Saturday, March 4, 2017

Jom Terjah : UiTM, Kampus Puncak Alam

Yo !

Adik adik UiTM Puncak Alam... put your hands together...... !!!

* lambai lambaikan tangan sambil buat ravers.....

Hey....  Entry ni khas untuk adik adik di kampus Puncak Alam. Jangan cakap abang tak melawat korang. Walaupun korang bolayan, tapi abang pegi jugak sebab ada urusan.... 

So entry ni khas untuk kamu semua di sana. 

Jangan cakap abang tak payung !



UiTM Puncak Alam ialah kampus terbaru Universiti Teknologi MARA. Terletak di Puncak Alam, Kuala Selangor, kampus ini dijangka siap pada tahun 2008.

Direka sebagai 'kampus pintar', kampus ini bakal mempunyai persekitaran paling moden yang sesuai untuk memupuk aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Kampus Puncak Alam

Baca peraturannya dulu. No smoking? Then how?

Keris di roundabout




UiTM Kampus Puncak Alam merupakan antara kampus terbaru UiTM yang telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009. Kampus yang berkeluasan 1,085.75 ekar ini merupakan kampus tambahan yang dirancang untuk menampung 20,000 lebihan pelajar dari kampus induk UiTM Shah Alam. Secara keseluruhannya pembinaan kampus ini melibatkan tiga zon . Sehingga Mei 2010, pihak TRIplc Bhd yang merupakan Kontraktor Rekabentuk dan Bina (Design & Build), telah membangunkan Zon 1 dan Zon 1 Fasa 1 yang mengandungi 25 blok bangunan yang meliputi keseluruhan ruang berjumlah 307,547.73 meter persegi.

Sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin utama negara dan simbolik penyempurnaan pembangunan UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1 pada 12 Februari 2010.

Sehingga Mei 2010, UiTM Kampus Puncak Alam Zon 1 Fasa 1 telah beroperasi sepenuhnya dari segi infrastruktur dan pengurusan pentadbirannya. Pentadbiran kampus ini diterajui oleh seorang Penolong Naib Canselor (PNC) dibantu oleh Timbalan Pengarah Kampus (HEP & Alumni dan Ketua-Ketua Bahagian / Unit, manakala Fakulti-Fakulti pula diterajui oleh Dekan-Dekan Fakulti dibantu oleh Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Program dan Pegawai-Pegawai Pentadbiran.

Nama singkatan bagi UiTM Kampus Puncak Alam ialah UiTM PALAM.

Aku tak reti nak buh caption sebab tak berapa tahu nama bangunan..... so layan gambar je lah v

Orang luar tidak dibenarkan masuk ke kampus tanpa kebenaran polis bantuan Uitm. Ibu bapa yang mahu memasuki kawasan kolej perlu mendapatkan pas masuk dari polis bantuan terlebih dahulu.

Ini library !

Pelajar Uitm yang menduduki kolej harus masuk semula di kolej sebelum pukul 12 tengah malam.Sebarang kelewatan perlu dilaporkan kepada polis bantuan Uitm

Terdapat kolej kediaman  (4 kolej perempuan dan satu kolej lelaki) yang boleh menempatkan 4000 orang pelajar pada satu-satu masa.

Lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan kolej perempuan... Obvious kot ! Pondan???

Pelajar tidak dibenarkan meletakkan kereta di dalam kolej dan juga sepanjang jalan masuk ke kolej.Pihak kolej tidak bertanggungjawab jika kereta pelajar dikenakan tindakan oleh polis trafik atau Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pihak kolej mungkin akan melakukan semakan ke rumah pelajar sepanjang masa bagi memastikan pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kegagalan pelajar mematuhi peraturan bakal dikenakan tindakan tatatertib.

Terdapat medan selera (pelajar memanggilnya "kandang") berhampiran dengan kolej. Terdapat juga gerai-gerai menjual makanan di dalam kolej.

Perkhidmatan bas Rapidkl mudah didapati di sini. Terdapat juga perkhidmatan bas percuma mengikut waktu tertentu.

Tidak dibenarkan membuat bising selepas pukul 11 malam. Pihak kolej telah menguatkuasakan Zon senyap pada pukul 11 malam sehingga pukul 6 pagi.

Auditorium

Layan juga suasana kehijauan di kawasan sekitar kampus ni.




Terdapat tujuh buah fakulti yang bernaung di bawah kampus ini:

1) Fakulti Farmasi

2) Fakulti Pengurusan Perniagaan

3) Fakulti Sains Kesihatan

4) Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

5) Fakulti Perakaunan

6) Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

7) Fakulti Pendidikan







Dah abis urusang..

Ayuh kita berangkat pulang !!!!!!!!!

Not my car ! Jangan speku

Kampus kampus University ni ada gak yang lawa lawa kan. Tak pernah terfikir lak aku nak terjah. Maybe lepas ni boleh usha usha campus yang ada.

Adik adik di kampus lain........... tunggu abang datang bawak payung !!!



Selagi ada hayatku dikandung badan
Hanay dirimu yang teramat ku kasihi
Kerna bagiku kini kaulah segalanya
Ku kira kau juga begitu

Tapi mengapa terkadang kau menyisihkan
Sedangkan kita saling sayang menyayangi
Tiada ku terniat untuk melukai
Maafkan andainya salahku

Oh sukar benar menyakinkan
Cinta yang tulus dan suci
Padamu yang ku kasihi
Oh apa lagi disangsikan
Cintaku sebenar cinta
Walaupun kau kedaifan

Tidak pernah ku menyesali
Walau sekelumit hatiku
Tanpamu siapalah aku
Yang melahirkan rindu
Kaulah kekasihku selamanya
Ku teduhanmu

Oh sukar benar menyakinkan
Cinta yang tulus dan suci
Padamu yang ku kasihi
Oh apa lagi disangsikan
Cintaku sebenar cinta
Walaupun kau kedaifan

Tidak pernah ku menyesali
Walau sekelumit hatiku
Tanpamu siapalah aku
Yang melahirkan rindu
Kaulah kekasihku selamanya
Ku teduhanmu

Oo oo ku teduhanmu
Oo oo ku teduhanmu

6 comments :

  1. Doh guane gi masuk sini pulop? Jd pensyarah kehormat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok eh... pegi sebab ada keje skit dinung

      Delete
  2. Uitm dihatiku..❤💕 Dah knape mu smp kesini meng?? Buat lawatan kehormat ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada event. kebetulan event tu dalam kampus uitm ni.. kalau x aku sendiri pun x pernah jejak kawasan ni.

      Delete
  3. best tempat belajar mcm ni...haritu dah pi masjid puncak alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la jauh dari tempat tempat lagha.... nak fly pun fikir banyak kali.... ekekek

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...