Tuesday, June 21, 2016

TRIP ZUMBA 2016 : 13 - Madinah : Jannatul Baqi dan Solat Jenazah

Sesuatu yang menarik sekiranya berada di Masjid Nabawi mahupun Masjidil Haram di Mekah, setiap kali selesai solat fardhu akan disusuli dengan solat jenazah !

Setiap waktu selesai solat, pastinya ada saja jenazah yang akan disolatkan baik siang mahupun malam atau pun subuh. Mungkin kerana jumlah orang yang ramai di Tanah Suci ini, dan kematian juga sering berlaku, jadi solat jenazah tidak putus putus di adakan di ke dua dua masjid ini.

Sepanjang masa di Madinah dan Mekah, aku cuba tak miss untuk sama sama solat jenazah. Walaupun kat Malaysia tak selalu buat, tapi bila di sana, peluang yang ada tak seharusnya diabaikan begitu saja kerana selain bagi kita pengalaman, dapat juga pahala.

Masjid Nabawi di Madinah

Di Madinah, mungkin solat jenazah cuma diadakan di Masjid al Nabawi, maka seluruh solat jenazah bila bila ada kematian pastinya Imam akan mengumumkan dalam bahasa Arab akan ada solat jenazah ini. Jemaah yang selesai solat, akan terus berdiri dan boleh dikatakan seluruh jemaah dalam masjid akan berdiri untuk solat jenazah untuk si mati yang mungkin kita sendiri tak mengenali. Jenazah yang disolatkan mungkin satu atau lebih dan selepas solat jenazah, proses pengkebumian akan terus di laksanakan di permakaman Baqi yang terletak di sebelah Masjid Nabawi tersebut tidak kira waktu malam atau subuh hari. Sebab itu lah beruntungnya orang yang meninggal di Mekah mahupun Madinan ini kerana ratusan ribu jemaah akan sama sama solat untuk dirinya.

Gigih mencuba nasib nak iring jenazah sampai ke kubur

Pada pengamatan aku, proses pengkebumian ini dilakukan sangat pantas dan berkali kali jugak aku cuba nak ikut serta sampai ke kubur tapi selalu jugak tak sempat. Sampai kat gate je, pintu dah tutup dan di arahkan untuk datang selepas solat fardhu berikutnya.

Biasalah kalau lepas solat jenazah tu nak solat sunat lagi, pastu nak tuju ke tanah perkuburan Baqi tu makan masa jugak. Tu yang tak sempat ikut sama.

Tapi ada satu hari lepas Asar aku cepat cepat keluar dan berlari ke gate untuk ke tapak perkuburan Baqi tu.

Orang ramai berpusu pusu ke entrance masuk ke Perkuburan Baqi'. Gambar ni saja kurang kurang ada 3 jenazah sedang di usung.

Alhamdulillah, kali tu memang aku sempat lihat proses penguruskan jenazah, dari selepas solat jenazah di masjid hingga lah jenazah di bawa ke tanah perkuburan.

Memang bukan satu jenazah yang ada, biasanya lebih. Dan orang yang usung jenazah ni memang berebut rebut. Belum kira yang nak mengiringi. Dan pergerakan mereka sangat pantas sampai aku rasa macam dia orang berlari bawak jenazah tu cepat cepat ke tanah perkuburan.

Jenazah di usung ke tanah perkuburan Baqi. Kalau sesiapa rasa gambar ni tak sesuai aku letak, sila bagitau. Aku remove untuk menjaga sensitivity. Tapi aku tak de niat lain, cuma nak tunjuk betapa ramainya orang yang mengiringi setiap jenazah ini.

Pintu masuk ke Jannatul Baqi'

Jenazah di bawa terus ke tapak perkuburan

Pengkebumian

Proses pengebumian pun memang pantas. Biasanya ruang kubur sudah siap siap di gali dan orang yang mengusung jenazah akan terus ke kubur dan siap sedia untuk mengebumikan jenazah.

Tak sampai 15 minit, urusan pengkebumian selesai.

Memang pantas dan aku sendiri pun speechless. Memang tak de masa nak bersedih mana, sampai, tanam dan selesai. Tapi ada jugak la nampak sorang dua aku assume saudara si mati ada di situ mengiringi. Biasanya orang lelaki je yang pegi kubur ni so memang tak nampak kaum pompuan.

Di Madinah, jenazah akan dimakamkan di Makam Baqi’ tak jauh dari Masjid Nabawi. Manakala di Mekah pula, jenazah-jenazah itu biasanya dimakamkan di Makam Ma’la. Tapi kalau penuh, ia akan dimakamkan di Makam Siroyai berhampiran dengan Jabal Nur. 

Kat Mekah aku tak sempat nak iring ke kubur sebab tak tau dia orang keluar ikut arah mana.

Jadinya, kalau berada di Mekah ataupun Madinah, Jangan lepaskan kesempatan untuk ikut solat jenazah di sana cuba cuba la cari peluang untuk iringi jenazah sampai ke tanah perkuburan sampai lah selesai pengkebumian.

Walaupun solat jenazah ni fardhu kifayah, 

“Barangsiapa shalat jenazah dan tidak ikut mengiringi jenazahnya, maka baginya (pahala) satu qiroth. Jika ia sampai mengikuti jenazahnya, maka baginya (pahala) dua qiroth.” 

Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud dua qiroth?” 

“Ukuran paling kecil dari dua qiroth adalah semisal gunung Uhud”, jawab beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam. (HR. Muslim no. 945).

So dah tengok saiz Bukit Uhud hari tu kan? Jadi, Sebaiknya, kalau sebelum mengerjakan umrah ni, riki riki sikit pasal cara cara nak solat jenazah ni. Tak de lah buntu tak tau nak solat cemana nanti.

Boleh refer sini kalau nak baca panduannya : Panduan dan Cara Solat Jenazah

Jannatul Baqi

Since aku sempat masuk dan melawat Tanah Perkuburan Baqi ni, so meh aku share sikit gambaran dan informasi mengenai tempat ini.

Tanah perkuburan Baqi di Madinah

Maqbaratul Baqi ' atau Jannatul Baqi ( Garden of Baqi) merupakan sebuah kawasan perkuburan di Madinah yang terletak di sebelah tenggara Masjid al-Nabawi (Masjid Nabi). 

Pintu masuk yang hanya di buka pada waktu waktu tertentu sahaja

Tanah perkuburan ini di anggap penting kerana menjadi tanah perkuburan untuk saudara mara dan sahabat Nabi Muhammad SAW sejak dahulu lagi.

Semasa pembinaan al-Masjid al-Nabawi, selepas penghijrahan dari Mekah ke Madinah, Asa'ad bin Zararah, seorang dari sahabat Muhammad meninggal dunia. Nabi Muhanmmad SAW telah memilih tempat ini untuk di jadikan tanah perkuburan dan Asa'ad adalah orang pertama yang dikebumikan di al-Baqi ini dari kaum Ansar. Kemudiannya, anak anak perempuan baginda, Ruqayyah jatuh sakit dan telah meninggal dunia pada tahun 624. Selepas tamat perang Badr, Uthman bin Maz'oon meninggal dunia dan turut dikebumikan di al-Baqi. Beliau dianggap sebagai sahabat pertama Nabi Muhammad SAW dari golongan Muhajirun yang juga dikebumikan di tanah perkuburan ini

Namun kini tiada sebarang petanda untuk kubur kubur di sini bagi mengelakkan berlakunya amalan kurafat dan kepercayaan keramat.

Orang ramai mengiringi jenazah di Baqi

Kawasan perkuburan yang luas

Kubur kubur yang hanya di tandakan dengan batu sahaja

Khalifah Uthman bin Affan turut dikebumikan di sini selain daripada Halimah, ibu angkat nabi. Selain itu, semua isteri isteri baginda kecuali Khadijah binti Khuwailid, yang dimakamkan di Jannatul Mualla di Mekah. 

Pertalian dan hubungan kekeluargaan Nabi Muhammad SAW

Info yang dipamerkan di luar kawasan perkuburan berkenaan dengan hubungan dan salasilah keluarga nabi yang dimakam kan di Al Baqi ini.

Antara sahabat dan saudara mara baginda yang turut sama disemadikan di kawasan perkuburan Baqi ini adalah anak nabi ialah Roqayyah , Umm Kulthum dan Zainab iaitu anak-anak perempuan nabi dengan Khadijah, Fatimah binti al-Asad iaitu ibu saudara dan dan ibu kepada Khalifah dan Imam Ali 'Abbas bin' Abd al-Muttalib.

Sepanjang tempoh masa sejak dari zaman nabi lagi, tanah perkuburan Al Baqi ini telah di perbesarkan bagi menampung tapak pengkebumian. Terdapat juga kemusnahan yang terpaksa di lakukan kepada beberapa masjid dan kawasan penting bagi tujuan pembesaran ini.

Layan gambar gambar sekitar Janntul Baqi ini.

Perkuburan yang bersih dan terjaga

Masjid Nabawi dari arah makam Baqi

Kubur kubur di Al Baqi

Bersih dan tersusun tapi kubur kubur lama terutamanya para sahabat dan suadara mara Nabi Muhammad SAW tidak di tanda bagi mengelakkan perkara perkara kurafat

Salah satu kubur lama bersaiz besar

Perkuburan Baqi

Terdapat laluan untuk dilalui dan kawasan ini sentiasa dijaga oleh pengawal kawasan

Kawasan di pagar rapi dengan tembok yang tinggi

Kubur kubur lama di tepi kawasan perkuburan

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, kematian itu akan datang tanpa kita ketahui dan dimana kita akan mati. Semoga kita ambil sedikit masa dan berfikir sejenak, bagaimanakah pengakhiran kita nanti.

Al Fatihah untuk kaum keluarga serta sahabat sahabat yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga dengan sisa waktu dan masa yang ada, kita dapat manfaatkan sebaik mungkin untuk kita bersedia bila nanti saat kita pula di panggil oleh Pencipta.

Yang pastinya, waktu dan kesempatan untuk kita pun akan turut sama berakhir bila tiba waktunya !



Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

bersambung...................

10 comments :

  1. Gambor proses pengebumian xder la kot ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dop.. tak sampai hati nak ambik dekat dekat. ..

      join gak la masa kebumi tu. dpt la tengok mayat di turun kan ke liang lahat.. tapi org pun ramai kerumun so agak sesak nafas gak lah

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah.. semuanya di permudahkan. dah balik dah pun

      Delete
  3. Speechless aku meng. Pestaim tgk org amek gmbo dlm baqi tu...biasa dr luar pagar jer...thanks sbb sharing semua nih... 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun hampir putus asa sebab bila pegi je tak leh masuk. .

      last day kat madinah tu la baru dapat peluang.

      Delete
  4. Alhamdulillah..ni 1st time entry penuh tentang kematian dan pengkebumian di sana. Selama ni asyik tertanya-tanya je macam mala la kalau mati kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. sebab tertanya tanya jugak la ni memang pasang niat nak gi melawat kubur... nasib la berjaya jugak

      Delete
  5. Salam tuan. Saya pun berkesempatan mengusung jenazah sampai ke liang. Bertenggek kat liang passing batu ke dalam liang. Tiap2 asar lepas jer solat jenazah terus kejar ke pintu al baqi. Hari dah kali ke 3. On the way keluar al baqi tu singgah maqam khalifah usman bin affan. Keluar al baqi ziarah maqam rasulullah s.a.w abu bakar dan umar. Itulah rutin lepas asar :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...