Wednesday, October 29, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 27 - Nagoya : Tokyo - Yokohama - Nagoya - Kuala Lumpur

Ini part terakhir trip ke Japan 2014.

Fuh. Panjang jugak entry ni tapi tu lah.. peginya dah lama, lama jugak aku nak siapkan entry ni. Tak pe. Orang cakap, biar slow asal berkongsi. Moga moga dapat menjadi panduan dan hiburan untuk orang lain juga.

Masih lagi di Tokyo SkyTree Tower.

Turun dari atas observation deck tu hari belum betul betul malam. Then saja lepak kat bawah kejap hisap rokok sambil layan view tower ni menjelang malam. Cuaca dah start menikam tulang temulang. Sejuk !

Masih ada sakura yang tertinggal

Ni kat bahagian bawah. Ramai jugak orang melepak

Tokyo SkyTree Tower

Ni nama mall dan juga ada akuarium di bahagian bawah

Dah hampir malam di area ni

Aku sebenarnya agak kelaparan. Tak tau nak makan apa.

Masuk satu kedai convenience store kat bawah dekat dengan station subway tu, then belek belek chips apa ntah. Tak pasti apa isi kandungan. Tergerak hati aku nak tanya.

"What is this made of?"

Mamat kedai tu ternganga nganga.. Tapi last sekali dia bersuara.

"Pork skin !"

Terus rasa nak rebah. Nasib aku tergerak hati nak tanya. Kalau tak.. hmmm pepaham lah...  Selamat kat situ. Sempat beli air je hilangkan dahaga. Beli tiket subway balik ke Asakusa dan tukar train balik ke Tokyo. Dari situ, aku naik shinkansen balik ke Shin Yokohama.

Tokyo SkyTree Station

Pandangan di Asakusa

Sampai di Shin Yokohama terus ke hotel. Memang nak singgah untuk ambik beg jer. Seharian keluar merayau malam baru sampai sini semula.

Kira OK lah, sekurang kurangnya aku guna masa yang ada sepenuhnya... Dah tak ralat lagi dah.

Shin Yokohama Station

On the way jalan ke hotel tu nampak Mc D. Siap siap tapau. Dengan hasrat nanti boleh makan dalam train ke Nagoya.

Perut dah lapar dan berkeriuk keriuk. Ikan bilis dan bekalan makanan yang aku bawak semua dah abis dah. Yang ada cuma maggie cup tapi aku macam dah jemu nak makan benda alah tu..

Makan je la Mc D. At least fries dia pun membantu.

Mc D

Dah beli Mc D.. bergegas ke hotel dan ambik barang. Aku nak cepat sebab takut termiss shinkansen. Kalau boleh aku nak naik shinkansen paling cepat dan sampai awal sikit di Nagoya nanti.

Boleh la rehat rehat sikit walaupun hari dah malam. Tak de apa pun aku boleh buat di Nagoya tu nanti kecuali tidur !

Patah balik ke Shin Yokohama aku reserved available seat untuk ke Nagoya. Nasib tak menunggu lama. Naik kat platform, train dah hampir tiba. 

Shinkansen ke Nagoya

Sepanjang masa dalam train aku makan kejap pastu aku tidur.

Melayan perasaan. Sempat la gi hisap rokok sebab dalam train ada cabin untuk smoking. Best !!! Cuma tak boleh nak layan view kat luar sebab gelap gulita. Apa pun tak nampak. Tak heran jugak nak usha Fuji sebab tak nampak dah.

Aku dah tengok cukup seadanya... Now dalam kepala otak dah nak fikir nak balik dah jer.

Lagi pasal Tokyo

Sampai di Nagoya Station, dan keluar, aku dok cari cari penginapan yang aku dah book. Memang aku sengaja book yang berdekatan dengan station Nagoya ni sebab esok pagi pagi aku akan naik train ke airport untuk ambik flight balik.

Berbekalkan peta yang ada, akhirnya jumpa termpat pernginapan malam terakhir di Nagoya Ekimae Montblanc Hotel, Nagoya Station

Sampai hotel. Nama hotel macam best jer. MontBlanc

Dan hotel dia agak lawa

Lobby hotel

Sebaik je sampai dan check in. Semuanya pantas. Mamat hotel tu memang dah siap sedia menunggu. Time tu pun dah hampir nak tengah malam.

Dapat kunci terus ke bilik. 

Bilik just nice untuk lelapkan mata

Mandi, lepak dan layan TV dan layan internet jap. Hotel ni tak de porn !

Hisap hisap rokok dan minum kopi

Pemandangan dari kamar bilik

Sedar sedar aku dah terlelap !!!

Bangkit dah awal pagi. Masih pagi tapi hari dah cerah. Aku nak ambik train paling awal ke airport sebab flight dari Nagoya pukul 9.30 pagi. 

Good Morning Nagoya !

Check out dari hotel

View di sekitar Nagoya Station

Nagoya Station. Cari train ke airport

Train ke airport. Lama pulak nak tunggu train, ada banyak train lalu, jaga tu beriya iya bagitau aku.. suruh bersabar....

Dah sampai airport

See You again !!!!

Urusan check in semua pantas. Tak de masalah. Dan sebab dah tak tau nak buat apa, aku cepat je masuk boarding hall.

Saja jalan jalan dalam tu nak abis abiskan duit yang tersisa. Sempat la beli dua tiga barang lagi.

Terbeli nak rasa. Tak berapa suka

Terbeli jugak kat duty free shop.

Lepak menunggu. Sempat gi merokok dua tiga kali....

Flight dah tiba. Togel lagi fleet ni takde livery.

Tengah queue nak take off

Nagoya Airport 

Kebetulan magazine 3Sixty pasal Nagoya

Perjalanan balik aku hanya membuta ria. Cuaca panas dan agak silau nak bukak tingkap, layan layan macam tu je lah.

Sempat pekena Nasi Lemak dan layan mata. 

Baru rasa letih. Baru rasa penat. Tapi aku puas. Puas sebab dapat cover tempat yang aku nak pegi. Puas sebab semuanya berjalan lancar. Hiccup sikit sikit tapi manageable. Puas sebab berjaya bercuti dengan sepenuhnya. Guna masa yang ada sebaiknya.

Flight balik

Sampai kat airport OR dah siap siap menunggu. Sampai dekat pukul 3 petang jugak la. Cuaca mendung berawan. Dah beralih cuaca dah dari sejuk sejuk dingin di Jepun kepada waktu panas di Malaysia ni.

Pada aku Jepun tak pernah menghampakan. Lagi aku pegi lagi aku rasa nak explore. Insya Allah la kalau ada rezeki, tapi mungkin bukan dalam masa terdekat ni.

Apa apa pun, Alhamdulillah selamat sampai. OR tunggu dengan satu tin kopi tongkat ali !

Hari nak hujan

Menuju pulang

Pastu singgah ke few tempat sebab ada urusan nak di settlekan. Menjelang petang nak senja jugak la baru sampai rumah. Jauh betul perjalanan

Apa apa pun.........................

Jepun adalah highly recommended. Pegi je and enjoy sepuasnya.... 

Tak pasti, apakah rasa ini akan membawa aku kembali ke sini.............. mungkin bukan dalam masa terdekat kot.  



Tiba saat mengerti jerit suara hati
Yang letih meski mencoba
Melabuhkan rasa yang ada
Mohon tinggal sejenak
Lupakanlah waktu
Temani air mataku
Teteskan lara merajut asa
Menjalin mimpi
Endapkan sepi sepi

Cinta kan membawamu kembali di sini
Menuai rindu
Membasuh perih
Bawa serta dirimu
Dirimu yang dulu
Mencintaiku apa adanya

Saat dusta mengalir
Jujurkanlah hati
Genangkan batin jiwamu
Genangkan cinta seperti dulu
Saat bersama tak ada keraguan

TAMAT

*********

* tutup pagar.. kunci pintu.. letak anjing depan pagar dan letak sign...

"Who wants to touch a dog?"

21 comments :

  1. stylo motor delivery McD..siap ada bumbung..tapi roda tiga..utk bagi stabil..

    ReplyDelete
  2. i dont want...
    jenis motorsikal mdc patut apply kt sini jugak..

    ReplyDelete
  3. jantung dah setop berdarah.

    meh meh move on...

    cite ape plak lepas ni ? :D

    ReplyDelete
  4. wahhh habes gak akhirnya...terbaek la trip ko meng...aku teringin nakpi snow corridor tuh...fuhhhh....

    ReplyDelete
  5. Amir : hahaha. tetiba aku teringat lagu tu..


    Rohas : kalau kat malaysia takut org buat angkut barang.. tak pun penuh perempit bawak skuter mcm tu merempit..

    sana sejuk kot. nak bawak yang biasa2 tu kang kejung lak delivery boy

    yang ni rasanya dia letak plastik tepi tahan sejuk


    JJ : thanks for reading !

    ReplyDelete
  6. NasaM : tak buleh.. nanti jadi lain..

    aku rasa la...


    NanaT : citer biasa biasa. makan dan merapek. hahah tak de travel dah aku ni hah. dah lama tak naik kapatorobang..

    dah gulatis ( geletis )


    BS : aku suka gak. tapi dewa nyanyi mcm buruk la muzik dia... so yang ni latest skit. cover pung cover laaa


    DJ : thanks DJ. aku yakin kau boleh pegi. dan aku yakin kau pasti gembira bila di snow corridor tu.

    nanti kau pegi tapi make sure timing kena betul. negara2 iklim tak betul ni kdg kdg mengecewakan kalau tak kena dgn tarikh kita

    ReplyDelete
  7. Tak jemu kah melawat jepun yang begitu bersih sekali..

    ReplyDelete
  8. Panjang betul entry Meng ni...macam pergi sebulan... hehe. Tapi katam juga akhirnya...

    ReplyDelete
  9. MKL : jemu tu tak la...
    tapi nak pegi selalu tu.. mcm tidak la kan...


    FJ : email kat mana? tak de pung...


    LP : tak de trip dah..

    * nanges..


    Mie : panjang kan? sebab rajin dtg kejap kejap jer.. susun gambo je lebeyy

    ReplyDelete
  10. Meng ...

    Rasa sedih dan terharu lak ... sebab no more kisah kisah mengimabu kenangan ...

    Anyway , memang terbaik catatan kembara nih !!!!

    Amat terhibur sekali !!!!

    ReplyDelete
  11. Ghaz : hahaha.. moga moga dapat la mengubatkan rindu skit sebanyak kannn..

    ReplyDelete
  12. Arghhhh JM baru nk baca entri ni
    Pork skin? Jadi betul lah jm pernah dgr ceramah ustazah ckp semua bhgn pork tu dari hidung hingga ke hujung ekor semuanya sedap dan antara daging binatang yg palingggg sseeddddap adalah pork

    ReplyDelete
  13. trimas atas entry yg panjang berjela ni! rindunyaaaa Japangggg..selalu beli souvenier apa utk OR? heheheh

    ReplyDelete
  14. meng, aku baru balik nagoya...aku kirimkan magnet kurobe dgn bkt tinggi utk ko thru lilyriani sbb dia nak paskan kat ko polaroid spec tu...harap maklum :)

    ReplyDelete
  15. JM : betul la tu kot.. makan pork kulit lawa.. agaknya la.. hahaha

    jangan di cuba pulak..


    CB : haa bila nak gi travel lagi tu???

    OR tu tak kisah beli apa apa pun. baju ke perfume ke.. tak tentu . beli apa dia nak je lah...


    Biq : yahoo.. thenkku.....

    ReplyDelete
  16. Tulisan hang memang best...jadi mesti jaga kesihatan. kurangkan merokok.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...