Thursday, March 16, 2017

Jom Makan : Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru

Pengakuan ikhlas !

Aku sebenarnya tak pernah try Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru yang di gembar gemburkan sebagai nasi lemak tersedap di seantero dunia.

Haruskah aku tergolong sebagai geng geng katak di bawah tempurung?

Tapi... kini tidak lagi.. sebab baru baru ni aku dah pegi Kg Baru dan aku dah nikmati sendiri Nasi Lemak Antarabangsa ni.

Warung Nasi Lemak Antarabangsa di Kg Baru

Selagu seorang Artis Antarabangsa yang agak terbilang, aku agak excited jugak nak try makan di sini. 

Tak tau walaupun hidup macam dah 1000 tahun tapi aku missed try makan Nasi Lemak di Kg Baru ni. Why eh ? Aku masih belum mendapat jawapan.

Tapi rasanya, selama ni aku ingat yang dekat padang tu adalah Nasi Lemak Antarabangsa... rupanya salah !

Hahahah...

Tapi kali ni pasti betul..............

Kami ke sana agak petang. Sesuai nak makan untuk dinner.

Tau je lah kalau pegi Kg Baru ni salah satu cabarannya adalah parking. Tapi ada je parking berbayar di sediakan di kawasan ni. Cuma kena bayar RM 5 je lah.

Then bergegas untuk mengisi perut.

Gerai biasa biasa je....

Juadah nasi lemak dengan lauk pauk yang banyak

Pilih la dari aneka lauk pauk yang ada

Dan ini juga....

Masa kami datang hari tu tak de ramai orang lagi. So boleh makan dengan aman. Tapi lepas tu baru lah ramai orang datang.

Masing masing datang nak makan jugak la kot.

Termasuk la keluarga adik ni

Ada jugak otak otak sebagai makanan tambahan

Now,,, bersedialah dengan aksi aksi gedik dan seksi nasi nasi lemak masuk ke pentas utama untuk di nilai dari segi kesedapan dan paras rupa.

Aku punya. Lauk melampau sikit

Hero punya

OR share dengan Princess

Jangan lupa order minuman. Kang tercekik

Tak pun boleh try air coconut shake brader sebelah

Makan sampai kenyang !

Selesai

Now verdict dari artis antarabangsa untuk nasi lemak antarabangsa.

1. Makanan so so. Nasi lemak tak de lah sedap sangat bagi aku lah. Tapi lauk pauk agak banyak dan memberi variasi. Tapi ambik banyak equal to harga mahal.

2. Harga agak pricey for warung yang macam ni dan lauk pauk yang macam ni. Tapi sebab dia orang glamer kot and dia tahu ramai orang akan datang dan makan juga.

3. Ambiance gerai tak menarik mana. Dan kebersihan agak boleh di  bahaskan juga.

4. Overall, boleh cuba tapi nak repeat aku tak rasa sangat ler. Tapi ni kira personal selera aku. Since orang ramai berkunjung datang, anggaplah... rasanya memang kena dengan selera ramai.. Cuma kureng sikit pada aku jer.

5. Kebersihan agak meragukan. Time nak basuh tangan tetiba aku terserempak dengan Cik Siti Mengembang. Gemok dowh.. Kami sempat bertentangan mata. Dia pandang aku. Aku pandang dia. Aku kenyit mata.. dia lari malu malu kononnya.... Huznuzon aku anggap je dia tumpang lalu jer katr kawasan tu....

Kesimpulannya, takde lah aku pangkah. Orang lain yang nak cuba, di persilakan..........................

Apa apa pun, akhirnya aku berjaya dah rasakan sendiri Nasi Lemak Antarabangsa ni.

Nasi Lemak Antarabangsa
No.4, Jalan Raja Muda Musa,
Kg. Baru, 50300 KL.

Waktu Operasi 5pm-12tgh hari (next day)


Kucing Kg Baru

Dan layan sunset petang tu dari area Kg Baru ni.






Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

23 comments :

  1. Pernah mkn kat sini masa kecik2 dulu...sakit perut 3 hari..jumpa juga cik siti yg gemok bawah sinki...taubat dah tk kn mkn kat gerai tu....klau mkn2 sekitar Kg Baru tk toleh pun ....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kecik tu kira dah lama la kan? mesti cik siti tu dah arwah skrg ni....

      arwah dulu baik tikusnya..... ahaks

      Delete
  2. dekat taman tasik putri rawang pun ada jgak nasi lemak antarabangsa ni...
    tapi x tau la sama tokey ka...atau sama nama...
    tapi kazen kata...tak sedap mana and tak la antarabangsa sgt....
    and tak rasa plak nak try....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang la tak antarabangsa kalau setakat rawang je.

      kemmon lah... org rawang pun makan nasik goreng USA ! lagi internasional...

      Delete
  3. eiii...comeynya kucing kpg baru tu...tu kalau bawak balik bagi makan royal canin, harus gebu gebas tu..hehehe...eh, apa aku merapu ni...anyway, bak kata ko, selera semua tak sama kan..bagi tekak aku, nasi lemak antarabangsa ok le...ko terserempak cik siti..aku lak cik lipas...hmm..asal hewan hewan tu jauh dari makanan, kira ok je lah kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh royal canin tu kang kucing ko sakit buah pinggang.. vet aku dulu yang cakap. so aku terpaksa beli iams. ke vet aku tu saja promo barang dia. stok lama?

      ok. kucing dah tak der. ( aku tumpang merapu gak ni )....

      Delete
  4. aku pun rasa tak la sedap mana pun. lagi sedap nasi lemak mak2 kita masak kot.
    lagi satu nasi lemak tanglin tu. apa yang sedapnya sampai panjang orang q?
    i kenot brain u know

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kennot brain ustajah...

      aku ni kennot brain tudung duck tu.... apekehey mahal bebeno????? tolong jawab skit ustajah ! Nasi lemak tanglin tu macam sedap juga. ala ala nasi lemak lopah village park tu.

      Delete
  5. Meng;

    Waktu I muda belia dulu, memang Kampung Baru menjadi sasaran utk hipster hipster embun pagi berkumpul gitu !!!

    Nasi Lemak Antarabangsa dulu memang org beratur panjang lepas disko disko di tutup jam 2 pagi ... as for me, Nasi Lemak Antarabangsa bukan ler pililhan dari dulu lagi ...

    Tapi ntah ler , tak tau kenapa dia glam hehehhehehe

    Flat tuh, dulu bebudak UTM Jln Gurney duduk, so kita pun pernah gak bermalam dan lepak di Flat tuh !!! Hahhahahaa

    Blog Meng nih memang mengamit memori silam betul lah !!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hipster embun pagi? hahahhaa...

      i saja buat entry kasik org org yang jauh di perantauan merindu kg halaman.....

      Delete
  6. Tak sampai lagi sbb serabut masuk Kg. Baru. Parking susah dan yg utama sekali merata jumpa org kata biasa-biasa je rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. 10 markah di situ. alasan yang munasabah.

      Delete
  7. pada i, nasi lemak antarabangsa ni mmg so-so jer...tak de sesedap mana pun dan takkan repeat lagi....tak tau la tang mana sedapnya sampai ramai giler orang datang dan beratur..

    ReplyDelete
  8. Nasi lemak antarabangsa memang tak sesedap mana pun. Orang ramai pergi situ sebab...paham2 je la ye.

    Nak lagi sedap gi sebelah dia. Nasi Lemak Wanjor/Wanjo. Tapi lagi mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. wanjo pun not bad...

      so spekuan kau tu... org gi sana sebab apa? aku tak paham ni... sila perjelaskan... !

      * lari sambil usung daun pisang

      Delete
  9. Nasi lemak wanjor? Sedap! Tapi mak aiii...nasi lemak biasa yg seciput tu pun rm 3.50! Dah la nasinya sikit(bagi aku la).Tapi...memang sedap! Adui la...kena repeat nih.Cuma mahal la nasi lemak basic rm 3.50(pastu mesti ko makan tak cukupnya sebungkus tu)

    ReplyDelete
  10. bau mkn pagi nie...all aq leh ckp is...paying RM8(nasi+kerang) for the service and food taste, no more second time..patotlh queue Wanjo sampai kat jalan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...