Saturday, March 18, 2017

Jom Usharina : Mt. Titlis, Switzerland

Di Switzerland terdapat kawasan pergunungan dengan ketinggian sehingga 3,000 meter dan suhunya boleh mencapai 0 darjah Celsius, iaitu Mount Titlis.  Mount Titlis ini terletak di Engelberg dan menjadi salah satu destinasi kegemaran para pelancong yang berkunjung ke Eropah.  Di kawasan pergunungan ini, pengunjung boleh melihat dan merasakan sendiri salji dan sambil bermain ski.

Kalau bawak sirap dengan jagung... boleh business ABC !

Tak dan nak buat entry. Layan koleksi gambar gambar je lah di Mount Titlis, Swiss.






























Berikut adalah beberapa fakta-fakta menarik mngenai Mount Titlis ini.

01. Mempunyai salji sepanjang tahun. - Terletak di atas garis salji dan menjadikannya bersajli sepanjang tahun termasuklah ketika musim panas.

02. Cable Car pertama di dunia - Terdapat kemudahan cable car yang akan membawa pengunjung ke puncaknya dan cable car di gunung ini juga merupakan cable car yang pertama di dunia.

03. Bar tertinggi di Eropah - Di kawasan puncak gunung ini terdapat sebuah bar yang katanya menjadi bar tertinggi di Eropah iaitu Ofen Bar.

04. Terdapat Gua Ais - Menuju puncak Mt Titlis dengan cable car, kita akan disambut oleh sebuah gua ais atau yang disebut dengan Glacier Cave. Suhu udara di Gua Ais ini boleh mencapai hingga negative 1.5 darjah Celsius. Glacier Cave ini mempunyai panjang kira-kira 150 meter dan terletak pada 20 meter di bawah permukaan ais.

Bacaan lanjut : Mt Titlis

Jangan lupa singgah di Mt Titlis sekiranya berkunjung ke Switzerland. Rasakan sendiri keindahan dan kecantikan kawasan ini.

Highly recommended.



Tiada...apa yang kulupa semuanya saat bertentangan mata
Tiada...apa yang kurasa di jiwa selain merinduinya
Apakah diriku dilamun asmara
Adakah dirinya pun begitu jua

Cinta kan selalu berlabuh di hati tanpa kusedari
Bimbangnya tak dicintai setelah kuserahkan cinta yang suci

Tiada...apalagi perlu kufikirkan kau yang terindah bagiku
Tiada...apalagi dapat kugambarkan hidup berdua denganmu
Apakah diriku dilamun asmara
Adakah dirinya pun begitu jua

Cinta kan selalu berlabuh di hati tanpa kusedari
Bimbangnya tak dicintai setelah kuserahkan cinta yang suci

Jika benar kusedia menerima segala
Mestikah kuungkap tulus perasaan... ohh...

Cinta kan selalu berlabuh
Di hati tanpa kusedari bimbangnya tak dicintai
Setelah kuserahkan cinta yang suci
Cinta kan selalu berlabuh
Di hati tanpa kusedari bimbangnya tak dicintai
Setelah kuserahkan cinta yang suci

4 comments :

  1. for hoilday or conference bolehlah. tapi kalau nak tinggal dan kerja di situ, alahai. sejuk kemain switzerland ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu.

      hujan emas di negeri orang. hujan batu di negeri sendiri. noh hujan bila nak buat album baru?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...