarkan berusia lebih daripada 2,500 tahun. Legenda Burma juga menyatakan bahawa tapak berhala untuk Pagoda Shwedagon berasal daripada tempat Sule Pagoda sekarang.

 Sule Pagoda telah menjadi tumpuan kedua-dua Yangon dan politik Burma di mana ianya adalah tempat di mana berlakunya kebangkitan Saffron Revolusion pada tahun 1988 dan 2007.

Sule Pagoda ini turut disenaraikan sebagai bangunan warisan Yangon City tapi masih belum di iktiraf sebagai tapak warisan UNESCO lagi.

Kejap je dah abis pusing. Dia macam roundabout jer

Abis pusing aku pun balik semula ke hostel.

Agak penat dan keletihan. Lagi pun aku nak kena mula merancang untuk perjalanan ke tempat lain esoknya.. Kena duduk duduk dan borak borak dengan budak hostel dulu nak gather info.

Masa kat hostel tu curi curi gak pandang dan berdoa, jangan sampai aku terjumpa lagi dengan Brader tadi.

Malas nak melayan ! Huhuhuhu

bersambung......................

25 comments :

  1. Haa xleh byg laaa flight kna smbar petir...trauma aku hoih....

    Hahaha aku xdpt byg ko mgelupur dpn mamat tu kalo dia tanya ko ni SM ker...hahaha!

    ReplyDelete
  2. tak paham psl teksi tu. dpt 4000 kyat sbb share ngn minah tu ke? eh dia naik tak teksi tu?

    shopping apa smpai 8 hari???

    ReplyDelete
  3. Betul tu dia kalau nak dollar bukan baik yg keras tak berlipat.. tapi kalau duit diorang mcm belacan..

    Hari tu naik bas ke bandar yangon dari airport 200 kyat jer tapi kene menapak sekejap la dalam 10-15 minit..

    ReplyDelete
  4. Cis betul kan? Nak tukar duit pun diorang menipu lagi kan? Ko sembur je dengan sireh Meng! Errr... ko makan sireh tak?

    ReplyDelete
  5. Duit tu buruk dan hodoh geli pulak kalau nak pegang errrrr

    ReplyDelete
  6. wahh awal lagi abg meng dah jadi hero..mesti smp tanah tumpah darah minah salleh tue bercherita..haha.

    rugi lar brader tue xtaw dia dh jmp supermeng malaya..kalu x mesti dia dh mintak sign..hehe.

    ReplyDelete
  7. sekali brader to abam meng punya reader.. hahahha..

    kantoi..

    ReplyDelete
  8. awan pekat hitam tu memang menakutkan huhu...

    eieieiei keji gila orang money changer tu! ingatkan black market je yang tipu2 ceni, money changer kat airport pun buat hal jugak? grrr...

    kalau betul mamat tu tanya kau supermeng malaya ke? kau nak jawab apa meng? hehe..

    ReplyDelete
  9. tak lama lagi nk g myanmar....leh jd kan rujukan ni :)

    takut plak kene tipu....mcm minah salleh tu

    ReplyDelete
  10. Aku rasa mamat tu baca jugak blog kau ni meng

    -Hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
  11. Bang,
    Tgk duit tu mcm notes main monopoly jer..

    ReplyDelete
  12. untungla kalo abam tu tak penah tgk ko patu main teka skali betul ko lah supermeng malaya hahahahaha!

    ReplyDelete
  13. MNJ : kalau mcm tu peminat.. makin jauh aku lari...

    lari selubung muka...


    DJ : hahahah DJ. kalau kau tak leh bayangkan..

    aku tak boleh even nak fikir benda tu terjadi..

    mau aku tutup pintu terus....


    JeaM : bukan lah. minah tu keje taxi servis tu... 4000 tu sebab tumpang org lain. org tu bayar harga full lah. maksudnya drebar teksi dpt extra income...

    tu la aku pun tak tau apa dia nak buat 8 hari. aku tanya dia tak gi mana mana ker. dia kata nak stay kat yangon jer..

    maybe dia ada sedara mara kot.

    ReplyDelete
  14. TT : tu la pasal. duit buruk... tak lawa lak tu..

    memang plan aku pun nak naik bas mcm tu. murah skit ye dak. tapi sebab dah malam.. bas pun dah tak der..

    pasrah....


    Ali : hahahha aku x makan sireh.

    ada sekali aku try. kunyah dua tiga kali jer... then aku membayangkan bila aku sengeh gigi aku jadi merah.

    terus aku buang...


    CC : buruk tapi duit tu.. berharga....! nak tak nak kena pegang. kalau boleh peluk pun terpaksa peluk...


    An : hahahah. dah kau jgn imagine lebih2...

    aku yang sengsara nanti.. tak senang duduk

    ReplyDelete
  15. BS : shaddappp... no no no... aku tak kenal dia.. harap dia tak kenal aku. hahaha..


    Mya : aku jawab..

    sorry.. wrong number !

    * hempas pintu dah nyorok dlm selimut.


    ETK : ya.. kena hati hati.. dia orang ni baik tapi benda benda yang melibatkan urusan wang ringgit ni kena hati hati...

    ReplyDelete
  16. U : laaa kau hannan kah?

    cis...

    eksekutif minda bercelaru. aku suka baca blog kau tu. sila update selalu...

    aku harap mamat tu bukan lah.. kalau tak mesti dia tau aku kutuk2 dia..


    Sham : ya btol... duit dah la kertas semata... mudah koyak dan rosak..


    Biq : kan. kalau dia teka betul aku bagi dia penampor !!!!

    hahahahah

    ReplyDelete
  17. Sy pon minat Abg Meng gak.hihihi..

    ReplyDelete
  18. Hahahahaha sekali mmg dia ada instinct! Tapi kan jadahnyaaa tegur orang like so random but in the end mcm terkena kat batang hidung sendiri hiks..

    Bertabahla abang meng. Tapi mmg kalau dia ckp erk you supermeng malaya keeee... Memang pengsannn.

    ReplyDelete
  19. Kalau betul dia kenal ko, memang mamat tu ada kuasa super high level ah. Ntah2 dia nak ko tanya dia blogger gak ke. Tapi ko senyap membisu je. Tu dia sambung borak lagi.

    ReplyDelete
  20. RY : minat tak per.. jangan kejar..

    nanti aku lari lagi laju..


    FJ : tu la. tu yang tak berani nak jumpa balik dengan brader tu. takut dia test test the water...

    hahahaha


    BK : maybe...........

    tapi rasa tak kot. maybe dia ada baca blog2 travel.. or maybe dia memang baca blog aku.

    mati la kalau kantoi

    * tutup muka dengan bedak tanaka

    ReplyDelete
  21. hahhaha...kelakar la Meng...dah sah blog ko ramai readers ni....8 hari gi shopping, btw murah ke brg2 kat Yangon tu??? opss...

    ReplyDelete
  22. PM : tu la masalahnya aku pun x tau dia nak shopping apa kat sana.

    takkan nak beli FM sampai 8 hari kot?

    hiks.. beli kain kain kot. atau beli bedak tanaka dan buat business dgn nora danish?

    ReplyDelete
  23. clap..clap..clap....ni lah di katakan supeHERO penyelamat...sesuai dgn gelang supermeng..ishhh...Yangon..Yangon..kat situ dh nampak..ye lah si perempuan tu pun x perasan rasanya

    kalau dia tahu itu blogger supermeng malaya mmg hebatlah..until now..tak de sorang pun tahu which one is SM...sgt low profail tapi kalau bab travel ranking no 1

    ahaha..klau ke Indon 400 kali terang lagi nyata dia mmg kaki dan tangan shopping

    Lelaki myanmar suka pakai kain pelikat..kalau camtu mesti di myanmar byk jual kain pelikat lalalalal..kain pelikat lalallla

    ReplyDelete
  24. JM : tak leh nak reveal.. nanti org kenal org cas berlagak..

    so duduk je diam diam...

    Tak check la kain pelikat kat sana. maybe murah kot..ntah ntah ada gajah duduk?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...