Wednesday, December 10, 2014

Jejak Myanmar - 08 - Yangon : Sakura Tower | Bogyoke Aung San Market

Nasib baik la hujan tu tak lama. Lebat lah tapi nya. Jenuh bergelumang kaki dengan air sireh. Redha je lah. 

Agak agak dah serik sikit hujan tu. Aku redah jer. Cari kedai makan tak jumpa then aku sampai di Sakura Tower.

Hajat hati memang nak singgah. Nak naik dan tengok view Yangon dari atas. Kat atas tu ada restaurant. Boleh la feel feel makan kat situ.

Tapi takkan la aku nak makan kat situ. Hmm tak per. Aku ada cara nak buat nanti.

Masuk dengan muka mewah. Ada pak guard scan body kat bawah. 

Sakura Tower

Tak susah nak jumpa bangunan ni sebab terletak betul betul di persimpangan jalan utama. Ada Shangri La Hotel kat depan dia.

Aku masuk dan naik lif ke tingkat 20. Nama restaurant tu adalah The Thiripyitsaya Sky Bistro. Gila berbelit namanya.

Cuak jugak nak masuk sebab nampak high class tempat ni. Silap silap kang aku kena halau. Tapi buat muka mewah dan bagitau nak duduk. Nanti dia bagi la meja kosong.

Sebelum tu pegi toilet dulu cuci kaki dek air hujan bercampur air sireh tadi tu.

Dapat meja. Ramai jugak orang kat restoran ni tapi kebanyakkannya foreigner termasuk la aku.

Tengok menu. Tak tau nak order apa.  

Tapi aku dah set. Kalau aku tak order teh ke kopi, aku order la fresh orange ke apa ke. Tak de la nampak malu sangat.

Makanan tak payah order lah. Macam mahal jer. Lagipun tak nampak yang menarik.

Air dah sampai. 

Waiter datang letak air..... dia pusing jer... teguk laju laju pastu.

"Waiter !! Check please !!!"

Hahahah. Panggil waiter tu terus mintak bil. Haks.

Tak de lah. Aku lepak jap layan rokok sebatang.

Sudah tentu la agenda utama aku naik ke atas ni bukan nak makan minum. Aku just nak tengok view dari atas dan ambik gambar.

Tapi tengok atas meja meja orang lain, ramai pulak macam makan tak abis. Nampak roti dengan butter pun buat aku teruja. Nak je aku pegi tanya..

"Encik encik sekelian. Kalau tak nak roti ni boleh bagi saya? Saya kebulur ni"

Bakal kena penampor agaknya.

Jadi...... aku pasrah dengan kemampuan diri. Fresh orange tu harga dia dalam RM 10. Cincai bocai lah. Tapi yang penting, view kat atas ni memang superbusa. Boleh tengok kota Yangon...Dan memang kena masuk dalam resto ni baru boleh tengok view !

Yangon selepas hujan

Sule Pagoda dan Independence Monuments yang aku pegi pagi tadi

Scott Market. Tempat yang aku nak pegi selepas ni. Bangunan yang tinggi ni adalah Parkson !

Shwedagon Pagoda kelihatan dari Sakura Tower. Pun dalam list yang aku nak pegi hari ni

Yangon City

Sule Pagoda

Yangon River

Bogyoke Aung San Stadium. Kat situ la aku beli tiket bas ke Bagan tadi

Station keretapi Yangon

Sempat ke aku nak pegi Shwedagon Pagoda  Sabar sabar. Tunggu situ.. nanti aku pegi !!

Masa kat atas restoran tu aku ada dengar orang borak borak. Telinga aku capang tak leh nak tolong. So aku dengar dia orang borak borak yang orang Malaysia ni baik baik kalau dibandingkan dengan orang orang dari negara Asean yang lain.

Nak je aku pusing.

"I am from Malaysia !! Mahu autograph?"

Agak agak kena curah dengan air kopi tak? 

Tapi since dia memuji.. aku just tumpang bangga je lah. Feel feel pejam mata kembang kembangkan hidung ....  kembang kuncup sorang sorang.

Dah abis ambik gambar kat atas, aku turun. Kali ni nak pegi ke Scott Market atau Bogyoke Aung San Market. Tempat yang popular untuk mencari cederamata di Yangon ni.

Ayuh pegi.

Kena lalu depan Hotel Sule Shangri La Yangon

Sakura Tower tadi. Restaurant tadi tu atas sekali.

Terbangga kejap nampak opis Malaysia Airlines sebelah Hotel Shangri La tu.

Tetiba aku nampak masjid ! Yahooo. Hati berkata, mesti ada tempat makan halal kat sini  

Tapi aku nak pegi Scott Market ni dulu, nak usha apa yang ada

Scott Market aka Bogyoke Aung San Market tu seberang jalan jer tapi tak boleh melintas. Kena naik jejantas. Jauh pulak tu nak kena pusing. Nak tak nak terpaksa lah redah.

Tapi on the way tu dah banyak orang berjual jualan di kaki jalan. Makanan, sayuran dan macam macam. Boleh la usha usha melihat.

Lapar tengok jagung tapi perut aku nak nasik. Maybe sebab tadik dah makan mangga.. orang Hitaly kata 'luga'

Aloe Vera untuk di jual. Tempek kat muka ni confirm awet muda... tegang mengalahkan botox.

Mangga. Aku dah beli tadi.. Gelora perut makan mangga sebelum makan nasik

Atas jejantas ada orang jual burung..... Tak baik betul jual burung.. kesian mereka. Kalau berani jual la burung sendiri duluk... Ahaks...

Jalan utama di hadapan Bogyoke Aung San Market 

Masjid yang aku nampak tadi. Lepas ni boleh singgah.

Bogyoke Aung San Market tu besar jugak. Macam macam dia orang jual. Tapi kebanyakkannya jual cenderamata dan hasil tangan rakyat Myanmar. So kiranya memang ramai pelancong yang datang ke sini untuk membeli belah.

Bahagian belakang Bogyoek Aung San Market. Ada jual kain kain


Dalam ni macam pasar pasar di negara lain gak lah

Aku tak usha mana. Pusing pusing tengok fridge magnet.

Paling murah dia orang jual USD 2 seketul.

Jual pakai USD, mahal lah. Dan aku pun teragak agak nak beli. Sudahnya tak beli. Aku fikir, nanti la aku cari kat Bagan. Mungkin Bagan tu kampung sikit, mesti agak murah FM di sana.

Konon konon.

Nasihat aku, kalau dah jumpa.. beli je dulu at least 1. Nanti tak de la kecewa bila tak jumpa !

Dan aku memang tak beli apa apa, last sekali blah macam tu je dan balik semula ke seberang sana...

* macam cerita sang kancil dengan buaya jer.



Dengarlah suatu cerita
Sang Kancil dengan buaya
Sang Kancil jalanlah berjalan
Sampai di tepi sungai

Nampaklah di seberang sana
Banyak pohon buahan
Segala buaya yang ada
Beratur sampai sana

Sang Kancil pun melompat-lompat
Mengira dengan cepat
Satu, dua, tiga dan empat
Ia sampai ke darat

Damn aku jumpa lagu ni. Kenangan gila ! Ayuh nyanyi ramai ramai....................

* mati la aku je KBSR kot.

bersambung.......

13 comments :

  1. hahahaha tibe tibe ending lagu kancil dengan buaya. epik!

    boleh tahan cantik fm dia. ruginye meng x beli ! huhuhu tapi usd2 seketol memang mahal pon!

    ReplyDelete
  2. Kira kira zaman Pak Cik dulu, samada ambik LCE atau SRP ...

    Hahahahahahaha ....

    ReplyDelete
  3. Penutup kipas pun boleh letak burung.

    Aloe Vera tu jarang jumpa yang jual macam tu kat pasar.

    "Luga" bakpe la makang pelam wat alas perut hahahahah

    ReplyDelete
  4. Argghhh....aku dah jatuh centa dgn blog ko...aku senyum, ketawa keseorangan di depan pc....dan ada masanya aku teringin berkelana sendirian ke negara orang. btw...blog ko memang superb !!!

    - Hayati -

    ReplyDelete
  5. muka mewah..?! Hahaha ajar sikit camne nk wat bang meng..hihiks

    ReplyDelete
  6. menggg cepat pegi Shwedagon Pagoda tu cepatttt....aku nengok dia duk memanggil ko dah tuuu....

    arghh aku pun tertarikkkkk sekalik nengok pagoda tuh!terpesona gitewwww!hahahaha

    ReplyDelete
  7. SyM : tu la rugi aku x beli.. sebab lepas tu tak jumpa jumpa dah..

    jumpa balik kat epot.. dah lagi mahal jadi nya...

    kedekut punya pasal. sudahnya hapak pun tak daq..

    kau nyanyi tak lagu sang kancil tu dulu? kau mesti stok muda belia lagi ni...



    Ghaz : sama la kita pakcik Ghaz.. zaman SRP ..

    hehehehe...



    CC : tu laa dah jumpa mempelam tu je.. stcuk pulak time hujan.. belasah je la..

    tu yang rasa luga maya...

    aku tak suka org jual burung mcm tu. kesian. jual benda lain tak per.

    ReplyDelete
  8. HB : aku riki riki jugak tapi tiket tak de yang murah.

    aku masukkan plan ke laos tahun depan la..

    kau nak gi mana?



    HG : terima kasih.

    Baca je la. selagi aku rajin aku tulis la tapi jangan kacau aku sgt. baca je.. kalau aku x selesa kang aku xleh nak merapu.

    anyway thanks for reading.

    ReplyDelete
  9. An : muka mewah tu.... jalan tangan ke belakang. senyum tapi masam...

    buat la muka yang rasa macam duit sejuta dalam poket.. walhal tak dok..

    hehehehe..


    DJ : harus la aku pegi. cuma kocoh kocoh dan cuaca yang tak best.. so ambik gambar x cun.

    lagi haru sebab aku flat !!!

    gegila nya flat.. !

    ReplyDelete
  10. Memang saya muda belia lagi! Kena panggil Uncle Meng! Hihi

    Sebelum ni silent reader je sekarang baru belajar nak komen komen.

    Biasa kalau bukak entri baru mesti scroll bawah cari ada lagu tema tak, bukak lagu tema dulu baru feel baca hahaha

    ReplyDelete
  11. Shin : tak leh nak buat kat sini..

    tapi muka mewah la. hidung kembang pasti jalan tangan ke belakang.

    mewah tak?

    ahaks


    SyM : haaaaaa.. aku saja buh lagu tu nak kasik mood datang..

    datang tak mood? tapi mostly lagu tua dalam hentam kromo. sesuka hati aku je nak kasik entry tu panjang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...