Thursday, December 18, 2014

Jejak Myanmar - 14 - Bagan : Bagan - Old Bagan & New Bagan

Kat Bagan ni ada Old Bagan dan New Bagan.

Tapi nak cakap temple ni banyak kat old Bagan ke New Bagan tak tentu jugak sebab dia ni semuanya bersepah sepah. Jadi senang kira, in between Old Bagan, New Bagan dan Nyaung U, tiga kawasan utama yang terdapatnya temple temple yang banyak ni.

Tapi yang lama lama dan besar gedabak tu semua mostly tertumpu di kawasan Old Bagan jer lah.

Thatbyinnyu Temple 

Bagan dari Mahabodi Pagoda

Lukisan untuk di jual

Plate ebike aku.. Jewel? Ke hapa? Salah ni di sisi undang undang JPJ.. Boleh menyebabkan mati accident 10 ribu orang.. JPJ nak 5 ribu je mati setahun kan?

Kalau tadi aku memanjat di temple lain untuk tengok view Thatbyinnyu Phaya dan temple temple yang lain, kali ni aku pegi dekat dekat pulak.

Saja la nak usha.

Papan tanda ke arah Thatbyinnyu Phaya

Thatbyinnyu Phaya dari kejauhan

Thatbyinnyu Phaya

Banyak orang jual jualan. Cuaca panas panas ni asyik dahaga je la jadinya... Memang tak nampak ramai tourist sebab cuaca panas...

Kuil tertinggi di Bagan

Cuaca masih panas. Aku sendiri dah tak tau nak tuju ke mana. Nak bergerak pun berpeluh peluh jadinya. Bayangkan kalau aku kena kayuh basikal?

Tapi nak tak nak terpaksa la bergerak. Bukan ada banyak tempat istirehat pun.

Jadi aku ambik keputusan untuk pegi ke New Bagan.

Jalan utama di Old Bagan

Dari Old Bagan aku ke New Bagan....

Untuk memudahkan pemahaman sejagat, sila rujuk peta nih.

Aku bermula di pagoda no 1 ( area Nyaung U ) dan cover ke area Old Bagan ( Pagoda no 6 - 11 ) dan kini turun ke New Bagan ( Pagoda 15 - 16 dan ke bawah )

Di kawasan New Bagan ni macam nampak ramai penduduk sikit dari Old Bagan. Ada kedai kedai dan perkampungan kecil di sebalik temple temple yang tak berhabisan tu.

Aku just jalan dan usha apa yang patut jer.


Restoran ni

Warung makan pun ada

Salah satu rumah kampung di New Bagan

Salah satu kedai di New Bagan.. Jual payung hiasan

Kira macam kawasan pekan sikit lah jugak.

Banyak hostel dan hotel terletak di New Bagan ni. Dan macam aku bagitau, nak cari hotel di Bagan ni tak kisah mana mana, old ke new atau area tempat aku duduk tu ker, semuanya sama sebab nak berjalan pun semuanya temple temple ni merata rata.

Di kawasan New Bagan tu, aku cilok satu lorong dan akhirnya membawa aku semula ke Ayeyarwady River. Tapi kali ni belah lain pulak.

Ada perahu kecil

Ayeyarwady River ke arah Mandalay. Yang aku naik bot sebelum ni tu area belah belah sana....

Ayeyarwady River ke arah Yangon, Panjang sungai ini adalah 2,170 km.

Ada yang ingin menyeberang

Cuaca panas berdenting, tapi ada budak budak sibuk mandi sungai. Ada bot bot kecil jugak membawa penumpang ke seberang satu lagi. Macam ada kawasan penempatan jugak di seberang sungai tu.

Aku lepak kat sini kejap, pastu nampak ada gerai jual air tebu.

Fuh.. Dapat air tebu panas panas ni mesti la syok !


Gerai air tebu bawah pokok besar tepi sungai

Aku ambik port dan duduk  layan suasana dengan angin sepoi sepoi membelai


Sesapa ke Myamar kena try air tebu di sana ! Tak kisah la mana mana pun tapi kena try ! Memang confirmed sedap !!!!!.
 
2 kali aku tambah air tebu tu.

Best pulak kat tepi tu ada dua tiga orang dok main gitar. Tapi pakcik sorang lagi tengah tidur beriya riya siap berdengkur. Jadi bunyi gitar dan bunyi dengkur adalah menjadi peneman aku di situ.

Layan sambil minum air tebu.

Mamat tu siap nak pass gitar lagi kat aku. Nak suruh aku petik kah? Muahhaha aku ni nama je ada gitar, pastu gi kelas gitar tapi tak praktik ! Hanchooooor..

Now note pun tak kenal dah. Jari pun dah keras macam kayu jadinya. Tak payah la nak petik petik gitar dah. Kalau petik pun kang keluar lagu tiga kupang jer..... tu pun tune ke laut ! Silap silap terjaga pakcik yang tengah berdengkur tu...

Lepas minum air tebu aku turun lagi ke bawah.. tapi macam dah tak de apa. So aku patah balik. Masa patah balik tu kiranya permulaan masuk area Bagan dan aku jumpa ni.

Ada cerita di sebalik gambar ni. 

Nampak tak kayu panjang tu? Masa aku sampai sini... kawasan ni bersemak samun. Dan macam biasalah aku nak ambik gambar. So gigih ni aku turun dari e bike, pastu patah patahkan pokok dan selak semak semak tu supaya senang aku nak snappy !

Berkat usaha gotong royong di negara orang ! Jadi... tu la hasilnya... Di negara sendiri? Hmmm suruh Dewan Bandaraya je la yang bersihkan.. Hiks.

Berpeluh peluh gak la aku panas panas ni buat keje gila macam tu. Kalau tidak nampak word Welcome jerr...

Patah balik, aku bergerak meninggalkan New Bagan ke Old Bagan semula

Mat salleh dua orang tu naik basikal.. sempat dia berhenti tanya aku apa ada kalau mereka nak terus.. aku cakap tak de apa apa. Dan dia orang ni la aku tengok terjelir jelir dalam cuaca panas dok kayuh basikal... Petang masa tengok sunset aku jumpa lagi dia orang ni lagi dan mereka amatlah kagum dengan keputusan aku sewa ebike instead of basikal macam depa.

Dia orang tak tau kot yang aku ni extra pemalas. Tapi yang sebenarnya dia orang juga tak pernah tau yang aku memang pernah ke Bagan sebelum ni. Jadi aku dah tau serba sedikit keadaannya. Dan dia orang tak tau jugak yang sebenarnya aku cuma pernah ke Bagan Lalang jer.... !

On the way macam biasalah menyinggah. Ni rumah penduduk di Bagan. Cool gak eh rumah dia orang ni

Ni kedai kedai cenderamata

Dan ada je merata rata temple temple kecik

Asal nampak OK je, aku singgah semata mata nak snappy jer

Salah satu pagoda keemasan di sini

Tak pasti namanya apa...

Tujuan aku seterusnya adalah untuk pegi ke sunset temple.

Kat Bagan ni ada few port yang mana bila petang je, semua macam berkumpul di sini untuk tengok view sunset over Bagan. Memang la view paling lawa di Bagan ni adalah ketika matahari jatuh atau terbenam jadi tak boleh lepas saat saat keemasan macam ni untuk turut serta dan menikmati senja....

Sunset Pagoda aka Shwe San Daw ( no 20 )

Bersandarkan pada map yang tak berapa betul yang aku ada, aku main agak agak je ikut short cut.

Senang je nak ikut short cut, nampak temple yang kita nak pegi, pastu ikut je lorong yang ada. Cuma masalah sikit laluan tu biasanya berpasir dan jarang di lalui.

Banyak kali gak la kena buat jalan sendiri dan main redah sesuka hati.

Lembah dan lurah ke lewati....

Redah nak pegi usha sunset

Suasana petang di Bagan.  

Semangat aku mencanak canak tinggi dapat melihat sunset yang didambakan semua orang kalau di Bagan ni.

Sunset indah sebagai alasan untuk bahagia !


Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Tapi ada peristiwa berlaku masa di Sunset Temple tu.........

Sunset temple

Peristiwa yang memungkinkan aku hilang terus rasa bahagia. Aku ingat aku dah selamat tapi kadang kadang ada pembalasan si Pitung untuk orang orang yang berniat serong !

bersambung...........

18 comments :

  1. Tengok peta Bagan tu baru lah nampak betapa banyaknya temple dekat sini ni ye! Menarik gile Bagan ni untuk di explore tapi bila teringatkan rakyat pakai bedak tanaka yang makan sirih dekat Yangon tu hmmm pikir 2 3 kali pulak nak datang sini.


    Eh Uncle Meng bukan dekat sini ke yang ada belom udara panas tu? Yang boleh tengok temple2 dari belon... ke tempat lain?


    Lagi satu haha boleh tak kalau lepasni readers nak request lagu youtube yang akan di feature kan dekat hujung entri tuh? hahahaha

    ReplyDelete
  2. haaa bab air tebu tu aku setujuuu..
    memang sedap dia lain macam kan? manis tapi sedap..

    ReplyDelete
  3. Sungai irawadi...teringat subjek geografi zaman sekolah.

    Saya pun pernah sampai bagan luar, bagan dalam, bagan jermal, bagan datoh...wakakaka.

    ReplyDelete
  4. alaaaaa bila nak pi niiiiii...aku suka la tempat ni...hmmmm...

    ReplyDelete
  5. tak sabar aku ni nak tunggu kesinambungan pembalasan 'sipitung'...

    ReplyDelete
  6. Pic pertama tu cantik.

    susahnya nak sebut nama temple tu.Salah sebut bunyi lain nanti.

    rajin ko bersihkan kampung halaman orang

    Perahu kecil tu aku suka.selalu rasa nak naik tapi mak aku selalu tak kasi

    ReplyDelete
  7. haaa meh aku teka...ni mesti ko kena tangkap ngn pak polisi sebab tak bayar USD15 tu kan?ke ko kena culik?eh?

    ReplyDelete
  8. lawanyer 2 pic yg memula tue..boleh masuk magazine nat geo dah :)

    hahaha..x sabor nk tunggu sambungan pembalasan si pitung..ko kantoi x byr USD15 tue ke bang? ;p

    ReplyDelete
  9. Layan juga dapat kayuh basikal dengan view temple situ.

    Air tebu dia ada perah limau tak ?

    ReplyDelete
  10. SyiM : bedak tanaka dgn sireh tu akan jadi pemandangan biasa.. lama lama kau pun malas nak ambik heran..


    Belon panas udara tu memang terkenal di bagan ni tapi cuma bulan januari dan feb jer.. maybe sebab angin dan cuaca panas kot.

    dia tak beroperasi sepanjang tahun...

    lagu apa ko nak? bagi tau aku. nanti aku bubuh...

    aku main bubuh je pun selama ni

    ReplyDelete
  11. Mya : kan normaya kan??

    sedap betul... mcm letak ganja jer.. ( cas aku pernah tau rasa ganja cemana )..


    JJ : si pitung dari gua tempurung. haks..


    Nasa : dulu blaja gak la sungai sungai panjang ni. tapi aku pun x berapa ingat. memang bongok geographi kot..

    Lagi banyak bagan kau dah sampai.

    i is jeles

    ReplyDelete
  12. Biq : sila pegi. tunggu baby besar skit lah.. dlm bulan januari...


    HG : tunggu...............


    ZF : sekali sekala... kalau kat malaysia. abis iklan denggi keluar. tetap malas.


    CC : nama pagoda ni semua memang pelik2. dan ejaan lain lain. kalau kat internet mcm lain. dlm map eja lain.. kat sana lagi la lain.. tapi ada bunyi2 skit..

    duduk pulau duyung naik bot bot besar je laaaaa.. banyak bot situ.

    ReplyDelete
  13. DJ : yezza..... kau memang bijak.

    kantoi la.. tapi........... ehem ehem...

    culik?? org tu fikir dua tiga kali nak culik kot. tak de memberi faedah.


    An : ya la.. sebab tak de resit.

    * nanges tepi pagoda...


    ReplyDelete
  14. MKL : yaa.. bagan segala bagan bagan yang ada....

    emas la tapi tak de la emas betul kot. yang kat yangon tu mungkin emas betul..

    kalau emas kat sini dah lama roboh pagoda2 tu kena kikis...


    HH : yezza..

    aku rasa tepat soalan kau tu. ada rasa limau limau skit...

    patut la bersari.......yanti.... rasa air tebu dia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...