Tuesday, December 9, 2014

Jejak Myanmar - 07 - Yangon : Circular Train - Part 3

OK. Part ke last circular train Yangon.

Sebenarnya cerita tak banyak tapi gambar banyak sebab boring. Jadi, snappy selagi mampu.

Masuk jam ke dua train ni dah meninggalkan jauh bandar Yangon, jadi persekitaran dan suasana memang betul betul berubah. Kalau tadi macam bandar pastu macam kampung yang dekat dengan bandar tapi jam ke tiga ni memang perkampungan semata.

Saujana mata memandang.

Personally, aku rasa bahagian ni la yang menarik compared to jam pertama dan ke dua tadi tu.

Keretapi bergerak perlahan

Suasana desa

Daif je nampak kehidupan dia orang ni

Salah satu train station

Badan aku dah start sakit sakit dah. Bontot pun dah rasa kebas sebab seat yang keras macam duduk atas batu tu. Perut pulak kelaparan berkeriuk keriuk minta di isi. 

Tak de apa makanan di jual atas train ni, kalau ada pun aku tak berani nak beli. Air pun tak der. Dah la cuaca panas.

So sebaiknya kalau nak naik train ni, sesapa lah. Bawak la makanan ke minuman ke untuk alas perut. 3 jam perjalanan tu bukan sekejap.

Lagi lama dari flight Yangon balik KL !!!

Makcik mengenang nasib di tingkap train

Desa

Kehidupan mereka

Adik ni berlari nampak aku tala kamera. Dia siap lambai lambai. Semoga hidup mu berkeuntungan di masa depan Dik. Uncle Meng doakan.... Seluar tu tukar.. tak trendy dah seluar bunga bunga macam tu.



Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Desa permai

  Yang penting..... walaupun dalam train kena jugak jaga kecantikan wajah kan? Qu Putih.. berikan peluang ke dua untuk wajah anda..

Bangunan

Train berselisih dengan train lain. Rata rata semuanya bertanaka dan kebosanan dalam train. Kalau jumpa malam malam ni boleh mengundang kengerian.... Kalau bosan boleh main jelir jelir....

Besen pun boleh panas panas ni....

Mereka bergossipan

Akhirnya.. tamat juga perjalanan dengan circular train di Yangon ni.

Nak kata wajib naik, tak jugak kot. Bagi aku lah, kalau ada masa ... naik je. Tapi kena ready dengan bontot sengal, leher terkehel, perut lapar dan sebagainya. Bawak la apa yang patut sebagai persediaan. Overall, aku rasa journey train ni agak bosan. Tak de apa yang boleh di buat. Kalau ada mp3 player boleh la layan. 

Tapi personally, aku suka circular train ni sebab ada satu part tu memang mengimbau kenangan di zaman silam. Zaman kecik kecik masa aku mula di besarkan. Macam terbayang aku yang berlari lari kat perkampungan tu.

Oh. Aku terbawa bawa dengan suasana. Terasa hiba sebab aku dok ingat rumah makcik makcik kat kampung aku tu. Pastu terkenang pulak mereka yang dah lama meninggal dunia.

Emo !

Train dah mula nak sampai di Yangon Station. Cuaca gelap nak hujan

Tapi ada satu yang menjengkel kan aku sepanjang 3 jam dalam train ni.

Aku ambik coach yang belakang sekali. Dan belakang tu ada la macam pintu so boleh lah nak ambik gambar ke apa. Tapi ada satu mat salleh ni, dari mula train bergerak sampai abis. 3 jam bayangkan dia berdiri kat situ tak bagi can langsung kat orang lain.

Nasib lah kaki dia tak kejung.

Hish.

Tu ha mat salleh yang conquer pintu belakang

Akhirnya train sampai semula di Yangon Station.

Dah sampai tu turun lah.

Aku pun bergegas berjalan sebab takut hujan turun. Hajat di hati nak pegi kat gerai budak muslim yang aku jumpa pagi tadi tu. Boleh la aku beli kuih yang dia jual. Setakat nak alas perut dulu sampai aku jumpa kedai halal yang lain.

Bye bye Yangon Station

Tengok tu cuaca dah gelap gelita

St Mary Chatedral di Yangon... terletak dekat dengan station keretapi Yangon. Tapi aku tak pegi dekat sebab nak kejar masa.

Ni dari atas flyover dari Station keretapi. Bangunan di Yangon

Hari nak hujan !!! Bangunan tinggi tu adalah Sakura Tower.. tu la destinasi aku seterusnya

Turun dari flyover tu aku ke kiri sebab nak gi gerai budak Muslim tadi tu kejap. Tup tup masa aku sampai dah tak der dia. Dah berganti dengan orang lain yang jual kat situ. Maybe dia jual pagi je kot.

Patah hati. Musnah harapan. 

Aku jalan kaki menyusuri jalan besar tu balik ke arah Sakura Tower. Tengok tengok jugak kot terjumpa kedai makan yang halal. 

Dan dan tu hujan turun dengan lebat dan mencurah curah.

Aku stuck kat sini. Kat panggung wayang. Ada gerai jual mangga. Aku beli la mangga tu mengalas perut. Tapi tak sedap sebab dia bukan pakai asam tapi pakai cili

Hujan mencurah curah. Di sini lah aku berlindung. Dalam hati berdoa jangan la hujan lama lama sebab aku banyak tempat lain lagi nak pegi lepas ni.

Dan hujan sememangnya lebat dan tempatnya dah pack dengan ramai orang menumpang teduh

Apa yang merisaukan aku adalah air naik dengan pantas dek kerana hujan lebat ni. Air naik sampai kena kaki. Dan tertiba aku terbayang kahak kahak dan air liur orang makan sireh dah blend dengan air hujan dan mengalir datang kat kaki aku.

"Oh no ! Tidak.............. uwek. uwek...."

* muntah keluar biji mangga

"What? Can you stop staring at me you creep....... I am.... uwekkkkk uuwekk yek yek yek........."

* sambung muntah belahak lagi terkeluar biji mata...

Okey. Dialog busuk je tu. Jangan mudah terpedaya.

bersambung.............

12 comments :

  1. Euwww aku pun tbyg yg bkn2 tgk air naik tu...kot jnis mcm kt yindia org mbuang merata2 tu lg kembanggg tekak!hahahaha!

    ReplyDelete
  2. mmg sggh busuk dialog tersebut..

    cett, aku bc kat forum ckp lelaki myanmar tak pakai tanaka. tu sure lelaki ke pompi?? hahhaha

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha ....

    Lawak lawak ... apa apa pun tetap suka ngan Bedak Tanaka dan Ludah Sireh.

    Kat sini ada ramai gak orang Mynammar ... ada satu mamat nih, a journalist dulu, tapi skg Cleaner jer kat our office ... (Anak Canadian ler sbb beranak dan besar kat sini), tak tau apa itu Tanaka dan Sireh hahahahaha (Bukan I kata, dia yg kata tau!)

    Thanks for sharing !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. hahaha..adoii abg meng nie dh ler time teman tgh mkn bfast baca blog ko ni bang..potong selera terus baca dialog busuk tue..hahaha

    btw apa motip dorang pakai bedak tanaka sokmo?

    ReplyDelete
  5. DJ : kalau mcm kat India tu.. aku panjat pokok la jadi nya...

    ngeri seh.. lagi lagi kalau nampak ada yang hanyut di lautan sepi..



    Jea : memang lelaki dewasa tak pakai. yang budak tu agak agak mcm remaja... mungkin boleh lagi nak pakai.

    tapi yang lelaki memang x jumpa. kalau jumpa boleh jadi bahan gelak je kang

    ReplyDelete
  6. Ghaz : bedak tanaka tu macam acceptable lagi. sebab dari pokok.

    tapi ludah sireh tu memang no no.. dah la merah. pastu bersepah tengah tengah jalan.. dah macam cop mohor jer ... penuh merata..

    Cemana journalist boleh jadi cleaner tu?? jauh beza tu..



    An : hahah mana aku tau part makan tu kat situ. hiks..

    sebenarnya aku tanya jugak bendak tanaka ni utk apa.. dan dia orang jawab untuk SUN BURN !!! so.. memang bukan utk melawa pung..

    setakat calit sikit... cemana nak jadi lawa kot?

    ReplyDelete
  7. JJ : hihihi....


    pB : Ya.. tanaka.. bedak tanaka yang berasal dari batang pokok...

    nak ka?

    ReplyDelete
  8. Aku teringin bila gi sana nak pakai longyi ngan makan sirih msa naik circular train tu...kekeke ok x idea aku? Ahaksss..

    ReplyDelete
  9. Errkkkkk......tak leh blah hitaly sebut luga...mcm bunyi dangdut sikit2..btw sbb aku jiran hitaly tu...aku phm luga tu apa.....hahahahah

    ReplyDelete
  10. HB : okey gak tu... aku nak tengok berapa lama ko boleh bertahan... hiks..



    Liza : Kann kau mesti orang greece..

    Luga tu sangat rare kan nak sebut? hahahahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...