Tuesday, June 7, 2016

TRIP ZUMBA 2016 : 01 - Umrah Ku Yang Pertama - 35 Tips Umrah Dan Ziarah

Ahlan wa sahlan.

Sudah masuk bulan Ramadhan. Ante ada fuasa? Ana fuasa la juga... Ana Rafali mana sekarang ?

Harap harap tahun ni, puasa kita semua penuh macam tahun sudah sudah lah. Kalau tak penuh beralasan tu tak pe lah, dah memang fitrahnya begitu.

Okey. Bulan puasa tahun ni aku sebenarnya tak tau nak hidangkan apa dalam blog aku ni. Nak buh resepi, artis artis semua dah cuci apron memasak. Nak buh gambar makanan kang mengundang kemarahan rakyat jelata. So fikir punya fikir, since baru baru ni aku ada trip mengerjakan umrah dan ziarah, so sebaiknya aku share perihal trip ZUMBA aku ni. 

ZUMBA? Bukan tarian Zumba. Tapi Ziarah + UMrah + BAlik..... jadi lah... Trip Zumba !

Highlight dah keluar di sini : Ketika Cinta Memanggil - The Highlight

Sebenarnya aku sendiri takde idea nak tulis cemana. Nak buat cronology macam tak best je, so fikir fikir aku belasah je lah. Mana yang boleh di ambik iktibar dan di contohi, silalah ambik. Kalau tak, baca je la sebagai perkongsian. Awal awal aku kasi warning yang apa aku share adalah pengalaman sendiri. Dan kalau ada aku bagitau apa apa yang silap, sila tegur. Apa apa pun berkenaan hukum dan yang berkaitan sila rujuk pada orang lain yang lebih pakar.

OK?

Mukadimah trip ni aku dah cerita dan memang aku sebenarnya tak fully ready untuk mengerjakan umrah. Tapi tu lah... banyak cerita pun tak guna, senang citer macam ni lah. Kalau dah sampai masa nya ..... gitu lah walaupun time tu aku ada trip ke Paris.

But Paris can wait !!!

So untuk entry pertama ni, aku nak bagi tips je lah. Tips tips yang mungkin berguna untuk sesapa yang merancang atau berkeinginan untuk mengerjakan umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah dari sebelum pegi sampai lah waktu berada di sana.

Ayuh kita mulakan tips tips seiring dengan gambar gambar yang sempat aku capapin dalam menerima seruan umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah !

Tip No 01 : Jangan Fikir Bukan Bukan... Buang Benda Karut Karut Dalam Minda

Kalau first timer macam aku ni memang blur skit. Lagi lagi bila keadaan tiba tiba rasa nak pegi macam ni, rasa macam tak tentu arah je. Kalau korang pun rasa benda yang sama. Dont Worry ! Tu normal. Aku pun di serang rasa bukan bukan macam tu. Fikir dosa yang banyak..... fikir kang terbakar kaki ! Hahahaha... Henti kan lah ! Ingat satu je. Kalau Tuhan dah panggil tu maksudnya Dia memang nak kita pegi. Jangan anggap Umrah atau Haji ni satu punishment. Pegi ! Betulkan niat. Ikhlaskan hati. Lapangkan dada.....  Insha Allah.... sudah betul la itu takdir dan ketentuanNya... terima je la dengan hati yang terbuka. Kan ke tu benda yang baik? Tak mahu ke??

Tip No 02 : Cari Agent Yang Berpengalaman Luas. Cari Pakej Yang Termampu dan Menyenangkan !

Haaaaa.. Kalau orang yang tak biasa pegi, susah la nak uruskan trip umrah ni sendiri, jadi sebaiknya engaged dengan agent yang boleh di percayai. Banyak kali kita dengar orang kena tipu dah sampai airport dah siap buat kenduri kendara, dah war war 7 kampung yang kita nak gi umrah, tup tup....... bermasalah ! Macam aku ni sebab member yang ajak aku tu dah book dengan agency ni, so aku follow je. Dia pun first time jugak pegi tapi agent yang dia pilih memang reputable company dan terbukti berpengalaman. So cari la agent agent umrah yang boleh di percayai ! Jangan ikut nak murah je... Citer pasal nak ambik pakej murah ke mahal, ni terpulang pada individu. Ikut la kemampuan masing masing. Bagi aku, biar berbelanja lebih supaya senang dan selesa nak beribadah. Jangan nak murah tapi nanti arrangement tunggang langgang, hotel penginapan pun jauh dari masjid so nak kena ulang alik yang jauh boleh buat rasa letih so nanti peluang nak beribadah terganggu !

Tip No 03 : Visa dan Persediaan Dan Keadaan Kesihatan.

Nak gi umrah ni bukan boleh bedal sesuka hati je beli tiket dan boleh pegi. Kerajaan Arab Saudi mewajibkan setiap jemaah mendapatkan visa terlebih dahulu. Tapi jangan risau, semua ni biasanya di settlekan oleh agent yang kita pilih. Banyak jugak dengar masalah visa tak approved dan last minit terkantoi tak leh fly. Jadi di sini penting kalau dapat reputable agent yang banyak menguruskan visa umrah ni so even macam aku last minit, Seminggu sebelum berangkat baru nak apply visa dan 2 hari sebelum berlepas baru dapat approval. Alhamdulillah.... kadang kadang ikut nasib jugak lah. Berdoa je la semoga semuanya dipermudahkan. Tahap kesihatan juga penting. Sebelum pegi kena ambik injection dan pastikan kalau antibodi memang tak kuat, so ambik lah langkah langkah yang perlu seperti jap untuk selsema ke apa. Alhamdulillah sepanjang aku di sana tak de batuk demam, cuma last last tu ada selsema sikit. Bukan apa, kalau sakit di sana, peluang nak beribadat pun terbatas nanti !

Tip No 04 : Mencari Persiapan/Keperluan Umrah

Okey...Memang sebelum pegi banyak benda nak kena sediakan. So kalau nak mencari kelengkapan, aku hari tu cari kat Mydin Mall kat USJ je. Memang banyak ada di jual di sana. Tapi apa benda yang nak disediakan sebenarnya?

Tip No 05 : Keperluan Umrah. Apa Yang Perlu?

Kalau baca sana sini, macam macam barang nak kena bawak ! Macam nak pindah pun ada. Sebenarnya apa yang orang cakap bawak tu bawak ni tu terpulang jugak kat kita. Tak semua tu perlu di bawa. Kain ihram memang kena bawak lah. Macam aku bawak sepasang je sebab kalau bawak 2 pasang macam berat beg. Kalau takut kotor, bawak 3 pieces je, so kalau 1 kotor, buleh pakai yang extra piece tu. Ubat ubat bawak la kot batuk demam sebab ubat kat sana tak sama. Tapi jangan la macam peti first aid kit dah rupanya. Serba sikit for emergency saja ! Aku syorkan bawak lip balm, moisturizer (sebab takut kulit kering) dan lotion. Sapu lotion kat tumit kaki, sebab nya nak elak dari merekah especially waktu saie (disebab kan oleh chemical yang digunakan untuk bersih marble lantai).

Tip No 06 : Gi Mekah Kena Pakai Jubah?

Tak payah bawak jubah berhelai helai ! Kita gi sebagai sorang Islam, bukan sebagai orang Arab. Pakai apa pun tak kisah, janji bersih dan selesa. Bawak jubah satu dua pun cukup, tapi kalau selesa pakai baju melayu dan seluar pun tak de salahnya. Kat sana biasanya boleh laundry, so sepanjang berada di sana nanti boleh laundry kat hotel penginapan. Kalau terdesak, beli pakaian di sana pun agak murah ! Pakai kain pelikat? No Sweat.. asal yakin tak terlerah.

Tip No 07 : Fulus ! Fulus !

Soalannya, Nak tukar duit kat mana? Jawapannya kat Money Changer. Kat Mekah Madinah pun boleh tukar, ada jugak yang ambik RM tapi kadar tukaran mestilah tak menyebelahi kita. So bagi aku, tukar je kat sini siap siap tak payah pening pening dah.

Soalan : Nak tukar berapa? Ikut suka kau la Nak.... kalau agak agak banyak nak melontar.... bawak la berkoyan koyan. Ingat ! Gi sana nak beribadah, bukan nak shopping. 

Seriously aku bawak 1000 Riyal. Tapi memang tak cukup. Biasalah, walaupun makan kat hotel, sekali sekala nak makan kat luar gak. Shopping melontar duit sana sini beli itu ini terpaksa jugak guna charge card. Al Rajhi ada ATM kat sana, bank lain macam tak der.

Satu lagi kalau bawak duit, kat sana simpan elok elok. Ada kes makcik hilang duit 2000 tak sedar cemana buleh hilang. Kes kes macam ni susah nak cakap. Tapi ada langkah langkah yang boleh di ambik untuk menghalangnya. Satu nya jangan bawak banyak duit ke masjid. Tak payah bawak beg. Duit sekeping dua pun cukup kalau balik nanti nak singgah beli apa apa. Simpan beg duit dalam safety box di hotel.

Tip No 08 : Hari Perlepasan

Bila hari tiba, pegi awal ke airport. Masa ni memang no turning back !!! Hahaha Hadapi la apa apa pun. OR hantar aku kat luar airport je dengan budak budak. Aku tak bagi dia orang masuk sebab aku tak nak ada yang sedih sedih. Anggap je macam aku pegi travel yang biasa biasa. Sampai masa aku balik  So sebab aku macam solo, aku pun buat relaks relaks je macam travel biasa.

Akan ada taklimat dan apa apa yang berkaitan. Beg biasanya checked in, dan hand luggage tu bawak la sepersalinan kot nak tukar baju unless memang ke Mekah dulu so memang kena berihram siap siap Macam aku hari tu patut flight ke Madinah terus tapi sebab lambat booking, kena pegi ke Jeddah dulu then Madinah, tapi tak perlu siap siap berihram. Luggage tu kasik different skit, ikat ribbon ke atau spray dengan wajah Hello Kitty ! So nanti senang nak trace beg sendiri ! Oh ya.. makanan tak payah bawak lah. Kat sana dah tak abis makan !

Tip No 09 : Perjalanan ke Tanah Suci.

Route perjalanan ni biasanya ikut pakej dan agency lah. Mana mana pun OK. Kalau Mekah dulu buleh all out terus di Mekah dalam semangat yang berkobar kobar dan relax je nanti di Madinah. Kalau Madinah dulu buleh warming up dulu then baru pulun later di Mekah. Mana mana pun sama jer.

Tip No 10 : 8 jam Dalam Flight Nak Buat Apa Neh?

Buat la apa apa pun, ada ke orang kisah? Janji jangan kacau orang sudah. Gossip gossip pun not good. Banyak ngaji dan zikir lah.Nak tidur ker. Nak makan ker ! Aku naik Saudia. Keje aku makan je... Nak layan movie segan dengan orang sebelah sebab dia dengar ngaji ngaji jer.. Last sekali aku baca buku persediaan umrah sebab aku tak gi kursus pun. Tak sempat ! Layan sikit sikit kat youtube sebelum berlepas  tu. Memang pegi nonong nonong je aku ni. which is tak bagus. Patut persiapkan diri dulu, banyakkan membaca dan tambah ilmu. So part ni jangan tiru aku !

Tip No 11 : Solat Dalam Penerbangan?

Tengok waktu berlepas lah, kalau macam aku hari tu tak perlu solat dalam penerbangan sebab dah jamak siap siap sampai di Jeddah pun baru jamak lagi. So kalau perlu solat dalam flight, Saudia ada ruang solat cuma nak ambik wuduk tu kena hati hati dikhuatiri basah pulak jamban tu banjir pulak flight.

Tip No 12 : Bergeraklah Mengikut Kumpulan

Di tempat orang macam macam boleh jadi. Lagi lagi tempat yang baru dan kita tak familiar. Jadi sewaktu sampai di epot bergerak la mengikut kumpulan. Kalau nak gi toilet pun inform lah jemaah lain atau mutawwif. Jangan hilang dan nanti menyusahkan orang sebab biasanya kita bergerak mengikut jadual.

Waktu aku sampai di Jeddah tempoh hari, ada 2 kumpulan, boleh pulak pakcik sorang ni hilang gi join group lain. So kalau yang bawak family tu pastikan ahli family sentiasa ada. Satu kejadian yang berlaku masa trip aku ni, sorang pakcik ni dia dengan family dia semua pompuan 4 orang. Dah agak berumur dan tak pernah keluar dari daerah dia. So bayangkan dia macam lost sikit dan terjadi macam macam hal. Last sekali, since aku solo, aku pastikan dia selalu dengan aku dan dia kena ikut mana saja yang mana je aku pegi ! Kisah Pakcik ni dengan aku memang penuh dengan drama sepanjang di sana. Dugaan jugak la tu dalam aku dok jaga jaga pun dia boleh hilang.

Tip No 13 : Solat Fardhu di Masjid 

Aku sampai di Madinah waktu subuh. Sampai je terus solat subuh di Masjid Nabawi. Biasanya selepas azan, imam akan ambik masa dulu sikit untuk memulakan solat fardhu, jadi kalau dah azan, usahalah sampai dapat solat dalam masjid. Tang orang ramai tu, tak leh nak nafikan la memang orang ramai, kalau ada ruang untuk masuk, masuk lah. Bawak sejadah selalu at least dapat gak la join jemaah walaupun hujung hujung pintu gate. Banyak pahala solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram ni.

Tip No 14 : Ketahui Gate Masuk Dan Laluan Ke Masjid

Masalah besar di tempat yang sebesar ni adalah mengenal pasti pintu masuk dan laluan pegi dan pulang ke hotel. Nasib aku baik sebab hotel penginapan depan masjid je, tapi kalau orang tak biasa, mesti agak pening pening lalat. Pepandai la mark masuk gate mana dan keluar laluan mana ke hotel. Pakcik yang ikut aku tu, ada sekali dia sendiri. Keluar masjid balik hotel dan dia sesat cari bilik sendiri lebih dari 2 jam ! Rupanya dia masuk hotel lain !!

Tip No 15 : Ziarah Makam Rasulullah

Kalau dah sampai di Masjid Nabawi kena ziarah makam Rasulullah dan sahabat baginda. Aku tak de tip yang khusus cuma sebaiknya datanglah dengan tenang dan sopan. Berpakaian terbaik dengan wangi wangianan. Melangkah dengan kaki kanan dan membaca doa. Ucapkan salam buat Rasulullah dan sahabat sahabat baginda dan elakkan daripada perbuatan menganggapnya tempat keramat dan melakukan perkara yang di larang. Memang orang akan ramai kat sini, bertolak tolak. Ada yang berdrama macam macam pegang railing sambil meratap hiba. No good ! Kena banyak sabar dan berhati hati. Cukup sekadar lalu dan mengucapkan salam pada baginda Nabi Muhammad S.A.W dan jangan lah berlebih lebihan. Sebelum meninggalkan Madinah jugak disunatkan untuk ziarah wida di makam nabi ni nanti.

Tip No 16 : Usaha Sampai Dapat Masuk Raudah

Memang menjadi keinginan semula orang yang datang ke Masjid Nabawi ni untuk dapat berdoa di Raudah. Memang orang ramai beratur dan berpusu pusu menunggu giliran. Kawasan karpet hijau tu pun kecik jer. So kalau dapat masuk, jangan la berlama lama. Raudah ni tempat yang afdal untuk berdoa. So masuk untuk berdoa je lah. Jangan la nak solat lah nak baca Quran lah. Bagi chance orang lain jugak ! Ingat doa kau sorang je nak mustajab? Haaaaaaaa? 

Alhamdulillah, aku dapat masuk 2 kali dan kali ke 2 tu sebab orang nak solat Asar so aku stay kejap dan sempat solat fardhu dalam Raudah tu. Tak de tip yang khusus, cuba je la beratur macam orang lain jugak. Insha Allah dapat. Memang orang ramai dan lama menunggu, so kalau menunggu tu, ambik la Quran dan baca lah sambil beratur. 

Cuma hati hati sebab for sure kena tolak !

Tip No 17 : Minum Banyak Air Zam Zam

Bukan saja di Mekah, di Madinah sendiri disediakan air zam zam di dalam Masjid Nabawi. Perbanyakkan minum air zam zam ni. Selawat dulu sebelum minum, berdoa sambil mengadap kiblat/kaabah dan berdoa. Buat sapu sapu muka pun OK. Aku memang banyak minum air zam zam ni dan effect dia body detox gila babun sampai lawas memerut dan asyik nak terkentut ! Kadang kadang terpaksa la melepaskan angin syorgaaa tu sesuka hati. Jalan setapak.. kentut. Jalan 3 tapak, 3 kali kentut ! Kalau kentut boleh nampak dengan mata kasar maunya semua jemaah masjid beraksi Matrix nak elak kentut aku yang menerawang ke segelap pelusuk ruang angkasa ! Tapi seriously, minumlah banyak banyak air zam zam ni. Sedap !

Tip No 18 : Perbanyakkan Masa dan Ibadah di Dalam Masjid

Be it Masjid Nabawi atau Masjidil Haram. Tujuan kita ke sana pun adalah untuk beribadah so pengisian tu biarlah setimpal dengan perjalanan dan masa dan wang yang kita laburkan. Bukan senang nak dapat peluang macam ni so gunakan kesempatan yang ada dengan perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah. Banyakkan solat sunat. Jangan miss solat fardu di masjid masjid ni. Baca Quran. Baca Al Mathurat. Iktikaf dan banyakkan berdoa !

Tip No 19 : Ambik gambar? DSLR? Can or cannot?

Soalan ni sebenarnya tak patut ada sebab nanti orang akan tanya, kau pegi nak ambik gambar ke nak beribadat?

Krik Krik Krik !

Tapi aku nak jawab jugak sebab ni soalan yang sama aku tertanya sebelum aku pegi ke sana. Rata rata kat masjid memang ada sign no kamera.. tapi sebab teknologi dah berkembang, so pak guard pun dah tak larat nak halang, so ramai je orang ambik gambar dalam masjid. Aku? Aku memang bawak DSLR, tapi gambar dalam masjid masjid ni aku ambik pakai iphone jer, kalau kat luar baru ambik guna SLR. Tu pun bila time free je aku menembak ! Tapi kat Kaabah nampak ada je yang bawak DSLR. So?

Tip No 20 : Lawat Makam Baqi di Madinah

Di Mekah dan Madinah, lepas solat fardhu biasanya akan ada solat Jenazah. Sila turut serta ! Dan kalau berkesempatan di Madinah, boleh la iringi jenazah dan melawat ke pekuburan Baqi. Lagipun bukan selalu dapat lihat pengkebumian di sana dan kubur ni cuma di buka time time tertentu jer.

Tip No 21 : Selipar hilang? Lek Lek Saja. 

Benda yang paling berharga saat masuk masjid adalah selipar ! Memang kejadian hilang selipar ni dah biasa sangat. Bertabahlah. Sebaiknya, bawak plastik untuk simpan selipar ketika memasuki masjid dan kalau yakin bersih boleh bawak ke dalam. Kalau tak, tinggal je kat luar. Dalam aku berhati hati, 2 kali gak aku hilang selipar ni. Sekali di Madinah time masuk Raudah. Nasib la selipar hotel je pun. Pastu aku beli selipar lain di Madinah dan hilang sewaktu di Mekah sebab tinggal kat luar untuk tawaf. Tu pun dah masuk dalam plastik dan ikat kat tiang ! Selipar beli kat Madinah tapi jodoh tak panjang. Pakcik yang ikut aku tu, 3 kali hilang selipar. Kesian dia. Salah satunya selipar mahal dia. Dah kalau tak de rezeki, redha je lah. Anggap je la sedekah. 

Tip No 22 : Shopping !

Kalau gi Umrah ni, shopping adalah aktiviti yang memang tak boleh di elak. Nak tak nak, terpaksa gak melontar wang ke sana ke mari ni. Kalau tanya aku, best place to shopping adalah Madinah. Nanti aku buat entry lain pasal shopping ni.

Tip No 23 : Peminta sedekah !

Ini pun benda biasa baik di Madinah ataupun di Mekah. Senang cerita macam ni lah. Kalau memang niat ikhlas nak bagi, bagi jer. Tapi hati hati sebab dia orang ni ramai ! Kalau bagi sorang nanti yang lain datang merengek sama. Sama jugak kalau beli barang dengan budak budak kat mana mana tempat ziarah luar. Kalau sorang dapat yang lain nak jugak. Jadi bersedialah untuk tu. Niat sedekah memang baik, tapi kadang kadang aku rasa situasi di sana lebih kepada mengambil kesempatan. Jadi kalau nak sedekah, bagi kat pekerja pekerja Masjid atau pun sedekah kat burung merpati pun tak de salahnya kot !

Tip No 24 : Cuaca 

Ramai yang maklum cuaca di Arab Saudi agak panas dan berdebu. Tapi lebih berangin daripada Malaysia. Unless memang pegi time sejuk, memang tak berdepan dengan cuaca kering macam ni. Jadi bersedialah dengan cuaca macam ni. Gi masjid awal supaya dapat solat di belah dalam. Elakkan berada di luar time tengahari. Banyakkan minum air dan pakai pakaian yang sesuai.

Rezeki aku jugak, time sampai kat Madinah hujan turun malam jumaat tu menyambut ketibaan aku sampai. Di Mekah, 4 hari aku di sana, 3 hari hujan turun. Sekali tu lebat sampai banjir kilat sekejap. Tengah tawaf waktu tengahari cuaca jadi mendung dan waktu waktu lain juga hujan turun membasahi bumi Mekah. Alhamdulillah lah cuaca memang tak menganggu aku sepanjang berada di sana.

Gambar viral banjir di Mekah. Sebenarnya banjir kilat je sebab kat Mekah tak de longkang dan ada construction. So air bertakung sekejap.

Tip No 25 : Jemaah di Mekah VS Madinah

Kalau korang rasa ramai orang kat Madinah, wait till sampai Mekah ! Nak masuk masjid memang berlaga laga ponggong ! Kalau lambat memang tak dapat masuk solat dalam masjid. So di Mekah memang kena datang awal di masjid. Kalau tak memang semayang kat kaki lima, depan kedai, tengah jalanraya, depan mesin ATM atau lagi teruk, berhimpit dengan orang lain sampai tak boleh nak bergerak ! Di Madinah OK lagi sebab kat luar ada payung. Sebaiknya, datang 1 jam awal ke masjid sebelum azan dan kalau hari Jumaat memang orang pack gegila.

Tip No 26 : Makan?

Dont worry so much about makan ! Tak perlu nak bawak maggie ke serunding ke apa ke sana. Pakej biasanya siap dengan makan dah. Breakfast, Lunch dan Dinner. Tapi kalau sesekali nak makan kat luar pun tak de masalah. Banyak kedai kedai makan. Cuma pastikan bersih je lah.

Tip No 27 : Cari Penginapan yang Bagus di Mekah Dan Madinah.

Tie balik dengan pakej yang di ambik untuk urusan umrah dan ziarah ni, sebaiknya bagi aku ambik la pakej yang menawarkan hotel penginapan yang dekat dengan masjid. Bukan apa, memudahkan kita jugak. Kadang kadang kesian tengok orang yang terpaksa berjalan jauh jaiuh berulang alik dari masjid ke hotel penginapan. Memang most of the time duduk masjid, tapi nak makan kena balik hotel. Balik hotel, makan dan pegi masjid balik. Kesian dowh especially makcik makcik dan pakcik pakcik. Kalau mujur ada Pamoga... kuat la kaki makcik pakcik nak beribadat ! Dan aku rasa jarak hotel penginapan ke masjid ni sangat la penting ! 500 meter considered OK lagi, more than that.... please dont !

Tip No 28 : Mana Satu Pilihan Kalbu?

Tengok gambar agaknya mana satu ? Aiskerim ke atau.... dum dum cheng ! Yeah. Bagi sang perokok macam aku ni, merokok tetap nak kena merokok, tapi boleh ke? Jawapannya boleh la selagi bukan dalam kawasan masjid ! Kalau luar luar tu OK lah. Yang penting... tengok kiri kanan dan jaga perasaan orang lain !. Sebelum pegi aku memang check untuk bawak rokok dan sebenarnya Arab Saudi membenarkan rokok duty free di bawa masuk sebanyak 600 batang bersamaan 3 karton ! Jadi bawak rokok dari Malaysia siap siap ! Beli kat KLIA tu hah ! Dan aku cuma bawak sekarton dan kebarangkalian untuk kena paw adalah tinggi ! Tak pe lah tu niat sedekah je ! Tapi bila bekalan rokok habis cemana? Hahaha Jawapannya rokok ada di jual tapi sorok sorok je lah. Tanya mutawwif atau bell boy hotel. Kalau lagi selamba, tanya je kat mini market. Biasanya dia orang ada jual. Cuma ada Marlboro, Winston dan Gudang Garam je. Harga? Tak tetap.... paling murah aku dapat 12 Riyal sekotak ( Harga sebenar) tapi jangan terkejut kalau ada yang ketuk sampai 20 Riyal !

Tip No 29 : Ziarah Luar

Biasanyanya akan ada ziarah luar di Mekah mahupun Madinah melawat beberapa tempat bersejarah di sana yang biasanya disediakan oleh pihak agent dan termasuk dalam pakej dah. Boleh je nak join tapi berhati hati lah sebab ramai orang takut terpisah dan tak jumpa bas yang betul. Macam aku sendiri memang ambik peluang free time pegi merayap. Siap guna Uber lagi masa kat Madinah ! First time guna teksi Uber dan memang tak sah la kalau tak kena kencing.

Tip No 30 : Umrah di Mekah

Biasanya mutawwif akan bawak kita umrah sebanyak 3 kali. Utamakan buat umrah wajib serta tawaf sunat dulu. So kalau nak buat lebih, boleh la ambik teksi sendiri dan keluar bermiqat sendiri. Tak perlu tunggu group. Cuma kalau boleh pegi berteman (naik teksi) tanpa perlu tunggu kumpulan sebab kita boleh lakukan umrah lebih dari 3 kali (seperti yang dijanjikan dalam pakej). Cuma maklumkan pada rakan kumpulan takut takut ada yang ingat kita hilang pulak ! 

Aku pun buat 3 kali je pun. :-)

Tip No 31 : Kaabah

Tengok la Kaabah puas puas. Tengok Kaabah pun dapat pahala tau ! Kalau boleh solat depan kaabah kalau berkesempatan. Feel dia memang lain !

Tip No 32 : Sekitar Kaabah

Dekat Kaabah banyak keberkatannya dan ada beberapa tempat yang mustajab doa. Kalau dapat cium Hajar Aswad memang beruntung lah. Dapat masuk Hijr Ismail pun Alhamdulillah. Solat di belakang Maqam Nabi Ibrahim pun satu peluang yang semua orang impikan. Cuma jangan pegang kain kaabah time berihram sebab ada wangian takut melekat. Time lain tak per. Orang memang ramai di sini, kot ya pun kalau nak dapat cium Hajar Aswad, jangan lah sampai kurang sopan dan tingkah laku takut nanti hilang nikmat ibadah. Berdoalah moga di beri peluang dan kalau tak dapat, bukan wajib pun. 

Alhamdulillah sepanjang di sana, aku dapat masuk Hajr Ismail 3 kali dan berdoa. Solat di belakang Maqam Ibrahim beberapa kali dan 2 kali dapat cium Hajar Aswad. Tapi........................ ada citer kelakar pulak. Orang lain yang cium aku ! Dia ingat aku ni Hajar Aswad agaknya? Ke memang sebab kulit hitam orang salah pandang?

Tip No 33 : Saie

Untuk Saie, aku syorkan gunakan laluan di tingkat atas sekali. Kurang orang ! Paling bawah tu memang ramai dan berlanggar langgar dengan orang tolak kerusi roda. Kena lebih hati hati di sini. Kaki akan merekah. Tapi slow slow.. Insha Allah... mudah jer.

Tip No 34 : Hati Hati di Masjid al-Haram

Kawasan Masjid Al Haram ni memang luas !

Pastikan tau di mana laluan masuk dan keluar dan di masjid al haram ni lelaki perempuan boleh je   bersentuhan tanpa membatalkan wuduk selagi tak de rasa 'ra............................'

Tau rasa 'ra..' tu apa? Tak tau tanya orang lain. Hahaha. Cuma kena hati hati. Dan jangan terkejut kalau ada lelaki pakai purdah ! Mungkin nak mencurik tu.

Tip No 35 : Tempat Solat di Masjid al-Haram

Sebab Masjid al-Haram ni luas, so boleh solat di dalam, atau depan kaabah, atau di bahagian atas. Tempat favourite aku adalah kat atas sekali. Kalau solat maghrib, Isyak dan subuh memang cantik kat sini. Berangin je. Tapi kalau hujan basah lah. Time ni belah ke arah kaabah di tutup untuk construction, so kalau di buka, aku rasa area tu lebih menawan. Nampak kaabah dan nampak clock tower !

Sebenarnya banyak lagi benda kalu nak share tapi rasanya aku kongsi dalam entry lain lah nanti. Semoga entry ni memberi sedikit gambaran dan panduan dari pengalaman aku sendiri untuk mereka yang berhajat di sana.

Apa yang kita dengar, kita baca memang tak akan sama dengan pengalaman menghadapinya sendiri. 


Biasa kita dengar cabaran dan dugaan orang yang mengerjakan umrah di Mekah ni. Keluar dari comfort zone dan terpaksa menghadapi kekecohan, kelewatan, suasana yang macam macam, ketidak selesaan dan banyak benda yang tak berkenan di depan mata TAPI paling utama di sini lah sebenarnya kita di uji ! Banyak bersabar dan berdoa semoga semuanya selesai dengan tenang dan kita mendapat umrah yang makbullah. Bersangka baik lah dengan Allah dan bersangka baik juga dengan diri sendiri.

Ingat lah bukan semua orang di jemput ke sana dan bagi yang terpilih, jangan rosakkan peluang yang ada dengan benda yang remeh temeh. 

Nasihat aku, kalau dah sampai seruanNya.................. pergi saja!

Ikhlaskan hati. Rendahkan diri serendahnya. Pergi lah sebagai seorang hamba yang diseru Penciptanya. Lagi lagi time masih muda dan tak banyak keterbatasan ni.

Semoga mendapat umrah yang maqbullah. Insha Allah !



Gigil menggigil aku
Ku dengar suara kebesaran
Terbangun dari tidurku
Suara azan berkumandang

Terketar ketika itu
Manakah arah tujuan
Berlinang air mataku
Menitis ke bumi penyesalan

Garis panduan tiada ku hindari
Ajal sentiasa tanpa kusedari

Baru kumengerti erti kehidupan
Mengenal diri dalam kehidupan
Tiadalah aku

Bawalah aku hampir kepada kepadamu
Jalan sebenar mengikut arahmu
Ya Tuhanku

Aku jumpa satu travelog Umrah yang agak thorough. Kalau nak tips dan perkongsian pengalaman boleh serang hendap blog ni.


bersambung.....................

32 comments :

  1. TQ di atas perkongsian ni meng.
    part orang cium kau tu kelakar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar ya.....

      agak kelakar la sampai aku tak jadi nak berduka hiba....

      Delete
  2. Alhamdulillah abang Meng ! Perkongsian tips yang baik.

    Yang kena cium masa kat Hajar Aswad tu yang tak boleh blah ! Haha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Terima kasih sudi baca.

      Part tu.. ermmmm... masih menjadi igauan ngeri

      Delete
  3. Bestnya meng! Punya kusyuk aku baca tp part kna cium tu xleh blah...heyyy aswad sgt ke abam meng ni smpai disalahertikan?? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kena pakai bedak mak cun la gaya nya kalau mcm ni..... tapi kang org ingat tepung gomak pulak

      Delete
  4. Alhamdulillah. Teringat la pulak time p umrah dulu, amik pakej murah punya pasal, naik Biman Airlines,Bangladesh. Transit kat Dhaka hahah siap sempat round half day kat Dhaka. Hehe memang pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah menarik gak tu. kurang2 dah sampai kat bangladesh... buleh eksyen dgn abang abang adesh...

      aku pun teringin nak gi bangla ni. tapi takut org tersilap cam pulak nanti. ingat nak balik ke kampung halaman.

      Delete
  5. lame x singgah blog abang meng. Thanks for info. insyaAllah November ni sy akan buat Umrah Pertama dengan kawan2 DIY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah....

      semoga mendapat umrah yang maqbullah... amin

      Delete
  6. thanks for info...harap -harap saya juga boleh jejak kaki ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah. banyak banyak berdoa. moga moga di permudahkan..

      Delete
  7. Part cium mmg kelakar....sesuatu sangat ko disangka h.aswad...anugerah tu Meng :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anugerah kena cium? hahaha..

      nanti aku citer details.. kau tgk betul anugerah ke atau boleh bikin aku marah??

      * hidung kembang kempis.....

      Delete
  8. pergi masa muda n tgh kuat adalah yg terbaik..kesian tgk org2 tua gi umrah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.....

      kalau ada rezeki elok la pegi time masih gagah perkasa ni...

      Delete
  9. terima kasih atas tips yang diberikan. Harap dapat membantu kepada mereka yang pertama kali nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga moga macam tu lah.... supaya senang nanti kat sana

      Delete
  10. Best baca entry ni dan gambo2 pun cantik..mengingatkan pertama kali ciku mengerjakan umrah dolodolo bersama TL.Moga dijemput lagi.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dpt peluang lagi ke sana utk ciku dan family. sama sama la kita berdoa.. moga di murahkan rezeki dan di beri kelapangan...

      Delete
  11. Rindunya nak ziarah Madinah dan Mekah lagi sekali!

    ReplyDelete
  12. Semuga mendapat Umrah yang mabrur ....

    Seronok baca tips Meng ... Meng baru umur 35 tahun ker? Tahniah !


    Oh ya , DSLR better jangan bawak masuk masjid ... sebab faham faham jer ler , lain orang lain lak mood atau perangainya ... kekadang tuh orang lain lak yang bunyi tgk kita ambik gambar ... guard buat derk jer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih eh Ghaz. lama betul menghilang. busy eh? tetiba muncul berderet deret komen nya...

      hahaha... seronok baca ur komen...

      umur tu biarlah rahsia.. muahahahah...

      yup. sebaiknya tak payah bawak masuk DSLR dalam masjid. Nampak mcm tak elok pun ya jugak kalau berkamera besar time org sibuk nak beribadah.

      lepas kes bom hari tu mesti guard2 ni makin ketat checking

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...