Wednesday, March 29, 2017

Jom Asah Bakat : RedBox, The Curve

Sebagai seorang Artis Antarabangsa merangkap seorang selebriti, apa lagi yang memberi kepuasan dalam diri selain daripada dapat menghiburkan peminat peminat yang tersayang.

Walau belum sempat hadir dengan sebarang album, namun bakat yang ada tidak harus di persia siakan. Lupakan peluang untuk mengadakan konsert berskala besar di Zimbabwe mahupun Gambia Selatan, bakat ini perlu sentiasa di gilap agar ianya tak berkulapuk mahupun pudar di sirami debu debu liar.

Ayuh kita mengasah bakat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aci tak intro aku cam tu?

The Curve. Buat apa di sana?

Dah tadi kata nak asah bakat. Takkan pegi The Curve nak asah parang?

Sebenarnya tujuan aku ke sana adalah buat julung julung kalinya, satu konsert khas yang di namakan Konsert Cuci Tekak Yang Telah Berkarat berlangsung di Red Box, The Curve.

Para hadirin dan hadirat adalah manusia manusia yang pasrah dan redha kena paksa untuk datang ke sesi lontaran anak tekak secara total !

Red Box

Serious la dah lama tak gi karoks. Tu yang aku kena dokumen kan sebab nanti next sesi lupa pulak bila. Ni pun rasanya dah masuk bertahun tak berdendang ria. Sebab tu la tekak ada macam rasa pedih pedih dan ngilu sebab karat sudah mula bermaharajalela !

Cakap banyak tak guna. Ayuh turut serta..................

Sesi kali ni dicernakah oleh IH, BW, MH dan aku selaku artis paling top di antara mereka. Sudah tentu peminat ternanti nanti kemuculan julung julung kalinya sebab dah lama tak berpadu suara dan tenaga.

IH dengan BW pegi sampai dulu sebab dia orang pegi merayap berdatingan berdua. Aku cakap aku buat kemucnulan kemudian sebab Fashion Designer aku lewat sikit menyediakan pakaian untuk konsert malam tu.

Boleh pulak MH salah ambik aku. Dia ingat aku kat luar. Dah satu hal pulak kami sampai lambat kesian peminat peminat yang sekian lama menanti kami tiba.

Janji petang, lepas maghrib baru datang. Welll.. standard la artis kan, sapa nak marah? Berani reporter nak berkata jahat pasal aku?

Tidak seperti yang di rancangkan, konsert yang sepatutnya bermula awal hanya dapat dimulakan selepas maghrib sebab kat surau ramai jemaah solat so terpaksa tunggu turn.

Namun begitu, apa jua alasan tak mungkin memansuhkan niat suci murni ini.

Tepat jam 8 malam, kami tiba di stadium di mana konsert berlangsung. Sampai sampai jer...

Register dulu. Eh... korang ada artis nak buat konsert sampai kena register?

Belum cerita lagi kad dia orang ni hilang lah. Itu la. Ini lah. Memang dari awal aku dah agak pengurusan acara konsert malam tu memang tak bagus.

Dah la datang bawak bantal apa semua  ( balik shopping di Ikea )... Tak ke kalau peminat nampak boleh menjatuhkan air muka aku. Datang konsert bawak bantal? Kau ada?

Tapi dah lama tak datang Red Box ni macam banyak benda yang berbeza.

Harga dah makin mahal. Tekak sapa yang bakal perit ni?

Dan untuk pengetahuan outlet RedBox ni pun dah makin berkurangan. Dulu banyak tempat sekarang dah tak banyak.

Jadi kena pandai pandai memilih tempat

Tepat jam 8 malam sewaktu penonton sudah mula membanjiri stadium dan detik detik konsert bakal di mulakan..... masing masing........................



















..................... serbu makanan !

Ada buffet di sediakan

Apa lagi. Artis Antarabangsa pun terus nak mengamuk lah. 

"Hoi. Korang ni dah kenapa? Datang nak menghiburkan rakyat tapi sibuk nak makan. Bak mai sini pinggan tu.................. "





Nom Nom Nom.

Setengah jam pertama dipenuhi dengan acara melantak ! Pedulikan penonton yang sudah mula merusuh. Perut kita harus di jaga.................

Antara makanan yang ada. Banyak jugak yang sedap sedap rupanya. Jadi lupakan nyanyi nyanyian... kita makan je sampai abis waktu ! Macam tu konsep dah jadi sekelup mata kau berubah.

Buah buahan jangan di lupa. Baik untuk pencernaan. Bukan sesuatu yang luar biasa tengah tengah nyanyi di pentas perut bergelora dan konsert terpaksa di tunda sebab artis perutnya memulas !

Air pun sama. Mana boleh tak order. Penting ni ! Selain mengelakkan tercekik microfon elok juga untuk basah basahkan tekak supaya suara cas cas lebih sedap

Macam biasa, air di beri 2 pilihan. Order la ikut tekak masing masing.

Akhirnya semuanya bersedia.....

Dan konsert yang di nanti nantikan pun bermula.

Dari dewan besar Pusat Kitar Semula... kami mempersembahkan.. Konsert........ bla bla bla  * tepukan padu menggegar jiwa

Chop !

Orang kata, nasihat doktor jangan di lupa. Sebab dah tau vocal chord akan di paksa paksa malam ni, jadi beberapa tips dan persediaan perlu di ambil terlebih dahulu bagi memastikan tiada yang tergendala.

Ubat ubatan untuk penjagaan suara. Uhuk Uhuk Uhuk. * aku batuk

Dan lagu pertama.............di mulakan dengan kehangatan suasana memanaskan pentas.

Bersiap sedia semua. Lagu Perawan atau Janda............ Ehah Ehah !!!!

Dan sampai lagu ke 5. Ramalan Ku Benar Belaka.

Memang ramalan itu benar belaka. Memang dah pancit dan dah tua. Tak sedar sedar diri jugak nya. Abis 5 lagu semua tersadai tersandar kat kerusi. Microfon terbiar sepi.

"Nyanyi lah ! Nyanyi lah. Pilih lah lagu"

Masing masing diam buat tak peduli. Sorang dua main phone. Sorang lagi tak abis abis lagi makan. Sorang lagi dah ternganga pastu tetiba bersuara.

"Eh.. bak bantal yang kau beli tadi tu.... Ngantuk ah"

Maka begitulah Konsert hanya pada nama. Datang makan semata mata. Nyanyi dua lagu, mata dah terkatup dulu.

Itu petanda, usia dah ke arah jauh dari alam remaja.

Sorry peminat peminat yang datang, Yang beli tiket dan kecewa. Aku rela di benci !!

* pass microfon kat Aiman Tino.

"Kau je lah yang nyanyi. Kita orang dah pencen.............. !"



Ku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku

Kesudahan tiada henti
Hanya yang tinggal igauan mimpimu ternanti-nanti

Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir membasahi didadaku
Hanya ratapan didalam hati
Moga tercipta kesudahan yang dinanti

Ku inginku dibenci oleh mu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya disana kekal dan abadi

Ku inginku dibenci oleh mu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya disana kekal dan abadi
Hanya disana kekal dan abadi

Moh balik. Jam di dinding terus berdetak ah.........................

Tahun depan pulak la gamaknya sesi karoks yang akan datang.

TQ MH sebab jadi penaja Platinum konsert dan juga merangkap driver ambik dan antar aku balik !   

9 comments :

  1. Replies
    1. dok jupe carik.... kalu ada pun kena nyanyi akustik... hahaha

      Delete
  2. Wah ni jeles ni. Lamaaa x asah bakat ni....ermmm....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti bakat kau dah pudar rossa.

      ayuh ! cepat pegi gilap dengan permata cinta aiman tino

      Delete
  3. Kalau ada CP, baru complete set. Hero2 malaya.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...