Thursday, March 9, 2017

Jom Makan : GH Corner, Sepang

Jom makan !

Kali ni kita gi makan tempat luar biasa sikit dari biasa. Bukan di kawasan jajahan yang biasa biasa aku pegi.

Kali ni kita ke Sepang !!!

* krik krik krik...

Soalan !

"Kau buat apa jauh jauh tu Meng?"

Jawapannya. Rahsia.........

Hahaha.. Dah tentu la aku ada kerja buat di sini, sambil sambil tu aku nak jugak mengisi perut dan terjumpa tempat makan ni.

CH Corner ! Nama kedainya dan terletak di Bandar Baru Salak Tinggi.

Lot kedai di sini

Aku ke sini dengan member aku IH !

Tak de apa apa expectation aku ke sini. Aku terpaksa culik dia dah paksa dia datang ke sini. Nanti aku cerita next entry cemana kami boleh tersadai di sini !

Dah ada kat sini cari tempat makan dan nampak macam ada cafe dan di buka jadi aku rasa aku nak cuba. Pulak tu tak ramai orang so mesti lah dapat makan cepat.

Dah park kereta, melangkah ke depan cafe ni.

Oh. Nak masuk kena bukak kasut !... Kena sopan sopan lah ni.

Dah masuk. Duduk di meja yang disediakan.

Layan dulu setting dalam cafe ni.

Nampak bersiih dan comfortable

Boleh duduk di meja atau juga duduk bersila di belakang sana.

Kaunter cashier

Dan aku perasan, motto cafe ni adalah ' Ingat Makan Ingat Tuhan !" Cemana tu?

Banyak maksud kalau nak di huraikan. Pepandai la fikir sendiri....... 

Dah duduk tu then datang pekerja or aku assume macam owner cafe ni je.

Beliau datang dan mengalu alukan kedatangan kami. Dan kami di beri buku menu....

Menu book.

Basically menu dia ada Western Food

Ada juga Malay Food, Banana Cheese,  Keropok Lekor Cheese, Milkshake , Bakso,Char Kueytiow

Aneka minuman

Lepas tengok pada menu book tu, aku dengan IH sependapat yang harga makanan dia agak murah murah di sini !

Mana nak dapat ice blended harga RM 3? Di sini ada ! Pasta pun below RM 10 harganya.

Menu menu lain pun harga macam mampu di makan lagi lah......................

Kami nak order cheese cake kat situ tapi abis pulak. So kena double check dulu makanan ada tersedia ke tidak.

Dah order, tunggu lah makanan sampai.  Lepas tu baru nampak ada dua tiga orang pelanggan mula sampai.

Tak lama lepas tu makanan pun tiba.

Ice blended yang di order

Sebab excited harga murah, aku dengan IH order air benda yang sama. Hazelnut ice blended

Ni makanan aku order. Carbornara.

Rasa biasa biasa je. Dan portion pun tak de la banyak mana. Sesuai lah dengan harga dia.

Dan IH order set Nasi Ayam Rangup. Dia kata biasa jer.... 

Dah makan. Dah kenyang. Alhamdulullah.

Nak kata sedap tu biasa biasa je lah. Boleh la datang makan. Tapi yang menarik harganya memang sangat sangat munasabah. Dengan setting kedai yang nampak mahal tapi harga mampu milik mungkin boleh menjadi tarikan pelanggan ke sini.

Kos makanan kami pun sangat murah jer.

Boleh cuba. Recommended !

Terima kasih GH Corner

Ada plak perasmian

Dan aku tau yang GH Corner tu maksud dia adalah GENERASI HARAPAN CORNER dan mereka ada juga cawangan cawangan di tempat lain seperti di Shah Alam.

GH Corner ( Bandar Baru Salak Tinggi)
43900, 2-58, Jalan 2,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900
Sepang, Selangor,

Malaysia

IG : ghcorner

Ayuh kita berpantun pantun jap.

Eh bukan pantun ni. Madah hati...

Ingat makan.. Ingat Tuhan ! Ingatkan Dia.....



Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

GH Corner ni terletak kat lot kedai yang ada bangunan dan kolej yang ada kapal terbang.

Wings


Selamat berkunjung !

8 comments :

  1. Jrg jumpa kafe gini...
    Btw, bile nok wat entry psl kedai western kat KT hok hias kedai dgn hadis2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana tu? tak pernah dgr pung

      Delete
    2. ooo. itu kena kelik hitaly baru buleh gi surveyy

      Delete
  2. cuba nanti terjah Caramel Cottage kat The Atmosphere Seri Kembangan... ada roti, pasta, nasi kerabu, nasi beriyani... ada kek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. di luar kawasan jajahan tu tapi tak pe. kalau tersesat ke sana. boleh cuba

      Delete
  3. Replies
    1. tu kan keperibadian orang melayu.. dah masuk dalam ikrar negara ku lagi.

      kesopanan dan kesusilaan..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...