Monday, March 6, 2017

Jom Makan : Rumah Makan Cibiuk, Shah Alam

Baik la kawan kawan.

Hari ni aku akan kongsikan tips menguruskan badan tanpa rejim senaman yang menyiksa diri yang boleh nampak kesannya dalam jangkamasa yang singkat.

Tak perlu berlapar uols... Tak perlu ambik ubat ubatan.. apa yang perlu adalah register dalam otak dan kotak fikiran masing masing yang kita.... sudah.... kenyang !

Ya... Cakap pada diri sendiri.. Now Now !

Kita sudah kenyang !!!

Lagi elok, amalkan senaman pemikiran ini ketika berada di meja makan.

Perlu paku pemikiran kita dengan ayat keramat ni, walaupun lapar tahap gaban. Anggap je godaan godaan untuk makan itu  semua mainan emosi semata...

Lepas tu dah tak tau nak buat apa kan? Check blog orang, usha usha dalam facebook tengok tengok gambar makanan, maka terjumpa lah....

Restoran Cibiuk kini di buka di Shah Alam !

* petir !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Apa lagi. Bersiap siap lah untuk mengambil peluang keemasan Benson & Hedges seperti ini.

Jadi langkah seterusnya.................... Abaikan semua tips tips tak berguna yang buat jiwa sengsara tadi tu. Anggap saja inilah ketentuan Ilahi yang harus kita tempuhi.

Yok kita gi makan lagi !! 

* sorok perut belakang tong drum.

Vista Alam, Shah Alam

Hari tu dah try Rumah Makan Cibiuk ni di Kajang. Kini since dia dah bukak cawangan baru di Shah Alam, jadi aku tak melepaskan peluang untuk makan di sana. Heret sekali semua yang ada untuk sama sama menikmati makanan asli Sunda ni.

* menari jaipong tepi jalan.........

Eh ah Eh ah..... !

Selamat datang. Buka !

Tapi di mana lokasinya?

Jawapannya di Seksyen 14 Shah Alam. Ada blok bangunan bangunan baru berdekatan dengan Pusat Bandar Shah Alam yang ada Blue Wave Hotel dan sebagainya tu,.

Dan cari Rumah Makan Cibiuk ni di deretan kedai kedai dan restoran yang ada di bawah tu.

Boleh pilih duduk di luar, atau di belah dalam resto.

Skodeng dulu setting resto. Kalau orang tak ramai, paparazzi bertugas dengan rakus untuk mengambil gambar !

Likessssssssss !

Belah luar. Mengadap DEMC

Cukup meja dan kerusi untuk menampung pelanggan yang datang

Buleh juga duduk di dalam kalau inginkan kedamaian

Atau nak ambik feel duduk bersila maupun bersimpuh

Cuci tangan dulu....

Ambik tau sikit...

Bermula dengan keenakan mencicipi hidangan masakan Sunda di Rumah Makan Cibiuk yang banyak terdapat di Bandung, sebuah kota yang begitu sinonim sebagai syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia, sebuah impian akhirnya terlaksana untuk membawa keenakan masakan Sunda tersebut ke Malaysia.

Bagi mereka yang selalu menunggu peluang ke Bandung untuk melepaskan kerinduan menikmati hidangan Sunda ini, kini anda hanya perlu menghidupkan kenderaan anda dan teruslah menuju ke Rumah Makan Cibiuk pertama Malaysia yang terletak di Tmn. Putra Kajang.

Now ready untuk menempah makanan......

Buku menu

Baca

Jamu mata

Tanya selera

Dan bersiap siap lah untuk order.

Nasib kami agak baik masa tu tak ramai orang, so order dan makanan tak lama sangat menunggu untuk di hidangkan.

Apa yang menarik di Cibiuk ni sambal sambalnya boleh di pilih dan di nikmati mengikut citarasa dan selera. Semuanya percuma !

Terpulang kepada tahap kepedasan, jadi buat la pilihan sambal yang terbaik !

Dan ini sambal sambal pilihan kami. Tamak haloba bila ambik. Ada yang pedas menyinga. Rasa sikit dah tak boleh makan dah. Tapi sambal ni kalau tak pedas tak syok. Cuma tengok kemampuan diri menahan sebak di dada dan airmata yang mengalir kedukaan........

Minuman di lupa jangan.... Favourite aku... Es Jeruk... Teringat masa masa travel ke Indo mesti cari Es Jeruk ni. Kat sini ada.. Boleh juga cuba alpukad kalau terasa di tekak.

Cumi goreng untuk pembuka selera. Tak garing dan kurang menyegat. Harga pun agak mahal juga.

Untuk hidangan, aku dengan Hero ambik Set Ayam Bakar dengan Nasi Liwet. Boleh tahan la. Cukup untuk 2 orang dan kami tibai sampai licin walaupun dilanda kepedasan. Nasi Liwet tu enak lah bagi aku !

OR dengan Princess ambik ikan dengan nasi Liwet juga. Dia orang berdua.

Malangnya dancing fish dia macam malas sikit nak menari ! Kurang enak dan bersari. Aku pun tak jamah sebab macam tak mengiurkan tubuh dan body.....

Kos makan kesemuanya adalah RM 109.

Cawangan ketiga setelah cawangan Melaka dan Wangsa Maju ini terletak di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam. Mula beroperasi sejak 5hb Mac 2016.

Lokasinya yang strategik berhampiran dengan pusat pentadbiran Bandaraya Shah Alam dan lain-lain agensi kerajaan /swasta, dan bertentangan dengan DEMC Hospital menjadikannya destinasi yang paling sesuai uk santapan bersama rakan sekerja mahupun ahli keluarga.

Rumah Makan Cibiuk, Shah Alam
Lot B19 ( Vista Alam) ,
Jalan Ikhtisas, Seksyen 14 ,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-55240691

Untuk maklumat lanjut, layari:

Website : Cibiuk Shah Alam
FB : cibiuk shah alam
Instagram : #cibiukshahalam
Waze/GPS: Rumah Makan Cibiuk Shah Alam

Overall ... boleh di cuba !


Ayuh ! Menari Sunda..... ( menyundal )....


Bubuy bulan
Bubuy bulan sangray bentang
Panon poe
Panon poe disasate

Unggal bulan, unggal bulan
Unggal bulan abdi teang

Unggal poe,unggal poe
Unggal poe oge hade

Situ Ciburuy
laukna hese dipancing
Nyeredet hate
Ningali ngeplak caina

Duh eta saha nu ngalangkung
unggal enjing
Nyeredet hate
Ningali sorot socana

12 comments :

  1. Yeehaa, dah ada kat shah alam...

    ReplyDelete
  2. Saya suka nasi liwet... dedulu pergi nak makan roti pisang dia sedap mabeles... skrg mcm tak umphh sgt dah... dulu kat kajang ada sambal hijau free... tapi skrg dh takde kat yg free tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dah berbayar kot...

      sambal hijau ya.. hmmm mcm pernah makan jugak tu. tapi memang x jumpa dah kat sini

      Delete
  3. Meng ...

    Terliur terus ... tapi malangnya, nak makan kena masak sendiri !!! Aiiyyooo !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat vancouver tak de kedai indonesia ke? dia org kan selalu ada di mana mana...

      masak sendiri pun oke.. buleh tambah banyak banyak.

      Delete
  4. saya selalu makan kt caw.wangsa maju...memang sedap nasi liwet dgn ayam bakar tu...nasi je pun dh sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmmm.. kau buat aku terasa lapar....

      tapi tak leh repeat lagi cibiuk ni... nanti nanti lah

      Delete
  5. Meng, aku selalu tersasul cibiuk jadi cebok...hehehe...hmm...walau gambo makan ko amik nampak cantik, tapi aku tak gairah dgn makanan cebok ni..mungkin sbb konsep kering kut...tersekat kat tekak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau buleh order teh botol.. atau alpukat.. atau es jeruk.

      tapi jangan curah dalam nasi !!

      eh.. org indonesia memang x makan kuah kuah. sebab tu dia orang maintain slim...

      * campak periuk belanga belakang rumah ( nak menunjukkan misi aku nak slim )

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...