Blah dari Bogyoke Aung San Market dengan tangan kosong, aku cross balik jejantas tu untuk ke masjid yang aku jumpa tadi.
Bogyoke Aung San Market
Lorong di kota Yangon
Nama masjid tu adalah Chulia Muslim Dargah Mosque.
Entrance
Dari pembacaan aku, ada banyak masjid sebenarnya di kawasan Yangon City ni. Tapi kena pandai pandai cari lah. Bagus kalau jumpa masjid ni sebab selalunya berdekatan dengan masjid ada banyak kedai kedai halal.
Tapi aku singgah untuk solat dulu.
Tempat ambik air sembahyang
Dewan solat utama. Nampak tak baldi tu? Tu untuk pemakan pemakan sireh nak hak tuih !!!
Punya la gaya kehidupan dia orag ni bertemankan sireh, sampai dalam masjid pun tersedia.. Tapi elok jugak pada mereka ni hak tuih merata rata. Jangan sesekali pegi jenguk dalam baldi tu. Kalau tak nanti setahun tak lalu makan
Masa aku kat masjid ni, ada sorang pakcik ni dia dok ikut je aku.
Memula dia ada la tanya aku dari mana. Aku jawab je Malaysia. Then aku solat, bila aku selesai tu tengok dia berdiri kat belakang. Apa hal pakcik ni dok tunggu aku?
Then aku snap gambar dalam dewan masjid tu, dia tunjuk ke arah atas.
Sebab dalam masjid tu macam gelap. Siap nak offer bukak lampu. Tapi aku cakap aku OK jer.
Tak perlu susah susah.. gambar akan tetap tak lawa sebab snap laju laju...
Then selesai tu dia bawak aku ke kolam tempat tadahan air. Dia suruh aku ambik gambar kat situ.
Tak perlu susah susah.. gambar akan tetap tak lawa sebab snap laju laju...
Then selesai tu dia bawak aku ke kolam tempat tadahan air. Dia suruh aku ambik gambar kat situ.
Hahahaha. Memahami betul pakcik tu.
Kolah ambik air sembahyang ni
Pastu bila aku nak blah, dia siap gi tolong ambikkan kasut aku yang tersimpan kat rak kasut. Baik btol pakcik ni.
Apa motip pakcik ni? Aku pun tak tau. Tapi aku rasa dia penjaga masjid tu la kot. Aku memula nak bagi dia duit tapi macam nampak pelik pulak kot kot dia tolak, so aku masukkan dalam tabung masjid jer.
Lepas bersalam salaman, aku pun keluar la dari masjid tu. Kat pintu gate masjid terjumpa pulak sorang budak Melayu. Dia pun baru sampai dan nak solat. Cemana aku kenal dia orang Malaysia ek? Aku pun tak ingat. Tapi rasanya aku tegur dia dulu.
See? Bila aku lapar aku jadi friendly !!!
Sempat la borak sekejap. Dia di Yangon 8 hari atas urusan kerja !
See? Bila aku lapar aku jadi friendly !!!
Sempat la borak sekejap. Dia di Yangon 8 hari atas urusan kerja !
Blah dari masjid tu nak mencari sesuap nasi. Sambil sambil tu aku jalan ke arah hostel aku sebab aku nak ambik beg aku kat sana. Tak jumpa kedai nasi, nampak banyak kedai mee je.
Chinese Noodle. Tak moh. Aku nak nasik !
Jalan balik ke hostel. Aku main ikut gut feeling je ni
Nampak kedai gunting rambut fashion lama. Memang macam kita dulu dulu...
Sebab tak jumpa kedai nasik, aku jumpa gerai jual kuih ni dulu. Nampak kakak hijabista beli makanan aku pun beli la jugak. Kuih kuih jer. Macam samosa etc.
Masa nak dekat sampai kat hostel baru la aku nampak kedai makan Muslim.
Girangnya hati nampak makanan. Aku masuk dan tengok orang oder apa. Aku main tunjuk je macam meja sebelah. Tapi nampak macam menarik. Nasi dalam daun pisang, ada sayur dan ulam ulaman dan paling penting ada ayam !
Dalam kedai makan
Haaaa punya la banyak lauk pauk. Girang aku dapat jumpa nasi !
Kenyang. Boleh tahan la masakan dia. Lagi lagi dapat nasi panas dengan ayam goreng garing. Pergh.. heaven kejap. Rasa macam nak tapau pun ada.
Tapi yang tak bestnya kedai makan kat Yangon ni, sama la macam kat masjid tu, tepi meja ada tong orang nak haktuih sireh !!
Eiii. Menganggu pemandangan jer.
Tapi perut kenyang, pedulik apa. Dan makanan mereka tak de la mahal mana. Aku pun lupa berapa kos aku makan ni, tapi agak murah lah, tak sampai RM 10.
Perut dah kenyang. La La La. Misi seterusnya adalah balik hostel dan ambik beg. Aku dah takde banyak masa. Aku cuma nak pegi ke Shwedagon Pagoda dan dari situ akan ke Aung Minglabar Bus Station untuk naik bas ke Bagan malam nanti.
Orang melepak depan hostel
Sampai kat hostel., budak budak hostel tu baik hati ajar aku cemana nak ke Shwedagon Pagoda. Aku pun rujuk dengan dia orang jugak la kot kot sempat ke tidak aku nak ke sana sebelum ke station bas untuk ke Bagan malam nanti.
Dia orang kata aku ada masa yang cukup cuma tak leh spend lama lama sangat di Shwedagon Pagoda. Aku recommend la hostel ni. Pekerja pekerja dia pun bagus bagus. Yang penting lokasinya dekat dengan town dan Sule Pagoda dan biliknya bersih.
Budak hostel tu siap tolong aku carikan teksi ke untuk ke Shwedagon Pagoda.
Tambang teksi dari Yangon City ke Shwedagon Pagoda adalah 1500 Kyat. Tempatnya tak jauh mana tapi agak jem la sebab petang tu waktu orang abis keje.
Tak sampai setengah jam, akhirnya aku sampai di South Entrance Shwedagon Pagoda. Untuk masuk ke Shwedagon Pagoda ni, kena beli tiket lah. Ada entrance khas untuk pelancong. Yang penting, nak naik ke atas tu boleh guna lif. Tak payah naik tangga banyak banyak.
Kaunter tiket Shwedagon Pagoda dan lif naik ke platform atas.
Harga tiket adalah 8,000 Kyat. (RM 28) Kena bukak selipar. Tapi sebaiknya bawak je selipar tu letak dalam plastik kalau plan nak turun ikut entrance lain.
Dari atas platform tu kiranya separas dengan Shwedagon Pagoda so tak payah nak panjat tangga dah. Jalan je nanti terus sampai di perkarangan pagoda keemasan yang menjadi ikon utama Myanmar ni.
Perkarangan Shwedagon Pagoda
Pastu nanti nampak lah pagoda yang besar ni
Shwedagon Paya adalah tempat keagamaan yang suci di Myanmar dan terletak di atas Singuttara Hill. Menurut lagenda, tempat ini suci sejak awal lagi, sebelum dunia ini di cipta. Pada masa itu, lima tunas teratai muncul di atas bukit, setiap putik menandakan lima Buddha yang akan muncul di dunia dan membimbing ke syurga ( Nirvana ).
Ia telah di bina pada abad ke 6 Masihi lagi.
Gempa bumi (abad ke-18) memusnahkan bahagian atas puncak menara pagoda dan banyak bangunan lain.
Kini, pagoda adalah tempat yang menarik yang wajib di lawati oleh pelancong.
Pagoda pagoda lain di sekitar kawasan
Bangunan kuil yang keemasan di bina di atas bukit di sekeliling Shwedagon Pagoda
Sebenarnya, masa aku sampai kat sini, aku flat gila ! Gila gila dah abis tenaga....... Penat. Mengantuk. Semua ada.
Penat gila satu hari merayau sana sini. Dah tak de mood nak explore lebih lebih. Cuaca lak nak hujan semula. Dah hilang excitement aku kat tempat ni. Tapi gagahkan diri jugak lah sebab ini destinasi terakhir aku di Yangon ni sebelum ke Bagan nanti.
Harap harap nanti dalam bas aku boleh tidur. Penat tak leh nak kata.
Yang menariknya kawasan pagoda ni free wifi !
Kuil kuil lain
Patung Buddha
Aku tak ambik tau pun bangunan bangunan ni semua
Semuanya berwarna keemasan. Kalau malam tempat ni memang lawa sebab lampu menyinari bumbung pagoda yang keemasan ni semua
Cuaca pun tak menarik. Gambar pun tak best nak ambik
Buddha
Sebab penat dan letih. Aku cari port dan duduk kejap. Lagipun hujan dah renyai renyai turun. Tempat ni lantai marmar, so bila hujan agak licin. Kena hati hati jugak lah.
Tapi orang memang ramai. Baik penganut mahupun tourist.
Aku menumpang teduh sementara. Berbelah bahagi dalam mengejar masa dan juga perubahan cuaca macam ni. Tapi budak hostel tu kata aku kedatangan aku bawak hujan sebab tadi tu adalah hujan kali pertama di Yangon selepas masuk musim panas. Kira kira dah sebulan lebih.
Ya lah. Hujan di luar.. dalam hati aku pun macam dah hujan. Letih gila.
Pasrah. Semoga segalanya dipermudahkan.
Aku menumpang teduh sementara. Berbelah bahagi dalam mengejar masa dan juga perubahan cuaca macam ni. Tapi budak hostel tu kata aku kedatangan aku bawak hujan sebab tadi tu adalah hujan kali pertama di Yangon selepas masuk musim panas. Kira kira dah sebulan lebih.
Ya lah. Hujan di luar.. dalam hati aku pun macam dah hujan. Letih gila.
Ini lah peristiwa yang tak best berlaku sewaktu aku di Yangon ni.
Tak pernah ku fikirkan semua kan terjadi
Imaginasi kini jadi realiti
Kau hadir menemani di sisi
Dan ku terima semua sebelum segala tragedi
Pilihan watak berbeza bercantum nafas sehala
Kita bertemu atas nama cinta
Jangan tanya, jangan tanya kenapa ku ingin kamu
Kamu dan aku seharusnya bersatu
Di ambang harapan di penghujung masa
Aku kan setia dalam sela masa
Takkan pernah habis semua air mata
Bila kita kini di dunia berbeza
Telah ku hindari semua
Namun tetap juga semuanya berlaku
Tak mungkin kembali semua
Peristiwa indah di waktu dulu
Namun ku tahu kau tahu
Rasa gila tersakit di hati ini
Ku yang telah mengerti
Betapa ku hancur bila tiadamu
Dan ku yang telah fahami
Betapa ku mati tanpamu di sisi
Check, rangkap kedua ah
Seharusnya kau berada di sisiku
Mengusir sepi malam yang menggangguku
Aku cuba memberi toleransi
Tapi semua mengganggu ku hilang konsentrasi
Aku masih di sini (aku masih di sini)
Masih himpunkan memori lipatan kenangan
Satu kompilasi segala derita kini jadi komplikasi
Masih berlawan dengan diri sendiri
Percaya bukan mudah untuk aku tandingi
Komplikasi di sini aku masih berdiri
Realiti kau tidak lagi berada di sisi
Tenanglah dirimu dalam kedamaian
Walau cerita cita kita tak kesampaian
Aku mengilhamkan segala pada ketentuan
Kesetianku ini sememang tiada kesudahan dan
Berharap berhenti sudah
Tangisan airmata jatuh ke bumi
Biarpun berganti hari
Masih terasa semua yang terjadi
Namun ku tahu kau tahu
Rasa gila tersakit di hati ini
Ku yang telah mengerti
Betapa ku hancur bila tiadamu (bila ku hancur, hancurku melebur dan)
Dan ku yang telah fahami
Betapa ku mati tanpamu di sisi (realitiku mati bila kau tak disisi)
Dan ku yang telah mengerti
Betapa ku hancur bila tiadamu (bila tiadamu semua kan mengganggu)
Dan ku yang telah fahami
Betapa ku mati tanpamu di sisi (segala komplikasi jadi kompilasi)
Ku yang telah mengerti
Betapa ku hancur bila tiadamu (betapa ku hancur bila tiadamu)
Dan ku yang telah fahami
Betapa ku mati tanpamu di sisi (aku mati tanpa kau di sisi)
Pasrah. Semoga segalanya dipermudahkan.
bersambung.............
sempoi jer makan atas daun pisang ek.. pas mkn teruih buang
ReplyDeleteUih.. lauk mcm best. Masak ape lauk pauk tu?
ReplyDeleteShin : betul.... senang jer... tu meja pun bersih makan tak berkecah.
ReplyDeleteAmir : lauk pauk la.. tapi banyaknya sambal dan sayur.
menjaga body betul org org kat sana..