Thursday, June 23, 2016

TRIP ZUMBA 2016 : 15 - Madinah : Al-Madina Museum | Al Hejaz Railway Museum | Amberiye Mosque

Berkesempatan berada di Madinah, dan dah survey skit skit, aku memang bercadang nak pegi melawat ke tempat ni iaitu Museum Al Madina.

Apa lagi yang ada di Madinah ni kalau bukan muzium. Takkan desco kot? Opsss.

Tapi... info yang aku dapat dalam internet selalu seleweng aku ke Museum Darl Al Madinah yang aku rasa aku tersilap pegi tu. Info kat internet tak lengkap. Sebab baca pun sekali lalu, rupa rupanya baru la aku dapat tau yang nama lain untuk Al Madina Museum ni adalah Al Hejaz Railway Museum !

Tipah terpedaya......... !

Buleh je dia letak nama museum ni Al Madina Al Munawarah Museum

Baik dalam internet mahupun google map semua menipu. Bila check dia kata lokasi dia dekat dengan Hotel Movenpick tempat aku stay. So aku pegi lah jalan kaki. Tapi tak jumpa jumpa. Tanya orang pun semua macam tak tau. Last sekali sampai bangunan gudang !

Hampeh. Buang masa aku jer. Putus asa jap. Tapi usaha kena gigih !

Lepas dapat nama lain bagi Al Madina Museum ni, aku pun try pakai Uber sekali lagi dan sorang mamat ni muncul dengan Kia Optima dia berhenti tepi highway dan expect aku cross jalan yang busy tu. Hangin gak la aku di buatnya.

Pastu bila masuk kereta, dia pun tak tau kat mana Al Hejaz Railway Museum ni. Apatah lagi Al Madina Museum. Lagi mengharukan, dia tak faham English so dia dok cakap Arab dan aku dok cakap English. Last last dua dua bengong sekejap. Aku siap surf cari nama tempat ni dalam Arabic pun dia tak tau gak. Last sekali dia telefon kawan dia dan dengan kos transport sebanyak 10 riyal, akhirnya aku sampai ke tempat yang aku idamkan !

Bangunan muzium

Rupa rupanya, muzium ni ada 2. Yang depan ni Al Madina Al Munawarah Museum dan yang belah belakang adalah Al Hejaz Railway Museum. So kalau nak cari, guna Al Hejaz Railway Museum tu.

Okey. Masa tak banyak. Hari pun dah petang. Dah membazir masa tawaf kawasan tadik. 

So usha kawasan persekitaran muzium ni dulu.

Ni rasanya bangunan kerajaan. Besar semacam je

Petang petang ni ramai je lepak lepak kat padang berborak borak bergossipan. Ada masjid dengan gaya binaan Turkey. Nanti aku pegi ! Now kita masuk muzium dulu

Dipersilakan masuk

Papan tanda bagi nama pendek pulak dah

Ya... aku datang ni. Cepat buat kopi !

Al Madina Museum ini terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi tapi belah opposite site dari hotel aku. So kalau dari belah aku datang tadi memang jauh sikit.

Muzium ini dibuka dari jam 9:00 - 21:00 Sabtu - Khamis dan dari 17:00-21:00 pada hari Jumaat.

Dia bukak sampai malam. Tapi aku nak kejar maghrib di masjid so aku tak leh berlama lama di sini. Yang bestnya masuk adalah percuma !!!

Muzium Al Madina ini yang occupied bangunan depan kompleks muzium ini memaparkan pamera artifak tinggalan dari zaman Muhajirin dan Ansar lagi termasuk la beberapa bukti penting dalam pembangunan kota Madinah sejak zaman Rasulullah lagi. Tapi barang di ingat, di sini, barang barang peninggalan nabi dan para sahabat sudah tidak ada lagi kerana telah di ambil oleh kerajaan Ottoman yang pernah menawan kota Madinah ini.

Apa yang menarik di muzium ni adalah terdapatnya Al Hijaz Railway Museum di belah belakang bangunan yang satu ketika dulu menjadi nadi pengangkutan penting yang menghubungkan Madinah dengan kota Damsyik di Syria sewaktu pemerintahan Uthmaniyyah dari Turkey. Sebab itu lah segala barang barang peninggalan Nabi Muhammad serta para sahabat telah di bawa ke Turkey dan khabarnya kebanyakkannya di pamerkan di Istana Topkapi di Istanbul.

Lupakan dulu pasal keretapi tu, kita usha dulu bangunan muzium n. Layan gambar.

Dalam bangunan muzium di tingkat bawah

Replika kompleks Al Madina Museum

Pameran peralatan lama yang pernah di pakai

Peti apa ntah. 

Sempat jugak la aku jadi jurukamera ambik gambar orang dalam muzium ni

Tingkat bawah lebih banyak ruang lapang siap dengan kerusi istirehat

Tak perlu buang masa kat bawah sebab tak de apa sangat. Naik ke tingkat atas ada ruang pameran yang lebih padu. Ada bilik bilik yang memaparkan pelbagai bukti sejarah serta gambar gambar perubahan Kota Madinah dari zaman Rasulullah S.A.W hinggalah kedatangan Raja Saudi yang mengambil alih pemerintahan negara ini.

Tingkap

Pasu pasu dan barang barang lama. Aku pun tak berapa check apa benda tu

Ada jugak barang barang dari kaum Ansar dan Muhajirin

Al Quran lama

Naskah

Barang barang sejarah

Okey.. pusing pusing masuk satu bilik ke satu bilik yang lain dan turun semula. Maka tamatlah melawat Muzium Al Madina ni.

Apa?

Tak menarik? Memang pun ! Tak de banyak barang yang istimewa untuk dipamerkan. Kebanyakkannya adalah pameran tembikar, peralatan kopi, koleksi mata wang kertas, senjata dan sekumpulan gambar-gambar lama kota Madinah sejak 1880 tahun.

Tapi jangan risau. Dah sampai ke Al Madina Al Munawarah Museum ni, jangan lupa cilok ke bahagian belakang untuk melawat Al Hajaz Railway Museum yang aku rasa lebih menarik.

Sapa sangka kat Madinah ada laluan keretapi? Aku pun tak pernah tahu ! Tapi memang ada. 

Tak caya tanya adik ni.

"Kaifa haluka ya akhi eh eh kaifa haluka ya ukhti??." Hahaha. Aku pun tak faham apa aku tulis.

Ni kawasan belakang bangunan Al Madina Museum

Bangunan muzium dari arah belakang

Kat belakang ni ada compound besar macam taman dan di penuhi dengan pokok pokok kurma.

Ada macam pavillion

Pokok pokok kurma

Taman dengan pokok pokok kurma

Ada pokok kurma yang rendang

Dan berbuah lebat

Dan akan nampak landasan keretapi

Keretapi lama yang dipamerkan di muzium terbuka ini

Dan bangunan bangunan lain

Sila baca

Termasuk la kepala keretapi ni

Al Hejaz Railway Museum merupakan sebuah muzium yang telah di buka pada tahun 2006. Ia merupakan projek membaikpulih Ottoman railway station di Madina yang lebih dikenali sebagai 'Istasyun'. Projek ini termasuk lah menyambung semula track lama yang bersejarah termasuklah mengembalikan semula kegemilangan zaman keretapi di Madinah ini beroperasi.

Keretapi pertama tiba dari Damsyik melalui Hijaz pada 22 Rejab 1326 H bersamaan 28 Ogos 1908. Ia beroperasi sehinggalah tahun 1921. Ia meraupakan sebahagian daripada rangkaian keretapi Uthmaniyyah dan dibina sebagai lanjutan dari terminal asalnya di Constantinople (Istanbul) sejauh 1300 kilometer. Tujuan utama jaringan keretapi ini adalah untuk memudahkan jemaah haji dari sana untuk ke kota Mekah dan Madinah selain daripada meningkatkan integrasi ekonomi dan politik daripada Wilayah Arab selain untuk memudahkan pengangkutan tentera.

Operasi keretapi ini terhenti setelah berlakunya Perang Dunia Pertama.

 
Railtrack

Keretapi yang sudah di baik pulih untuk pameran

Tak pasti apa tapi rasanya coach tu dah ditukar jadi restoran

Bangunan station asal di penghujung track

Hari pun dah gelap. Aku tak buleh berlama lama. Kena jalan kaki balik ke Masjid Nabawi untuk solat maghrib.

Bye Bye muzium. Bangunan dia lawa.

Matahari dah nak berlabuh

Menanti senja

Abis di Al-Madina Al-Munawarah Museum  dan Al Hejaz Railway Museum. Aku nak menapak balik ke masjid, tapi nak singgah kat masjid sebelah muzium yang aku nampak tadi tu.

Amberiye Mosque

Gi usha kejap jer

Masjid ni nama dia Amberiye Mosque. Sebuah masjid bersejarah yang wujud sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah lagi.

Di bina pada 1908 oleh Sultan Abdul Hamid II dari kerajaan Ottoman, ia merupakan bangunan tinggalan sejarah yang tidak di musnahkan oleh kerajaan Saudi. Kebanyakkan bangunan bangunan lain dari zaman era Uthmaniyyah ini tlah di musnahkan oleh golongan Wahhabi Saudi yang menolak ideology bangunan lama dan antique dari kerajaan asing.

Aku singgah kejap je ambik gambar di bahagian dalam

Kubah

Sempat jugak suruh ambik gambar dia. Aku ambik gambar kau pastu aku nak buh mana? Okey... Jadi model dalam blog ni aci?

Masjid Amberiye dari arah tepi

Okey. Last last !

Cantik kawasan sekitar dia ni

Oh. Dah nak gelap !

So lepas tu aku kena menapak dengan lebih kencang.

Ramai je orang lain pun berjalan ke masjid untuk solat maghrib. Jarak tak jauh mana tapi sebab kena tunggu lampu isyarat lama jugak lah.

Bangunan Emirate of Madinah Province

Bergegas pulang ke Masjid Nabawi....

Akhirnya selamat kembali sebelum azan maghrib dilaungkan.



Jernih berkilauan bagai titisan embun menghujan
Hening alam rasa bila namamu aku lafazkan
Kusaksikan dengan nya hati penuh rindu yang syahdu
Dan berbisik tentangnya hasrat jalinan kita kasih

Dan dari pintu ke pintu
Jangan dilangsiri
Dengan tabir kelam kita luaskan dengan cahaya
Segala dan semuanya
Tetapkan ku genggam
Penuh kepasrahan dan tanpa resah terhadap cinta

Di saat bercinta datang berbagai bayang-bayang menjelma
Dan kerna saktinya cintaku teguh tidakkan luruh

Dan dari pintu ke pintu
Jangan dilangsiri
Dengan tabir kelam kita luaskan dengan cahaya
Segala dan semuanya
Tetapkan ku genggam
Penuh kepasrahan dan tanpa resah terhadap cinta

Di saat bercinta datang berbagai bayang-bayang menjelma
Dan kerna saktinya cintaku teguh tidakkan luruh
Dan kerna saktinya cintaku teguh tidakkan luruh

bersambung...............

8 comments :

  1. Replies
    1. dia org ni pantang kalau tgk kamera... suka suka hati je panggil suruh ambik gambar depa.. ada sekali masa kat luar masjid... ingat kan dia org nak rompak aku... rupanya suruh ambik gambo dia orang..

      feeling2 model betul lah

      Delete
  2. Betul En Supermeng... Barang2 peninggalan Nabi ni ada banyak kat Museum of Holy Relics kat Istana Topkapi di Turki. Sebab itu En Meng kena pergi ke Turki... Hehee macam Duta Pelancongan Turki pulak saya ni promote2 Supermeng terbang ke Turki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turkey memang dalam list.. cuma tunggu masa je. insha allah... ada rezeki nanti sampai lah.. moga moga di beri kesempatan gi istana tokapi tu nak tengok sendiri brg brg peninggalan nabi.

      Delete
  3. Meng rare la perjalanan umrah ko.syiok gila ko explore sendiri tmpt2 org jrg pi nih...untung jd org laki nih...hehe terbaek beb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung ek jadi org laki... jadi org pompuan pun untung gak... kena ada escort...

      aku kalau bermasa memang sampai riyadh dan jeddah pun aku nak explore. tapi mcm dah lari tujuan gi umrah dah jadi nya. tak pe la tempat2 lain tu nanti pegi santai2 je kalau ada rezeki di masa depan. dok gitu?

      Delete
    2. Hehe yup pompuan pun untung gakkk...hehe bwk escort sado2 xberani org uber nak tipu...kuikuikui

      Yup yg lain tu nnti ko leh explore lg...xpun nnti nkpi europe amek saudi airline yg transit kt riyadh or jeddah...hehe boleh gitu?

      Delete
    3. tak moh naik saudi dah... makanan tak sedap. ekekekek

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...