Wednesday, August 12, 2015

Mimpi Yang Semporna - 09 : Selamat Tinggal Mabul

Layan skit lagi gambar di Sipadan Water Village di Pulau Mabul.

By the way, aku tak jadi memerut kat sini. Bontot aku lagi terlebih terdidik, tak leh melepas di tempat tempat sembarangan lebih lebih lagi di tempat awam.

* aku still pegang record tak pernah berak di opis sendiri !

Water Bungalow

Ntah bila la dapat duk tempat ni


Kena menabung habis habisan

Jamu mata je sudah lah

Sudah. Kena balik. Perut dah lapar. Nak breakfast

Jalan balik ke resort sendiri

On the way balik tu sempat lagi skodeng tengok warga Bajau Laut di Mabul ni.

"Buat apa tu ha????"

Yang penting mereka happy !

Pagi pagi dah main masak masak. 

Bermain dengan riang.

 Tusukan pandangan seorang bakal model !!!  Mabul's Next Top Model telah di temui !!! Kalau tak jadi model pun boleh kerja rumah hantu kat mana mana theme park.

"Tak pe la Uncle Meng kalau Iols gagal jadi Mabul's Next Top Model. Yang penting rambut I naturally blonde ! Kau hado????"

Perahu nelayan

Balik hostel kami terus breakfast pagi tu.

Sambil sambil tu misi mencari selipar IH yang hilang ! Setiap kaki orang kami dok perhati. Setiap tempat sekitar resort kami cari.

Confirm dah tak der !!

Selipar jepun pun kena curik. Tapi aku syak ada orang tersalah ambik sebab selipar IH tu macam sama kaler dengan sepasang selipar kat hostel tu. Tapi size yang tu kecik sikit.

Sarapan pagi

Then balik hostel mandi dan siap siap kemas barang.

Ada lagi yang sedang membuta. Minah yang mabuk semalam tu tengah berborak sesama mereka.

Masa aku lepak kat tangga baru la perasan memang ada orang muntah kat tangga ! Maybe minah minah tu mabuk semalam kot. Jadi betul la selipar BW dah kena muntah orang !

Uwekk !! Yek Yek Yek !!!

Kami tak betah duduk lama lama. Lepas packing kami gi common hall dulu lepak lepak kat sana sambil menyambung misi mencari selipar IH.

Lepak sini berangin sikit. Dalam bilik kat hostel membahang panasnya walaupun masih pagi.

Tengah lepak lepak tu tetiba....

Sila teka sapa yang kami nampak???

.
,
,
,.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kak Yah Cirit sedang memeriksa kawasan !!!

Bedebah kau Yah !

Rasa macam nak curah je air kumbahan dari atas ni biar dia busuk setahun !  Tak pun aku baling tahik keras kat dia biar sampai benjol ?

* emosi tahap cirit tak berhabisan dengan Kak Yah Kerek..

Puas lepak kat common hall tu kami gi lepak tepi pantai pulak sementara menunggu bot sampai. Memang sampai sudah tak jumpa selipar IH. Jadi IH pakai selipar BW. Abis la kaki gajah tetiba pakai selipar saiz petite. Meraung selipar si BW.

Nasib la BW bawak kasut extra !

Kalau nak gi report kat Kak Yah tu kata selipar hilang, silap silap kami lak kena marah balik. Baik tak payah.

Kesimpulannya, Mabul Beach Resort ni bagi aku OK untuk menjadi pilihan. Bilik bersih, makanan OK. Staff agak friendly kecuali Kak Yah Songeh tu. Cuma kalau ambik hostel agak panas biliknya sebab resort ni banyak di tutup oleh pepokok jadi angin tak sampai ke belakang.

Kalau ambik private room much better. Banyak privacy dan santai santai juga.

Sudahnya kami bergerak ke jetty sebab kami nak cari mamat DM tu sebab dia nak pass thumbdrive gambar gambar yang dia transferred yang kami ambik guna GoPro dia tu. 

Lepak di pantai buat kali terakhir

Usha usha bebudak ni lalu lalang

Lawa gak la yang ni besar besar nanti

Masanya tiba. Kami bergerak ke jetty

Bye Bye Mabul

Jetty resort sebelah

Kat jetty ada orang diving. 

Tu semua gaya je lebih. 

"Hey, uols ambik discovery scuba je kan ???? Diving ala ala sekadar di pinggiran je kan?"

Hahaha.

Masa kat jetty tu dok borak borak dengan mamat pekerja Scuba Junkie ni sementara tunggu bot sampai. Memula borak pasal pulau pulau lain yang best untuk dilawati di perairan Sabah ni.

Cerita punya cerita terkeluar la pasal Bohey Dulang.

Aku memang ada hajat nak gi sana tapi sebab kekangan masa memang tak nak la susah payah masukkan dalam itinerary ni. Maybe next time jer.

"Abang nak pegi Bohey Dulang?"
"Sempat ke?"

Kami berkira kira. Bot sampai dalam pukul 12 kat Semporna, so naik bot ke Bohey Dulang dalam setengah jam. Mendaki apa semua, kena balik Semporna semula by 3 pm and ambik transfer ke airport !!!!

Dan idea ni memang datang spontaneous macam tu je.

"Kalau abang nak, saya boleh arrangekan"
"Berapa?"
"RM 300"

Then kami menimbal balik. Akhirnya kami setuju.

Dan dan tu mamat tu call ayah dia kot sebab ayah dia memang bawak orang. So kami beri details kami nama dan IC kat dia siap siap so nanti dia suruh ayah dia siapkan borang untuk ambik permit dengan Pejabat Taman Negeri Sabah.

Riang dan gembira !!!!

Sapa sangka, perjalanan yang kami sangka bakal berakhir selepas tamat kunjungan ke Mabul ni rupanya bersambung lagi ke destinasi seterusnya.

Bot dah bersedia membawa kami pulang ke Semporna

Bot meninggalkan jetty Mabul Beach Resort

Perjalanan pulang ke Semporna agak rough

Bye bye Pulau Mabul. Ada rezeki kami datang lagi.

Kami simpan kenangan dengan mu kini. Sampai bertemu semula nanti................. !



Yang tersisa
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Diiringi dua puisi
Tentang lara hati

Engkau adalah
Yang terindah
Sepanjang hidupku Luka meruah
Semua telah berlalu
Yang tersisa
Rinai tawa mu
Di sudut benak ku
Seperti kau
Masih di sini
Larut di pelukku

Prahara menerjang
Kekasihku terhanyut
Menghilang
Ku semaikan duka
Kau tak pernah kembali

Oh... angin malam
Bawa laguku
Ungkapan rindu menggebu
Ku masih tetap bertahan
Kerna kenangan

Yang tertinggal
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Ditemani dua puisi
Tentang lara hati

Engkau adalah
Yang terindah
Sepanjang hidupku
Luka meruah
Semua telah berlalu

Akhirnya kami selamat sampai di jetty Awam Semporna semula.

Sebaik saja kami turun dari bot. Ada seorang lelaki dah siap siap menanti !

bersambung................

22 comments :

  1. ko biar betul meng x pernah berak dekt ofis? bape lama dh kau kerja kt ofis tu? eiihh, x caya doh, lullz

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... itu la hakikatnya... baik opis skrg ( aku dah keje 6 tahun ) mahupun opis opis sebelum ni.. memang berak di ppis atau di tandas awam tiada dlm kamus hidup aku dan so far tak pernah lagi pecah ketuban merata..

      selagi buleh tahan, memang aku tahan. tapi bukan sebab tahan pun.. sebab tak selesa dan tak terasa

      Delete
  2. Meng,
    Kut kat opis pun ko boleh tahan.. tak pelik la kalau public toilet pun ko boleh pilih-pilih..
    - rare ni Meng..

    ReplyDelete
  3. Cuci mata jelah dulu tengok gambar-gambar orang menjejak Mabul. Aku yang cuma a spit away ni (katanye) pun xjejak lagi. Pelbagai alasan! Alih-alih adik aku yang kerja sana dah balik KK for good. Padanlah muka melayang free accom etc etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. org kata kalau dekat dgn rumah.. buat endah tak endah jer. tapi tak per.. sebab dekat tu anytime buleh pegi.

      tapi rugi la kalau tak buleh stay free adik kau keje situ.. hehehe

      tak per.. next time pun boleh pegi tu BK !

      Delete
  4. biar betui Meng kat opis pon x pernah tinggal tanda..betui behave perut tue..hehe

    ReplyDelete
  5. waaa...seronoknya..ntah bila dapat pi sini kan....x sabar tunggu sambungan..psst bro meng..hgambar semua cantik2 la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.....

      puas hati kalau dpt mendaki.

      dan lagi puas hati kalau dapat ambik gambar cantik2.

      Delete
  6. Macam kesian je tgk budak2 tu. Bersyukur dengan apa yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak kesian tapi sebenarnya dia org maybe dah terbiasa kot..

      jangan di sogok sogok dgn benda benda lain. nanti cara dan kehidupan dia org berubah tak best jugak

      Delete
  7. cantik tempat dorang.. ;)
    Budak2 tu pun ceria..
    Moga mereka membesar dengan sihat dan kuat hendakNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.

      Semoga mereka di lindungi Allah selalu...dan membesar dengan sempurna

      Delete
  8. kagum aku dengan ko punya record

    ReplyDelete
    Replies
    1. well..... akan aku cuba pertahankan.... hahahahaha

      Delete
  9. Meng ...

    Memang kelakar laaaa ....

    PS - I memang suka berak kat opis , sebab ambik kesempatan utk baca whatsapp dan IG pelbagai !!!! Hahahahhaa

    Kempunan nak tgk muka Kak Yah Cirit , hanya nampak belakang jer hahahahahhaaaa !!!

    Dulu ada contact Sipadan ... tapi kekwat ... quote harga semua dalam USD gitu !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Ghaz..

      I tak selesa nak berak kat opis or mana mana toilrt awam..

      plus.. kalau berak memang nak kena bogel. baru rasa puas. hahah so dah train setiap pagi kena berak sebelum gi opis. kalau travel pun .. aci berak kat tempat penginapan sendiri je.. tu pun kena tidur dulu semalam baru aci berak.

      kalau tak.. memang tak berak la.. tahan selagi boleh..

      bila dah tak tahan sgt.. memang tahik keluar tak cantik !

      redha je la..

      hahahahahha

      eh. ada la gambar kak yah kerek di entry no 6.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...