Monday, March 13, 2017

Jom Makan : Nasi Vanggey Ipoh, Seksyen 19. Shah Alam

Makan lagi !

Nasi Vanggey sudah pastinya tidak asing lagi bagi kebanyakkan orang.especially kalau yang berada di Ipoh,.

Nasi Vanggey

Aku pun pernah berkunjung dan menikmatinya di sana dulu.


Dan kini, bagi peminat peminat Nasi Vanggey Ipoh, anda tak perlu berada dalam keadaan tersiksa atau emosi yang huru hara kalau tetiba dambakan nasi kandar yang sememangnya popular di Ipoh sana !

Ya. Percayalah kata ku. Nasi Vanggey kini berada di Shah Alam siap sedia menyediakan sajian bagi penggemar penggemar selera makanan ini.

Tapi adakah rasa nasi vanggey di sini sama seperti mana di Ipoh nuh?

Jom skodeng !

* blow rambut ketak dengan hair dryer cap ayam

Terletak di Seksyen 19, Shah Alam

Pakai Waze boleh gak jejak ke tempat ni kalau tak familiar dengan kawasan Shah Alam ni.

Restoran dia terletak di bangunan lot kedai. Ada banyak kedai kedai di sini. Parking tu ikut nasib lah tapi Insha Allah... ada parking kalau datang sini.

Usha kedai

Setting. Tak ambik gambar dalam sebab orang ramai. Aku segan !

Menu hidangan

Kami datang untuk lunch tapi lauk dah banyak yang kehabisan.

Duduk. Order minuman dan makanan.

Aku punya

Hero dan Prncess punya

OR punya

Tetiba dia haloba ambik lauk macam macam

Minuman di lupa jangan. Kang tercekik karang

Verdict?

Kedai dan suasana... biasa lah. Kedai mamak. Bersih dan selesa juga.

Harga makanan standard lah. Sepinggan dalam RM 8-10 kalau setakat ambik ayam sayur. Tapi kalau berlebihan macam sotong lah apa lah... macam OR punya tu dekat RM 15 jugak lah.

Paling penting rasa !............... Well bagi aku, kureng kick skit dari yang kat Ipoh. Tapi boleh lah kalau nak ilangkan sawan kemaruk nak merasa nasi Vanggey ni tanpa perlu ke Ipoh.

Boleh di cuba !

Nasi Vanggey Shah Alam
Address: Seksyen 19,
40300 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

Phone: +60 16-363 3075

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...