Friday, December 12, 2014

Jejak Myanmar - 10 - Yangon : Shwedagon Pagoda - Part 2

Letih lesu.

Tu je la yang aku boleh cakap pengalaman aku sewaktu di Shwedagon Pagoda ni. Bukan letih nak cover tempat ni, tapi letih sebab satu hari aku merayau dan bila sampai kat sini, aku rasa penat yang teramat sangat.

Shwedagon Pagoda

Bagi aku tempat ni biasa biasa jer. Menarik jugak la tapi sebab cuaca tak berapa elok, nak ambik gambar pun tak best. Mood ke laut sebab penat dan tak de semangat untuk explore lebih lebih.

Cuma sewaktu aku buat pusingan pagoda ni, tetiba nampak orang berarak ramai ramai.

Sebab aku kaki sebok, aku pun pegi usha.

Mereka berbaris sambil membawa dulang berisi barangan

Ada awek awek Myanmar tanpa bedak Tanaka

Rupa rupanya ada budak budak macam ni yang di raikan

Aku tak tau apa significant acara ni, tapi dari apa yang aku baca, time cuti sekolah, budak budak ni di hantar ke pagoda macam ni untuk persediaan menjadi monk.

Kira macam kem cuti sekolah ler kot. Aku pun tak pasti. Tapi bukan sorang dua, ada ramai jugak budak budak yang diraikan dan setiap daripada mereka ada rombongan tersendiri siap bawak barang barang dan mengelilingi pagoda ni.

Monk

Patung patung Buddha

Ini rombongan lain pulak. Antara barangan yang di bawa adalah pisang

Tapi ahli rombongan berpakaian sedondon dan berlawa lawa walaupun tak berapa nak lawa

Ni dua budak yang diraikan

Mereka ke kuil khusus ni untuk upacara khas mereka

Dan dia orang diarak dan diusung

OK. Tu je la yang buat aku sedikit terhibur sewaktu kat Shwedagon Pagoda ni. Lain lain aku rasa ianya adalah pagoda biasa, cuma mungkin binaannya yang besar dan disaluti keemasan buat dia agak outstanding daripada pagoda pagoda lain di dunia ni.

Namun begitu, tempat ini adalah wajib singgah kalau ke Yangon.

Pagoda pagoda

Penganut menyalakan lilin untuk sembahyang

Ada juga yang meletakkan bunga

Aku memang tak nak spend masa lama lama kat sini sebab aku nak kena pegi ke station bas untuk naik bas ke Bagan. Tempat bas tu agak jauh, so kena peruntukkan waktu yang cukup.

Lepas abis pusing kat Shwedagon Pagoda turun ke exit South tapi kali ni aku turun ikut tangga je.

Kalau penganut Buddha yang datang ke sini, dia orang ikut laluan tangga ni. Aku rasa kalau ikut tangga ni free kot

Sepanjang jalan turun tu kat tangga banyak orang berniaga. Mostly barang barang kelengkapan untuk mereka beribadat. Cenderamata pun ada.

Sampai kat bawah, aku pegi ke satu lagi pagoda tak jauh dari situ. Saja je sebab aku nampak pagoda tu macam tak ramai orang. Lagipun aku masih ada masa lagi so aku pegi usha.

Patung Buddha di South entrance

Ni pagoda kecik sikit berdekatan dengan Shwedagon Pagoda tu

Size dia kecik sikit dan nak masuk pun free. Tapi aku tak gi masuk pun. Ambik gambar dari luar jer

Bas pengangkutan di Yangon

Shwedagon Pagoda

Kembali ke South Entrance sebab aku nak ambik teksi ke Aung Minglabar Bus Station

Untuk mendapatkan teksi dari sini ke Aung Minglabar Bus Station tu agak mencabar. 

Pertamanya aku tak tau berapa rate dia. Ke dua tempat dia memang agak jauh dari bandaraya Yangon ni so aku pun tak leh buang masa sebab takut jem.

Satu persatu teksi aku tahan.

"Aung Minglabar Bus Station?"
"8,000 Kyat"
"No.. 5,000 Kyat"

Pepandai je aku letak harga. Haram tak dapat. Drebar teksi dia orang ni bukan nak kasi can nego nego. Tak nak dia orang blah !

Bukan satu teksi aku tahan, ada dekat 10 teksi yang aku tanya. Masing masing letak harga 6,000 Kyat ke atas. Ada tu sampai berbelas belas. Pundek betul. Dan aku ni pun bangang abadi. Tak reti bersyukur. Bila orang offer 6,000 Kyat, tetap nak jual mahal.

Nak jugak lagi murah.

Sudahnya melepas. Sampai sudah tak dapat dapat dah harga tu selepas tu.

And finally aku dah cap masa aku, kalau lepas pukul 5, aku ambik je teksi mana mana. Dan aku dapat teksi yang charge aku 7.000 Kyat.

Hmmm. Redha je lah. Pada aku kena tinggal dek bas nanti.

Perjalanan dari Shwedagon Pagoda ke Aung Minglabar Bus Station makan masa dekat sejam jugak. Memang jauh. Lagi jauh pada airport. Jalan pulak jem. 

Dan sebab aku memang letih dan mengantuk gila. Aku tertidur dalam teksi tu.

Fuh. Risau jugak nak lelap lelap dalam teksi kat tempat orang ni. Tapi Alhamdulillah, akhirnya
berjaya sampai di station bas yang di maksudkan.

Aung Minglabar Bus Station

Tempat bas ni memang tak berapa proper tapi memang di sini la pusatnya orang naik bas kalau nak ke bandar bandar lain dari Yangon ni.

Aku sampai then pegi office bus tu dan bas dah ready. 

Tepat jam 8 malam., bas bergerak meninggalkan Yangon untuk ke Bagan.

Bas ke Bagan

OK. Bas agak baru dan selesa. Tapi kalau nak compared dengan JJ Bus, memang JJ bus ada ruang yang lebih luas untuk seat sebab cuma 3 seater jer. Bersyukur lah pada aku stuck tak boleh ke Bagan, janji bas ni selamat.  

Cuma aku bengang, ada mamat sebelah, dia naik bas je terus tidur. Pastu tidur jenis macam kepala terkulai pastu macam orang beratib. Tidur fashion apa ntah macam tu. Tapi memang tidur mati. Dua tiga kali aku terpaksa tolak dia. 

Kejap kepala dia atas bahu aku.

Kejap kepala dia melentok sampai dia tertunduk nak jatuh kat aku.

Sampai aku pusing dan mengiring... eh eh eh sedap sedap dia landing belakang aku pulak. Ada jugak yang makan penampor ni kang. Nasib aku baik hati.

Memang tak selesa nak tidur. So awal awal perjalanan tu aku tak leh nak lelap. Memang aku nak lempang je mamat sebelah tu tidur tak sopan macam dia sorang je naik bas ni.

Tapi dalam bas, dibekalkan dengan selimut dan air mineral sebab jarak perjalanan bas agak lama dari Yangon ke Bagan. Boleh cecah 10 jam

Dan bas berhenti dua tiga kali untuk toilet dan rehat. Ada sekali tu berhenti tepi jalan dan semua orang kencing tepi semak. Aku termasuk sebab tak tahan.


Salah satu perhentian rehat

Lepas bas berhenti kat hentian rehat ni, aku dah tak sedar apa.

Sedar sedar.. orang dah tak de dalam bas. Semua hilang !!!! Enjin bas pun dah mati..

"Di manakah aku di manakah? Manakah pegi semua orang? Manakah?"

* genyeh genyeh mata

Tengok kat luar dah cerah. Rupa rupanya bas dah sampai ke Bagan. Haaa bahana mengata orang tidur tak sopan. Aku pulak yang tidur mati. 

Aku sedar tu aku dah terbongkang atas kerusi sebelah dengan ear plug dan segala wire wire ipod melilit lilit kat leher.

Motip la tak de orang kejut aku? Dibiarkan aku membuta sorang sorang diri dalam bas yang dah tak bergerak ni????

Dia orang ni dah kenapa? Haaa? Kenapa hidup tak bermasyarakat ni?? Kenapa???????

* seka airmata

Sungguh terasa macam tak di welcome ke Bagan ni.



Aku Mentari Tapi Tak Menghangatkanmu
Aku Pelangi Tak Memberi Warna Di Hidupmu
Aku Sang Bulan Tak Menerangi Malammu
Aku Lah Bintang Yang Hilang Ditelan Kegelapan

Selalu Itu Yang Kau Ucapkan Padaku

Sebagai Kekasih Yang Tak Dianggap
Aku Hanya Bisa Mencoba Mengalah
Menahan Setiap Amarah

Aku Sang Bulan Tak Menerangi Malammu
Aku Lah Bintang Yang Hilang Ditelan Kegelapan

Sebagai Kekasih Yang Tak Dianggap
Aku Hanya Bisa Mencoba Bersabar
Ku Yakin Kau Kan Berubah

bersambung.............

16 comments :

  1. bongok sggh entry nih...hahaha mengata org tido..

    bas dlm bandar dia mmg cenggitu ke? alahai takot roboh..

    ReplyDelete
  2. seb baek jage..hehe..tetiba dh patah balik yangon kang..tak haru. heheh

    ReplyDelete
  3. pisang yang pakcik tu bawak best kalau buat goreng pisang

    bas tu aduhai sikit lagi nak roboh

    tetiba teringat peristiwa aku tengking pempuan dalam bas dulu bahana tidur terkulai atas bahu aku.

    lagu yang last tu lama tak dengar dan aku tuju untuk semua skandal aku

    ReplyDelete
  4. hahaha..kesian ko bang. apa motip dorang x kejut ko kalo dh sampai..wat naya jer.hihi

    ReplyDelete
  5. Meng, cer kalau awek cun yg tido mcm tu...mesti ko rela kan..hahahaha

    - Hayati -

    ReplyDelete
  6. budak2 tu cam nak bersunat ramai2 jer...
    terkulai manja atas bahu saja takpe, kalau buat peta sekali Meng?.....

    ReplyDelete
  7. oh i thought the song is originally by Kertas band *krik krik

    ReplyDelete
  8. Wakakakkaka...diorang takut nak kejut ko kot sbb tgk byk sgt tali2 lilit kat leher....adeyyyy entry ni bikin aku gelak ketawa dgn riang....

    ReplyDelete
  9. Tu budak2 nk sunat kot meng...hehehe

    Hahaha! Gler lah diorg leh biarkan je ko tdo wpun dh smpi bagan?klo dia pth blik yangon, aku xtau laaa lagu ape yg kuar kt blog ni! Hahaha

    ReplyDelete
  10. Jea : memang bas mereka buruk buruk kalau dlm bandar. nak naik pun fikir dua tiga kali..

    lagi lagi kalau berhimpit.. pastu org ssbelah sengeh sambil kunyah sireh..

    kansel..


    Agip : nasib baik gak la.. tapi bas biasanya jalan malam je.. so kalau tidur mati betul la kot baru org kejut sebab bas nak gerak ke yangon semula...


    CC : pisang tu buat pengat sedap kot....

    ramainya skandal yang tak menganggap kau...

    ReplyDelete
  11. An : tu la.. masing3 pentingkan diri sendiri. dia org tak tau ke yang sedang tidur tak sedar diri ni adalah seorang superhero??

    hiks..


    HG : of choss.. lagi aku sondol sondol lagi...

    tapi tengok gak la.. kalau teruk sgt.. erk.. aku pusing jugak la kot...



    Nasa : tu la macam berkhatan. tapi tak pasti lak mereka ni berkhatan jugak kah..

    kalau berpeta saja aku pengsan. kalau berpeta sebab sireh... aku silambam terus...


    JJ : ya. kertas pun nyanyi but not sure who sang it first



    ReplyDelete
  12. Liza : tu la sampai hati dia org ni kan?

    lama lak tu dia biarkan aku tidur. tak adil betul..


    MKL : kesian gak la. tapi buleh bergerak lagi ok la. asal selamat.


    DJ : lagu mcm ni..

    MATI LA KAU !!!!!!

    * dituju kan pada semua penumpang bas...


    PB : bau setangi je. tapi ok la tak kuat sgt..

    ReplyDelete
  13. abam kencing tepi semak...bawak botol air kosong tak? ahahaha....soalan ni nk ke lempang tak?

    ahahaha...mmg tido lebih ganaz dari org sebelah sampai wayar ipod boleh terbelit leher sib baik x tercekik...

    ReplyDelete
  14. JM : bawak la.. nasib baik ada air mineral...

    tapi aci gak kena pelempang..

    kalau dah tidur tak sedar diri.. silap silap nak pegi ke bagan.. tapi sebab tidur. orang hantar ke tempat lain. naya jugak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...